cucur sosej, mushroom dan cheese
tengahari tadi saya hadiri kenduri kahwin di bangi, jadi tak masak lunch...malam pula my dh kata dia tak mau makan nasi kerana lunch tadi dah makan heavy...dinner nak makan simple je...
apa yang simple selain cucur goreng!...jemu juga rasanya, asyik makan cucur yang sama...terfikir pula why not cuba buat cucur dalam versi yang berbeza...
saya pun cari apa yang ada dalam fridge...terjumpa beberapa bahan yang boleh di ubahsuai untuk di campur dalam cucuq special tu...i.e...jumbo chicken sosej, cheese, fresh mushroom, frozen corn, kucai...dan akhirnya inilah dia cucuq dinner kami malam ni...
actually, sebelum pergi holiday ke India tempoh hari, my hubby beli satu kamera lagi, so masa gi cuti tu, masing-masing bawa sorang satu camera, tulah sebabnya banyak bebeno gambar kat sana (India) hingga tak terlarat nak di edit....walau bagaimanapun, dapatlah saya share sikit-sikit kat facebook 1001 untuk tatapan mereka yang berminat....:)
dan boleh le kita share gambar food yang lebih berkualiti lagi..:)....betterlah jika di bandingkan dengan gambar dari camera cap penyu kkida sebelum ni...hehe...
btw, pada pendapat saya memang gambar dari camera ni jauh lebih baik dari camera digital Canon IXUS 960 IS....nak guna camera canggih kakak DSLR, tak mampulah pula...berat dan banyak sangat punat yang perlu di adjust....:)....kkdia ni memang jenis malas sikitlah bab-bab yang rumit camtu....mungkin sebab mata pun dah tak berapa terang...:)
dapat kamera powershot tu pun dah happy sangat kkida ni...pucuk dicita ulam mendatang, asalkan nampak jelas makanan dan photo yang kkida kongsikan....oklah tu...alhamdulillah....:)
oklah berbalik pada cerita asal kita tadi iaitu cucur sosej...nilah cara saya proses bahan-bahannya...
ni nak sambung kembali cerita semalam....yelah semalam kan saya cerita tentang cucur sosej bercheese untuk dinner kerana tengahari tu saya makan kenduri rumah kawan lama hubby ketika zaman persekolahannya di sm st. michael, ipoh. kenduri ni diadakan di dewan komplek PKNS bangi, berdepan dengan McD...
memang sangat sederhana majlis ini, tapi saudara idan, bapa pengantin lelaki seronok tak terkata kerana kawan-kawan lama ramai yang hadir dan ada yang datang all the way dari ipoh...itulah semangat setiakawan namanya...yelah bila dah tua-tua ni itulah yang menggembirakan hati kita, nak cari apa lagi, anak-anak dah besar dan setengahnya ada yang dah bercucu...bila jumpa dengan kawan lama keluarlah semua cerita dulu-dulu....
lepas kenduri saudara idan kami ke rumah prof nidzam di bangi juga...semua rakan yang hadir di kenduri saudara idan ikut sama ke rumah prof nidzam....seronok tak terkatalah murid-murid tua ni setiap kali dapat berkumpul macam ni...
dalam suasan gembira bertemu kawan-kawan...kami terima berita yang mak mertua saudara idan meninggal dunia sekitar jam empat petang...berkejarlah pula ibubapa pengantin lelaki ke kelang untuk menziarah mak/mertua yang baru menghembuskan nafas yang terakhir...itulah janji Allah swt kepada kita...dalam satu masa ada dua suasana yang berbeza...ada suka dan ada duka...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan