kuredah hutan ranting rindu bagai dulu... jangan awak calar kaki kasihku

Ketik sini Bantu Blog ini

Selasa, 14 Oktober 2014

Berhati-Hati Ketika Memotong ‘Kenderaan’ Berat

Kita mesti selalu berhati-hati ketika memandu terutamanya ketika memotong. Memang ramai manusia yang suka memotong apatah lagi kalau kenderaan berat yang perlahan berada di hadapan kita. Memang sakit hati kan? Tapi, jangan sampai jadi macam gambar kat bawah ni sudahlah. Hehehehe.








Wanita Main Kayu Tiga Kritikal Disimbah Cuka Getah

Perasaan cemburu yang meluap-luap seorang pesara tentera terhadap isterinya yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan Awang Hitam sejak 2007 sampai ke kemuncaknya apabila lelaki itu bertindak nekad menyimbah cuka getah pada wanita tersebut.
Kejadian di Kampung Pejiru pada pukul 12.30 tengah malam itu mengakibatkan Christina Nyoeh, 43, cedera parah akibat melecur teruk di muka, tangan dan badan. Mangsa kini dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang bekerja sebagai promoter jualan di sebuah pasar raya baru pulang makan angin di Sabah bersama lelaki Afrika tersebut.
Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Mohd. Sabri Zainol berkata, kejadian itu disyaki berlaku selepas suspek nekad hendak membunuh isterinya setelah tidak dapat menahan sabar.
“Sebelum kejadian, suspek menonton televisyen bersama lima anaknya manakala isterinya pula sedang nyenyak tidur di dalam bilik.
“Sebaik anak-anak pasangan itu masuk tidur, suspek terus ke dapur untuk mengambil sebotol cuka getah lalu menyimbahnya ke seluruh badan mangsa,” katanya.

Ladang Siput Babi Di Latvia

Siput babi adalah sejenis binatang yang bergerak perlahan dan dianggap menggelikan oleh sesetengah orang. Di Latvia, siput babi diternak di ladang kerana siput babi merupakan sejenis makanan bagi orang-orang di sana.












Isnin, 13 Oktober 2014

Taufan Haiyan



  
 
ILAH HAFIZ AZIZ

TACLOBAN CITY, FILIPINA 14 Nov. - Beberapa buah pulau di bahagian tengah negara ini masih lumpuh termasuk penduduknya terputus bekalan keperluan asas seperti makanan dan minuman biarpun telah hampir seminggu dilanda taufan Haiyan.

Keadaan itu memaksa kebanyakan mereka berjalan kaki puluhan kilometer ke Lapangan Terbang Tacloban untuk merayu bantuan tentera dan sukarelawan tetapi hampa kerana gagal memasuki kawasan tersebut yang dikawal ketat.

Meskipun demikian, penduduk terus menunggu bersama keluarga termasuk mengharapkan peluang untuk dipindahkan ke bandar Cebu dan Manila melalui penerbangan walaupun menyedari peluang adalah tipis kerana kekurangan pesawat.

Sementara itu, bantuan kemanusiaan Kelab Putra 1Malaysia telah selamat tiba di bandar ini kira-kira pukul 6.30 petang semalam (waktu tempatan) dengan bantuan 30 jenis bekalan asas dan perubatan.

Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, bekalan asas itu akan diedarkan mulai hari ini selepas kesukaran untuk berbuat demikian sejurus tiba di lapangan terbang.

"Kami akan ke kawasan pusat bantuan kemanusiaan yang memakan masa kira-kira empat jam perjalanan menaiki kenderaan bersama 11 orang pegawai perubatan untuk memberi bantuan yang diperlukan," katanya.
 
- petikan akhbar

iDAN: Aku pernah dilanggar ribut beberapa kali ketika memancing di tengah lautan. Melihat ombak melonjak ke langit memang rasa kecut perut. Aku sentiasa memeluk tiang bot sebab tak mampu lagi berdiri. Pakaian semua basah kuyup.

Bila terbayang bot pecah aku pasti hanyut atau dimakan ombak; baju keselamatan pun tak nampak dalam bot; jika bertanya tekong bot macam tak kisah pun nanti macam kita tak percaya dia kemudi bot.

Tak dapat dibayangkan jika dengan pintasan elektrik pokok tumbang & rumah roboh. Ini memang amat menyeramkan.

Tasuki Kasbi

Tasuki Kasbi... menulis:
Lelaki memang sering menyakiti hati Wanita tapi Wanita tak mau membalas, bukan kerana tak mampu, tetapi kerana ia terlalu sayang...
Qaseh Eira: nak kate sayang tu tak jugak tp mgkin sebab tak nak menimbulkan masalah sebab lelaki ni terlalu ego (sory kalau ayat sy buat lelaki terasa tapi hakikatnya, mcm tu la)
... Lihat seterusnya..



Gateway to Heaven

Siapa tak suka melancong, jika ada duit lebih pastinya itu satu impian yang perlu dicapai. Sebenarnya selain melancong di negara sendiri China adalah antara benua yang banyak tempat menarik yang boleh kita kembara.

Ini salah satu tempat dinamakan Gateway to Heaven - Tianmen Cave, China. Menarik gunung & gua di sini; tapi bukan kudrat yang sedikit jika mahu meniti tangga di sini.

Rabu, 1 Oktober 2014

Salam Aidiladha

Hari ke hari memang hati terasa gusar sebab tak sempat nak bersihkan air bejuka (kura-kura) sebaiknya seminggu sekali bersih. Lagi kerap lagi bagus.

2. Malam tadi terleka tak tutup paip air entah berapa jam sebab tenguk Mexican telenovela Destino. Kisah orang tua gedik. Skrip drama mexico ni macam tulah banyak amat skandal. Sakit jiwa sakit hati sakit mata tapi layan juga.

3. Sempat berbual dengan Dzuan rakan asrama putra. Nampaknya dia makin dekat saatnya nak pindah ke Perak. Lepas anaknya habis SPM akan pindahlah dia ke Gopeng. Semua telah sedia rumah dah siap deko. 

4. Minggu ni kena balik Meru lagi sebab biasalah Mila selalunya akan buat korban di sana. Tak pasti berapa lama Mila & anak-anak cuti. Raya Haji kita hari apa iyer.

Jika tak berubah pastinya hari Ahad Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidil­adha 5 Oktober 2014 bersamaan 10 Zulhijjah1435 Hijrah,


5. Mila kata nak buat korban pada raya kedua maksudnya payahlah nak susun jadual sebab Azim akan balik hari tu. Anif pun sama akan kena pulang ke kolejnya. Si Aziq tak pasti berapa lama cutinya.