kuredah hutan ranting rindu bagai dulu... jangan awak calar kaki kasihku

Ketik sini Bantu Blog ini

Selasa, 16 Oktober 2012

Nelayan tangkap ketam ganjil



SOUTHSEA – Seorang nelayan menangkap seekor ketam ganjil yang wajahnya dikatakan mirip makhluk asing dalam filem Predator yang dibintangi pelakon Arnold Schwazenegger pada tahun 1980-an, lapor sebuah akhbar semalam.


Ketam itu kini ditempatkan di Akuarium Blue Reef di Southsea, Hampshire, Britain selepas haiwan tersebut diserahkan untuk dipamerkan baru-baru ini.

Haiwan tersebut turut dikenali sebagai ketam span dan ia boleh menyamar dan mengelak daripada dilihat menerusi pemandangan mata semasa haiwan tersebut berada di dasar laut.
Ketam itu akan dipamerkan kepada orang ramai selepas ia selesai dikuarantin. – Agensi

Sumber : Kosmo

Ustaz Razis penipu

Sebarkan! Ustaz Razis penipu sudah perdaya 11 wanita Muslimah! 


Malam tadi melalui laman laman sosial seperti Facebook dan Twitter, cerita mengenai seorang Ustaz penipu mula tersebar. Lelaki yang dikenali sebagai Ustaz Razis itu dikatakan telah memperdaya 11 orang wanita Muslimah. Modus operandinya, menjadikan gadis gadis bertudung labuh itu isteri, kemudian meninggalkan mereka terkontang kanting tanpa berita. Malah ada yang ditinggalkan bersama anak anak kecil! Kini dikatakan ‘Ustaz Razis’ mempunyai 11 isteri yang dikahwininya secara penipuan.

 Sebarkan! Ustaz Razis penipu sudah perdaya 11 wanita Muslimah! - Terbakor
Tolong kami sebarkan berita ini supaya anak anak dara kita tidak terpengaruh dengan lakonan licik ‘Ustaz Razis’ ini. Memang kalau tengok dalam gambar, Masyaallah sucinya muka! Tapi dia sanggup menggunakan nama agama untuk melakukan kegiatan jahat. Bukan setakat menipu gadis gadis Muslimah, dia juga pernah dibongkarkan sebelum ini melakukan penipuan berbentuk wang tunai.

Tetapi malangnya, ada diantara mangsa (isteri) tidak mahu memberikan kerjasama untuk mendedahkan kejahatan ‘Ustaz Razis’ atas alasan tidak mahu mendedahkan aib suami. Hmm pada kami ni bukan kira nak sebar aib dah. Ini satu jenayah! Dalam Islam memang suruh kita taat suami tapi bukan bermakna perlu bersetongkol dengan kejahatan suami macam ni. Apatah lagi dalam kes ini, ‘Ustaz Razis’ telah banyak memperdaya gadis yang naif dan baik baik.
Kalau korang nak tengok bukti, kami beri link asal tentang penipuan Ustaz Razis ni. Huh, layak ke dipanggil Ustaz??

 —->>> Ameno World Page

—–>>> Gambar yang terlibat

——>> Blog post Sozcyili

——->> Blog post Nordin Jaafar

Korang baca komen komen yang berjela tu dan sebarkannya kepada umum. Orang macam ni merosakkan nama Islam je.

Khamis, 2 Ogos 2012

Sastera umpama surat cinta

SESUNGGUHNYA syair yang paling indah, inilah: "ketahuilah, setiap sesuatu selain Allah adalah bathil," iaitu ungkapan Lubaid. Apakah kesusasteraan (persuratan) yang dikategorikan sebagai sajak, puisi, cerpen, novel atau sebagainya kepada saya?

Hakikatnya penulisan, termasuk sastera, adalah suatu bentuk komunikasi - daripada penulis kepada pembaca, mediumnya adalah kata-kata yang bisu pada lembaran kertas atau pada skrin komputer pada zaman moden ini. Ia bermaksud menyampaikan.

Setiap penulis, bagi pandangan saya, tujuan mereka menulis sesebuah karya adalah untuk menyampaikan sesuatu, sama ada buah fikiran atau pengalaman hidup atau sebagainya untuk dimanfaatkan semua. Cuma kita semua dalam bidang berlainan. Politikus memilih pentas ceramah, ulama memilih mimbar masjid, guru di kelas, jurujual di kaki-kaki lima, dan penulis memilih medium tulisan.

Saya sendiri kadang-kadang agak musykil apabila membaca karya-karya sastera seperti sajak, cerpen dan novel. Berkali-kali membacanya masih juga tidak menemui maksud yang ingin disampaikan penulisnya. Adakah saya ini jahil dan buta sastera? Adakah saya perlu belajar teori-teori sastera untuk memahami sesebuah karya itu? Saya rasa itu membuang masa. Lebih baik saya membaca karya-karya ilmiah yang sifatnya membosankan, tetapi tentu ada isinya. Sepatutnya sastera itu versi mudah kepada karya ilmiah. Sastera sepatutnya sebuah tulisan ilmiah yang menghibur dan menyeronokkan apabila dibaca, dan khalayak boleh terpengaruh dengan idea yang kita sampaikan.

Bagi saya mudah sahaja. Saya kiaskan saja menulis sesebuah karya itu seperti menulis sepucuk surat cinta untuk bidadari hati kita, seorang perempuan yang kita cintai, tetapi telah menolak cinta kita. Untuk lebih kompleks dan mencabar, perempuan itu malah sesungguhnya membenci kita.

Bagaimanakah surat cinta itu seharusnya ditulis tidaklah penting. Itu atas daya kreativiti kita. Apa yang penting, surat itu seharusnya ditulis dengan maksud utama menggugat hati perempuan tersebut, kemudian mempengaruhinya agar menerima cinta kita. Begitulah kaitan penulis dan pembaca. Penulis harus berusaha memikat dan mempengaruhi pemikiran pembaca, sebagaimana seorang lelaki berusaha memikat perempuan melalui surat. Surat itu harus boleh difahami oleh perempuan. Keindahan dan seni surat itu hanya untuk menarik hati perempuan. Jika surat itu penuh dengan simbol atau bunga-bunga bahasa yang kononnya bernilai seni sehingga tidak mampu difahami perempuan, surat itu sudah tidak mencapai maksudnya. Begitu juga dalam hubungan penulis dan pembaca.

Apabila dalam surat tersebut si lelaki memuji dengan ikhlas perempuan itu berhidung mancung, tetapi menimbulkan kemarahan perempuan kerana disalahfahami sebagai menyindir, itu adalah kegagalan si lelaki.
Janganlah pula dimaksudkan saya menyarankan agar menulis karya lucah untuk mudah diterima pembaca. Sebaliknya, karya lucah juga tidak ada kelucahannya jika ia tidak dapat difahami.

Kata-kata memang abstrak, tetapi ia tetap tertakluk kepada logik sama seperti matematik. Penulis boleh menyerahkan kepada pembaca apa maksud karyanya seperti disarankan oleh Roland Barthes itu; tetapi bagi saya, saya malu jika pembaca tidak faham cerpen atau puisi saya. Sayalah yang jahil dan tidak berhikmah kerana tidak berjaya menyampaikan maksud saya.

Ia sama juga dengan mencampurkan pelbagai warna, kemudian melakarkannya tanpa sebarang erti di atas kertas, lalu membingkaikannya sebagai sebuah lukisan. Dan apabila tetamu datang bertanyakan apa di sebalik lukisan yang terpaku di dinding ini, kita katakan terpulanglah kepada kamu untuk mentafsirkannya sebagai apa. Jika ini dimaksudkan sebagai seni, orang buta pun boleh melukis.

Bubuhlah bedak yang wangi sebanyak manapun dalam surat yang berkajang-kajang itu, jika ia tidak difahami oleh si perempuan, tidak ada ertinya. Malah si perempuan mungkin menganggap kita ini majnun, merepek-repek dengan kata-kata purba dari tamadun yang sudah pupus.

Dalam situasi penulis dan pembaca, kita akan mendengar luahan-luahan kecewa penulis apabila karya mereka tidak dibaca, tidak laku jualan bukunya dan tidak dipedulikan, lalu mendakwa khalayak pembaca sebagai bodoh, sukakan bacaan ringan, dan tidak mahu berfikir. Itu sebenarnya sama seperti menyatakan bahawa si perempuan itu bodoh, jahil atau tidak tahu menilai kerana tidak mahu menerima cinta daripada kita yang budiman, kacak bergaya dan kaya berkereta sport ini, walhal sebenarnya kitalah yang tidak pandai memikat perempuan. Lalu sepatutnya kita berasa malu pada mat-mat rempit yang boleh membawa perempuan-perempuan cantik membonceng motosikal mereka.

Jika penulis menulis sekadar untuk menceritakan sesuatu, lebih elok dia menulis buku sejarah yang objektif. Atau jadi seorang jurugambar yang tepat rakamannya, dan terpulanglah kepada orang yang melihatnya untuk mentafsirkannya.

Tetapi dunia tetap menyatakan seseorang penulis yang hebat itu adalah penulis yang boleh merobah pemikiran masyarakat, dan untuk merobah pemikiran masyarakat, syarat pertama adalah sesebuah karya itu haruslah boleh difahami minda orang awam terbanyak, termasuk yang jahil. Dan keindahan dan kesenian sesebuah karya itu pula bukan hanya pada bahasa dan kata-kata, tetapi juga pada maksudnya, sebagaimana maksud ungkapan penyair Lubaid yang diakui oleh Nabi Muhammad SAW sebagai syair yang paling indah.

Jumaat, 27 Julai 2012

Gambar Terbaru Jue Aziz




Fida Nafi Jadi Isteri Kedua VIP Dan Hati Kembali Terbuka Untuk Mamat Sepah

Ewah... Pastinya hati Mamat Sepah berbunga-bunga keriangan apabila mendengar bekas kekasihnya, Fida kini telah kembali terbuka hati untuk menerimanya kembali. Memang hebat betul Mamat Sepah ini memujuk Fida. Dicadangkan kepada anda yang masih single untuk berguru ayat-ayat manis dengan Mamat. Pasti boleh dapat awek selepas itu.

fida mamat sepah

Umum mengetahui yang kisah cinta antara Mamat dan Fidah terputus di tengah jalan selepas kontroversi gambar tidak bertudung Fida yang telah diupload oleh Mamat. Namun kini Fida sudah pun memaafkan Mamat sepenuhnya dan telah berkawan semula. Kata Fida:-
Selepas empat bulan tidak bersua, kami dipertemukan dalam program itu.Selepas program itu juga, kami terus berhubung dan menjalinkan hubungan sebagai rakan semula. Saya menerimanya kembali kerana apa yang berlaku saya sudah maafkannya , malah sudah pun melupakannya. Jadi kami kini berkawan semula dan kami juga ada keluar bersama. Saya sendiri tidak pasti sejauh mana hubungan kami dan saya hanya berserah kepada Tuhan.
Sementara itu Fida menafikan desas-desus yang menyatakan dirinya telah menjadi isteri kedua kepada seorang VIP baru-baru ini. Kata Fida:-
Tuduhan saya bernikah secara senyap-senyap adalah tidak betul sama sekali. Ini adalah fitnah kerana pada waktu yang dikatakan saya melangsungkan pernikahan itu, saya berada di lokasi penggambaran. Jujurnya, saya pun tidak tahu mengenai perkara sehingga ia kecoh diperkatakan di laman Twitter pada baru-baru ini tetapi ia (pernikahan) memang tidak berlaku. Perkara ini timbul atas dasar salah faham. Mungkin ada orang yang seiras wajah saya melangsungkan pernikahan pada waktu dan lokasi yang dikatakan itu. Secara tidak langsung saya pula dikaitkan dengan perkara ini. Jika benar saya bernikah, tiada apa yang perlu disembunyikan
Pasti Mamat Sepah lega mendengar penafian Fida.

Kenyataan Abby Abadi Akan Dapat Tempat Jika BN Tumbang Diselar Peminat


Abby Abadi. 
PETALING JAYA: Tindakan pelakon Abby Abadi yang mendakwa artis bertudung sepertinya hanya akan mendapat tempat dalam industri hiburan apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang dalam pilihan raya umum akan datang mengundang reaksi negatif daripada kalangan peminat.

Mereka berpendapat, kenyataan Abby yang baru “berhijrah” itu sebagai cetek pengetahuan selain tiada kewajaran untuk dia mencampuradukkan urusan agama dengan politik sekiranya mahu bergelar Muslim sejati.
Komen pembaca yang disiarkan oleh portal rotikaya.com antara lain meminta pelakon Gerak Khas itu supaya berhati-hati ketika memberi kenyataan terutama yang berkaitan agama walaupun penghijrahan yang dilakukannya itu adalah langkah yang baik.

Peminat pelakon itu, Suzana Salleh turut meminta Abby supaya tidak taksub dengan politik kerana agama Islam itu bukanlah parti PAS yang disertainya sekarang.

Artikel mengenai Abby yang disiarkan The Malaysia Insider pada Rabu lalu.
“Jangan terlalu taksub dengan politik. Jika ikutkan, orang perempuan langsung tidak boleh terlibat dalam lakonan apatah lagi nyanyian,” katanya.

Raihan Rizal pula menasihati pelakon itu supaya memberi tumpuan kepada anak-anak dan keluarga kerana apa dibimbangkan langkahnya melibatkan diri dalam politik akan menyebabkan dia hanyut dalam fantasi sendiri.
Malah pelakon itu juga diminta untuk mencontohi pengacara Wardina yang berjaya mendidik anak dengan ilmu agama yang cukup sehingga mampu menghafal surah tertentu dalam al-Quran.

“Saya rasa lebih baik akak fokuskan kepada anak-anak dan keluarga sebelum akak lebih jauh hanyut dalam fantasi akak sendiri. Jangan akak sibuk dengan politik, anak-anak terabai. Ingat, matlamat tidak boleh menghalalkan cara,” katanya.

Antara komen yang dibuat oleh peminat Abby mengenai kelantangan pelakon itu. 
Leylazulaikha pula berpendapat, ramai artis yang bertudung tetapi mereka masih mendapat tempat ketika kerajaan ketika ini memerintah tanpa dinafikan hak masing-masing.

Malah tindakan Abby untuk menyertai mana-aman parti politik adalah hak peribadinya tetapi pelakon itu haruslah tidak memberi kenyataan yang menunjukkan kelemahan dirinya sendiri.

“Berapa ramai artis bertudung yang masih ada dalam industri? masih boleh bebas berkarya? Ada kerajaan sekarang sekat?

“Sebelum salahkan kerajaan sekarang, salahkan orang dalam industri sendiri. sebab mereka itu yang meletakkan halangan ke atas artis yg mula berhijrah,” katanya.

Dalam pada itu Feewit Fuyoo pula menjelaskan, terdapat kebenaran apabila seseorang artis itu melakukan penghijrahan, ruang kreatifnya menjadi sempit tetapi sikap tuduh menuduh dan mengata keburukan orang adalah sesuatu yang dilarang oleh agama Islam.

“Pastinya sebelum ini segala hasil yang diperoleh melalui orang atau pemerintah yang dicerca malah rasanya penghijrahan (Abby) sekarang ini pun rasanya sedikit sebanyak menggunakan hasil kerajaan yang di cerca,” katanya.

Menerusi portal The Malaysia Insider pada Rabu lalu, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan mendakwa artis yang berhijrah seperti beliau hanya akan mempunyai pekerjaan sekiranya kerajaan yang sedia ada tidak lagi memerintah.

Dalam artikel yang bertajuk "Abby Abadi: Muslim artistes will work only after Pakatan takes power" (Abby Abadi: Artis Muslim Akan Bekerja Selepas Pakatan Ambil Alih Kuasa), pelakon tersebut antara lain mendakwa ruang individu sepertinya untuk berkarya menjadi sempit dan beliau mengharapkan golongan artis yang berhijrah dapat setia bersama PAS jika mahu melihat perubahan.

Sheila Rusly, Aida Khalida Dan Wardina Beri Pendapat Mengenai Kenyataan Abby Abadi

Dikejutkan dengan kenyataan Abby Abadi yang agak lantang mengenai sukarnya selebriti seperti dirinya yang telah berhijrah untuk mencari makan di dalam dunia hiburan Malaysia, Mstar Online telah mendapatkan pendapat daripada 3 selebriti wanita iaitu Sheila Rusly, Aida Khalida dan Wardina.
asb
Ketiga-tiga selebriti ini satu ketika dahulu tidak memakai tudung dan telah mengambil keputusan untuk berhijrah selepas mencipta nama di dalam dunia hiburan tanah air. Abang Nara tertarik dengan kata-kata Sheila Rusly:-
Jangan pertikai isu tawaran lakonan atau kerja merosot hanya kerana kita bertudung. Artis terbabit kena sedar niat kita berhijrah ini kerana Allah. Maka, percayalah takkan Allah mahu tutup rezeki jika kita berubah ke arah kebaikan? Kalau seseorang artis mengeluh mengenai nasib dan kesan daripada keputusan bertudung itu, ia seolah-olah mereka tidak ikhlas berhijrah. Bertudung dan menutup aurat itu tidak membebankan atau membatasi urusan seharian kita.

Sementara itu Aida Khalida yang telah 5 tahun memakai tudung memberitahu yang rezekinya tidak pernah putus selepas mengambil keputusan untuk berhijrah. Kata Aida:-
Sudah lima tahun saya bertudung dan rezeki tidak putus sehingga kini. Sebagai pelakon dan penerbit, saya tidak nampak sebarang masalah timbul kepada artis bertudung. Di Malaysia, kita ada banyak saluran televisyen, malah ada saluran Islamik yang membolehkan penghasilan banyak drama berunsurkan Islam. Ini sekali gus memberikan jaminan platform kepada aktres wanita yang sudah bertudung. Jadi, tidak wajar isu bertudung dianggap penyekat periuk nasi dan rezeki dalam bidang seni pula. Ada banyak jalan cuma kita perlu bersabar dan terus berikhtiar.
asb
Wardina pula mengakui yang dia menerima impak negatif apabila mengambil keputusan untuk berhijrah 12 tahun dahulu. Namun perlahan-perlahan imejnya itu dapat diterima dan impak tersebut hanya bersifat sementara.
Mungkin juga kerana saya sudah tidak mahu berlakon ketika bertudung dulu, saya jadi tidak begitu kisah mengenai reaksi orang kerana saya tahu apa yang saya lakukan. Berhijab bukan kerana kita sudah sempurna iman atau terlalu baik tetapi kerana mahu menjadi manusia yang lebih baik. Jika di kalangan artis bertudung mampu bertahan, teruslah berusaha mencari rezeki yang berkat tetapi jika sebaliknya, maka beralihlah kepada bidang yang lebih baik.