kuredah hutan ranting rindu bagai dulu... jangan awak calar kaki kasihku

Ketik sini Bantu Blog ini

Memaparkan catatan dengan label MH17. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MH17. Papar semua catatan

Selasa, 19 Ogos 2014

MH17: Proses urus jenazah masuk fasa akhir sebelum dihantar balik

Ogos 19, 2014

MH17: Proses urus jenazah masuk fasa akhir sebelum dihantar balik
 
MH17: Proses urus jenazah masuk fasa akhir sebelum dihantar balik - Gambar fail 
 
THE HAGUE: Persiapan menguruskan jenazah mangsa tragedi MH17 kini memasuki fasa akhir, kira-kira 60 jam lagi sebelum 22 jenazah itu dihantar pulang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, untuk disempurna dan dilengkapkan sebelum diserah kepada waris keluarga.

Ini kerana hanya tinggal beberapa jenazah sahaja lagi daripada jumlah tersebut yang masih perlu melalui proses pengurusan dan dokumentasi di Rumah Mayat Monuta, S-Gravanhage di sini.

Ini termasuk upacara membakar mahupun solat jenazah yang akan dibuat ketua agama masing-masing yang telah dilantik dan semua proses ini dijangka diselesaikan pada Selasa atau selewat-lewatnya petang Rabu.

Selesai proses tersebut, kerajaan Malaysia melalui kedutaan besar di sini akan memohon kelulusan kerajaan Belanda menyerahkan semua jenazah itu untuk dibawa balik.

Pada Khamis pagi, dijangkakan jenazah akan dibawa masuk ke dalam pesawat khas Malaysia Airlines (MAS) dan akan disusun dalam kedudukan yang sangat tertib bagi menghormati jenazah tersebut sebelum pesawat berlepas pulang kira-kira pukul 2 petang.

Semalam, Duta Besar Malaysia di Belanda Dr Fauziah Mohamad Taib berkata tiada sebarang upacara rasmi bagi penyerahan jenazah kepada kerajaan Malaysia pada Khamis ini.

Katanya, apa yang akan berlaku nanti hanyalah proses biasa mengeluarkan jenazah dari rumah mayat untuk diserahkan kepada kerajaan Malaysia sebelum dibawa ke lapangan terbang untuk dihantar pulang ke tanah air.

Sementara itu, sambil menyifatkan proses tersebut akan terus berjalan lancar sehingga tiba di Kuala Lumpur, Dr Fauziah berkata adalah menjadi harapan dan keinginan kerajaan serta MAS untuk membantu dan memenuhi permintaan waris dalam pengurusan dan penghantaran pulang jenazah itu.

Menurutnya kedutaan juga akan mengibarkan bendera separuh tiang pada Khamis dan berkabung sehingga Jumaat sebagai tanda penghormatan terakhir kepada jenazah.

Beliau yang sudah enam tahun bertugas di negara yang terkenal dengan industri pelancongan itu berkata sokongan masyarakat tempatan dan asing terus dizahirkan setiap hari yang antara lain menguatkan semangat pihaknya dalam menguruskan jenazah tersebut.

Dr Fauziah berkata, sehingga kini ucapan takziah masih diterima melalui e-mel, surat, faks, selain bunga dan di buku takziah dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk pemimpin antarabangsa dan orang kebiasaan.

"Kami juga bersyukur diberikan pasukan hebat tempatan dan mendapat kerjasama baik kerajaan Belanda dalam menjayakan proses pengurusan dan penghantaran pulang jenazah (kumpulan pertama) ini," katanya.

Beliau berkata sebaik selesai sahaja proses penghantaran jenazah itu, pihaknya akan terus menunggu perkembangan dari kerajaan Belanda untuk jenazah lain (kumpulan kedua) yang dianggarkan masih 40 peratus lagi belum disempurnakan.

Menurutnya, selain itu, pihaknya akan memberi tumpuan kepada proses siasatan nahas pesawat itu yang dijalankan pakar perundangan Belanda dan Malaysia.

Dilaporkan sebanyak 22 jenazah mangsa tragedi MH17 akan dihantar pulang dari Netherlands pada Khamis dan dijangka tiba di tanah air pada pagi Jumaat seperti diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Hari Perkabungan Negara.

Turut dilaporkan, penghantaran pulang jenazah merangkumi 18 keranda dan empat bekas berisi abu mayat warganegara Malaysia dan seorang bukan warga Malaysia.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal, ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

Kesungguhan, sikap profesional Malaysia urus jenazah dipuji Belanda

Ogos 19, 2014

Kesungguhan, sikap profesional Malaysia urus jenazah dipuji Belanda
 
FAUZIAH: Penghargaan itu dizahirkan hasil kerjasama kedua-dua negara dalam mempercepat dan melicinkan setiap proses pengurusan tersebut - Foto Bernama 
 
THE HAQUE: Pihak berkuasa Belanda memuji kesungguhan dan sikap profesional anggota dan pegawai Malaysia yang terlibat sepanjang proses pengurusan jenazah rakyat Malaysia mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Duta Besar Malaysia di Belanda Datuk Dr Fauziah Mohamad Taib berkata penghargaan itu dizahirkan hasil kerjasama kedua-dua negara dalam mempercepat dan melicinkan setiap proses pengurusan tersebut.

"Mereka puji dan kagum semangat serta kecekapan kerja berpasukan kita, contohnya anggota dan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Kor Agama Angkatan Tentera Malaysa dalam menguruskan jenazah dengan teliti termasuk dalam memandikan jenazah.

"Tidak semua (orang) mampu buat tugas itu dengan betul kecuali yang benar-benar pakar dan ada kemahiran tinggi," katanya kepada wartawan Malaysia pada Isnin.

Dr Fauziah menarik perhatian bahawa kepakaran anggota dan pegawai terbabit selain kerjasama berterusan pihak berkuasa Belanda membantu mempercepat proses pengurusan jenazah.

Jelasnya, urusan membawa pulang jenazah warga Malaysia berjalan lancar dan pihaknya masih menunggu perkembangan terbaharu dalam tempoh berbaki tiga hari lagi sebelum jenazah dibawa pulang ke tanah air.

Menurut Dr Fauziah, tiada sebarang upacara rasmi bagi penyerahan jenazah kepada kerajaan Malaysia dijadualkan pada Khamis ini.

Katanya, apa yang akan berlaku nanti hanyalah proses biasa mengeluarkan jenazah dari rumah mayat untuk diserahkan kepada kerajaan Malaysia selepas mendapat kelulusan pihak berkuasa Belanda, sebelum dibawa ke lapangan terbang untuk dihantar pulang ke tanah air.

Dalam pada itu, Dr Fauziah berkata pihaknya sentiasa diberikan maklumat terkini hampir dua hingga tiga kali setiap hari berhubung jenazah rakyat Malaysia.

"Boleh dikatakan hampir 60 peratus jenazah rakyat negara kita sudah ditemui. Sejak tragedi itu, kita sentiasa dimaklumkan mengenai perkembangan terbaharu menerusi panggilan telefon pada kadar segera.

"Ada kalanya kita tidak tidur menunggu perkembangan setiap hari. Selepas mendapat hitam putih, kita terus memaklumkan kepada anggota keluarga mangsa di Malaysia," katanya.

Sementara itu, Dr Fauziah berkata beliau akan pulang ke Malaysia dan akan turut serta menyambut jenazah di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat.

Sebanyak 22 jenazah termasuk seorang bukan warga Malaysia akan dihantar pulang merangkumi 18 keranda dan empat bekas berisi abu mayat dengan pesawat khas dari Amsterdam yang dijangka tiba di KLIA pada 10 pagi, Jumaat ini.

Tarikh itu juga diumum sebagai hari berkabung negara dan satu istiadat penghormatan untuk jenazah mangsa tragedi itu akan diadakan di Kompleks Bunga Raya, KLIA pada hari berkenaan.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal, ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai.

Sabtu, 9 Ogos 2014

Ukraine dakwa pemisah tersalah tembak MH17, kerana sangka ia pesawat Aeroflot

Ogos 09, 2014

Ukraine dakwa pemisah tersalah tembak MH17, kerana sangka ia pesawat Aeroflot
Gambar fail pesawat Aeroflot milik syarikat penerbangan Rusia - EPA/SERGEI ILNITSKY
KUALA LUMPUR: Ukraine mendakwa kumpulan pemisah pro-Rusia telah menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia, MH17 secara tidak sengaja selepas menyangka pesawat itu adalah milik syarikat penerbangan Rusia, Aeroflot. Ia didakwa dilakukan bagi menarik perhatian Rusia untuk turut sama terbabit menceroboh Ukraine.

Menurut laporan The Moscow Times, teori terbaru itu dinyatakan oleh Ketua Perkhidmatan Keselamatan Ukraine, Valentyn Nalyvaichenko yang berkata pada Khamis, anggota pemisah mensasarkan pesawat Aeroflot yang dalam perjalanan dari Moscow ke Larnaca, Cyprus dimana laluannya berhampiran dengan laluan pesawat malang MH17 itu.

Kumpulan pemisah telah “diarahkan” untuk meletakkan senjata peluru berpandu anti-pesawat Buk di sebuah perkampungan di Pervomaisk ke timur Ukraine, tetapi oleh kerana kumpulan itu terdiri rata-ratanya dari warga Rusia, mereka telah terkeliru dengan sebuah lagi perkampungan dengan nama yang sama dan terletak kira-kira 100 kilometer jaraknya antara satu sama lain, kata Nalyvaichenko dalam satu kenyataan yang dikeluarkan agensinya.

Kesilapan itu dianggap besar kerana menurut Nalyvaichenko: Pertama, ia telah membawa kumpulan pemisah terbabit di kedudukan laluan yang dilalui oleh MH17 dan bukannya laluan Aeroflot seperti yang dirancangkan. Kedua, ini juga bermakna peluru berpandu telah dilancarkan dari kawasan yang dikuasai oleh kumpulan pemisah dan bukannya di kawasan yang dikuasai oleh pihak tentera Ukraine, katanya.

“Dari lokasi asal yang disasarkan, pesawat Aeroflot sepatutnya ditembak jatuh di kawasan yang dikuasai pihak tentera Ukraine,” Nalyvaichenko dipetik berkata oleh agensi berita Ukraine, Liga Novosti.

“Serangan pengganas itu adalah satu perancangan untuk  membolehkan satu tindakan agresif dimulakan (oleh Rusia) ekoran kehilangan banyak nyawa warganya yang tidak berdosa,” dia dipetik berkata.

Kenyataan agensi itu juga berkata hasil siasatannya menunjukkan pencerobohan Ukraine oleh Rusia akan bermula pada 18 Julai – sehari selepas pesawat itu ditembak jatuh – tetapi ekoran kesilapan itu, perancangan itu telah diubah.

Sementara itu dengan angkatan tentera Rusia dilaporkan mula berhimpun di sempadan, Ketua Setiausaha Pakatan Atlantik Utara, NATO, Anders Fogh Rasmussen memberi amaran kepada Moscow agar berundur atau berhadapan sekatan lebih ketat.

Laporan sebelum ini mengatakan lebih 20 ribu anggota tentera Rusia telah bersiap sedia di sempadan Ukraine dan bersedia menceroboh Ukraine dengan menggunakan alasan untuk memastikan keamanan di kawasan bergolak.

Penerbangan MH17, menggunakan pesawat Boeing 777-200ER, sebelum ini dipercayai ditembak jatuh oleh peluru berpandu permukaan ke udara ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada Julai 17.

Pesawat dengan 298 penumpang dan anak kapal terhempas di wilayah Donetsk, bahagian timur Ukraine, sebuah wilayah yang dikawal oleh puak pemberontak pro-Rusia.

MH17: Waris sedang dihubungi untuk bayaran pendahuluan pampasan

Ogos 09, 2014
MH17: Waris sedang dihubungi untuk bayaran pendahuluan pampasan
 
MAS. Sehingga kini, majoriti keluarga berkenaan telah mendapat bantuan kewangan itu. - Foto BERNAMA
 
KUALA LUMPUR: Bayaran pendahuluan pampasan kepada keluarga mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 tidak akan menjejaskan hak mereka untuk menuntut pampasan mengikut undang-undang pada kemudian hari.

Dalam kenyataan hari ini, MAS menjelaskan bahawa bayaran itu bagaimanapun akan dikira sebagai sebahagian daripada pampasan penuh yang layak mereka terima.

MAS berkata melalui wakilnya di Pusat Sokongan Keluarga, ia telah menghubungi waris mangsa yang menaiki pesawat malang itu untuk memulakan proses pembayaran pendahuluan pampasan.

Pada 4 Ogos, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata anggota keluarga terdekat mangsa nahas MH17 pada 17 lepas dijangka menerima bayaran pendahuluan pampasan sebanyak US$50,000 (kira-kira RM160,000) dengan secepat mungkin.

"Kami juga mengambil langkah untuk mengurus faedah kontrak yang layak diterima anak kapal kami, untuk diperjelaskan dan dibayar kepada waris mereka, bersama bayaran sagu hati tambahan bagi membantu mereka memenuhi keperluan semasa keluarga masing-masing," kata syarikat penerbangan itu.

MAS menjelaskan ia turut menawarkan bantuan kewangan US$5,000 kepada keluarga setiap penumpang dan anak kapal MH17.

"Sehingga kini, majoriti keluarga berkenaan telah mendapat bantuan kewangan itu, yang tidak termasuk sebagai bayaran pampasan yang layak mereka terima," kata MAS.

Penerbangan MH17 bersama 283 penumpang dan 15 anak kapal, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia dipercayai ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine.

MAS berkata fokus utamanya sekarang ialah menjaga kebajikan keluarga yang terjejas akibat tragedi itu.

Syarikat penerbangan itu juga memberi sokongan kepada keluarga terbabit dalam menghadapi saat-saat getir dan menugaskan penjaga terdiri daripada pekerja terlatih MAS untuk memberi sokongan dan bantuan dari segi emosi kepada mereka.

65 victims of MH17 identified, last experts home

August 10, 2014

65 victims of MH17 identified, last experts home
 
MH17 exploded over insurgent-held east Ukraine on July 17, killing all 298 on board. 
 
THE HAGUE: Dutch forensic experts have identified a total of 65 victims of downed Malaysia Airlines flight MH17, the government said on Saturday, as the last of the team investigating the crash returned from eastern Ukraine.

Forty-two more victims were identified from remains taken from the crash site of the passenger jet, where an operation to recover victims' belongings has been halted because of intensifying clashes between Ukrainian troops and pro-Russian separatists.

"Of the victims, 21 were Dutch and the other 21 another nationality," the Justice Ministry said in a statement.

"The specific nationalities of the other victims are not being revealed on the request of their countries' embassies," it added.

Forensics investigation coordinator Arie de Bruijn said on Friday that around 176 "more or less" complete bodies have arrived in the Netherlands as well as 527 body parts.

"A team of specialists are working around the clock, but again, it could still take months before each victim can be identified," the Dutch government said.

Meanwhile, the last of the Dutch, Australian and Malaysian investigators were leaving Ukraine for the Netherlands, national news agency ANP reported.

The final flight of returning police investigators were expected to land at the southern city of Eindhoven late on Saturday night, including the head of the Dutch police mission in Ukraine, Pieter-Jaap Aalbersberg.

Dutch Prime Minister Mark Rutte said on Wednesday that the search for body parts at the crash site was being suspended due to escalating violence in the area.

The Dutch government on Saturday issued a map showing the area in which the experts conducted their search.

Investigators "searched for 20 hours during a six-day period," but according to the map, covered only a small area of the sprawling crash site.

"Not all areas have been searched as experts were refused entry or the security risk was too high," the Dutch government said in a statement.

Around 800 Ukrainian recovery workers however earlier scoured many of the areas where the international team could not get to, the statement added.

"It was done more professionally than first thought and body parts and personal belongings have been found."

MH17 exploded over insurgent-held east Ukraine on July 17, killing all 298 on board, 193 of them Dutch, with the West accusing Russia-backed separatists of shooting it down.

Rabu, 6 Ogos 2014

Komuniti Islam di Belanda bantu urus jenazah mangsa MH17

Ogos 06, 2014

Komuniti Islam di Belanda bantu urus jenazah mangsa MH17
 
 
Komuniti Islam di Belanda bantu urus jenazah mangsa MH17 
 
 
PUTRAJAYA: Komuniti Islam tempatan di Belanda bersedia memberikan bantuan kepada wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk pengurusan pengendalian jenazah rakyat Malaysia yang terlibat dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata persediaan untuk menguruskan jenazah oleh enam imam daripada Jakim juga berjalan lancar dengan bantuan serta hubungan baik dengan komuniti tempatan itu.

"Persiapan pengurusan jenazah di sana (Belanda) serta di sini berjalan lancar. Setibanya di sini (Malaysia) pengurusan jenazah akan dilakukan oleh saya serta Jakim bagi jenazah Islam manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Joseph Kurup bagi jenazah bukan Islam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani MoU Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bagi Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di sini hari ini.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal, terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai.

Pesawat yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak jatuh, namun sehingga kini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab.

Sementara itu dalam perkembangan lain, beliau meminta semua pemilik sekolah agama rakyat (SAR) supaya berdaftar di bawah SABK supaya mendapat manfaat seperti kemudahan pinjaman buku, prasarana serta pendedahan latihan perguruan.

"Pendaftaran dengan SABK tidak menjadikan pihak lembaga sekolah tidak mempunyai kuasa terhadap sekolah mereka, malah sekolah yang didaftarkan adalah kekal di bawah bidang kuasa mereka," katanya sambil menambah masih banyak SAR yang tidak berdaftar dengan SABK.

Beliau berkata dengan mendaftar di bawah SABK, pelajar SAR bukan saja berjaya dalam bidang agama semata-mata, malah dilengkapi dengan akademik.

Isnin, 4 Ogos 2014

Nazri: Perbicaraan 'palsu' MH17 tanpa penjenayah



Bekas menteri undang-undang Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata, Malaysia tidak dapat menjalankan perbicaraan dalam kes tembakan jatuh MH17 kerana hanya akan dianggap sebagai perbicaraan “palsu”.

Katanya, perkara itu tidak mungkin kerana pesalahnya akan menghadiri perbicaraan kes pesawat yang ditembak jatuh pada 17 Julai lalu akan hadir ke mahkamah negara ini.

“Kita tidak boleh bawa pemberontak ke sini untuk dibicarakan, dan jika mereka tiada di sini untuk dibicarakan, ia hanya akan menjadi perbicaraan palsu,” kata Nazri, menteri kebudayaan dan pelancongan, kepada Malaysiakini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri semalam dilaporkan berkata, Malaysia dan Ukraine bukan anggota Mahkamah Jenayah Anrabangsa (ICC), berbanding Belanda yang merupakan anggota ICC.

"Negara perbicaraan masih belum ditentukan lagi, masih bergantung kepada keputusan siasatan lagi. Jika keputusan siasatan mendapati lebih baik dilakukan (perbicaraan) di Malaysia, dalang akan didakwa di negara ini.

"Kalau keputusan siasatan mendapati lebih baik didakwa di negara lain terutama Belanda, jadi kita serahkan kepada Belanda, yang penting keputusan memilih negara perbicaraan akan memberi faedah semua mangsa nahas tersebut," beliau dipetik sebagai berkata oleh Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di Pustaka Negeri Sarawak, Petra Jaya semalam.

Nancy bagaimanapun berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail yang kini mewakili Malaysia dalam jawatankuasa menyiasat nahas MH17 itu tetap mengkaji pilihan terbaik sama ada mengambil tindakan membicarakan dalang di dalam atau luar negara.

"Walaupun Malaysia bukan anggota ICC, tindakan terhadap dalang masih boleh dilakukan di negara ini. Kita ada peruntukan tertentu antaranya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA)," katanya seperti dilaporkan agensi berita nasional.

Khamis, 24 Julai 2014

MH17: Rumah terbuka Aidilfitri jemaah Menteri dibatalkan

MH17: Rumah terbuka Aidilfitri jemaah Menteri dibatalkan
 
Majlis dibatalkan bagi menghormati mereka yang terkorban dalam nahas pesawat MH17 - Gambar Fail
 
KUALA LUMPUR: Majlis Rumah Terbuka Anggota Jemaah Menteri sempena Aidilfitri 2014 dibatalkan bagi menghormati mereka yang terkorban dalam nahas pesawat MH17.

Majlis itu pada asalnya dijadual berlangsung di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini berkata Kabinet bersetuju dengan keputusan itu dalam satu mesyuarat yang diadakan hari ini.

Kabinet juga bersetuju membatalkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia 2014 anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang dijadual diadakan di Rembau, Negeri Sembilan.

Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Jemaah Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada pagi 1 Syawal, sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara.

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang, termasuk 43 warga Malaysia, terhempas dipercayai ditembak di Wilayah Donetsk di timur Ukraine pada Khamis lepas.

"Walaupun negara masih bersedih di atas tragedi ini, umat Islam masih disyariatkan untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan mengerjakan ibadat berpuasa di bulan Ramadan dengan sempurna dan kembali ke jalan fitrah Ilahi.

"Wajarlah rakyat berbilang kaum meneruskan tradisi ziarah-menziarahi demi mengeratkan perhubungan dan perpaduan sesama kita," kata kenyataan itu.

Justeru, majlis sambutan Aidilfitri tahun ini masih boleh diadakan tetapi dengan kesederhanaan dan penuh tertib.

Ia termasuk majlis sambutan oleh anggota Jemaah Menteri, para anggota Parlimen serta Dewan Undangan Negeri bersama rakyat di kawasan masing-masing.

Selain itu, sambutan di peringkat kementerian juga boleh diadakan untuk mengeratkan silaturahim warga kerja masing-masing tanpa melibatkan jemputan luar, menurut kenyataan itu.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh17-rumah-terbuka-aidilfitri-jemaah-menteri-dibatalkan-40614?cp

Kerajaan lantik dua menteri urus jenazah MH17

Kerajaan lantik dua menteri urus jenazah MH17

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein beramah mesra bersama anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Majlis Iftar Pegawai Kanan dan Warga TLDM di KD Mahawangsa hari ini - Foto Bernama
 
PELABUHAN KLANG: Kerajaan bersetuju melantik dua menteri bagi mengendalikan proses pengurusan jenazah rakyat Malaysia yang terlibat dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine, Khamis lepas.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata dua menteri berkenaan adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagi jenazah Islam manakala Datuk Seri Joseph Kurup bagi jenazah bukan Islam.

Selain itu katanya, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim pula dilantik bagi menguruskan waris jenazah berkenaan.

"Perkara ini telah diputuskan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan menteri ini akan bermesyuarat untuk membincangkan kaedah sesuai dalam pengurusan jenazah. Ini tidak termasuk menteri lain seperti (Menteri Luar) Datuk Seri Anifah Aman dan (Menteri Pengangkutan) Datuk Seri Liow Tiong Lai yang turut sama menyumbang dalam isu ini.

"Angkatan Tentera Malaysia pula diberi tanggungjawab dari sudut adat istiadat ketenteraan untuk menyambut jenazah tersebut," katanya kepada pemberita pada Majlis Iftar bersama Pegawai Kanan ATM dan warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di atas kapal KD Mahawangsa di sini hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Rodzali Daud.

Khamis lepas, pesawat Boeing 777-200 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dilaporkan terhempas di kawasan timur Ukraine.

Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.

Pesawat itu dilaporkan berlepas pada 12.15 tengah hari waktu Belanda dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 6.10 pagi Jumaat.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata walaupun negara sedang dihimpit tragedi pesawat MH17, namun usaha mencari serta mengesan kehilangan pesawat MH370 yang sejak Mac lepas masih diteruskan.

Beliau turut memberi jaminan bahawa kerjasama kerajaan dengan negara China dan Australia dalam pencarian pesawat MH370 masih diberi perhatian khusus sehingga ia berjaya ditemui semula.

Mayat mangsa MH17 mungkin tidak dapat dibawa pulang sebelum Aidilfitri - Najib

Mayat mangsa MH17 mungkin tidak dapat dibawa pulang sebelum Aidilfitri - Najib
 
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menandatangani buku takziah sebagai penghormatan ke atas mangsa pesawat MH17, di kediaman Duta Belanda hari ini - Foto Bernama
 
KUALA LUMPUR: 43 mayat warganegara Malaysia mangsa nahas MH17 dijangka tidak dapat dibawa pulang ke tanah air sebelum sambutan Aidilfitri.

Ini kerana, mayat mangsa perlu melalui proses teknikal seperti identifikasi mayat dan ujian DNA.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata proses teknikal itu akan mengambil masa beberapa minggu atau berbulan lamanya.

Selain itu, proses identifikasi mangsa juga perlu dilakukan mengikut prosedur ketat dengan mengambil kira bukti bagi kemungkinan pendakwaan.

“Proses forensik dan identifikasi yang akan dijalankan perlu melihat dari segi pemadanan DNA di mana perlunya kerja-kerja intensif.

“Terutamanya, bukti mungkin diperlukan untuk proses pendakwaan di mahkamah," jelas beliau.

Justeru kata Najib, pihak kerajaan tidak boleh mengenepikan proses berkenaan.

Pada masa sama, Najib turut melahirkan rasa kesal kerana pasukan penyiasat antarabangsa masih tidak diberikan akses penuh ke kawasan kejadian.

Ditanya sama ada beliau akan bincangkan perkara itu dengan Alexander Borodai, komander puak pemisah pro-Rusia di kawasan tempat pesawat itu terhempas, Najib berkata, tidak buat masa ini.

“Tetapi saya akan bercakap, mungkin dengan Presiden Ukraine Petro Poroshenko dan akan menyampaikannya kepada Borodai,” kata Najib sambil menyatakan beliau sedar akan sensitiviti yang terlibat.

Najib berkata kepada pemberita selepas menandatangani buku takziah bagi memperingati 298 mangsa nahas pesawat MH17 di Kediaman Duta Belanda di Malaysia, Harry Molenaar, pada Khamis.

Sementara itu, dalam buku takziah MH17, Najib menulis beberapa baris ayat bagi menzahirkan rasa sedih dan takziah bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia.

Ucapan Najib itu ditujukan kepada semua keluarga di Belanda yang kehilangan orang tersayang dalam tragedi MH17.


Suasana hiba iring keranda mangsa MH17


Video konvoi yang membawa kira-kira 40 keranda mangsa nahas MH17 mencetuskan rasa sayu kepada mereka yang menonton. Ia dibawa dari lapangan terbang ke institut forensik di Belanda dalam kenderaan masing-masing.

Penduduk kongsi perasaan trauma saksi insiden MH17

http://www.astroawani.com/videos/show/buletin-awani/penduduk-kongsi-perasaan-trauma-saksi-insiden-mh17-36640

Proses siasatan di lokasi nahas pesawat MH17 di zon konflik di utara Donetsk diteruskan. Bagaimanapun tidak semua pihak dibenarkan masuk ke lokasi nahas tu, memandangkan pertempuran masih berterusan antara puak pemisah dan tentera kerajaan Ukraine berhampiran kawasan berkenaan. Ikuti laporan eksklsif koresponden Astro Awani di Ukraine, Jennifer Glasse yang berpeluang memasuki kawasan nahas dan berikut laporan eksklusif beliau dari Donetsk.


Perakam kotak hitam MH17 rosak

http://www.astroawani.com/videos/show/buletin-awani/perakam-kotak-hitam-mh17-rosak-36612

Penyiasat Belanda berkata alat perakam suara pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine rosak tetapi datanya masih baik. Dua kotak hitam berkenaan diserahkan penyiasat Belanda kepada sebuah makmal di selatan England pada Rabu.

MH17: Sampel DNA anak mangsa diambil

MH17: Sampel DNA anak mangsa diambil
 
 
Tan menaiki pesawat MH17 bersama anak perempuannya Jenny Loh (kiri) dan suami Fan Shun warga Belanda yang memiliki restoran di Rotterdam
 
GEORGE TOWN: Jabatan Perubatan Forensik Hospital Seberang Jaya telah mengambil satu lagi sampel DNA daripada anak kepada salah seorang mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines MH17.

Pasukan forensik itu tiba di kediaman , Tan Siew Poh, 85, di Lorong Delima Di Gelugor pada jam 2.45 tengah hari dan proses itu selesai kira-kira jam 3.45 tengah hari tadi.

Anak lelaki kepada Tan yang hanya mahu dikenali sebagai Loh itu, menolak sebarang temubual oleh wakil media  namun selepas lebih sejam melihat wakil media menunggu di halaman rumahnya, beliau keluar dan meminta agar tidak diganggu pada masa ini.

Ketika diminta pengesahan  sama ada benar ahli keluarganya yang maut dalam nahas MH17, Loh mengesahkan mangsa adalah ibunya  dan memaklumkan sampel DNA telah diambil  bagaimanapun tidak mengetahui bila mayat ibunya akan di bawa pulang.

Difahamkan Tan menaiki pesawat MH17 bersama anak perempuannya Jenny Loh Yan Hwa, 54 tahun  dan suaminya Fan Shun Po, 60 tahun warga Belanda yang memiliki restoran di Rotterdam.

Setiap tahun pasangan itu menaiki penerbangan terus dari Rotterdam ke Hong Kong tetapi kali ini menaiki MH17 daripada Amsterdam ke Kuala Lumpur kerana ingin pulang ke Malaysia bersama ibunya yang datang menziarahi mereka di Rotterdam.

Tan adalah salah seorang daripada 298 penumpang  yang terkorban dalam nahas MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

Selain Tan, dua lagi anak kapal Nurshazana Mohd Salleh  dan Sanjid Singh Sandhuyang  yang berasal dari Pulau Pinang turut terkorban dalam nahas tersebut.

Anak DJ Dave trauma

Belum hilang kesedihan tragedi kehila­ngan pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) pada 8 Mac lalu, negara sekali lagi dikejutkan dengan tragedi pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine hingga mengorbankan 280 penumpang dan 15 anak kapal, kelmarin.

Berita menyayat hati itu nyata memberi impak cukup besar kepada sejarah negara dan sejarah penerbangan dunia.

Apatah lagi ia berlaku selang empat bulan selepas tragedi kehilangan MH370 yang sehingga kini kekal misteri tanpa sebarang bukti atau petanda.

Penyanyi dan Presiden Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) Datuk DJ Dave ketika dihubungi berkata, berita itu amat menyedihkannya dan lebih mengejutkan dua pembantu juruterbang pesawat malang itu, Muhamad Firdaus Abdul Rahim dan Ahmad Hakimi Hanapi adalah rakan setugas anaknya, Shaz Darween, 31, yang juga juruterbang MAS.

pix_gal1 (1)

“Anak saya memaklumkan Firdaus baru saja dinaikkan pangkat. Dia yang amat sedih dengan berita itu kini trauma untuk menjalankan tugasnya,” katanya.

Produser dan pengarah filem tersohor yang juga Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Datuk Yusof Haslam pula melahirkan rasa sedihnya dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

“Satu lagi tragedi menyedihkan selepas MH370. Kali ini lebih menyayat hati apabila dimaklumkan semua penumpang dan anak kapal MH17 terkorban. Ini adalah satu lagi ujian Allah pada kita. Semoga keluarga mangsa yang terbabit tabah menghadapi ujian ini.

“Sebagai rakyat kita perlu bersatu berdiri di belakang pemimpin kita dalam menghadapi situasi ini. Sama-samalah kita berdoa semoga Allah melindungi rakyat dan negara ini dari bencana dan musibah.

“Ini saat untuk kita bersatu dan melupakan sengketa sesama kita. Jika kita lemah musuh-musuh negara akan mengambil kesempatan. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Tiada yang lebih berkuasa kecuali Allah,” katanya.

Produser dan pelakon hebat, Rosyam Nor berkata, tragedi yang berlaku ini perlu diambil sebagai iktibar selain mempercayai qada dan qadar Allah.

“Apa yang berlaku sudah tertulis suratannya begitu. Sementara kita yang masih hidup ini, perlu berdoa dan bersyukur kerana malapetaka seperti ini tidak berlaku kepada diri kita.

pix_topright

“Sebelum ini tragedi MH370 memberi tamparan hebat kepada negara dan apa yang berlaku kepada MH17 sekarang, seharusnya setiap individu mahupun rakyat Malaysia sedar pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini. Harus menerimanya ketentuan Allah ini dengan hati yang terbuka bukan mencipta pelbagai spekulasi.

“Kita ambil iktibar dari tragedi MH370, di mana tiada kematangan segelintir rakyat Malaysia dalam menghadapi masalah ini dengan membuat pelbagai isu, mengundang pandangan negatif terhadap negara. Kita perlu berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan kerana ia boleh memburukkan nama negara juga diri sendiri,” katanya.

Sementara pelakon jelita, Lisa Surihani meminta rakyat negara ini supaya lebih sensitif serta menghormati perasaan keluarga mangsa yang terkorban.

“Terdapat banyak yang kini disebarkan yang saya sendiri tidak pasti kesahihannya. Saya faham ­dengan medium media sosial, ia kini sebagai satu cara untuk berkongsi maklumat atau menimbulkan kesedaran. Cuma saya berharap ­jangan lakukan kesilapan dulu seperti yang berlaku kepada MH370, di mana semua terlalu bersikap ‘impulsive’ dengan menyebarkan berita.

“Kita semua merasai kesedihan dan berasa sayu atas apa yang berlaku kepada penumpang dan kru pesawat MH17 tetapi kita seharusnya menghormati keluarga dan mereka yang berkaitan ­dengan mangsa dengan tidak menyebarkan cerita yang belum pasti kesahihannya. Kalau boleh jangan memuat naik imej-imej yang boleh mendatangkan kesedihan kepada mereka.

“Seelok-eloknya, kita berdoa untuk mereka. Menghormati pemergian penumpang dan anak kapal MH17 dengan melakukan solat serta doa yang ikhlas,” kata Lisa.–Hmetro