kuredah hutan ranting rindu bagai dulu... jangan awak calar kaki kasihku

Ketik sini Bantu Blog ini

Sabtu, 12 Julai 2014

CHRISTIANO RONALDO MENANG BALLON D'OR KALI KEDUA


RONALDO MENANG BALLON D'OR KALI KE-2 | PENYERANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo dari Portugal berjaya memenangi anugerah pemain terbaik dunia, Ballon d’Or menerusi aksi cemerlangnya tahun lalu dengan meledak 69 gol dalam 59 perlawanan.
Ia sekali gus menamatkan penguasaan penyerang Barcelona, Lionel Messi dari Argentina yang memenangi anugerah berkenaan selama empat tahun berturut-turut sebelum ini.
Pencapaian hebat Ronaldo itu menyaksikan dia melepasi rekod jaringan terbanyak Real yang dipegang Hugo Sanchez serta menyamai rekod jaringan Portugal yang dipegang Pauleta dengan 47 gol dalam 109 perlawanan antarabangsa.
“Terima kasih semua, rakan sepasukan di Real, skuad kebangsaan Portugal dan keluarga saya. Tak lupa juga buat semua yang berada di sini. Eusebio dan Mandela cukup penting buat saya, saya tak dapat nak cakap apa-apa lagi,” kata Ronaldo sejurus memenangi anugerah tersebut.
Pemilihan dibuat menerusi undian di kalangan jurulatih dan kapten skuad kebangsaan serta wartawan terpilih di kalangan 209 negara anggota FIFA dengan masing-masing perlu memilih tiga pemain pilihan utama mereka.
Dalam persaingan yang cukup sengit itu, Ronaldo berjaya meraih 1,365 undian diikuti Messi 1,205 undian manakala calon terakhir senarai tiga terbaik iaitu Franck Ribery dari Perancis meraih 1,127 undian.
Ini kemenangan kali kedua Ronaldo untuk anugerah tertinggi dunia itu selepas kali pertama berjaya memenanginya, lima tahun lalu sebelum dominasi Messi bermula.
Berikut ialah senarai pemenang lain-lain anugerah yang turut diumumkan pada majlis, awal pagi tadi itu.
Pemain terbaik wanita: Nadine Angerer
Jurulatih terbaik: Jupp Heynckes
Jurulatih wanita terbaik: Silvia Neid
Anugerah khas presiden: Jacque Rogge
Anugerah fair play: Persatuan Bola Sepak Afghanistan
Anugerah gol tercantik Puskas: Zlatan Ibrahimovic – Sweden lwn England
Anugerah Ballon d’Or Prix: Pele
Kesebelasan terbaik dunia FIFA/FIFPro:
Penjaga gol: Manuel Neuer – Bayern Munich
Pertahanan: Philipp Lahm – Bayern Munich
Pertahanan: Sergio Ramos – Real Madrid
Pertahanan: Thiago Silva – PSG
Pertahanan: Dani Alves – FC Barcelona
Tengah: Andres Iniesta – FC Barcelona
Tengah: Xavi Hernandez – FC Barcelona
Tengah: Franck Ribery – Bayern Munich
Penyerang: Cristiano Ronaldo – Real Madrd
Penyerang Zlatan Ibrahimovic – PSG
Penyerang: Lionel Messi – FC Barcelona

KISAH LAWATAN LIONEL MESSI DAN BARCELONA KE ISRAEL


LAWATAN LIONEL MESSI DAN BARCELONA KE ISRAEL
TERBONGKAR, KEBENARAN DISEBALIK GAMBAR LIONEL MESSI SOKONG ISRAEL | Ramai yang tertanya-tanya, benarkah Lionel Messi adalah seorang Yahudi? Adakah gambar yang tersebar yang menunjukkan Messi memegang baju "STAND FOR ISRAEL" adalah sahih?
Kebenarannya, ini semua edit dan dusta belaka. Ya, memang benar Messi dan Barcelona telah ke Israel pada tahun 2013. Namun, hakikatnya pada masa yang sama mereka juga telah mengadakan lawatan ke Palestin!
LAWATAN LIONEL MESSI DAN BARCELONA KE ISRAEL
Barcelona telah mengadakan "PEACE TOUR" ke Palestin dan Israel dengan harapan bola sepak dapat dijadikan sebagai medium untuk perdamaian. Messi sendiri telah bersalaman dengan Presiden Palestin yang turut serta pada sesi temuramah bersama-sama rakan-rakan Barcelona yg lain..
LAWATAN LIONEL MESSI DAN BARCELONA KE PALESTINE
LAWATAN LIONEL MESSI DAN BARCELONA KE PALESTINE
Kemuncak "PEACE TOUR" itu ialah Perlawanan Persahabatan di antara FC Barcelona VS Team Gabungan Palestin+Israel. Namun begitu dibatalkan kerana konflik yang sukar untuk menggabungkan kedua-dua pasukan tersebut.
Barcelona juga mengadakn "Klinik Bola" untuk kanak-kanak daripada kedua-dua Negara tersebut. Ada juga gmbar yang menunjukkan Messi & rakan-rakan melawat "Jurusalem's Western Wall" (tempat para yahudi berkumpul & berdoa di hadapan dinding).
Ya, memang benar, tapi itu adalah salah satu aturcara yang ditetapkan bagi menghormati Israel sebag ai tuan rumah. Yang mana orang boleh berfikir sendri kalau Messi datang ke Malaysia, dia juga tidak akan mnolak pelawaan untuk ke masjid-masjid jika diundang? Messi juga merupakan penganut agama Kristian & bukannya Yahudi.
GAMBAR EDIT LIONEL MESSI STAND FOR ISRAEL
GAMBAR EDIT LIONEL MESSI STAND FOR ISRAEL
Di dalam salah satu gambar yang tsebar ada terlihat Messi memegang T-shirt hitam yang btulis "Stand With Israel" (Berdiri bersama Israel). Walaupun bukan designer, dengan skali imbas pun boleh mngenalpasti bahwa gambar itu bukanlah gambar ASLI/ORI, tapi sudah DIEDIT yang mana Messi sebenarnya mempromosikn Pan American Games 2019 di Rosario (kampung halaman Messi)
GAMBAR EDIT LIONEL MESSI STAND FOR ISRAEL
‎Jadi PENGAJARANnya, PERIKSA dulu sumber asal usul berita yang disampaikan, jangan main Copy Paste je, rajin-rajin buat research. Messi & Barcelona bukanlah Yahudi, bukan juga ejen Zionis seperti yang diperkatakan. Sekurang-kurangnya mereka cuba mnyatupadukan dua Negara mlalaui Bola sepak.
Bagaimana pula dengan gambar ini?.

18 Lionel Messi & Barcelona Penyokong Kuat Zionist Israel - Boikot!!!

July 10, 2014

Bumi Gaza dihujani lagi dengan bom-bom daripada penjenayah perang Zionist Israel. Mayat-mayat bergelimpangan di sana sini. Sekurang-kurangnya 14 terbunuh apabila satu lagi siri serangan udara Israel terjadi di bahagian tengah dan selatan Gaza, hari ini. Menurut pasukan perubatan, antara yang terbunuh termasuklah tujuh wanita dan kanak-kanak. Semalam, seramai 29 rakyat Palestin lagi terbunuh melalui siri serangan laknatullah Israel, sekaligus membawa jumlah kematian kepada 64 orang.
Anda mungkin peminat penyerang utama Argentina dan Barcelona, Lional Messi. Anda mungkin peminat setian pasukan Barcelona. Anda mungkin tidak tahu bahawa individu inilah dan pasukan bolasepak inilah yang merupakan penyokong kuat Kerajaan Haram Zionist Israel. Tidak percaya? Biarlah gambar-gambar di bawah berbicara. Masih lagi minat dengan Lionel Messi dan Barcelona? Adolf Hitler pernah berkata, "I could have killed all the jews, but I have left few for you to know why I had to kill them."







Rekaan semata bukan fakta sebenar.

Tak kecil hati



Mawi akur era kegemilangan sudah berlalu

Sembilan tahun bergelumang sebagai anak seni, juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Asmawi Ani atau Mawi, 33, puas melewati pelbagai onak dan ranjau yang membuatnya akur supaya sentiasa berpijak di bumi nyata. 
Semua pengalaman itu mematangkan anak kelahiran Felda Taib, Andak, Kulai, Johor itu untuk menilai antara kaca dan permata, serta melihat sesuatu dalam perspektif yang lebih besar.

Baginya, setiap apa dimiliki hanya pinjaman yang bersifat sementara justeru, Mawi tidak berkecil hati apabila era kegemilangannya dilihat ramai sudah berlalu.

Selesa dengan kesederhanaan yang dijalaninya hari ini, Mawi berkata, dia tidak lagi memikirkan soal populariti kerana keutamaannya kini adalah meneruskan minat
terhadap nyanyian.

Pernah memperlahankan aktiviti seni hampir tiga tahun untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan, Mawi bersyukur apabila gandingannya bersama Datuk AC Mizal menerusi Al-Haq (Yang Satu) melonjakkan semula namanya.

“Sebelum ini saya pernah keluar bersama beberapa single, termasuk Menanti Hikmah dan Termolek yang dicipta Datuk M Nasir tetapi kurang mendapat sambutan.

“Komposer Sheikh Qalam mencadangkan saya supaya bergabung dengan AC Mizal untuk lagu ciptaan Jeff (A2Z) itu. Saya melihat gandingan itu sebagai usaha yang baik.

“Alhamdulillah ia mendapat sambutan kerana tidak mudah untuk mencari lagu yang diterima ramai. Saya bernasib baik Al-Haq (Yang Satu) muncul ketika peminat dahagakan lagu seperti ini,” katanya.

Di luar jangkaannya, Al-Haq (Yang Satu) turut membawa tuah apabila gandingan mereka turut membolosi Top 5 kategori Grup/Duo MeleTOP, Anugerah MeleTOP Era yang akan berlangsung pada 8 Februari ini.
Kejayaan itu kata Mawi, mendorongnya untuk melipatgandakan usaha mencari material yang baik supaya kekal bertahan dalam industri.

“Bukan menjauhi publisiti cuma beberapa tahun lalu, saya memberikan lebih fokus kepada perniagaan. Disebabkan bisnes itu masih baru, banyak perkara perlu diselesaikan.

“Pada masa sama, saya tetap menerima tawaran menyanyi. Saya juga berusaha mencari material yang sesuai. Sebenarnya ketika muncul dengan Termolek, saya menaruh harapan single itu diterima ramai tetapi sebaliknya terjadi. Lagu itu kurang diberi perhatian.

“Kebetulan kontrak bersama Astro Entertainment berakhir Ogos lalu, jadi saya memerlukan sedikit masa untuk menyusun semula rencana kerjaya termasuk aktiviti nyanyian.

“Alhamdulillah semuanya sudah kembali seperti biasa. Kehidupan saya kini lebih teratur, malah saya sudah dapat membahagikan masa untuk bisnes, keluarga dan nyanyian,” katanya.

Lebih tahu apa dimahukan
 
Tidak perlu melatah dengan persepsi umum, Mawi mengakui selesa apabila tidak terlalu diberi perhatian meskipun sesekali, hatinya terusik terutama apabila mengimbas memori selepas muncul juara AF3.
“Sudah sembilan tahun dalam industri, tiada apa lagi yang perlu dikejar. Dulu saya terlalu mentah, menurut membuta-tuli kerana tiada pengalaman tetapi kini saya semakin matang.

“Saya lebih tahu apa yang dimahukan. Tuhan sentiasa membantu ketika saya terumbang-ambing menerima perubahan dalam diri. Mujur ketika berada di puncak populariti dulu, saya sentiasa beringat.

“Allah juga mempertemukan saya dengan mereka yang ikhlas. Mereka sentiasa memberi nasihat, malah selalu mengingatkan saya supaya menyimpan wang dan melabur untuk masa depan,” katanya.

Mawi berkata, kehidupannya masih stabil terutama apabila perniagaan yang ditubuhkan bersama isterinya, Ekin iaitu Unequein yang memfokus kepada pemakanan kesihatan dan kecantikan mendapat sambutan.

Dilancarkan pada November 2012, Mawi berkata, dia dan isterinya melakukan pelbagai penyelidikan selama beberapa tahun supaya produk yang dihasilkan mampu berdaya saing di pasaran terbuka.

Rezeki yang dianugerahkan Allah itu tidak hanya dinikmati sendiri sebaliknya Mawi turut berkongsi bersama beberapa rakan artis untuk memajukan diri.

“Saya pernah bekerjasama dengan Shuib (Sepahtu) dalam penghasilan kopi dan selepas ini menyertai Along (Cham) untuk satu lagi produk minuman.

“Bersama Ekin, kami memperluaskan perniagaan dengan memperkenalkan rekaan baju Melayu Al-Haq, kemeja dan abaya yang direka khas isteri.

“Berkat kesungguhan, kami berjaya membuka ruang pameran di pameran di Bangi, Selangor dan mempunyai kilang di Kedah,” katanya.

Gambar Shafnie Zainuddin, bekas isteri AC Mizal

Gambar Shafnie Zainuddin, bekas isteri AC Mizal - Bekas model dan pengacara, Shafnie Zainuddin berjaya dalam tuntutan di Mahkamah Rendah Syariah semalam bagi mengubah perintah nafkah dua anak hasil perkahwinannya dengan pengacara terkenal, Datuk AC Mizal daripada RM300 kepada RM1,400 sebulan.

Selain itu, Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah juga membenarkan permohonan Shafnie selaku plaintif berhubung tuntutan nafkah tahunan meliputi pakaian, rawatan dan pendidikan termasuk persediaan hari raya sebanyak RM3,000 setahun serta mengekalkan tuntutan nafkah untuk bulan Disember sebanyak RM1,000.

Menurut Abdul Halim, kesemua perintah itu diarah berkuatkuasa mulai bulan ini sehingga kedua-dua remaja tersebut, Muhammad Shafiq Iman, 18, dan adiknya, Muhammad Shabil Iman, 15, mencapai usia 18 tahun atau sampai habis pengajian atau mana yang kemudian.

Dalam prosiding semalam, Shafnie, 38, hadir diwakili peguam syarie Azmi Rais, manakala AC Mizal, 44, gagal hadir dan peguam syarie Aishah Din memaklumkan anak guamnya sedang menjalani penggambaran sehingga Februari.






Selasa, 8 Julai 2014

Membuat "Jumping Start" Pada Kereta


Bateri kereta 12V yang terdapat dalam but kereta pasti akan menjadi lemah kerana faktor usia, kerosakan alternator ataupun kecuaian manusia (seperti lupa memadam lampu). Oleh itu, adalah penting bagi setiap pemilik kereta mengetahui cara yang betul untuk membuat jumping start sekiranya kereta tidak dapat dihidupkan kerana masalah bateri.
Langkah 1
Periksa bateri kereta samada telah lemah ataupun mati. Sekiranya bateri anda masih menyalakan lampu pada kereta dan mampu menggerakkan enjin (walaupun dengan perlahan), ini menunjukkan bateri dalam keadaan lemah.

Sekiranya bateri anda langsung tidak dapat menggerakkan enjin, tidak dapat menyalakan lampu atau radio, ini menunjukkan bateri telah mati.
Langkah 2
Dapatkan bantuan rakan anda anda dengan meminjamkan keretanya untuk membuat jumping start. Pastikan keretanya mempunyai CC yang sama atau lebih besar dari kereta anda.
Contoh: Sekiranya kereta anda adalah Myvi 1.3 CC, dapatkan kereta Myvi 1.3 CC juga ataupun yang kereta yang lebih besar seperti Waja 1.6 CC.
Bawa kereta rakan anda berhampiran dengan kereta anda.
Langkah 3
Dapatkan wayar jumper. Panjang wayar biasanya dalam 10 kaki dan mempunyai warna merah dan hitam dan setiap hujung wayar mempunyai klip buaya. Wayar merah adalah untuk positif bateri manakala hitam adalah untuk negatif bateri.
Langkah 4
  1. Kepitkan klip buaya wayar merah ke terminal positif bateri kereta anda (bateri lemah/mati). Pastikan terminal bateri tersebut bersih.
  2. Kepit klip buaya wayar merah yang satu lagi ke terminal positif bateri kereta rakan anda (bateri yang berkeadaan baik)
  3. Kepit klip buaya wayar hitam ke terminal negatif bateri kereta rakan anda  (bateri yang berkeadaan baik)
  4. Kepit klip buaya wayar hitam yang satu lagi ke mana2 bahagian besi pada enjin kereta anda. Sedikit percikan bunga api terhasil apabila anda menyambungkan wayar ini ke bahagian besi enjin. Anda tidak digalakkan menyambungkan wayar hitam ini ke terminal negative bateri kereta anda (bateri lemah/mati) kerana perbuatan ini akan menghasilkan lebih gas hidrogen dalam bateri tersebut dan meningkatkan risiko berlaku letupan.

Langkah 5
Hidupkan kenderaan rakan anda. 
Langkah 6
Sekiranya bateri kereta anda telah mati (dead battery), anda perlu membiarkan kenderaan anda  hidup selama 15 - 20 minit. 
Cuba hidupkan kenderaan anda. Sekiranya sukar dihidupkan, tekan sedikit pedal minyak kereta rakan anda supaya enjin bergerak lebih laju dan kemudian hidupkan kenderaan anda sekali lagi.
Sekiranya tidak dapat dihidupkan juga , kemungkinan bateri kereta anda tidak boleh digunakan lagi atau terdapat masalah lain. Dapatkan mekanik untuk memeriksa kenderaan anda. 
Langkah 7
Apabila kenderaan anda telah dihidup, wayar jumper ditanggalkan mengikut urutan berikut:
  1. Tanggalkan wayar hitam yang terpasang pada bahagian besi enjin kereta anda.
  2. Tanggalkan wayar hitam yang terpasang pada terminal negatif bateri kereta rakan anda (bateri yang berkeadaan baik)
  3. Tanggalkan wayar merah yang terpasang pada terminal positif bateri kereta rakan anda (bateri yang berkeadaan baik)
  4. Tanggalkan wayar hitam yang terpasang pada terminal negatif kereta anda (bateri lemah/mati)

Langkah 8
Bawa kenderaan anda ke bengkel berdekatan untuk menukar bateri baru.

Ahad, 6 Julai 2014

Pelajar Tersepit dicelah Replika Faraj Gergasi

Pelajar Tersepit dicelah Replika Faraj GergasiSeorang pelajar dilaporkan telah terperangkap di dalam replika batu faraj gergasi di Tubingen, Jerman. Pelajar pertukaran dari Amerika Syarikat itu tersepit pada marmar faraj gergasi itu ketika cuba memasuki ke dalamnya untuk merakam gambar pada Jumaat.
Berikutan itu, lima kenderaan yang dilangkapi 22 anggota bomba dikerah untuk membebaskan pelajar berkenaan. Ketika mangsa tersepit, terdapat orang ramai yang merakam gambar dan menyebarnya di laman sosial sebagai kejadian yang memalukan.
Selain itu, pihak bomba juga menganggap tindakan lelaki terbabit sebagai memalukan apabila dia cuba memasuki faraj gergasi.
Pelajar Tersepit dicelah Replika Faraj Gergasi
Faraj gergasi itu merupakan hasil seni seorang artis dari Peru, Fernando de La Jara dan telah berada Universiti Tubingen sejak 13 tahun lalu. Replika yang dipanggil Pi-Chacan itu bermaksud berkasih-sayang. -Agensi