kuredah hutan ranting rindu bagai dulu... jangan awak calar kaki kasihku

Ketik sini Bantu Blog ini

Jumaat, 22 Februari 2013

Bertaubat


Bertaubat

Sangatlah besar dosa orang yang menunda-nunda taubat, atau yang sengaja berniat melakukan dosa dengan alasan akan  bertaubat kemudian di atas dosanya itu. Kita memang amat ditegah melakukan perkara ini. Namun, kelemahan jiwa kita sebagai manusia, kadangkala menjebak kita dalam perbuatan dosa yang sama hingga berkali-kali, walaupun sudah bertaubat pada mulanya..
Apakah dalam keadaan  sedemikian kita layak untuk bertaubat?

Jangan amalkan sikap yang sedemikian. Ini namanya EGO dan tak mengikuti ajaran Islam. Perlu diingat dosa kecil pun jika dikumpul tanpa bertaubat akan jadi dosa besar atau banyak bilangannya sebab di sana akan digunakan neraca. Pasti akan berat timbangannya doasa kita itu. Apatah lagi jika melakukan dosa besar yang berulang-ulang jika telah buat dosa tak sempat bertaubat pasti akan kekal di dalam api neraka. Tak takut kepada dosa bermakna imannya amat tipis; sebab itu Islam menasihati kita agar berpuasa jika tak dapat mengekang dosa. Jika berpuasa pun masih tetap tak berubah. Maka pastinya dalam diri itu syaitan bersarang di setiap salur serta injap darah.

Cubalah fahami neraca yang memang tidak mungkin ada kesilapannya. Tak mungkin dapat dimaafkan dosa-dosa kita jika tidak sentiasa bertaubat pun tidak takut melakukan dosa kecil atau besar; konon pintu taubat masih terbuka. Tak rugi jadi umat yang sentiasa mencari pahala. Apa untungnya hidup EGO pun mencari dosa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan