kuredah hutan ranting rindu bagai dulu... jangan awak calar kaki kasihku

Ketik sini Bantu Blog ini

Khamis, 20 Jun 2013

Gambar Anak Ac Mizal, Emylia

Pada: Khamis, 20 Jun 2013 
 
Sejak AC Mizal berkahwin dengan Emylia Rosnaida, mereka telahpun dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan yang sangat comel dan kini sudah pun membesar. Nama mereka MUHAMMAD REEVE DAMIEN, 10 tahun dan juga FEA ERYSSA yang berusia 5 tahun lebih.

Sebagai info, Ac Mizal dan Emylia berkahwin pada 10 Oktober 2002 yang lalu. Gambar Fea memakai topi pink tu rasanya. :)

Jumaat, 7 Jun 2013

Gua

GUA

Nampaknya MukaBuku ini semakin jumud. Yang suka baca catatanku hanya orang yang sama. Makin berkurangan. Rakan kerja memang dah lama hilang. Dulu ada pengikut setia dari kalangan Michaelian Ipoh. (SMI) kini nampak tinggal seorang dua.

2. Masa kat Jahang berharap juga ada rakan akan telefon aku, Dzuan atau Zainal. SENYAP. Nampaknya kehidupan ini terpaksa dipinggirkan. Masing-masing ada urusan sendiri; rutin harian atau masalah sendiri. Hatta hiduplah aku dengan duniaku yang makin kecil ini. Mila & isteri Dzuan dah memang mesra tapi anak-anak remaja masih malu berbual.

3. Berbeda dengan kehidupan mereka yang masih ada kerjaya. Pasti ada urusan rasmi pun kesibukan harian yang perlu diuruskan. Sampai usia 60 tahun (kalau sempat) Sedangkan rakan setaman perumahan pun tak pernah mahu bertanya khabar ini kan pula rakan jauh. Apatah lagi 30 tahun berpisah. Mana nak mesra lagi.

4. Aku tetap di sini dengan dunia penulisan & puisiku. Minggu ini aku hanya sempat menulis dua buah puisi. Tahun ini hanya baru 15 buah puisiku terbit. Semalam aku terima surat jawaban dari DBP tentang puisi tahun lalu yang tersiar. Aku harapkan ada barang satu dinilai sebagai puisi yang baik; atau sekadar menyelit sebagai hadiah sagu hati. (wah besarnya angan-angan) Doakanlah agar impianku nak menang barang satu hadiah di peringkat kebangsaan sebelum aku tiada akan tercapai.

Biasanya DOA rakan-rakan akan lebih dekat di sisi-Nya. Doa aku yang banyak dosa ini amat sukar termakbul tapi aku tetap terus berharap.
— bersama Razali Rah dan 12 yang lain.

Sabtu, 9 Mac 2013

Medan memang medan

Bercuti melancong ke Medan mmg memenatkan; sebab lama terkurung di kenderaan; jika bercuti seperti keluargaku 4 hari 3 malam akan pasti menginap di 3 buah hotel yang jaraknya sekitar 4 ke 6 jam perjalanan.

2. Aku masih penat sebab tak cukup tidur pun jadual di rumah kembali sibuk. Tak sempat ketik FB atau blog.

3. Akan muncul banyak gambar menarik & pengalaman di Medan Danu Toba Brastagi. Tunggu!.

— bersama Shizuka Shan dan 10 yang lain.

  • Idanradzi Kct Penyair Idanradzi bersama isteri menantu & cucu.

  • Idanradzi Kct Cuma Aziq tak sertai kami sebab kuliah di UTM Skudai... rombongan kami bertujuh penuh menyulam kenangan indah di Danau Toba.

  • WanRafar Ishak suka baca laporan kembara.

  • Idanradzi Kct selalunya sy suka menulis kembara perjalanan jika memancing tapi banyak telah hilang sebahagian ada dalam blog sy... idanradzi blogspot (cer google)

  • Idanradzi Kct nanti sy cuba susun semula setiap pengalaman kembara di tempat orang ... di Jepun rasanya hampir selesai catatan sy...

  • Idanradzi Kct yang kat tioman pun tak habis lagi

  • Idanradzi Kct sebab kembara kami berturut minggu... mamai penat fikiran ini masih tak menentu.

  • Idanradzi Kct nanti sy akan cuba detailkan terutama tips nak beli barangan di Medan di mana yang lebih murah & santai untuk membeli belah... jika di SOGO baik beli di Msia jauh lebih murah.

  • Idanradzi Kct SOGO sana besar giler tapi tak ramai pengunjungnya biarpun ada potongan 50%

  • Fariz Ismail Cucu pon dah besar...

  • Idanradzi Kct cucu sorang... 2 tahun dah pandai panggil atok...

  • Fariz Ismail kalau lelaki boleh la atok bawak gi mancing..

  • Rosli Abdul Aziz tak kena keracunan Idan?

  • Rabiah Misman baru nampak foto abang dengan family....ALAHAMDULLILLAH

  • Idanradzi Kct jampi serapah pelbagai pesanan arwah Apak nampaknya semuanya okey... (di Bandung tempoh hari tak pakai pendinding Md Sesh; tersilap) makan macam lupa diri.. sy sentiasa peratah kelapa ikan tiga rasa... tak sorang pun keracunan syukur Alhamdulillah; baru-baru ni adik Mila keracunan suaminya (biras) sampai masuk hospital... Rosli Abdul Aziz.

  • Azaddin Abd Hamid Idan ! mike memang seorang penyair......
  • Idanradzi Kct tengah berusaha nak kempiskan perut sekarang dah boleh pakai seluar saiz 38" cuma tak selesa lagi... Azaddin Abd Hamid... mmg masa di Medan penyambut tetamu bertanya.. apakah bapak ini seorang Sutradara?... tak... gue seorang Penyair!

Sabtu, 23 Februari 2013

Damaikan

Usia semakin singkat; tak larat sejak remaja sampai ke tua asyik dibendung masalah;

Selalunya yang mendatangkan masalah bukan dari kalangan jati diri kita; tak boleh nak kata kita ini baik lagi sempurna tapi jodoh pertemuan dengan mereka yang PELIK corak kehidupannya menjadikan kitaran hidup kita berubah ke arah sukar lagi sakit. .. terbiar lagi terpinggir.

Semuanya bercanggah biarpun panduan juga ajaran Islam itu amat jelas; siapa perlu jadi ketua siapa perlu bersuara damai; kenapa ikut jalan susah & asyik berbuat satu yang terlarang... dunia tak kekal lama; sikap ego serta tak hormat sesama manusia akan mengundang pergeseran.

Tak larat dipenatkan oleh masalah dalam usia yang makin singkat & terhad ini.
Usia semakin singkat; tak larat sejak remaja sampai ke tua asyik dibendung masalah;

Selalunya yang mendatangkan masalah bukan dari kalangan jati diri kita; tak boleh nak kata kita ini baik lagi sempurna tapi jodoh pertemuan dengan mereka yang PELIK corak kehidupannya menjadikan kitaran hidup kita berubah ke arah sukar lagi sakit. .. terbiar lagi terpinggir.

Semuanya bercanggah biarpun panduan juga ajaran Islam itu amat jelas; siapa perlu jadi ketua siapa perlu bersuara damai; kenapa ikut jalan susah & asyik berbuat satu yang terlarang... dunia tak kekal lama; sikap ego serta tak hormat sesama manusia akan mengundang pergeseran.

Tak larat dipenatkan oleh masalah dalam usia yang makin singkat & terhad ini.
  • Idan Radzi bolehkah seorang menantu melarang untuk atoknya mendukung cucu...

    paling kita takut balasan Allah yang bakal turun buat manusia terlalai lagi ego ini akan sesal tak sudah

    sebagai orang tua kita akan sentiasa memaafkan kesalahan anak tetapi keegoan sebegini jangan dibuat mainan natijahnya amat mengekang rahmat...

    sabarkan saja hati...

  • Rozaihan Razali abg idan bnyk2 sabar..istighfar.. lupakan je perbuatan manusia2 pd kita tp tukar fokus cari cinta Allah, pasti lebih tenang dan selamat dunia dan akhirat. org yg zalim/aniaya kita akan dpt balasan dr Allah. dunia ni x adil, Allah Maha adil, serahkan pd Allah. kalau x didunia, pasti di akhirat. abg idan buat, brmakna abg idan mnjaga diri, kesihatan dan perasaan sndiri. org lain x peduli apa jd pd kita, tp kita je la yg boleh syg pd diri sndiri selain Allah.

  • Rozaihan Razali sy doakan abg idan sihat dan bahagia hingga akhir hayat terus ke syurga nnt aamiin.. mmg selalu manusia yg kita syg, menyakiti kita, kita kecewa. ubahlah cinta tu pd Allah, kita xkn kecewa sebaliknya akan beroleh bahagia selamanya

  • Idan Radzi Mmg banyak masalah jika menantu tinggal di rumah; sy tahu orang perempuan ni selalu anginnya tak betul tapi bab begini rasanya tak adil... jika berbalah dalam keluarga jangan simpan lama... Islam pun mengajar kita agar bersapa berkirim salam dengan s...Lihat Lebih Banyak

  • Idan Radzi (tak apa nak kasi pandangan di sini sebab mesej ini hanya beberapa orang yang intim dengan abg sahaja dapat baca) empunya diri pun terpaksa disekat.

  • Idan Radzi Satu kes tak selesai timbul lagi satu kes... keluarga kami kehilangan Harta Pusaka kenangan lebih 100 tahun... berupa barangan kemas... nilaiannya dah tentu melebihi puluhan ribu RM. Sebaiknya waris kami ini cepat sedar & akur diri perbuatan ini amat TERLARANG; mana boleh dicuri/digadai tanpa pengetahuan pemegang amanah barangan kemas ini. Ini adalah kenangan milik waris Md Sesh yang perlu dijaga agar anak cucu waris kami dapat melihat kenangan dari nenek moyang mereka. Jangan jadikan jodoh itu menghalal segala tindakan.