kuredah hutan ranting rindu bagai dulu... jangan awak calar kaki kasihku

Ketik sini Bantu Blog ini

Selasa, 19 Ogos 2014

CEO MRT Corp letak jawatan susulan insiden kemalangan meragut 3 nyawa

Ogos 19, 2014

CEO MRT Corp letak jawatan susulan insiden kemalangan meragut 3 nyawa
Azhar Abdul Hamid - Foto MRT Corp 
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Wira Azhar Abdul Hamid hari ini mengumumkan meletakkan jawatan susulan kemalangan di tapak pembinaan yang meragut tiga nyawa yang berlaku pada Isnin.

Azhar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata ia adalah selari dengan pendirian MRT Corp yang memikul tanggungjawab sepenuhnya terhadap kematian tiga pekerjanya.

"Sebagai ketua MRT Corp, saya mengambil tanggungjawab peribadi dan ini adalah perkara yang seharusnya dilakukan. Saya telah memaklumkan kepada Pengerusi MRT Corp, Tan Sri Dr Ali Hamsa mengenai keputusan saya itu," katanya.

Dalam kenyataan yang sama, beliau menyatakan kekesalan terhadap apa yang terjadi dengan terkorbannya tiga orang pekerja projek berkenaan.

Azhar turut memaklumkan bahawa MRT Corp dan pihak berkuasa akan bekerjasama menyiasat dan mengenal pasti punca kejadian itu.

"Saya harap semua kelemahan yang dikenal pasti akan diperbetulkan"katanya.

Azhar telah dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp pada 1 September 2011.

Kesemua mayat di lokasi runtuhan landasan MRT telah ditemui - bomba

Ogos 19, 2014

Kesemua mayat di lokasi runtuhan landasan MRT telah ditemui - bomba
Ketiga-tiga mayat mangsa telah berjaya dikeluarkan - Bomba 
 
KUALA LUMPUR: Kesemua mayat di lokasi runtuhan landasan konkrit MRT telah ditemui dan berjaya dikeluarkan, menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul.

Beliau memaklumkan, dua lagi mangsa selepas mangsa pertama yang ditemui pada kira-kira jam 2.30 pagi tadi, telah diserahkan pada pihak polis.

Katanya mayat mangsa kedua telah dikeluarkan pada jam 1.52 petang, manakala mayat mangsa ketiga telah dikeluarkan pada jam 1.59 petang.

Ketiga-tiga mangsa dikenali sebagai Mohammad Elahi Hossain, Mohamad Faruk Khan dan Mohammad Alauddin Mollik.

Kejadian tersebut berlaku kira kira pukul 8.30 malam semalam ketika mangsa berada di atas span konkrit yang sedang dipindahkan.

Span seberat 300 tan itu tiba-tiba jatuh dan kesemua mangsa jatuh dari ketinggian 20 meter sebelum blok berkenaan menghempap mereka.

MH17: Proses urus jenazah masuk fasa akhir sebelum dihantar balik

Ogos 19, 2014

MH17: Proses urus jenazah masuk fasa akhir sebelum dihantar balik
 
MH17: Proses urus jenazah masuk fasa akhir sebelum dihantar balik - Gambar fail 
 
THE HAGUE: Persiapan menguruskan jenazah mangsa tragedi MH17 kini memasuki fasa akhir, kira-kira 60 jam lagi sebelum 22 jenazah itu dihantar pulang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, untuk disempurna dan dilengkapkan sebelum diserah kepada waris keluarga.

Ini kerana hanya tinggal beberapa jenazah sahaja lagi daripada jumlah tersebut yang masih perlu melalui proses pengurusan dan dokumentasi di Rumah Mayat Monuta, S-Gravanhage di sini.

Ini termasuk upacara membakar mahupun solat jenazah yang akan dibuat ketua agama masing-masing yang telah dilantik dan semua proses ini dijangka diselesaikan pada Selasa atau selewat-lewatnya petang Rabu.

Selesai proses tersebut, kerajaan Malaysia melalui kedutaan besar di sini akan memohon kelulusan kerajaan Belanda menyerahkan semua jenazah itu untuk dibawa balik.

Pada Khamis pagi, dijangkakan jenazah akan dibawa masuk ke dalam pesawat khas Malaysia Airlines (MAS) dan akan disusun dalam kedudukan yang sangat tertib bagi menghormati jenazah tersebut sebelum pesawat berlepas pulang kira-kira pukul 2 petang.

Semalam, Duta Besar Malaysia di Belanda Dr Fauziah Mohamad Taib berkata tiada sebarang upacara rasmi bagi penyerahan jenazah kepada kerajaan Malaysia pada Khamis ini.

Katanya, apa yang akan berlaku nanti hanyalah proses biasa mengeluarkan jenazah dari rumah mayat untuk diserahkan kepada kerajaan Malaysia sebelum dibawa ke lapangan terbang untuk dihantar pulang ke tanah air.

Sementara itu, sambil menyifatkan proses tersebut akan terus berjalan lancar sehingga tiba di Kuala Lumpur, Dr Fauziah berkata adalah menjadi harapan dan keinginan kerajaan serta MAS untuk membantu dan memenuhi permintaan waris dalam pengurusan dan penghantaran pulang jenazah itu.

Menurutnya kedutaan juga akan mengibarkan bendera separuh tiang pada Khamis dan berkabung sehingga Jumaat sebagai tanda penghormatan terakhir kepada jenazah.

Beliau yang sudah enam tahun bertugas di negara yang terkenal dengan industri pelancongan itu berkata sokongan masyarakat tempatan dan asing terus dizahirkan setiap hari yang antara lain menguatkan semangat pihaknya dalam menguruskan jenazah tersebut.

Dr Fauziah berkata, sehingga kini ucapan takziah masih diterima melalui e-mel, surat, faks, selain bunga dan di buku takziah dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk pemimpin antarabangsa dan orang kebiasaan.

"Kami juga bersyukur diberikan pasukan hebat tempatan dan mendapat kerjasama baik kerajaan Belanda dalam menjayakan proses pengurusan dan penghantaran pulang jenazah (kumpulan pertama) ini," katanya.

Beliau berkata sebaik selesai sahaja proses penghantaran jenazah itu, pihaknya akan terus menunggu perkembangan dari kerajaan Belanda untuk jenazah lain (kumpulan kedua) yang dianggarkan masih 40 peratus lagi belum disempurnakan.

Menurutnya, selain itu, pihaknya akan memberi tumpuan kepada proses siasatan nahas pesawat itu yang dijalankan pakar perundangan Belanda dan Malaysia.

Dilaporkan sebanyak 22 jenazah mangsa tragedi MH17 akan dihantar pulang dari Netherlands pada Khamis dan dijangka tiba di tanah air pada pagi Jumaat seperti diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Hari Perkabungan Negara.

Turut dilaporkan, penghantaran pulang jenazah merangkumi 18 keranda dan empat bekas berisi abu mayat warganegara Malaysia dan seorang bukan warga Malaysia.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal, ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

Kesungguhan, sikap profesional Malaysia urus jenazah dipuji Belanda

Ogos 19, 2014

Kesungguhan, sikap profesional Malaysia urus jenazah dipuji Belanda
 
FAUZIAH: Penghargaan itu dizahirkan hasil kerjasama kedua-dua negara dalam mempercepat dan melicinkan setiap proses pengurusan tersebut - Foto Bernama 
 
THE HAQUE: Pihak berkuasa Belanda memuji kesungguhan dan sikap profesional anggota dan pegawai Malaysia yang terlibat sepanjang proses pengurusan jenazah rakyat Malaysia mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Duta Besar Malaysia di Belanda Datuk Dr Fauziah Mohamad Taib berkata penghargaan itu dizahirkan hasil kerjasama kedua-dua negara dalam mempercepat dan melicinkan setiap proses pengurusan tersebut.

"Mereka puji dan kagum semangat serta kecekapan kerja berpasukan kita, contohnya anggota dan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Kor Agama Angkatan Tentera Malaysa dalam menguruskan jenazah dengan teliti termasuk dalam memandikan jenazah.

"Tidak semua (orang) mampu buat tugas itu dengan betul kecuali yang benar-benar pakar dan ada kemahiran tinggi," katanya kepada wartawan Malaysia pada Isnin.

Dr Fauziah menarik perhatian bahawa kepakaran anggota dan pegawai terbabit selain kerjasama berterusan pihak berkuasa Belanda membantu mempercepat proses pengurusan jenazah.

Jelasnya, urusan membawa pulang jenazah warga Malaysia berjalan lancar dan pihaknya masih menunggu perkembangan terbaharu dalam tempoh berbaki tiga hari lagi sebelum jenazah dibawa pulang ke tanah air.

Menurut Dr Fauziah, tiada sebarang upacara rasmi bagi penyerahan jenazah kepada kerajaan Malaysia dijadualkan pada Khamis ini.

Katanya, apa yang akan berlaku nanti hanyalah proses biasa mengeluarkan jenazah dari rumah mayat untuk diserahkan kepada kerajaan Malaysia selepas mendapat kelulusan pihak berkuasa Belanda, sebelum dibawa ke lapangan terbang untuk dihantar pulang ke tanah air.

Dalam pada itu, Dr Fauziah berkata pihaknya sentiasa diberikan maklumat terkini hampir dua hingga tiga kali setiap hari berhubung jenazah rakyat Malaysia.

"Boleh dikatakan hampir 60 peratus jenazah rakyat negara kita sudah ditemui. Sejak tragedi itu, kita sentiasa dimaklumkan mengenai perkembangan terbaharu menerusi panggilan telefon pada kadar segera.

"Ada kalanya kita tidak tidur menunggu perkembangan setiap hari. Selepas mendapat hitam putih, kita terus memaklumkan kepada anggota keluarga mangsa di Malaysia," katanya.

Sementara itu, Dr Fauziah berkata beliau akan pulang ke Malaysia dan akan turut serta menyambut jenazah di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat.

Sebanyak 22 jenazah termasuk seorang bukan warga Malaysia akan dihantar pulang merangkumi 18 keranda dan empat bekas berisi abu mayat dengan pesawat khas dari Amsterdam yang dijangka tiba di KLIA pada 10 pagi, Jumaat ini.

Tarikh itu juga diumum sebagai hari berkabung negara dan satu istiadat penghormatan untuk jenazah mangsa tragedi itu akan diadakan di Kompleks Bunga Raya, KLIA pada hari berkenaan.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal, ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai.

Khamis, 14 Ogos 2014

Saranan daftar pemilik akaun FB mustahil dilaksana

Saranan daftar pemilik akaun FB mustahil dilaksana
11 Ogos 2014

KUALA LUMPUR - Saranan agar kerajaan mendaftarkan semua pemilik akaun laman sosial Facebook dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi memudahkan pengenalpastian identiti pemilik akaun adalah mustahil untuk dilaksanakan.

Presiden Gerakan Belia Teknologi Informasi Khaireel Azlee Abdul Aziz berkata sekiranya ia dilaksanakan, golongan tidak bertanggungjawab yang mahir mengenai teknologi akan menggunakan kaedah lain seperti mewujudkan identiti palsu melalui pemalsuan alamat IP.

"Hal ini akhirnya membuatkan kerajaan dipermainkan semula oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab seperti ini," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Baru-baru ini terdapat saranan agar kerajaan mempertimbangkan semua pemilik akaun laman Facebook berdaftar dengan SKMM bagi memudahkan pengenalpastian identiti pemilik akaun.

Khaireel berkata saranan ini juga sekiranya dilaksanakan secara automatik menuntut kerajaan untuk menubuhkan satu jabatan pendaftaran FB khusus untuk mendaftarkan bilangan pengguna Malaysia yang dianggarkan kira-kira 15 juta.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, kata Khaireel Azlee, perlu juga difahami untuk mengesan identiti individu yang telah memuatkan naik sebarang bahan yang tidak bertanggungjawab seperti bahan lucah dan hasutan melalui Facebook, hanya dapat dikesan sekiranya pelaku menggunakan identiti sebenar.

"Kalau kita ingin menahan individu ini, identiti pemilik akaun tersebut perlu benar-benar wujud dan adalah mustahil untuk mengesan individu yang menggunakan akaun palsu," katanya.

Khaireel Azlee berkata sekiranya saranan itu dilaksanakan kerajaan hanya mengulangi kegagalan yang dilakukan di negara Korea apabila tindakan mendaftarkan pengguna Facebook menemui kegagalan.
Beliau berkata MCMC hanya boleh menyekat secara langsung laman web yang benar-benar mengandungi unsur atau bahan lucah dan agak sukar bagi agensi itu untuk menyekat mana-mana laman web yang kandungan bercampur aduk.

"Sebagai contoh laman web lucah boleh disekat tetapi sukar untuk menyekat laman media sosial berasaskan video yang mempunyai kandungan pelbagai perkongsian video sebagai contoh Youtube dan Vimeo.
"Dalam hal ini, sekatan kandungan terutamanya terhadap kanak-kanak di bawah umur harus bermula dari rumah melalui pemantuan ibu bapa termasuk menetapkan tapisan kandungan dalam setiap gadjet yang diberikan kepada anak-anak mereka," katanya.

Khaireel Azlee berkata, pengguna seharusnya lebih bertanggungjawab dan sentiasa beretika terhadap sebarang bahan yang dimuat naik dan dikongsi dalam alam maya.

"Peranan untuk menyekat sebarang bahan yang diragui terletak pada pengguna laman sosial itu sendiri...kalau tahu bahan itu tidak sepatutnya dikongsi sebaiknya padam atau laporkan kepada Facebook.

"Pengguna harus sedar dengan hanya bertanyakan ‘ya’ atau ‘tidak’ berserta pautan bahan terhadap sesuatu isu di laman sosial ia sudah boleh dianggap sebagai ‘viral’ dan anda dianggap sebahagian daripada penyebar maklumat berkenaan," katanya.

Jumaat lepas, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan bersedia mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook ekoran pelbagai penyalahgunaan di laman itu.
Beliau berkata kementerian akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung perkara itu.

Sebagai reaksi terhadap kenyataan itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menyatakan kesediaaan kerajaan meminda Akta Hasutan dan undang-undang lain sedia ada bagi membolehkan tindakan tegas diambil terhadap individu yang menggunakan media sosial untuk menghina agama atau menyebar kenyataan berunsur hasutan tanpa mengira kaum dan agama.

- Bernama

Ingat pesanan Ayahanda Mantan PM kita... internet ini ibarat pisau yang tajam, pandai-pandailah kita menggunakannya. Jika pisau itu digunakan untuk membedah orang sudah pasti ianya satu urusan yang bermanfaat malahan amat besar jasanya jika pisau tajam ini digunakan untuk sebaliknya membunuh orang umpamanya... ianya sememangnya satu jenayah yang kejam.

  • Anda, Fikri Hanif, Salasiah Abd Rahman dan 2 yang lain menyukai ini.
  • Idanradzi Kct FB Akan Di Tutup ?

    Posted by RDZ Z on Saturday, August 9, 2014 at 3:00 AM

    Kecoh jugak ya pasal nak tutup FB. Ramai yang tak setuju. Sebenarnya ini hanyalah cadangan yang mungkin akan dipertimbangan oleh kerajaan ekoran dari pelbagai penyalahgunaan di laman FB seperti yang berlaku sekarang.

    Berdasarkan rekod, jumlah akaun pengguna FB di Malaysia adalah 15 juta. Satu jumlah yang agak besar dimana hampir 50% daripada rakyat Malaysia mempunyai FB. Social media yang paling popular di Malaysia.

    Wajar Ke Tutup FB?

    Jika di tanya kita samada wajar atau tidak FB ditutup ... mungkin pendapat kita agak bias. Apapun setiap tindakan yang bakal diambil perlu dikaji. Tengok pro & kontra dia. Bukan berdasarkan emosikan.

    Kalau dilihat antara alasan yang agak popular sekarang ni adalah FB ada kaitan dengan yahudi. Jadi kalau kita boleh boikot produk yang lain kenapa tidak FB. Hmm...

    Dari sudut positifnya pula, FB ni sebenarnya tak dinafikan banyak memberi manfaat kepada penggunanya. Antaranya merapatkan silatulrahim antara keluarga serta rakan rakan-rakan. Laman perkongsian ini juga terbukti antara medium perkongsian ilmu yang popular. Banyak ilmu mahupun isu-isu berguna yang dikongsi dan dibincangkan di sini, yang memberi manfaat kepada ramai pengguna. Dari yang kecil hinggalah kepada yang paling dewasa.

    Dari sudut negatifnya, FB juga selalu disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah dan juga perkara-perkara yang kurang elok. Namun dari segi jumlah mereka-mereka yang menyalahgunakan FB belum mencapai tahap serius. Berdasarkan laporan, hanya 2000 lapuran penyalahgunaan FB yang diterima setakat ini.

    Jadi sebelum apa-apa keputusan dibuat, wajar kerajaan membuat kajian secara terperinci. Fikirkan tentang Pro & Kontra saranan ini serta medium alternatif sebagai pengganti. Dan yang paling penting adalah sikap pengguna FB atau mana-mana media sosial. Kita perlu menjadi pengguna yang bertanggungjawab.

    P/s: Kalau nak tau, selain dari FB, Ummaland adalah laman baru yang boleh dicuba. Fungsinya hampir sama dengan FB: Ummaland: http://www.ummaland.com/. Jadi bolehlah daftar pada yang belum.

    Posted by RDZ Z on Saturday, August 9, 2014 at 3:00 AM
    ..
    Ummaland enables you to connect and share with your Muslim brothers and sisters to live Islam as a way of life.
    ummaland.com

  • Tepung Gomak Yop IdanRadzi...kalau teman copy sesetengah apa yang yop muatnaik kat sini ke Group teman boleh tak.....

    Tepung Gomak sebab nak share tak boleh.....

  • Nota Idanradzi amat digalakkan... copy & paste... atau kongsi maklumat di Group ini bagi yeop ianya satu penghormatan akan kerjaya penyair sepenuh masa yeop... jika terpengap semua maklumat di sini tanpa tak siapa uar-uarkan memang amat penat rasanya... Tepung Gomak.

  • Nota Idanradzi memang ada ketika yeop pun buat cam tu... jika kongsi tak elok sangat... ada ketika dalam satu artikel tak semua setuju di hati kita maka lebih baik kita copy & paste boleh edit mana yang tak kena.

  • Tepung Gomak terima kasih yop IdanRadzi...teman udah dua kali singgah kat Mee Kari Ami tu...laksa dia lain dari yang lain...ada fish cake lagi...mee karinya...buat teman tak tidor malam biler terkenang....terasa rasa kat lidah....mee sup pun sedap....sampai habih kuah dihirup....mee kicap ajer kureng sikit....kalau ader kesempatan nak singgah lagi...insyaallah...

  • Nota Idanradzi sy suka dua-dua... mee kari & laksanya... maka jangan hairan jika yep balik ke Perak tak ada tempat merondok akan pasti tidur di Jahang sebab suka sungai sana... pun dah pasti singgah di Mee Kari Amy ini. Akan singgah bila ada kesempatan.

  • Nota Idanradzi mee mungkin ada orang lain suka... minuman tu payah nak ingat... mirip teh bunga pun amat klasil & sentimental rasanya... cubalah.

Isnin, 11 Ogos 2014