kuredah hutan ranting rindu bagai dulu... jangan awak calar kaki kasihku

Ketik sini Bantu Blog ini

Khamis, 18 Oktober 2001

A. C. Mizal cerai isteri talak satu

ARKIB : 18/10/2001

Oleh:NORAZLITA MOHD. SIES

KAJANG 17 Okt. - Penyanyi dan pelakon, A.C Mizal bercerai secara rasmi dengan Shafnie Zainudin setelah melafazkan talak satu terhadap isterinya itu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di sini hari ini.
Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 29, pelakon drama TV Gerak Khas dan filem Gerak Khas The Movie melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie Mohd. Zakian Dio.

Shafnie, 26, yang dikurniakan dua cahaya mata hasil perkongsian hidupnya dengan Mizal sebelum ini telah memfailkan permohonan cerai di mahkamah itu.

Dalam prosiding hari ini, Shafnie ketika ditanya oleh Hakim Mohd. Zakian, dengan nada sebak memberitahu bahawa dia telah mengambil keputusan untuk bercerai dengan suaminya itu.

Manakala Mizal ketika disoal turut menyatakan persetujuannya untuk menceraikan Shafnie.

Namun sebab-sebab mereka bercerai tidak dinyatakan dan hanya dikemukakan di dalam pernyataan tuntutan yang difailkan di mahkamah.

Setelah kedua-dua pihak bersetuju dan membuat keputusan masing-masing, Hakim Mohd. Zakian meminta Mizal melafazkan talak satu terhadap isterinya.

Shafnie kemudiannya dilihat mengesat-ngesat air matanya.

Mizal seterusnya memberitahu mahkamah bahawa mereka telah berbincang mengenai hak masing-masing selepas bercerai.

Menurut Mizal, dia bersetuju memberi nafkah edah sebanyak RM1,000 kepada Shafnie serta RM5,000 sebagai mutaah (sagu hati perceraian).

Manakala nafkah bagi dua anaknya ia

Kata Mizal, dia bersetuju memberikan hak penjagaan dua anaknya kepada bekas isterinya itu.

Dia juga bersetuju membayar ansuran bulanan sebuah kereta Perodua Kancil milik Shafnie sehingga selesai.
Hakim Mohd. Zakian yang merekodkan persetujuan pasangan itu kemudiannya memberikan hak jagaan dua kanak-kanak berkenaan kepada Shafnie.

Bagaimanapun kata beliau, sebagai bapa kepada mereka, Mizal diberikan hak lawatan dan hak bersama anak-anaknya pada bila-bila masa yang munasabah.

Sementara itu, di luar mahkamah Mizal dilihat bertanya sesuatu kepada Shafnie sebelum beredar.
Mizal suatu ketika dulu merupakan anggota kumpulan rap 4U2C manakala Shafnie ialah seorang bekas model dan kini suri rumah.

Beliau kini merupakan pemilik dua buah bengkel kereta iaitu Eurekar di Wangsa Maju dan YP Auto Service di Jalan Genting Klang serta memiliki sebuah stesen minyak di Johor Bahru dan sebuah production house iaitu A.C. Mizal Productions di Cheras.

Pada Ahad lalu, Mizal memenangi anugerah Pelakon TV Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular.