kuredah hutan ranting rindu bagai dulu... jangan awak calar kaki kasihku

Ketik sini Bantu Blog ini

Khamis, 24 Julai 2014

You Are Just A Garbage & Budak Hingusan – Eira Syazira Didakwa Tampar Kru Penggambaran


Isu & Kontroversi
You Are Just A Garbage & Budak Hingusan   Eira Syazira Didakwa Tampar Kru Penggambaran
Setahu kami, sepanjang bergelar anak seni, jarang sekali kita mendengar kontroversi mengenai Eira Syazira bukan? Eira boleh dianggap sebagai seorang pelakon yang bersih daripada kontroversi dan profesionalismenya dalam karier lakonan adalah tidak dapat dinafikan.

Namun, imej baik itu dilihat sedikit tercalar apabila baru-baru ini timbul dakwaan bahawa Eira telah menampar seorang kru penggambaran sehinggakan perkara itu kini dikatakan sudah menjadi kes polis.
Terkini, menerusi laman Instagramnya, isteri kepada Azad Jazmin itu dilihat tidak berdiam diri dengan isu tersebut dan menggelar kru terbabit sebagai sampah dan budak hingusan.


You Are Just A Garbage & Budak Hingusan   Eira Syazira Didakwa Tampar Kru Penggambaran
Kemaskini daripada laman Instagram Eira Syazira

Dipercayai telah membuat pengakuan di sebuah program hiburan tanpa menunjukkan identiti sebenar, Eira telah melabelkan kru terbabit sebagai seorang yang tidak professional.

Mendapat sokongan daripada para peminat, mereka meminta agar Eira bersabar dan menganggap bahawa itu merupakan salah satu ujian sebagai seorang pelakon.

Apa-apapun, diharap agar kes ini dapat diselesaikan dengan segera dan nama baik Eira dapat dibersihkan semula.
Kredit foto: Instagram Eira Syazira

Anak DJ Dave trauma

Belum hilang kesedihan tragedi kehila­ngan pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) pada 8 Mac lalu, negara sekali lagi dikejutkan dengan tragedi pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine hingga mengorbankan 280 penumpang dan 15 anak kapal, kelmarin.

Berita menyayat hati itu nyata memberi impak cukup besar kepada sejarah negara dan sejarah penerbangan dunia.

Apatah lagi ia berlaku selang empat bulan selepas tragedi kehilangan MH370 yang sehingga kini kekal misteri tanpa sebarang bukti atau petanda.

Penyanyi dan Presiden Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) Datuk DJ Dave ketika dihubungi berkata, berita itu amat menyedihkannya dan lebih mengejutkan dua pembantu juruterbang pesawat malang itu, Muhamad Firdaus Abdul Rahim dan Ahmad Hakimi Hanapi adalah rakan setugas anaknya, Shaz Darween, 31, yang juga juruterbang MAS.

pix_gal1 (1)

“Anak saya memaklumkan Firdaus baru saja dinaikkan pangkat. Dia yang amat sedih dengan berita itu kini trauma untuk menjalankan tugasnya,” katanya.

Produser dan pengarah filem tersohor yang juga Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Datuk Yusof Haslam pula melahirkan rasa sedihnya dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

“Satu lagi tragedi menyedihkan selepas MH370. Kali ini lebih menyayat hati apabila dimaklumkan semua penumpang dan anak kapal MH17 terkorban. Ini adalah satu lagi ujian Allah pada kita. Semoga keluarga mangsa yang terbabit tabah menghadapi ujian ini.

“Sebagai rakyat kita perlu bersatu berdiri di belakang pemimpin kita dalam menghadapi situasi ini. Sama-samalah kita berdoa semoga Allah melindungi rakyat dan negara ini dari bencana dan musibah.

“Ini saat untuk kita bersatu dan melupakan sengketa sesama kita. Jika kita lemah musuh-musuh negara akan mengambil kesempatan. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Tiada yang lebih berkuasa kecuali Allah,” katanya.

Produser dan pelakon hebat, Rosyam Nor berkata, tragedi yang berlaku ini perlu diambil sebagai iktibar selain mempercayai qada dan qadar Allah.

“Apa yang berlaku sudah tertulis suratannya begitu. Sementara kita yang masih hidup ini, perlu berdoa dan bersyukur kerana malapetaka seperti ini tidak berlaku kepada diri kita.

pix_topright

“Sebelum ini tragedi MH370 memberi tamparan hebat kepada negara dan apa yang berlaku kepada MH17 sekarang, seharusnya setiap individu mahupun rakyat Malaysia sedar pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini. Harus menerimanya ketentuan Allah ini dengan hati yang terbuka bukan mencipta pelbagai spekulasi.

“Kita ambil iktibar dari tragedi MH370, di mana tiada kematangan segelintir rakyat Malaysia dalam menghadapi masalah ini dengan membuat pelbagai isu, mengundang pandangan negatif terhadap negara. Kita perlu berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan kerana ia boleh memburukkan nama negara juga diri sendiri,” katanya.

Sementara pelakon jelita, Lisa Surihani meminta rakyat negara ini supaya lebih sensitif serta menghormati perasaan keluarga mangsa yang terkorban.

“Terdapat banyak yang kini disebarkan yang saya sendiri tidak pasti kesahihannya. Saya faham ­dengan medium media sosial, ia kini sebagai satu cara untuk berkongsi maklumat atau menimbulkan kesedaran. Cuma saya berharap ­jangan lakukan kesilapan dulu seperti yang berlaku kepada MH370, di mana semua terlalu bersikap ‘impulsive’ dengan menyebarkan berita.

“Kita semua merasai kesedihan dan berasa sayu atas apa yang berlaku kepada penumpang dan kru pesawat MH17 tetapi kita seharusnya menghormati keluarga dan mereka yang berkaitan ­dengan mangsa dengan tidak menyebarkan cerita yang belum pasti kesahihannya. Kalau boleh jangan memuat naik imej-imej yang boleh mendatangkan kesedihan kepada mereka.

“Seelok-eloknya, kita berdoa untuk mereka. Menghormati pemergian penumpang dan anak kapal MH17 dengan melakukan solat serta doa yang ikhlas,” kata Lisa.–Hmetro

Isteri Dilarikan Lelaki Lain- Ezany Nizariff


Belum pun selesai isu isteri meminta cerai, pelakon dan juga usahawan Ezany Nizariff sekali lagi diuji apabila isterinya itu dilaporkan telah dilarikan lelaki dikenali pada pada 17 Julai lalu.

Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zani Mohd Nizariff membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Serdang semalam bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Ezany-Nizariff-Isteri-Bakal-Bercerai-ROTIKAYA

BACA: Ezany Nizariff Akur Isteri Minta Cerai, Jawab Spekulasi DI Internet

Kejadian itu berlaku sekitar jam 4.30 pagi apabila Ezany ingin bangun bersahur dan mendapati isterinya sudah tiada dan percaya isterinya itu keluar dari rumah kerana pintu hadapan rumahnya di tingkat bawah juga tidak berkunci.

“Selepas kejadian itu, saya cuba menghubunginya beberapa kali namun tidak berjaya. Saya turut menghubungi kampung keluarganya di Labuan, Sabah, namun mereka memaklumkan isterinya tidak berada di sana,” ujarnya kepada Harian Metro.

Screen-Shot-2014-07-21-at-9.17.51-AM

Ezany turut berkata beliau tidak ada pilihan lain selain membuat laporan polis apabila isterinya itu tidak pulang ke rumah sehingga semalam (20 Julai 2014). Bertabahlah Ezany. (rtky/m)

Ezany Nizariff dedah wajah sebenar lelaki skandal isterinya, Lizda Nuryanti

Boleh dikatakan kemelut rumahtangga pelakon Ezany Nizariff sudah diketahui ramai selepas beberapa tersiar di akhbar-akhbar utama.
Kes rumahtangga pelakon yang turut dikenali sebagai usahawan belacan ini menjadi panas apabila dia mengaku membuat laporan polis bahawa isterinya, Lizda Nuryanti Abidin lari mengikut lelaki lain dan hanya disedari ketika dia bangun untuk bersahur beberapa hari lalu.
Nampaknya mungkin kerana terlalu tertekan, Ezany dilihat berkongsi perasaan dan perkembangan terbaru kes isterinya dan lelaki tersebut menerusi laman sosial Facebook.
Hari ini sahaja, Ezany telah memuatnaik beberapa pos termasuk gambar isterinya bersama seorang lelaki dipercayai pihak yang didakwa telah melarikan isterinya selain menceritakan apa telah berlaku pada dirinya.
Selain itu, Ezany dipercayai telah pergi mencari lelaki tersebut di tempat kerjanya berdasarkan satu lokasi yang dikongsikan.



Tak dinafikan, memang terlalu hebat dugaan yang terpaksa dilalui oleh Ezany pada bulan ramadhan ini namun diharapkan beliau tidak mengikut perasaan marah kerana Islam telah menyediakan garis jelas apa perlu dilakukan suami isteri apabila berlaku masalah rumah tangga.
Justeru diharapkan segala-galanya dapat diselesaikan dengan baik apatah lagi Ezany dan isteri mempunyai dua cahaya mata bersama yang perlu difikirkan agar mereka tidak menjadi mangsa keadaan - Mynewshub.my

Nafsu gila, berzina atas jalan raya di khalayak umum


Apabila nafsu menguasai diri, maka hilang la segala rasa malu.

Malah lebih dahsyat di atas jalan di kawasan letak kereta pun boleh dijadikan tempat pemuas nafsu.

Itu yang berlaku di sebuah kelab malam, El Divino apabila dua pasangan yang mabuk memilih untuk melakukan seks di tempat terbuka dan di atas jalan.

Aksi menjijikkan itu kemudiannya dirakamkan dan ia tersebar luas, dan hanya dalam masa beberapa jam sahaja, orang ramai sudah mengecam pasangan tersebut.

“Manusia tiada malu, ini memang traumatik, jijik’’ merupakan cacian yang dihamun pada dua pasangan berkenaan.

El Divino yang merupakan tempat popular di kalangan pelajar, menjadi tempat clubbing terkenal di Belfast.

Beberapa minggu lalu ia menjadi kecoh apabila imej seorang gadis melakukan oral seks dengan 24 lelaki di situ tersebar luas.

Separuh tempurung kepala Mazidul Akmal terpaksa dibuang

7/24/2014
Beberapa waktu yang lalu sekeping foto memaparkan Wartawan terkenal TV3, Mazidul Akmal Sidek yang sendang terlantar di atas katil yang dipercayai di sebuah horpital.

Tiada maklumat rasmi mengenai situasi beliau setakat. Hanya laporan dari sebuah blog, Katakcomel.my mendakwa Mazidul Akmal kini terlantar koma di hospital kerana diserang strok manakala separuh daripada tempurung kepalanya perlu dibuang.

Apa pun, marilah kita mendoakan supaya Mazidul Akmal Sidek cepat sembuh seperti sedia kala.

Aishwarya Rai

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=II2ZHDzIdJ8

Panas!! Gambar Aishwarya Rai Terlupa Pakai Seluar Dalam Semasa Menari


Panas beb!! Gambar Aishwarya Rai terlupa nak pakai seluar dalam semasa  shooting babak tarian dalam sebuah filem Tamil berjodol 'Enthiran Robot'.Filem tersebut adalah lakonan Aishwarya Rai bersama Pelakon Popular Filem Tamil Rajinikanth.Tidaklah diketahui adakah Aishwarya Rai benar-benar terlupa memakai seluar dalam atau pun sengaja buat-buat lupa.Adegan cuci mata free itu telah berlaku semasa babak tarian untuk lagu bertajuk 'Kiliminjaro'.Jom layannn!!!



Sila tonton video di bawah untuk pencerahan yang lebih jelas. Sila perhatikan betul-betul pada scene minit yang ke 0.29..