kuredah hutan ranting rindu bagai dulu... jangan awak calar kaki kasihku

Ketik sini Bantu Blog ini

Isnin, 5 Ogos 2013

Raya ooo Raya



Tak ramai suka belajar Adobe sebab belajar ni kena ada minat. Minat saja tak cukup jika tak ada sifu yang tunjuk. Pernah awal aku belajar Adobe Photoshop leka amat dari awal malam tak sedar terbit mentari. Giler betul.

2. Akhirnya rakanku si Akar yang memang sifu tolong tunjuk beberapa tips guna Adobe. Bolehlah tahu sikit-sikit nak guna Adobe ni. Jika dah tahu sikit-sikit kena rajin mencuba & kembangkan daya kreativiti. Dulu aku ada kelas ICT sendiri; ada sekitar 100 orang anak buah yang aku tunjukajar. Tak pasti apakah mereka telah lupa atau lagi mahir dariku.

3. Sayangnya anak-anakku tak ada yang suka belajar Adobe ni; nak kecilkan gambar pun minta ayahnya kecilkan. Nak buang jerawat kat muka pun tak reti. Payah kan?


  • Idan Radzi gambar asal siap ada ucapan LAIN yang tulis hitam tu... tapi telah dipadam guna adobe kita boleh tempel gambar sendiri... malahan jika anti rona hijau boleh ubah rona biru...

  • Red Rambutan Adobe tu Brand, tuan, nama produk nya apa eh? Photoshop? CS?

  • Idan Radzi Photoshop... untuk gambar

  • Idan Radzi Adobe acrobat pun ada banyak gunanya... bukan semata-mata acrobat reader...

  • Idan Radzi tapi jika buat poster tulisan segala bukan photoshop...Illustrator... sy memang kurang mahir guna Illustrator...

    Idan Radzi sekarang banyak borang dalam pdf... nak taip pada borang memang tak boleh.... tapi jika pandai guna Adobe Acrobat tak jadi masalah; sy pernah turunkan ilmu ini kepada rakan kerja... tak tahulah mereka masih pakai atau tidak ilmu sy itu.
  • Red Rambutan Ooo ok tuan, terima kasih maklumat berguna

  • Idan Radzi gambar sy dan siti berasmaradana ni guna adobe photoshop

  • Idan Radzi muka dua-dua tempel badan tu rakan dari FB yang melancong ke luar negara...

  • Idan Radzi hahaha jangan dengki jika nanti gambar kekasih gelap anda ada sy sebelahnya...

  • Red Rambutan Wow...hebat!

  • Idan Radzi sy memang suka kat Siti sejak berzaman jadi nak layan angan-angan sendiri suka juga guna Adobe ni...

  • Red Rambutan Wakakakaka... Patutlah

  • Idan Radzi tanpa adobe memang tak cantik mana gambar kita untuk dipaparkan; bayangkan dah cantik posting tenguk sebelah ada bakul sampah... takkan nak tunjuk bakul sampah kat rakan kita di dunia maya... adobe boleh hilangkan bakul sampah.
  • Idan Radzi ini muka asal sy mana ada siti pun....

  • Red Rambutan Ya, saya faham, saya puji kehebatan tuan menggunakan Photosop tu tadi.

  • Idan Radzi kenapa anak-anak tak belajar dengan sy tu yang rugi... asyik main permainan komputer... tadi mila nak buat kad raya bos dia suruh... emmm mana ada kerja bos setuju saja... akhirnya semua sempurna sebab adanya Adobe.

  • Idan Radzi Mior Hashim Manap II pun suka gambar ni...
  • Idan Radzi Mior mengarah filem Kemarau Cinta ... top-top ada pelakon bunian belakang Nasha... memang filem ini dilakonkan/pergambarannya di sekitar kampung sy...

  • Idan Radzi wah hero ni nampak lagi macho... rugi mior tak ambil sy berlakon

  • Idan Radzi gambar asal cuma nasha & tingkap... lain tu daun & jejaka tu kerja sy.. lah... maka jadilah sy ni kekasih gelap nasha... oppps nasha tu kekasih gelap sy... nasha tak tahu sy SUKA dia.

  • Red Rambutan Amboihhhh

  • Idan Radzi sebagi contoh gambar terbaru ini... kaki seluar sy senteng/singkat; perut sy nampak boroi sangat... gambar asal kalau tenguk mmg rasa segan; kebayakan perempuan tak suka lelaki boroi... cer tenguk ini wajah terbaru sy.. kaki seluar tak senteng...

  • Idan Radzi tak nampak perut sy boroi kan?... kalau jumpa sy mmg terkejut perut sy dua kali ganda besar... bunting gajah...

  • Idan Radzi dengan adobe juga kata boleh hiaskan gambar tampak cantik
  • Idan Radzi ini gambar si azim anak bungsu sy rasanya gambar ni dah lama sekitar 3 tahun lalu... asal bukan dalam perem... tapi dengan abode boleh saja kita taruh perem...

  • Red Rambutan Frame selalunya saya gunakan iPhoto for Mac OS

  • Idan Radzi iPhoto sy tak ada perisiannya.. jika ada lagi mudah... semua dah tersedia... yang ini sy kutip frem di internet... selalunya senang guna perem berformatkan fail *.gif sekatang ramai suka guna *.png dalam adobe photoshop ada format fail ni

  • Idan Radzi tapi ianya lebih 3 kali ganda besar berbanding *.jpeg

  • Red Rambutan Png gambar lebih jitu dan halus

  • Idan Radzi sy tak belajar secara formal... main hentam sendiri & banyak bertanya rakan pelajar di UPM masa kerja dulu... sayang amat pengalaman yang sy ada ni tak dapat dimanfaatkan lagi.

  • Idan Radzi iyer lepi jitu/sharp sama macam *.bmp

  • Red Rambutan PNG ialah portable network graphic

  • Idan Radzi emm bila hanya pandai buat grafik tak ada sijil atau segulung diploma/ijazah siapa pun tak pandang; ini masalah kerja dengan kerajaan... akhirnya biarlah sy jadi penyair...

    Red Rambutan Jpeg ialah joint photographic experts group, teknology awal gambar, gambarnya tidak sehalus dan se terang png

  • Red Rambutan Betul tu, sayang la, kepakaran tuan macam tidak diiktiraf. Depa ikut buku, tak ikut pengalaman pekerja.

  • Idan Radzi ramai tak mahir scan gambar... selalu pecah & tak secantik yang kita mahu... dulu dengan mesin antik lama sy dapat gambar yang cantik... dari cara mencuba... rupa jika scan gambar pilihlah format *.bmp jika ada... kemudian baru nak tukar ke *.jpg atau lain format... siapa nak kasi petua sebegini?

  • Idan Radzi jika scan terus save ke format *.jpg mmg gambarnya akan pecah...

  • Idan Radzi habis tu dah majikan pun SUKA cara terkini; tak pandai upah orang katanya cara begitu baru ekonomi berkembang...

  • Idan Radzi samalah bab ICT; sy seorang kuli yg mahir buat kerja senggara komputer bukan juruteknik bersijil... tapi ambil juruteknik tak RETI buat senggara... semua bilang sy ni cakap saja pandai buat senggara apa buktinya mana sijilnya... buat muka tak malu saja... duit banyak apa masalahnya.. sekarang semua komputer di UPM sana disewa... serah saja kepada penyewa... 3 tahun memang kena lupus/kondem; nak buat apa repair... padahal saya dah kira kosnya naik 3 kali ganda... memang itu pilihan orang kini; kita nak kata apa... kalau tidak kilang komputer pun tutup... hahaha...Razali Rah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan