kuredah hutan ranting rindu bagai dulu... jangan awak calar kaki kasihku

Ketik sini Bantu Blog ini

Selasa, 19 Julai 2011

AS-SYIFA' : AMALAN MURAH REZEKI


Kehidupan ini bergantung sepenuhnya kepada-Nya kerana Dialah Tuhan yang Maha Kaya. Apa jua yang dimiliki oleh hamba-Nya hanyalah semata-mata pinjaman daripada-Nya. Hambanya tetap fakir kepada-Nya. Moga dengan keberkatan amalan yang diamalkan oleh mereka yang terdahulu akan memperolehi limpahan rezeki melalui kaedah-kaedah diakui keberkesanannya.

“Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki”. (Ar-Ra’d:26)

AMALAN 1.

Setelah mendirikan solat Tahiyatul Masjid, hendaklah ia membaca Bismillah sebanyak 112 kali. Bacaan perlu dihabiskan sebelum azan pertama solat jumaat. Ketika khatib memulakan bacaan doa di khutbah yang kedua, hendaklah ia membaca Bismillah sekali lagi dan berdoa dengan apa yang dihajatkannya; antaranya agar dimurahkan rezeki. Cara kedua pula dengan membaca sebanyak 113 kali Bismillah dan berdoa ketika khatib sedang duduk antara dua khutbah.

AMALAN 2

Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 300 kali semasa matahari mula terbit dengan menghala muka ke arahnya sambil berselawat 300 kali ke atas Nabi Muhammad, insyaAllah direzekikan kepadanya oleh Allah Ta’ala dengan tidak terkira pada hari tu.

AMALAN 3

Apabila dibaca sebanyak 41 kali Al-Fatihah beserta Bismillah sesudah mengerjakan solat sunat Subuh dan sebelum solat fardhu Subuh, insyaAllah akan dimurahkan rezeki, hutang dapat dilangsaikan dan sakit akan disembuhkan.

AMALAN 4

Sesiapa yang membiasakan membaca surah Al-Fatihah beserta Bismillah sebanyak 7 kali sesudah mengerjakan solat Fardhu lima waktu maka Allah Ta’ala akan membukakan untuknya pintu-pintu kebaikan selama masih terus beristiqamah mengamalkannya.

ANAK MENANGIS MALAM @ SAWAN TANGIS

Menangis bagi bayi atau anak kecil merupakan perkara biasa, bukan semestinya kerana ada masalah atau kerana kecuaian ibu. Malah menangis merupakan suatu pernyataan bayi atau kanak-kanak sebagai ganti kepada pertuturan yang tidak dapat diluahkan terhadap sesuatu yang berlaku.

Ada bayi yang masih dalam hari tidur nyenyak di siang hari, tetapi mula menangis pada masa-masa tertentu sama ada pada tengah malam, petang ataupun bila-bila masa tanpa sebab yang jelas.

Terdapat juga bayi yang mula menangis apabila tidurnya terganggu, biarpun oleh suara yang perlahan seperti bunyi benda jatuh, bunyi tapak kaki, bunyi pintu tertutup dan sebagainya. Pada kebiasaannya tangisan akibat gangguan tersebut berlaku dalam tempoh yang singkat.

Tangisan biasa selalunya ada kaitan dengan punca yang jelas seperti tercucuk pin pakaian, pakaian terlalu ketat menyebabkan bayi terasa tidak selesa, lampin basah, rasa terlalu panas, sakit perut, dahaga, lapar, rasa kesepian dan sebagainya.

Sesetengah bayi atau anak kecil akan menangis apabila berubah tempat tidur, dari tempat gelap yang biasa dia tidur berpindah ke tempat terang atau sebaliknya. Anak-anak yang dibawa balik kampung menghadiri majlis kenduri mungkin akan menangis kerana suasana tempat tidur yang berubah atau sebaliknya.

Walaupun demikian, tangisan yang memanjang seperti yang berlaku kepada anak tidak semestinya mempunyai sebab atau punca yang jelas. Tidak semestinya kerana lapar, dahaga, kesejukan, panas atau kehilangan orang yang selama ini berada di sampingnya, iaitu si ibu.

Ada orang yang mengaitkan keadaan sedemikian rupa, yang dikenali sebagai akibat gangguan makhluk-makhluk halus, tidak kira sama ada gangguan tersebut akibat perbuatan makhluk halus yang dilibatkan dengan perbuatan manusia, ataupun akibat gangguan jin yang menggemari manusia, sejak seseorang itu dilahirkan, yang dikenali sebagai qarin atau makhluk halus yang datang menumpang bersama manusia.

Perkataan qarin berasal daripada bahasa Arab bererti teman atau pasangan. Istilah qarin bererti roh-roh jahat, yang terdiri daripada makhluk-makhluk halus yang sentiasa mendampingi manusia, sejak seseorang itu dilahirkan sehinggalah dia meninggal dunia.

Kewujudan qarin di samping manusia ialah untuk membiasakan, iaitu untuk menggoda atau menyesatkan, sehingga manusia itu tunduk kepada nafsu, yang akhirnya melakukan dosa, tidak kira sama ada dosa itu dosa kecil berpanjangan atau dosa besar seperti membunuh, berzina, makan harta anak yatim dan sebagainya. Cara lain ialah dengan memesongkan iktikad mereka sehingga membawa kepada perbuatan syirik atau murtad.

Dosa-dosa itu tidak diampuni Allah. Walaupun demikian, sekiranya manusia itu beriman dan dilindungi allah, qarin itu akan menyuruhnya melakukan kebaikan.

Selain itu, qarin juga berusaha untuk mencederakan fizikal dan roh manusia secara bersendirian ataupun dengan perantaraan manusia, menyebabkan manusia menggunakan jin-jin untuk melakukan perbuatan tertentu seperti untuk menyakiti orang lain dan sebagainya. Apabila ini berlaku, maka dari sini terjadilah kegiatan sihir.

DUA SEBAB UTAMA SAWAN TANGIS IALAH :-

Pertama iaitu bersifat fizikal seperti kerana lapar, haus dan sejuk, rasa hilang keselamatan diri seperti kehilangan orang yang selalu berada di sampingnya, biarpun buat sementara. Sakit seperti kembung perut atau selesema. Termasuk dalam kategori ini ialah sakit akibat jangkitan kuman dan juga kecacatan anggota seperti terhantuk, terjatuh dan sebagainya.

Punca kedua ialah akibat gangguan makhluk-makhluk halus. Allah menjadikan manusia itu daripada dua unsur utama, iaitu jasad dan roh. Islam mengajar agar anak yang baru dilahirkan diazankan di telinga kanan dan diiqamatkan di telinga kirinya.

Itulah ajaran terawal yang mesti diperhatikan dan dilakukan dengan tujuan agar bayi itu mendengar kalimah Allah sebaik-baik sahaja dilahirkan. Pencipta yang melahirkan bayi yang baru dilahirkan, yang memberi rezeki dan membesarkannya, dan akhirnya akan mematikannya untuk menemui-Nya.

Sekiranya dilakukan demikian, insya-Allah, bayi berkenaan tidak akan diganggu oleh ummu`s-sibyan, iaitu sejenis makhluk jin yang sering mengganggu bayi, yang boleh menyebabkan timbul pelbagai masalah termasuk gangguan tidur pada waktu malam, yang akhirnya boleh menyebabkan demam panas ataupun sawan.

Keterangan ini membuktikan bahawa roh bayi atau anak kecil boleh terganggu akibat gangguan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar, ataupun melalui eksperimen teknologi moden. Dalam masa tertentu anak tadi kadang-kadang memperlihatkan reaksi luar biasa dengan wajah yang ketakutan seolah-olah sedang melihat satu objek yang menggerunkan di hadapannya.

Mungkin sukar untuk menjelaskan bagaimana gangguan yang tidak dapat dilihat itu boleh mengganggu bayi menyebabkan dia tidak berhenti-henti menangis, terkujat-kujat dan terketar mulut sehingga tidak terdengar suara tangisannya menyebabkan ibu dan juga bapanya menggelabah.

TANDA-TANDA ANAK MENANGIS DISEBABKAN GANGGUAN

Ada beberapa tanda lumrah yang boleh diperhatikan oleh mata kasar sekiranya bayi atau kanak-kanak itu menangis akibat gangguan seperti yang dijelaskan, bukan disebabkan akibat luaran.

Tangisan biasa selalunya disertai dengan air mata. Keadaan ini jarang berlaku pada mereka yang menangis akibat gangguan, manakala suara tangisannya juga berlainan daripada tangisan biasa. Dalam keadaan tertentu tangisan ini mungkin disertai dengan air mata yang bersangatan.

Kanak-kanak ini kadang-kadang berhenti menangis sebentar, kemudian menangis semula. Mata yang pejam ketika berhenti menangis itu akan melahirkan ombak pada kelopak mata, seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan dan kiri.

Tangisan akibat gangguan selalunya mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Mata bayi kelihatan pejam. Tangisan terjadi seumpama dalam keadaan tidak sedarkan diri (tidur).

Dahi atau bahagian tengah, antara dua alis kadang-kadang berkerut, seolah-olah ada sebiji mata di bahagian tersebut yang sedang memerhatikan sesuatu.

Sering terjadi pada anak-anak kecil yang terganggu, mereka menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu yang menakutkan. Anak ini setelah puas menangis, akan tidur sebentar, lalu menangis lagi dalam keadaan teresak-esak yang disertai dengan tarikan nafas yang tersekat-sekat.

KAEDAH MERAWAT ANAK MENANGIS MALAM

Terlalu banyak kaedah atau usaha boleh dilakukan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dalam usaha mengatasi masalah seperti ini, di antaranya ialah dengan membacakan :

surah al-Fatihah, surah an-Nas dan surah al-Falaq.

kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak.

Lakukan sebanyak tiga kali. Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun tiga kali.

Dalam sebuah hadis riwayat oleh Abu Isa at-Tarmizi, katanya telah diriwayatkan oleh Aqabah bin Amir al-Juhani, daripada Nabi sabdanya: Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada aku beberapa ayat yang tidak diperlihatkan seumpamanya, iaitu Qul a'uzu bi rabbinnas dan Qul a'uzu bi rabbilfalaq sehingga akhirnya.

Hadis ini bermaksud bahawa Allah telah menurunkan dua ayat di atas kepada Rasulullah yang mempunyai fadilat yang amat besar, iaitu untuk melindungi diri daripada bahaya teguran hasad dan pandangan mata jahat.

Termasuk dalam kategori pandangan mata jahat ialah manusia yang dibantu oleh jin-jin untuk melakukan perbuatan sihir, yang memancarkan pandangan jahatnya kepada mangsa melalui pandangan mata, termasuk bayi atau anak-anak yang menyebabkan berlakunya gangguan roh.

Mudarat akibat daripada pandangan mata jahat memang boleh berlaku. Dalam menghadapi masalah seperti ini Rasulullah membenarkan Asma' Binti Umays (isteri seorang sahabat) untuk meminta pertolongan kepada orang yang tahu menjampi dalam usaha untuk menolong merawat anak Jaafar, iaitu saudara kepada Ali Abu Talib.

TENAGA BATIN LELAKI. Amalan Harian Untuk Kecergasan Dalaman

Amalan Harian Untuk Kecergasan Dalaman
Ini adalah ikhtiar bagi lelaki yang sihat jasmani dan rohaninya. Jadikanlah ayat di bawah ini sebagai amalan harian setiap kali selepas solat iaitu selepas daripada waktu berdoa.

Ayat yang di baca ialah :-

1. Surah Hud : Ayat 52...bermula "..yursilissama'....hingga akhir.

Setelah di bacakan ayat itu sebanyak tiga kali maka tiuplah pada tangan, kemudian ditepuk belakang pinggang sebanyak tiga kali.

Jagalah kesihatan anda. Tidak salah berdoa kepada Allah swt agar kita sentiasa menjadi sihat untuk tujuan membuat amalan kebaikan serta ibadah yang dituntut sebagai muslim.


Petua Pantang Larang Untuk Kesihatan Tenaga Batin Lelaki

Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samada serta merta atau berjangka panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu.

1. Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jima’. Batang zakar harus sentiasa panas.

2. Jangan makan nasi berulamkan air. Minnum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.

3. Usah amalkan makan makanan bersifat ssejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.

4. Jauhi makan makanan yang kuahnya berllinang kerana ia melemahkan zakar. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.

5. Jangan hembus nafas ketika minum, tahan nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jimak.

6. Elakkan minum air ketika badan sedangg panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.

7. Jangan makan kepak ayam daging keranaa ia melemahkan zakar. Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.

8. Kurangkan dari memakan Pisang Embun.

9. Elakkan minum air selepas jan 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.

10. Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar.
Ini melatih mengawal otot zakar dengaan baik. Jangan amalkan melancap kerana ia memaaksa mani keluar dan melemahkan zakar.

11. Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.

12. Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar.

13. Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.

14. Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima’ lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.

15. Jangan jimak di dalam air.

16. Jangan terus minum air selepas jimak,, rehat dahulu 15 minit.

17. Jangan biarkan pinggang terhentak denngan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.

18. Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.

19. Jangan jima’ isteri yang sedang haid kerana mendatangkan penyakit

20. Jangan cungkil gigi dengan kemucup (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar menjadi ngilu dan kurang bertenaga

Petua : Senaman Kuatkan Tenaga Batin Batin

Untuk menguatkan tenaga batin lelaki caranya ialah:

Apabila bangun dari tidur, ambil sedikit air liur dari lelangit kemudian sapukan di kepala zakar. Perlu lakukan senaman tenaga batin, caranya;

Duduk bersila, tarik nafas sepenuhnya dan tahan nafas kemudian bongkokkan badan sampai mencecah kaki, bilang 7 detik, bangun dan lepaskan nafas secara perlahan-lahan.

Dalam keadaan duduk bersila tadi, lunjurkan sebelah kaki kanan atau kiri, kemudian tarik nafas sepenuhnya tahan nafas 7 detik, cuba sentuh silang kaki yang dilunjurkan tadi sebanyak 7 kali.

Sabtu, 16 Julai 2011

Ada kelas!

Oleh Syed Riduan Ahmad dan Khairil S Iswan
bhsukan@bharian.com.my
2011/07/17

  • Foto

  • Foto

    PENJAGA gol Liverpool, Martin Hansen hanya melihat bola rembatan Safee Sali (kiri) untuk gol ketiga Malaysia.

Liverpool pamer aksi menghiburkan benam skuad melawan Harimau Malaya

KELALAIAN terus menjadi duri dalam daging buat Harimau Malaya yang mempamerkan aksi menarik untuk memaksa Liverpool bekerja keras sebelum kelab Liga Perdana Inggeris itu menang 6-3 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Percaturan ketua jurulatih Datuk K Rajagobal mengembalikan gandingan pertahanan Piala AFF Suzuki - Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Fadhli Shas dan Asrarudin Putra Omar - ternyata berkesan memastikan gawang negara tidak dibolosi sepanjang 25 minit pertama sebelum pengadil, Nagor Amir Noor Mohamed memberikan sepakan penalti kontroversi yang disempurnakan Charlie Adam.
“Saya akui keputusan begini sering terjadi dan sedikit meruntuhkan semangat pemain, tetapi kita perlu kembali fokus dan itu yang ditunjukkan pemain,” kata Rajagobal pada sidang akhbar sejurus perlawanan.

“Selepas dua perlawanan ini, saya mendapat gambaran lebih jelas untuk menurunkan kombinasi terbaik bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Singapura nanti.”

Skuad kebangsaan yang seketika kecewa dengan jaringan The Reds, bingkas mencari gol penyamaan dan kelebihan Liverpool itu terpadam apabila kapten Safiq Rahim bijak melencong bola dari titik sepakan percuma untuk gol penyamaan tiga minit sebelum rehat.

Pada babak kedua, Rajagobal melakukan beberapa pertukaran untuk menguji pemain tetapi sekadar menyaksikan permainan cantik babak pertama dicemari dua gol David Ngog (m-67, 70) dan satu dari Maxi Rodriguez (m-75) yang mudah menewaskan penjaga gol gantian, Khairul Fahmi Che Mat.
Namun kemasukan Safee Sali menyaksikan penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki itu menggembirakan penyokong tempatan apabila meledak gol kedua pada minit ke-79 apabila menyambar bola muntah hantaran lintang Amirulhadi Zainal yang gagal ditangkap kemas penjaga gol gantian, Martin Hansen.

Safee yang terlepas aksi ketika kekalahan 0-4 kepada Arsenal, sekali lagi menggegar hasil lorongan cantik Rizal Fahmi untuk menjadikan kedudukan 3-4 tetapi kelalaian benteng negara, membolehkan Rodriguez meledak gol kelima dan Dirk Kuyt melengkapkan kemenangan Liverpool.

Pembantu jurulatih Liverpool, Steve Clarke memuji persembahan pemain kebangsaan terutama Safiq dan Safee.

“Malaysia memaksa kami bekerja keras hari ini (semalam) dan jika corak permainan begitu dikekalkan, saya pasti peluang Malaysia pada kelayakan Piala Dunia nanti cerah. Bagi Liverpool pula, siri jelajah kali ini memberi kami gambaran untuk memperbaiki beberapa kelemahan sebelum musim Liga Perdana Inggeris bermula.”