kuredah hutan ranting rindu bagai dulu... jangan awak calar kaki kasihku

Ketik sini Bantu Blog ini

Jumaat, 16 Oktober 2015

Kashmir ooo Kashmir

Tuesday, October 29, 2013


MELANCONG KE INDIA - NEW DELHI - AGRAR -KASHMIR(SRINAGAR & GULMARGE) PART 3

16HB FEB 2013 : 11.30 PAGI MENUJU KE GULMARGE

Alahai... punyala makan tahun nak update kenangan melancong kat Kashmir ni...banyak sangat gambar cantik cantik rasa cam semuanya nak publish... hihihi....

Alkisahnya selepas dia org bawa kami ronda ronda kat Dal Lake ni (untuk tgk pic dari mula perjalanan kami ke India sila scroll ke bawah bawah bawah ye :)))) tak reti la nak share link kat sini... ni kene belajar jugak ni...almaklum la berblog pun setahu sekali... kalau ada yg boleh ajar tolong ajar ye..sila komen :))

Ok la... tak sabar ni nak share gambar ... lebih kurang dalalm pukul 11.30 pagi dah habis melawat rumah rumah kraft dia orang kami dibawa menuju ke GULMARGE. Oh ya kenderaan yang bawa kami dari Airport Srinagar ke Dal Lake dan ke Bandar Gulmarge agak selesa... tapi Bas yg bawa kami ke puncak Gulmarge tu huhu... sangat klasik.... tak tahu la zaman bila punya bas....

Saje je nak letak gambo tour guide ni mula2.. sbb cam hero hindi pulak lama2 tgk... hero filem hindi zaman dolu dolu....

Tour Guide kita orang ... bz memanjang....

Dan bermulalah perjalanan kami menuju ke Gulmarge....di sepanjang perjalanan ada beberapa sekatan oleh askar askar mereka... lagaknya macam mereka sudah kenal dengan driver kita orang atau kenderaan yang membawa pelancong.. dia orang hanya tersenyum dan melambaikan tangan... ingt nak snap gak pic dorang tapi takut.. pakai seragam dia orang pun nampak lain... hihi pakaian seragam askar di musim sejuk ... nampak segak pulak...:)) dah la kebanyakkan nya handsome2 hihi....


Ini lah kenderaan utama kami disini Sri Naga .. sebelah tu bas dorang klasik kan


Kami hampir sampai di Gulmarge

Bila sampai disini kami semua menjerit...:)))) driver kami hanya tersenyummm...hahaha orang jakun yg baru nampak snow.... tu sikit je baru.... sepanjang perjalan kelihatan pokok pokok tidak berdaun dan tanah diliputi salji... Subahanallah cantiknya, indahnya ciptaan mu..











Macam tahu tahu lak kami nak bergambar disini (atau dia orang memang tahu kebanyakkan pelancong yg dorang bawak mesti nak bergambar kat sini kot)..driver driver kami memberhentikan kenderaan di tepi jalan dan memberi kebenaran beberpa minit untuk kami bergambar disini dan kebilik air.....wow! semua sangat teruja nak genggam salji... huhu.....pengalaman yang tak dapat nak di gambarkan.....


Yahuuuu!!!!!!




Wow kelihatan salji memutissss...


Didepan tu adalah Gulmarge.. kami akan keatas sana sebentar lagi


jiji steady je pakcik ni baca paper.... padahal we all huhuhu... sejuk... kat dalam baju dorang ada pemanas. ini adalah pakaian dorang di musim sejuk... kat belakang tu nampak tak rumah rumah












Sampai sampai je kat bandar/pekan Gulmarge Salji turun... haha... kuar je dari kereta dapat lah pengalaman bagaimana rasa salji jatuh ke muka... Alhamdulillah dapat juga merasa... sejuk dan nyaman...


Driver drop kami disini.. untuk ke puncak gulmarge kami akan naik bas. disini ada disediakan tempat untuk menyewa kelengkapan dimusim salji sepeti kasut yang sesuai digunakan dalam salji dan baju musim sejuk sekiranya ada yang ingin sewa. Atas nasihat driver and tour guide kami , kami dinasihatkan menyewa kasut kerana mengikut mereka kasut kasut yg kami pakai sekarang tidak sesuai kerana salji diatas sana terlalu tebal.... so kami menyewa kasut.. murah murah RM3.00 je (kalau tak silap)

So korang layan la dulu gambar gambar kami di Gulmarge ye.. biar gambar berbicara :) ecehhh.. padahal dah x de idea.. hihi



ini la keadaan didalam Bas kami... seperti mana yang kita tahu kat Kashmir ni 99% adalah muslim.


Rumah yang baru dibina 'Mungkin"

















Add caption





Kami dah sampai di Gulmarge naik je atas snow tetiba berhenti.... ini lah ngupa bas yg kami naik.. daif kan... tapi Alhamdulillah sampai juga kami disini


kalau korang perasan tour guide kami jacket putih merah ... asyik bergayut je.. tak pasti pemasalahnya.. huhu

ni la hotel kami.... semuah diliputi salji.....









menuju ke hotel kami... tengok lah kiri kanan penuh dengan salji menimbun ... sangat teruja....we all kene naik bilik simpan barang dan pekena nasi dengan kari ayam lagi yummyy....





pepehal snap photo lu... sangat teruja kiri kanan ada salji...






Kamar beradu... 1 bilik 3 orang


Kunci bilik kami


Tuesday, December 17, 2013


MELANCONG KE INDIA - NEW DELHI - AGRAR -KASHMIR(SRI NAGAR & GULMARGE) PART 4

16HB FEB 2013 : 2.00 ptg DI GULMARGE

Aktiviti kami di Gulmarge bermain ski dan naik cabel car di Gondola. Oleh kerana cuaca agak buruk tengah hari tu.. (buruk ke... tah tah bagi dorang tu keadaan biasa) salji turun agak lebat... bagi kami kami yang tak berapa nk biasa dengan keadaan camtu (sejuk sgt) ni ambil keputusan ta jadi nk main ski... tapi pelancong mat saleh selamba je redah... sampai ke malam dorang pergi main... dalam group kami sorang je yang berani redah main ski... hihi dia ditemani tour guide kami di Gulmarge...



bersiap sedia aktiviti seterusnya










Kalau ikut tour guide kita orang suruh naik mende ni.. tak tahu la pe ke nama cam kereta sorong.. kita duduk di atasnya dn dorang tarik... turun turun je dari hotel tengok ramai yang menunggu.. kene tarik kene bayar la.. sbb dari hotel ke station cable car tu agak jauh jugak lebih lebih lagi nak meredah salji.. tapi we all ambil keputusan tak yah naik dulu... jalan kaki je saje nak ambil angin n main salji.. lebih lebih lagi salji tengah turun time tu... tapi dalam perjalanan tu lengoh jugak lak... then we all naik mende tu time balik... kesian jugak kat dorang ni sbb itu salah satu sumber pendapatan dorang jugak,,, bayaran pun takde la mahal sangt tapi.. rugila kalau tak merasa berjalan kaki dulu sambil tengok pemandangan












Terserempak dengan team bermain ski



Perjalanan kesana.. salji dah mula turun... dia orang masih mengiringi kita orang dengan harapan ada yang mengalah nanti... memang punnnn... penat woi jln kaki...







Time ni snow mula turun












Ini la station cable car... maik aih... tebal nya salji... semua dah cuak nak naik ... tapin bila dengar penerangan tour guide, insha Allah semua ok...


Haha akhirnya terpaksa jugak naik kereta sorong ni... time nak balik ke hotel... kesian jugak kat yang tukang tarik ni... kesian punya pasal kasi lebih sikit dari harga yang di janji.. sedekah.. dorang pun orang islam.. yang paling tak boleh lupa...bila terpancar wajah girang hingga menunjukkan reaksi dia (tuan punya kete sorong ni and tukang tarik saya ni la) hampir hendak melompat bila dia tengok bayaran yang dia terima... Alhamdulillah saya pun tersenyum dan gembira dapat gembira dia.

ada satu post lagi... last post tunggu ye... pada yang belum jumpa atau baca post2 sebelum ni sila scroll ke bawah bawah ye kalai nak tengok gambar yang sebelum belum ni...

http://zilazaidin.blogspot.my

Rabu, 7 Oktober 2015

JOM MELANCONG

https://go4halal.wordpress.com/

Saya suka melancong. Sanggup perabih duit sebab nak tengok tempat orang. Bila dah pergi tempat tu, satu lagi habit aku ialah shopping sampai balik poket kering kontang. Konsep aku duit yang dibawa atau ditukar tu mesti dihabiskan.
Buat masa ni aku baru pergi ke beberapa tempat macam Thailand, Indonesia, Singapura, China, Jepun, India dan Afrika Selatan (Cape Town). Kalau nak kongsi cerita dengan saya bolehlah.
Belanja tambang dan lain-lain semua sendiri bayar guna duit gaji..takda yang percuma atau kerajaan Malaysia bayar…atau menang cabutan bertuah. Saya tidaklah membuat peruntukan khusus atau perancangan khas untuk pergi ke mana-mana. Bila simpanan ada RM10,000 bolehlah tengok tengok tempat yang menarik ke, tempat bersejarah ke.
Saya teringin nak ke Iraq sebab kecil-kecil dulu saya baca hikayat 1001 malam. Banyak tinggalan tamadun Islam di sana tapi sayang banyak yang telah dimusnahkan oleh negara paling kejam di dunia..AMERIKA jahanam tu.
Saya juga teringin nak ke Iran, Mesir, Jordan dll sebab selalu tengok program Jejak Rasul, banyak makam-makam nabi di sana. Kena simpanlah duit gaji yang ciput ni, insya-Allah bila dah cukup bolehlah pergi. Pergi dengan duit gaji sendiri lebih berbaloi dan seronok kot…tapi yang dapat kerajaan Malayisa bayar tu, lagilah seronok..melancong percuma, balik buat tuntutan lagi..oh itu orang yang bernasib baiklah ..bukan aku.
INDIA PUN MENARIK DAN MURAH UNTUK DIKUNJUNGI. 
Meh aku kongsikan pengalaman melancung ke India dari hari mula pergi sampai hari sampai semula ke Malaysia tanah air ku yang tercinta. Tapi kena baca dari bawah.
24/05/2009 – AKHIRNYA BALIK JUGA..
Masuk malam kedua kami sangkut di Delhi..akhirnya jam 1.30 pagi sedang nyenyak tidur telefon berbunyi dan minta kami check-out untuk ke lapangan terbang. Akhirnya 5 pagi kapal terbang MAS yang terdampar di Delhi berjaya menerbangkan kami balik ke Malaysia. Jam 12.00 tegahari kami selamat mendarat di KLIA. Wau..alhamdulillah seronoknya melancong, balik pun seronok juga berjumpa semula dengan orang tersayang yang sedia menunggu.
DSCN1690
23/05/2009 – KAPAL TAK BOLEH TERBANG!
12.30 malam kapal belum terbang lagi…penumpang mula kecoh.. kenapa MAS tak berangkat lagi. Dalam tersengguk-sengguk Juruterbang membuat pengumuman ada kerosakan pada enjin kapal dan masalah sedang di atasi.
Penumpang sebelah aku nak naik kapal ke Sydney (nasib baik dia ambil tiket MAS juga) dah agak risau takut ditinggal kapal di KLIA nanti. Tapi dia relax sebab yakin MAS akan beri tiket baru pada dia. Suasana dalam kapal bertambah kecoh.
Semua yang ada sambung penerbangan ke tempat lain, mula kecoh. Kesian aku tengok juruterbang dan pramugari MAS kena marah. Nak je aku masuk campur…mulut aku ni ringan je nak tanya …” you want to fly or want to die?” Hei…enjin rosak ni tak faham ke dia oran ni?
Akhirnya kami diminta keluar pada jam 3.30 pagi. Semua dihantar ke Hotel. Kami check in di RAMADA PLAZA, ada yang ke NEW DELHI HOTEL dll. 4.30 pagi kami dapat bilik masing-masing dan bum..tido. Sebelum keluar kapal tadi kami dimaklumkan penerbangan esok dijangka jam 3.30 petang. Pukul 1 tengahari kami diminta check out dan menaiki bas yang sama untuk ke airport semula kerana kami dijangka terbang jam 3.00 petang (local time).
Sambil lepak-lepak di bilik menunggu makan tegah hari, aku membelek risalah hotel. RAMADA PLAZA ni…hotel mewah 5 bintang semalam 10125.00 INR = RM1000 semalam…patutlah cantik…biar betul, ni tak masuk sarapan pagi.
Yang makan 3 x sehari ni? 2 malam pula tu…berapalah MAS kena bayar untuk seorang, kalau sekapal??? Kesian MAS!. Belum dikira ganti rugi yang dituntut oleh penumpang. Agaknya…kami saja yang tak tuntut apa-apa. Hm…siangnya tadi penat berjalan meredah Delhi mencari T-shirt/blaus/jeans yang boleh dipakai menggantikan baju yang dah masuk 2 hari melekat di badan ni.
Tidur pun dengan baju yang sama. Penat mencari emporium dan supermarket, 3 kali kami dibawa oleh auto (tut tut) yang berlainan pergi ke emporium yang sama. Di Delhi emporium tu tempat menjual sari, baju macam blaus dan cenderahati yang lain. Harga memanglah mahal tak padan dengan kualiti barang. Puas kami bagi tau pemandu auto kami nak apa…ternyata buat penat saja. Kami cuba berjalan-jalan dilorong-lorong di tengah panas 45 C mencari berus dan ubat gigi…akhirnya jumpa farmasi..kami pun membeli barang keperluan yang penting kemudian balik ke Hotel semula…ah..panas..penat…T-Shirt tak dapat.
22/05/2009 – AKU NAK KE PASAR TANI JUGA..
Lepas sarapan pukul 10 pagi, Kami berangkat dari Housebot ke pasar tani. Banyaknya barang….makanan, buah-buahan , pakaian, produk kampung dll…aku beli mangga, strawberry dan cherry lagi…takut tak cukup. Jam 11 kami ke lapangan terbang. Sedihnya nak balik dah…belum puas dan belum habis melawat Kashmir.
Aduh..banyaknya sekatan…semua kereta yang nak masuk ke lapangan terbang kena turunkan semua barang, scan (cek point askar), angkut balik semua beg masuk dalam kereta dan terus ke departure. Masa check-in kena cek lagi…habis semua barang dalam beg disuruh keluarkan dan dibelek satu-satu…lama pula tu.
Petugas Imigresen menghulurkan borang berlepas..alah.. banyaknya info dia tanya..orang dah balik pun banyak soal lagi…isi sajalah dengan sabar. Sambil menunggu borang kami sempat juga dia menyapa kami dengan mesra…dari mana, datang berapa hari, pergi lawat mana…saya pun nak tanya juga…kenapa banyak sangat sekatan dan pemeriksaan dan mengapa ramai sangat tentera di bandar ni????
Perjalanan Srinagar Delhi mengambil masa 3 jam 40 minit. Sampai di Delhi masih awal jam 4.30 petang nak tunggu 11.00 malam ..lambatnya lagi…tapi nak sambung tour Delhi tak sempat pula ..sebab semua tempat bersejarah di India tutup jam 5 petang. Kami terus lepak di lapangan terbang menunggu Kapal terbang MAS.
11.00 malam kami dipanggil masuk. Dijangka 11.40 malam kami akan terbang. Pramugari berdiri dan menunjukkan cara-cara menggunakan alat keselamatan dalam kapal..kami dah tak mau tengok..nak tidur..

21/05/2009 – MAIN SALJI KAT GULMARG
P5210673DSCN1560
Jam 10 pagi selepas sarapan kami berangkat ke Gulmarg dengan 4WD. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Jalan berbeli-belit dan curam. Sangat gayat dan takut terhumban dalam gaung.
Pemandangan memang cantik, lereng gunung dipenuhi hutan pokok pain yang tinggi dan tirus di hujung..aku mengetik gambar dari tingkap 4WD tetapi yang menghala ke gunung sahaja yang menghala ke gaung aku tak berani…Gulmarg bersalji sepanjang tahun. Aku tak tau…aku tak bawa baju sejuk pun…Zana pun tak cakap. Aku ingat kalau Delhi tu 46 deg C, kat Kashmir pula musim panas…mana ada Salji. Kesibukan di pejabat masa tu, buat aku langsung tak membelek tentang Kashmir di internet. Balqis pun tak tau dia pakai baju nipis…apalagi menggigillah kami berdua.
Dari gunung-ganang di sinilah air/glacier  akan mencair dan mengalir ke Dal Lake tempat kami bermalam. Aku copy and paste sikit : "In the summer the melting snow of the mountains fill the brooks and rivers with gushing water. Only a touch of white peaks on the top most crags tells the tale of winter past. Characteristic of summer are the floating gardens on the Dal lake, trout fishing, trekking in the Himalayas, golf, water sports and bird watching etc."
Kami sibuk mengetik kamera di kiri dan kanan jalan melalui tingkap 4WD. Dalam hati tak putus putus berdoa..selamatkan kami pergi dan balik. Aku nak naik dan turun gunung ni dengan selamat. Aku belum pergi haji lagi…ni.
DSCN1527DSCN1610
Kami sampai ke kaki gunung. Ada 3 pilihan nak ke stesen gondola samada berjalan kaki, berkuda atau naik 4WD.  Yang paling murah berjalan kaki…tapi agak jauh dan takut penat (sebenarnya malas nak jalan kaki)….jadi kami memilih menunggang kuda. Kami melalui sebuah padang golf yang indah. Di musim panas ianya menghijau di musim salji ianya jadi tempat main ski kerana diliputi Salji tebal.
Tiket gondola 500 rupies di stage 1, dan 200 rupees di stage 2. Kami ambil stage 1 dulu, nanti di atas beli lagi satu stage. Gondola sama macam kereta cable. Satu buah muat 4 orang. Tapi gondola kami dinaiki 5 orang sebab kami bertiga duduk sebelah dan sebelah lagi tak tau umat nabi mana.
DSCN1576DSCN1585
Pemandangan sangatlah cantik..di atas kami sejuk menggigil…jom kita panaskan badan…mai secawan (kopi radix) tak ada, terpaksalah buat pesanan nescafe…sedang menikmati kopi panas hujan batu turun…cantiknya… Kami main salji di paras ini..sejuk dan seronok.  Tempat ni mat saleh yang buat…biasalah dia orang tempat orang buat macam tempat sendiri. Mat Salleh kan suka rehat-rehat dan main golf..jadi pada tahun 1927 dia orang buka tempat ni , dia orang buat resort dan padang golf. Musim sejuk dia orang main ski kat Gulmarg ni.

"One of the major attractions for adventure loving tourists is skiing in the Himalayas. Gulmarg, the best ski resort in the Himalayas, was first established by the British in 1927, when two British Army Officers, Maj. Metcarp and Maj. Hadow had setup the Ski Club of India at Gulmarg.
Skiing at Gulmarg
Skiing had become very popular during the pre-independence years and Gulmarg used to host two main events, one each during Christmas and Easter. In 1938-39 about 500 skiers are reported to have participated in the Christmas and Easter ski races. Gulmarg’s atmosphere can generally be identified with 1940’s and 50’s European skiing—‘the Alps of good old days’. It has good sunshine as well as good snow.
Gulmarg holds a position as one of the highest lift-served ski resorts in the world. This is due to setting-up of a Gandola Cable Car Lift from Gulmarg to Apharwat top. Presently, only the first section of the Gandola, from Gulmarg to Kongdori is operational, giving a downhill ski run of about 3 kms. In addition, three ski lifts and one chair lift also service the resort, which are suitable for beginners and intermediate-level skiing, respectively.
The skiing season in Gulmarg usually commences before Christmas (around middle of December) and continues till middle of April. In January-February, 1998 the first National Winter Games of India were held at Gulmarg, for which the facilities were enormously improved and upgraded. The resort acquired two Kasse Bohrer snow beating machines used for preparing skiing slopes, and five snowmobiles, which can be made available for going up the mountain. Good quality equipment, including skis, boots, sticks, gloves and goggles are available on hire on the spot from the Government-run ski shop. There are also trained instructors available for guiding the tourists. Gulmarg is ideally suited for learning skiing, as it is probably the cheapest ski resort in the world.
Some time back, the famous French skier Sylvain Saudan, had started Heli-skiing in the Himalayas for European skiers. He would take the skiers by helicopter on top of Gulmarg mountain and other peaks in the area from where they would ski down the immense Himalayan slopes. This programme has been suspended for the time being.
The most enjoyable aspect of a winter sojourn in Gulmarg is the friendly atmosphere. It is like being in a family where everybody knows every one else."
20/05/2009 – KASHMIR…PARADISE ON THE EARTH
Pagi-pagi kami berangkat ke lapangan terbang untuk menaiki Jet Airways ke Jammu – Srinagar dalam wilayah Kashmir. Masa MATTA FAIR di PWTC kami minta POTO Travel bagitau apa tempat menarik di Delhi tetapi mereka kata ajen mereka tidak bawa ke Kashmir sebab tempat tu sangat bahaya. Kami mencari sendiri di internet…Kashmir digambarkan syurga dunia tempat paling indah dibuka bumi. Rugi kalau tak pergi…
Atas daya usaha Zana kami sampai di Kashmir pada hari ini. Wow…dari atas kapal terbang pemandangan kelihatan begitu mengkagumkan bagi pencinta seperti aku. Gunung-ganang yang masih diliputi salji, petak-petak pertanian…subhanallah indahnya bumi ciptaan Allah ini.
Kapal ni macam air asia tidak menghidangkan makanan ; siapa yang nak makanan atau minuman panas, boleh buat pesanan. Yang bagusnya harga tidak semahal air asia, secawan kopi panas baru 15 rupess atau RM1.20.
Landing di Srinagar, ambil beg dan isi macam-macam borang sebelum dibenarkan keluar. Terkejut tengok ramainya tentera India di sini kenapa ramai sangat, bahaya ke tempat ni…tapi berfikir positif, tempat yang dikawal sebegini ramai tentera mesti lebih selamat.
DSCN1649DSCN1332
Malam ni kami akan tidur di house bot. Kami keluar dan mencari pemandu pelancong yang sedang memegang nama Zana. Kami dibawa menaiki 4WR ke house bot. Belum jumpa tempat yang dikatakan cantik sangat tu…semua macam biasa saja. Jalan rayanya berdebu, askar berdiri tiap seorang selang 10 meter. Macam menunggu penyerang saja ni…alamak positif lagi…mesti tak ada siapa berani buat apa-apa sebab askarnya punyalah ramai.
Kami sampai di Station Sikara (perahu kayu yang dihias dengan kain baldu yang warna-warni yang juga dipanggil gondola)…kami diminta turun…wah….cantiknya…tasik besar dikaki gunung.
Kami dibawa ke housebot yang bernama NEW ZEALAND. Semasa menaiki shikara ke house bot…subhanallah cantiknya..rasa macam mimpi saja aku kat situ. Tak tergambar dengan kata-kata kecantikan tempat itu…kami pandang ke kiri…wah cantiknya; kami pandang ke kanan…wah..cantiknya; pandang depan, belakang semuanya cantik..subhanallah. Kami berada di tasik yang tenang dan jernih dalam shikara yang cantik, sedang menuju ke tempat bermalam kami malam ini.. house bot.
Tak sampai 15 minit kami pun sampai..kami memanjat tangga ke rumah kami…wah..cantiknya rumah ni…penuh ukiran. Dinding, pembahagi, kerusi, meja, siling, katil tingkap semuanya berukir dengan halus. Wah seninya mereka.
Kami mauk ke bilik..wah besarnya bilik…ada 1 katil bujang, 1 katil kelamin untuk kami bertiga. Ada satu set kerusi , ada 2 biji cleopatra … semuanya cantik. Sulaman cadar dan langsir adalah buatan tangan orang Kashmir…hmm..aku kena beli satu cadar dan sepasang lansir ni sebab dah berkenan sangat dengan sulamannya.
Lepas letak barang kami kembali ke Shikara untuk ke tempat menarik di Kashmir yang tidak jauh dari Dal Lake tempat penginapan kami.
Banyak tempat menarik disini…biar aku copy and paste je sebab nak jimat masa.
The Mughal Gardens
DSCN1407DSCN1351
Aduh penatlah duduk kejap ek…hmm…wangi bunga ros ni…geramnya aku!  With terraced lawns, cascading fountains, paint-box-bright flowerbeds with the panorama of the Dal in front of them – the three Mughal Gardens of Chesma Shahi, Nishat and Shalimar are the Mughal Emperors’ concept of paradise and are today very popular places for picnics and excursions.
Shalimar Bagh
Mula-mula kami ke Shalimar garden..banyaknya bunga ros. macam-macam warna, kecik besar semua ada. Hmm..segarnya udara …belakang kaki gunung (Himalaya) depan Dal Lake, tengah-tengah Taman bunga..hmmm … panjang pula tu..sejauh mata memandang. Rasa macam setiap inci hendak diabadikan dalam gambar. Pandang kiri cantik, kanan cantik, belakang cantik..depan pun cantik..sampai langit dan rumputnya juga cantik dan bersatu padu. Taman ni terbahagi dua kiri dan kanan dibina sama, bunga dan pokok-pokok pun sama…tengah-tengah ialah aliran sungai air pancutan…bukan guna air kitar semula tau..guna air ori yang mengalir dari gunung…sejak dan jernih bak kaca.
P5200550P5200511
Ceritanya Taman ni: Built by Emperor Jehangir for his wife Nur Jehan, Shalimar, 15 kms from the TRC, is a beautiful garden with sweeping vistas over gardens and lakes, and shallow terraces. The garden is 539 m by 182 m and has four terraces, rising one above the other. A canal lined with polished stones and supplied with water from Harwan runs through the middle of the garden. The fourth terrace, by far the best, was once reserved for royal ladies.
Memang sangat cantik rasa nak guling-guling macam heroin hindustan tu…bunga ros semua warna ada besar-besar ada, kecik-kecik ada…giler aku tengok..sangat-sangat seronok. Taman ni saujana mata mata memandang. Luas dan panjang. Macam-macam spesis bunga yang dibawa dari Parsi sejak zaman Jahangir terus dipelihara sampai sekarang. Mati, tanam yang baru, mati tanam lagi yang baru…
Nishat Bagh
Bunga ros di Shalimar GardenP5200440
Dari Shalimar kami ke Nishat pula..sama je cantiknya…design lebih kurang..ingat malas nak berjalan dah…tapi bunga-bungaan segar menggamit kami untuk melihat dengan lebih dekat. Taman ni pun dibina dizaman Jahan2 dulu…tabiklah dekat India ni, semua dipelihara dengan baik walaupun dah beratus-ratus tahun.
Situated on the banks of the Dal Lake, with the Zabarwan Mountains as its backdrop ,(11 km. from TRC), this ‘garden of bliss’ commands a magnificent view of the lake and the snow capped Pir Panjal mountain range which stands far away to the west of the valley. Nishat was designed in 1633 AD by Asaf Khan, brother of Nur Jehan.
Banyak lagi tempat menarik tapi kami tak sempat nak pergi…uhu..uhu.. antaranya
Chashma Shahi
At Chashmashahi, is a tastefully laid garden in terraces, which commands a magnificent view of the Dal Lake below and surrounding mountain ranges. The cool water of the spring is highly refreshing and digestive. The original garden was laid out by Shah Jehan in 1632 AD. TRC Srinagar free of cost to visit the permits can be had from the infromation Counter Chashma Shahi Garden. Permits can be had from the infromation counter.
Pari Mahal
Once the royal observatory, Pari Mahal has a charmingly laid out garden and is a five-minute drive from Cheshmashahi. A Buddhist monastery at one time, it was converted into a school of astrology by Dara Shikoh, Mughal Emperor Shah Jehan’s eldest son. Situated on the spur of a mountain overlooking the Dal, the ancient monument, with a well-laid spacious garden in front, is connected to Cheshmashahi by road. It is illuminated at night.
Harwan
On the hillside, south of the village of Harwan (19 kms from the TRC)), remarkable remains of ancient ornamented tile pavements of the Buddhist period have come to light. The tiles depict the dresses of the people, such as loose trousers, Turkoman caps or close fitting turbans and large ear-rings which reveal Central Asian influence.
Kami sampai lewat ke Dal Lake hari nak nak gelap…kami berhenti sekejap di bilik untuk solat zohor&asar. Petang ni kami ada Shikara Ride..mengelilingi tasik. Wau…ingtakan dalam tasik ni ada housebot untuk disewa je…rupa-rupanya macam-macam ada…Kedai jual pakaian, kain sulam, sari, kraf tangan, kedai daging, kedai runcit dan macam-macam kedai lengkap seperti sebuah pekan kecil, bestnya semua dalam air. Macam orang bakar satay kat bot sebelah tu, pendayung tanya kami nak rasa ke?…
Rumah mereka cantik-cantik rupanya samada 2 atau 3 tingkat. Azan maghrib dilaungkan ..jelas sekali kedengaran. Surau/masjid pun ada dalam tasik ni. Mereka menanam berbagai tanaman dan sayur-sayuran di sekeliling rumah. Hampir setiap rumah menanam bunga ros merah sebagai hiasan laman mereka.
Shikara terus dikayuh dalam gelap dan bergantung pada cahaya dari rumah dan kedai-kedai. Jauh di atas gunung ada temple dan Akhbar Fort indah dihiasi lampu.
Kami sampai semula di house bot pada jam 9.00 malam. Kami makan malam (sedapnya)lepas tu mandi, solat maghrib/isyak dan tidur jam 12.00 malam selepas menonton TV. Hmm..puas hati berjalan hari ni…semua tempat cantik-cantik belaka. Esok gi gunung pula..
Kalau nak puas datanglah 4 hari, bukan 2 hari macam kami.
Keindahan yang amat berbeza dan luar biasa dari mana-mana tempat.
19/05/2009 – CANTIKNYA TAJ MAHAL…
masjid untuk semua agama
Awal pagi selepas sarapan direstorant kami berangkat ke Agra, 270km dari Delhi. Pemandu kami bawak kereta macam orang gila..laaajjjuuu dan sentiasa membunyikan hon. Kami dikelirukan oleh sebuah Masjid yang menyerupai Taj Mahal. Namanya masjid semua agama. Kononnya Islam ni macam-macam Mazhab dan imam maka seorang kaya telah membuat sebuah Masjid menyerupai Taj Mahal untuk semua fahaman disini. Masjid ini juga dibuat dari Mar-mar tetapi kualitinya jauh berbeza dari Taj Mahal dan langsung tidak ada ukiran di dinding apatah lagi di silingnya.
Akhbar TombDSCN1125
Kami singgah di Akhbar Fort. Siapa yang belajar sejarah tahun 70an taulah Akhbar ni siapa budak zaman sekarang tak tahu kot. Dulu aku menghafal dari Kublai Khan sampai lah ke Aurangzeb – Khan yang terakhir sebelum jatuh ke tangan British.   Tamannya juga sangat cantik dan terpelihara.  Banyak bunga kuning, purple dan pokok-pokok rendang yang meredupkan kawasan yang panas 46 C itu. Air mineral dah sikit kerana haus asyik meneguk air. Tak sangka kesah yang dibaca bagaikan kesah dongeng dari buku tu, kini kesahihannya dapat dilihat dengan mata sendiri. Akhbar ia seorang pemerintah agung Islam yang memerintah India, Islam hanya 10%. Hindu 90 % tetapi Islam boleh memerintah dengan adil dan aman. Di dalam pintu gerbang ini, Akhbar disemadikan.
Tengoklah pintu gerbangnya saja dah cantik. Kami tak sempat masuk sebab jauh sangat ke dalam. Panas dan kami mengejar masa nak ke Taj Mahal. Masa berlalu pantas menjelang tengah hari kami masih belum sampai Taj Mahal.
Taj dari pintu gerbangTaj Mahal yang indah
Akhirnya kami sampai ke pintu gerbang Taj Mahal. Subhanallah cantiknya…sungguh menakjubkan. Pemandu pelancong berceloteh panjang didepan pintu gerbang Taj Mahal. Selepas membeli tiket kami pun masuk ke dalam. Aduh…jauhnya lagi bangunan tu dari pintu gerbang. Panas jangan cerita. Angin yang bertiup bagaikan keluar dari oven. Kami menjadi merah dan masak. Walau bagaimana pun kami kira beruntung sebab jumlah pelawat tidak begitu ramai dek musim panasnya yang membahang. Kami berjalan perlahan2 sambil pemandu pelancong mengingatkan semula aku kepada kesah Kublai, Jahangir, Akhbar, Shah Jehan, Aurangzeb anak beranak tu.

depan makam Shah Jehan dan MumtazDinding makam Shah jehan
Dibelakang kami ni ialah ukiran yang diperbuat dari batu marmar yang berkualiti tinggi. Didalam kandang itulah terletaknya kubur Shah Jehan dan Isterinya Mumtaz. Ukirannya masyaallah..cantik dan sangat halus. Tidak dapat digambarkan. Betul kata pemamdu elancung kami…gambar sangat tidak adil kepada Taj Mahal kerana keadaan, binaan dan ukiran yang sebenarnya 1000 kali lebih cantik dari gambar yang diambil dengan camera mana sekali pun.
Berehat sebentar dalam TajDSCN1239
Kami berehat sebentar di ruangan tempat  al-quran dibacakan kepada simati. Aktiviti membaca al-quran 24 jam disini dihentikan pada zaman British hingga sekarang. Sebelah kami tu ialah siling Taj Mahal yang juga diperbuat dari marmar. Hebat sungguh. Aku tak jumpa paku, besi dan object lain selain dari marmar. 100% marmar. Sebab itulah walaupun diluar panas membahang 46 deg C tetapi di dalam Taj selesa dan sejuk. Kami membuka kasut dan sengaja memijak lantai marmarnya yang sejuk.
P5190293Dari anjung inilah Shah Jahan melihat Taj Mahal apabila dia dipenjarakan
bersebelahan Taj Mahal didirikan Masjid yang sehingga sekarang masih terpelihara dan solat jumaat masih didirikan di sini. Tiang-tiang tinggi tu ialah anjung Istana Shah di Red Fort. Dari situlah beliau menghabiskan usianya. Dia ditemui meninggal dunia dalam keadaan matanya celik dan sedang memandang ke Taj. Shahdunya cinta Shah Jehan kepada isterinya Mumtaz. uhu..uhu…
Red Fort Istana Shah JehanRed Fort
Megah sungguh kota ni, diperbuat dari tanah liat merah berkualiti tinggi. Pernah dibakar oleh British tapi masih utuh dan teguh walaupun ada kerosakan.  Istana Shah jehan dalam Red Fort ni pun terbakar begitu juga sebahagian kecil Taj Mahal. Sangat unik dan menakjubkan…di luar cantik…masuk ke dalam lagi cantik. Tinggalan ratusan tahun masih dipelihara…bagusnya…betapa hebatnya Islam di masa lampau.
18/05/2009 – JOM TENGOK APA ADA KAT DELHI
Kami berangkat ke Delhi. Di Indira Gandi Airport kami dijemput oleh India Travel & Tuors. Kami terus dibawa ke Regency Continental untuk berehat sekejap. Bilik agak luas walaupun telah dimasukkan lagi satu katil, masih ada ruang untuk kami bergerak bebas dalam bilik. Ikut jadual tour Delhi tiada dalam pakej, jadi kenalah kami pandai-pandai sendiri. Setelah berehat seketika dan bersolat zohor asar Jama’ dan qasar kami keluar semula dari bilik, kami mencari peta untuk berjalan sendiri di Delhi.
Hmmm…Metro station (station LRT) tidak jauh dari hotel. Kami berjalan kaki ke Metro Station. Balqis mengeluarkan camera mengambil 2,3 keping gambar. Dengan pantas seorang (pakaian guard) melarang dan menyuruh gambar itu dipadamkan…ek eleh... apahal entah... ambil gambar kat Metro station pun tak bagi…, tinggi juga rel dia kami melihat bandar Delhi dari atas metro…Delhi lama(old Delhi) dibina oleh ikut senibina Mughal, terabor dan banyak setinggan; Deli baru (New Delhi) dibina mengikut rekabentuk English yang menjajah India. Lebih teratur dan ada banyak taman yang cantik-cantik.
Banyak tempat menarik dan bersejarah di Delhi. Antaranya : Qutub Minar – tingginya 238 kaki 1 inci dirujuk sebagai “one of the wonders of world”. Tower ini dibina selepas kejatuhan Kerajaan Hindu yang terakhir di Delhi. Banyak lagi ceritanya…panjang berjela.
Inda Gate
India Gate (All India War Memorial) : 42 meter tinggi, free standing arch, direkabentuk oleh Lutyens dan ditemui pada 10/02/ 1921 oleh pemerintah Connaught, mengandungi 70,000 askar India yang mati ketika Perang Dunia I. Jantar Mantar ; Old Fort (Purana Qila)Historical Places ; Birla House ; Parliament House ; Jantar Mantar ; Humayun’s Tomb (dibina pada 1565) ;
Jama Masjid – masjid terbesar di India dibina oleh Maharaja Monggol yang terkenal Shah Jahan mula dibina pada 1644 dan siap pada 1658 dengan belanja 10 juta rupees, ada 3 gerbang merupakan tempat wajib lawat bagi orang Islam mengingati kemasyhuran pemerintah Islam di India. Banyak lagi tempat yang tak sempat nak pergi.
Malam, baru kami sampai semula ke hotel . Kami tak jumpa kedai makanan yang sesuai. Ada tu macam mahal saja tak berani nak masuk pun. Kedai makan macam kat Malayisa tak banyak. Akhirnya kami balik dengan lapar.
Selepas menilik menu di bilik, kami order by call di restaurant hotel. Yang pasti nasi (berasnya panjang, sebiji-sebiji dan lembut…sedap), makanan vegeterian…apalagi sayur campur-campur..Zana memang ada bekal Sambal ikan bilis…hmm..sedapnya. Lapar punya pasal.
Rasa macam tak puas berjalan di Delhi sebab banyak sangat tempat bersejarah dan menarik untuk dilawati. Kami tak sempat ke Mughal garden; Rashtrapati Bhawan; Lodhi Tomb (Lodhi Gardens) dan banyak lagi. Kalau nak habiskan semua 3 hari baru boleh…kot.
Ok gilir-gilir gi mandi, solat magrib, isyak pastu tidur, esok kena bangun awal sebab nak ke Agra tengok Taj Mahal…adakah ia seindah ceritanya atau indah khabar dari rupa??? Yang aku pernah dengar Taj Mahal ni busuk bau air kencing…biar aku cerita esok camna…
17/05/2009 – MYSORE PALACE DAN TIPU SULTAN PALACE – WOW LAWANYA ISTANA LAMA NI!!!!
Seawal 7.00 pagi kami bergerak Mysore .  Pemandu Pelancong bawa masuk ke satu kawasan perkampungan. Rupa2nya dia nak tunjuk pemerintah India Islam India Selatan yang sangat terkenal (tapi aku tak kenal pun sebab aku buta sejarah…) Tipu Sultan.   Tugu ini dibina betul2 ditempat Tippu Sultan ditemui meninggal dunia kerana ditembah oleh oleh Btitish dalam perang Dunia pertama.
Menara Masjid Tipu Sultanbudak mengaji di Masjid Tipu Sultan

Tippu Sultan seorang yang sangat Islamik. Masjid yang beliau bina lebih 300 tahun yang lalu masih utuh dan aktif digunakan. Masa kami datang, kanak-kanak sedang mengaji.  Nampak macam dijadikan pondok, ada tempat tidur dan ada tempat masak dan makan bagi kanak-kanak.
Taman depan Istana Tippu SultanTugu ini dibina ditempat Tipu Sultan mati ditembak British
sebuah bandar berhampiran, hasrat hati nak tengok Mysore Palace (istana lama). Perjalanan ambil masa 3 jam, sampai saja Istana kami pun masuk…sebelum tu kena bayar dulu…local bayar murah je…kami kena berganda-ganda mahalnya…tapi sebaik melepasi pintu gerbang…nampaklah Istana yang cantik tu…kami beratur mengambil alat yang menceritakan kisah istana dari mula sampai habis…oh…panjang ceritanya..istana pun cantik sangat-sangat. Tak pernah aku tengok lukisan dan ukiran secantik dan sehalus itu…dari lantai, pergi ke dinding naik ke siling..setiap inci tidak ditinggalkan kosong tanpa ukiran..caannnntikkk sangat-sangat. Bayaran yang aku rasa mahal tadi…kini terasa sangat berbaloi…
P5170125P5170134
Kami juga ke Taman Botani Lal Bagh yang sangat terkenal , yang mula buat taman ni ialah Haider Ali (Bapa kepada Tipu Sultan – Pemerintah MYSORE pada tahun 1700 . Pokok ni umurnya lebih 300 tahun. Banyak lagi pokok yang cantik2 dan tua2 di taman ni. Ada yang tingginya lebih 300 meter.
Brindavan Garden Tempat Shooting Film Hindustan zaman 60anDancing Fountain
16/05/2009 – SHOPPING SARIS
Bangalore City HallPokok umur lebih 300 tahun
Tour Bangalore..hmm..Bangalore ialah Garden City..banyak taman-taman yang besar-besar. Mula  singgah di Vidhana Soudha, lepas bergambar kami ke Lalbagh Garden, usia taman dan pokok-pokok di sini beratus-ratus tahun …banyak pokok tua-tua yang cantik dipelihara, banyak bunga dan rumput menghijau tak macam sedang dilanda musim panas, air tasik tenang dengan itik-itik liar berenang-renang menyejukkan pemandangan. Kagum juga dengan India ni, dengar cerita kawan-kawan yang dah pergi India , negara ni ramai pengemis, busuk dan kotor…hakikatnya bila kita jalan-jalan di sini, ianya sebuah negara yang sarat dengan bangunan cantik dan besar. Bila tengok Mahkamah dia..terasa Palace Of Justice kat Putrajaya tu..kecik je. Hm..jangan mudah terpengaruh cakap orang..datang sendiri dan lihat..baru tau.
DSCN1066DSCN1068
Paling penting Shoppppinggg ler…banyak habis duit aku…tak cukup duit pinjam duit Zana dgn duit Balqis, diorang ni kaya sebab kedekut. Simpan duit satu sari pun taknak beli..pelik aku. Kami dipelawa masuk ke kedai Sari…diberi kerusi, dilayan …diberi minum cola. Menimbun sari dibuka untuk kami pilih…derang ingat kami banyak duit kot…tak tau kami ni pelancong budget dan kedekut. .dalam taknak-taknak tu beli juga. Makin mahal sari makinlah cantik. Makinlah halus suteranya, batu batan kelip mengerlip pun banyak semakinlah banyak.  Cakap saja nak harga berapa. Dari yang RM30 sampai ke RM3000 ada di sini…yang RM3000 tu, ophs..tak payah bukalah…kami taknak beli…yang bawah RM100 tu bolehlah tahan.

Isnin, 21 September 2015

Janda muda rupa-rupanya

Oleh Syanty Octavia Amry
Soctavia@hmetro.com.my

Kuala Lumpur:

Penyanyi dari seberang Cita Citata, 21, yang popular menerusi lagu Sakitnya Tuh Di Sini sudah menjanda sejak usianya 18 tahun selepas hanya sebulan berkahwin dengan kekasihnya.

Cita ketika ditemui di ibu negara bagi mempromosikan album pertamanya berkata, selama ini tiada seorang pun wartawan yang bertanyakan soal statusnya.

"Selalunya apabila ditemu bual wartawan akan bertanya saya sudah ada teman lelaki atau belum dan bila akan berkahwin.

"Apabila muncul bekas suami membuat pengakuan dia pernah bernikah dengan saya baru-baru ini barulah semua tahu status sebenar saya," katanya.

Menurutnya, dia belum memikirkan untuk berkahwin lagi dan mahu memberi tumpuan dalam bidang nyanyian.

Dalam pada itu, lagu Sakitnya Tuh Di Sini mencetus fenomena apabila mendapat tontonan lebih 50 juta di YouTube sejak dilancarkan beberapa bulan lalu.

Album Cita mencapai jumlah tertinggi apabila CD dan VCD terjual lebih 40,000 unit.

Main pasir tanpa coli

Oleh Ardyhansah Amat dan Hazsyah Abdul Rahman
hmkk@hmetro.com.my

biasa bagi orang barat

Kota Kinabalu: Beberapa pengunjung yang mengunjungi pusat peranginan dipercayai di Pulau Sulug, terkejut apabila menyedari gelagat dua gadis warga asing yang bermain pasir dalam keadaan separuh bogel tanpa coli, dengan tidak menghiraukan sensitiviti penduduk tempatan dan pelancong lain.

Aksi kedua-dua warga asing berusia sekitar 20-an itu bukan saja diperhatikan pengunjung kanak-kanak, malah perbuatan mereka berjaya dirakam beberapa pengunjung lain di pulau itu yang terletak di bawah bidang kuasa Taman-Taman Sabah (TTS).

Seorang pengunjung, Mardiana Abdul Ezam, 33, berkata, dia hanya menyedari perbuatan pelancong asing itu selepas ditegur salah seorang anaknya sebaik menjejakkan kaki ke pulau berkenaan kira-kira jam 9 pagi, Ahad lalu.

“Pada mulanya, saya menyangka anak tersilap cakap apabila mendakwa melihat perempuan tidak berbaju sedang bermain pasir.

“Saya kemudian melihat ke arah mereka dan terkejut apabila mendapati dakwaan anak memang betul,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

sekadar hiasan

Rakam video pornografi dekat piramid Giza


Kaherah: Kerajaan Mesir melancarkan siasatan mengenai rakaman pornografi yang dilakukan berhampiran piramid Giza membabitkan pelancong asing.

“Terdapat adegan lucah di kawasan piramid dirakam pelancong asing wanita,” kata Menteri Antikuiti Mesir Mamdouh al-Damaty.

Menurutnya, isu itu diserahkan kepada pendakwa raya.

Rakaman berdurasi 10 minit itu dimuat naik ke Internet tahun lalu, lapor akhbar tempatan Al Masry Al Youm.

Bagaimanapun, ia hanya mendapat perhatian apabila akhbar itu menyiarkan laporan mengenainya dengan gambar dipetik daripada video itu dengan imej payudara wanita dikaburi.

Menurut akhbar itu, klip itu memaparkan adegan bogel dan seks pelancong berbahasa Russia berhampiran piramid berusia 4,500 tahun itu.

Wanita dipercayai bintang porno dan menjadi pelakon utama dalam rakaman itu juga dilihat merungut beberapa kali mengenai piramid didakwanya tidak siap sambil berkata, dia tidak akan datang lagi ke kawasan itu untuk penggambaran selanjutnya. - Agensi


Sengsara ‘anu’ patah

London: Seorang lelaki terkejut dan menahan kesakitan selepas kemaluannya patah ketika mengadakan hubungan seks dengan teman wanitanya.

Alan Parke mendakwa dia mendengar bunyi kuat sebelum merasai sakit yang terlalu teruk pada kemaluannya.

“Saya tidak pernah terbayang boleh merasai sakit seperti itu yang menyebabkan saya terus melompat bangun dan menjerit kesakitan.

“Teman wanita Clarissa Cairns, 22, terkejut dengan reaksi saya.

“Namun, lebih teruk lagi apabila terpaksa ditahan di hospital dengan kemaluan dibalut anduh menyebabkan saya ditertawakan pesakit lain. Saya rasa itu lebih ‘menyakitkan,’” katanya.

Usah abai hubungan intim


Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
ffarlin@hmetro.com.my


Hubungan intim antara pasangan suami isteri bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan malah ia amat penting kerana mampu menjaga keharmonian, kerukunan serta kebahagiaan berpanjangan dalam kehidupan berumah tangga.

Hubungan itu sebahagian daripada naluri asas manusia yang boleh mencetuskan perasaan positif seperti kegembiraan, ketenteraman, rasa disayangi serta dihargai pasangan.

Bagi pasangan yang sudah berkahwin, hubungan kelamin mengeratkan lagi pertalian yang sudah terjalin sejak sekian lama, menambah rasa kasih dan memberi kesan positif kepada minda kerana memiliki teman rapat yang mampu berkongsi pelbagai kisah suka dan duka.

Minda yang positif amat penting kepada tubuh dalam usaha melawan sebarang penyakit termasuk kanser kerana sekiranya minda bersedia berhadapan apa saja, tubuh akan lebih kuat dan kembali sihat dalam masa yang lebih cepat.

Perunding Pakar Onkologi Perubatan Hospital Beacon Dr Azura Rozila Ahmad berkata, ada ketikanya hubungan intim antara pasangan boleh terjejas akibat beberapa faktor kesihatan atau perasaan berkecamuk apabila berhadapan sesuatu penyakit yang serius.

Menurutnya, keadaan itu turut dialami wanita yang disahkan menghidap barah payudara di negara ini.

“Fikiran mereka terlalu dibelenggu oleh penyakit dihidapi hingga membuatkan ada antara mereka meletakkan kehendak hubungan intim ke tepi sedangkan ia adalah sebahagian daripada proses baik pulih pesakit.

“Selain itu, perasaan malu terhadap perubahan yang dialami tubuh sepanjang menjalani rawatan seperti parut, berat turun mendadak dan kehila­ngan rambut, membuatkan sebahagian pesakit hilang keyakinan untuk bersama suami.

“Mereka berasakan sudah hilang sifat kewanitaan dan rasa diri tidak cukup bagus untuk suami. Pada masa sama, rasa tidak selesa di bahagian rawatan menyebabkan ada yang enggan disentuh,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Dr Azura berkata, ada juga pesakit yang mendengar nasihat atau percaya kepada kepercayaan tertentu yang tidak benar atau mempunyai sebarang asas, misalnya mereka bimbang hubungan intim akan menyebabkan bahagian parut tercedera lalu kanser terus merebak serta menyangka penyakit itu boleh berjangkit.

Katanya, hubungan intim juga boleh terjejas apabila ada suami yang terlalu sayangkan isteri mereka hingga sanggup mengetepikan keinginan untuk bersama kerana bimbang akan mencederakan atau membebankan pasangan membuatkan kedua-duanya sanggup melupakan sementara hubungan intim.

“Rawatan kanser bermula daripada diagnosis hingga pembedahan, kemoterapi dan radiasi yang boleh mengambil masa lama iaitu antara enam bulan hingga setahun, malah pengambilan ubat boleh mengambil masa bertahun-tahun.

“Sedangkan hubungan kelamin antara suami isteri amat penting kerana ia mengukuhkan ikatan dan menunjukkan rasa sayang serta penghargaan, secara tidak langsung mewujudkan suasana positif dan meningkatkan keyakinan diri isteri untuk melawan kanser.

“Berfikiran positif serta persediaan mental dari awal terutama sokongan kuat pasangan amat penting untuk melawan kanser. Jika minda lebih bersedia, tubuh boleh berhadapan apa saja dan lebih cepat kuat dan sihat kembali,” katanya.

Menurut Dr Azura, masalah hubungan intim selalu tidak diberi perhatian kerana sukar dibangkitkan, sama ada disebabkan rasa malu bertanya atau tidak tahu hendak bertanya kepada individu tertentu, rasa sensitif, menganggap ia perkara peribadi atau remeh.

Antara kebimbangan pesakit yang menyebabkan mereka tidak mahu melakukan hubungan intim apabila mereka takut mendapat jangkitan, takut sakit atau bimbang ubat kemoterapi akan ­berpindah kepada pasangannya.

“Biarpun pasangan digalakkan tidak mengetepikan hubungan intim, pesakit dinasihatkan tidak mengandung sepanjang rawatan atau enam bulan selepas rawatan kemoterapi tamat bagi mengelak masalah pada bayi,” katanya.

Bagi pesakit, persediaan mental dari awal selepas disahkan menghidap kanser amat penting dan mereka perlu faham tubuh akan mengalami beberapa perubahan ketara, bukan saja secara fizikal, tetapi mental.

Menurutnya, perubahan paling ketara adalah pada bahagian payudara kerana kesan parut atau tiada payudara selepas menjalani prosedur mastektomi. Ini secara tidak langsung mengundang perasaan rendah diri mengenai penampilan atau malu jika pasangan melihat tubuhnya.

“Perasaan kurang menarik dan terjejasnya keyakinan boleh menyebab­kan dorongan keinginan kurang dalam diri untuk melakukan hubungan bersama pasangan.

“Rangsangan pada payudara baru selepas prosedur rekonstruktif berkurang kerana saraf terpotong dan tidak sama seperti dulu selain berasa sedikit kebas.

“Selepas pembedahan, ia akan bengkak sedikit, tetapi tidak sakit apabila sembuh, jadi tiada halangan untuk disentuh walaupun ia berparut,” katanya.

Ketika rawatan radiasi, bahagian payudara menjadi kemerahan, melecet atau mengelupas, tetapi ia hanya bersifat sementara.

Bahagian bahu dan lengan pada sebelah payudara yang terjejas juga menjadi lemah, sakit atau bengkak sedikit.

Oleh itu, ia memerlukan sokongan misalnya penggunaan bantal atau mengalih posisi tangan supaya pesakit berasa lebih selesa ketika hubungan intim.

“Perlu saya tekankan, rawatan kanser payudara tidak membabitkan perubahan rangsangan kelamin secara langsung untuk wanita menikmati hubungan intim.

“Bagaimanapun, kesan ubat-ubatan yang diambil boleh menyebabkan hormon terganggu dan kekeringan pada bahagian faraj yang boleh dibantu dengan penggunaan bahan pelincir dan dilakukan secara perlahan-lahan.

“Sokongan suami amat penting dan kesabaran mereka amat dihargai kerana pasangan akan menjadi lesu selain sering rasa mual,” katanya.

Dr Azura berkata, amat penting untuk pesakit memahami penyakit yang dialaminya bukan salah diri sendiri sebaliknya adalah takdir.

Kanser payudara antara barah paling lazim berlaku di dunia, jadi wanita tidak perlu malu atau rasa bersalah dengan penyakit yang dihadapi.

“Bagi pesakit yang mempunyai pelbagai persoalan termasuk masalah hubungan intim, mereka digalakkan berbincang dengan doktor ataupun mendapat­kan sokongan daripada bekas pesakit yang berjaya melawan kanser payudara.

“Pasangan juga digalakkan memberi sokongan padu termasuk mengikuti sesi perundingan diadakan doktor bagi mendengar dan memahami penyakit itu sekali gus membantu pasangan menyesuaikan diri dengan perubahan yang bakal dialami,” katanya.

Katanya, perubahan hormon ketika rawatan sememangnya memberi impak dan menjejaskan keinginan seksual tetapi ia bersifat sementara, malah ada pasangan yang merasakan hubungan intim mereka lebih bermakna.

Menurut statistik yang dikeluarkan buku laporan Pendaftaran Kanser Negara 2012, dalam kajian selama tiga tahun antara 2003 hingga 2005, seorang daripada 19 wanita di Semenanjung Malaysia didapati mendapat kanser payudara.

Sebanyak 4,000 kes kanser payudara dikesan setiap tahun di negara ini, menjadikan pemeriksaan rutin sama ada melalui kaedah mamogram atau pemeriksaan sendiri untuk pengesanan awal amat penting dalam usaha merawat dan menyelamatkan nyawa pesakit.

Dr Azura berkata, pemberian susu ibu, sekurang-kurangnya selama enam bulan boleh mengurangkan risiko kanser berulang dan kadar kematian disebabkan kanser payu dara.

Hasil kajian baru-baru ini yang diterbitkan di dalam Jurnal Institut Kanser Kebangsaan mendapati, dalam kalangan wanita yang mendapat kanser payu dara dan pernah menyusukan anaknya, pakar penyelidik mendapati risiko kanser berulang berkurang sebanyak 30 peratus malah kadar kematian juga berkurang seba­nyak 28 peratus.

Katanya, teknologi rawatan dan ubatan yang semakin canggih juga membantu merawat kanser dengan berjaya, namun kesedaran wanita untuk membuat pemeriksaan rutin dan mendapatkan rawatan pada peringkat awal amat penting.

“Waktu terbaik untuk membuat pemeriksaan sendiri bagi mengesan sebarang keadaan tidak normal pada payu dara adalah satu minggu selepas kedatangan haid kerana ketika itu payu dara berada dalam keadaan paling lembut,” katanya.