Foto oleh Astro
KUALA LUMPUR, 24 OKT 2012: " AC Mizal hak milik kekal Emylia Rosneida," begitulah kata-kata yang terpacul daripada mulut Dato' AC Mizal, biapun isterinya, Datin Emylia Rosneida sendiri mengakui bahawa suaminya itu bukanlah seorang lelaki yang romantik.
Begitupun, Dato' AC Mizal telah berjaya membuat ramai golongan isteri diluar sana berasa cemburu dengan cara dan gaya dia meluahkan rasa cinta sempena ulangtahun perkahwinannya yang ke-11 bersama Emylia Rosnaida.
Memilih medium Twitter, ucapan cinta penuh romantis itu telah menarik ramai pembaca:-
Happy 11 th anniversary to my wife @emyliarosnaida i will love u till death do us apart!u r everything to me n i love u!
Sekaligus membuktikan bahawa cinta mereka tetap utuh meskipun telah memasuki tahun kesebelas selepas mereka mengambil keputusan berkahwin pada 10 Oktober 2002.
Ketika diminta berkongsi kisah suka duka dan rahsia rumahtangganya sehingga berjaya bertahan selama lebih sedekad, AC Mizal menjelaskan, dia menganggap isterinya adalah sebagai teman terbaiknya.
"Terus terang saya cakap, saya adalah hak milik kekal kepada Emylia Rosnaida! Sampai ke tahap ini saya berbangga dengan Emylia kerana dapat menjadi seorang isteri, pengurus dan juga sahabat sejati saya dengan baik sekali.
"Jadi dia memiliki saya, seluruh diri saya adalah kepunyaannya kerana memang semua benda tentang diri saya ada kaitan dengan Emylia. Dia yang uruskan semua dan yang paling best, kami berkongsi citarasa yang sama.
"Saya boleh katakana teman sejati saya, siapa yang lebih memahami diri kita selain daripada teman sejati atau soulmate kita bukan? Kami saling melengkapi,"ujar AC Mizal yang ceria menceritakan kisah rumahtangga itu.
Mengimbau semula kisah sebelas tahun yang lalu, di mana hubungan mereka mendapat tentangan daripada pelbagai pihak termasuk peminat AC Mizal juga Emylia Rosnaida. , kata Emylia, usahanya mempertahankan cinta mereka kini terbukti dan berharap ianya akan terus berkekalan ke akhir hayat.
"Perjuangan kami melalui pelbagai perkara suka duka dahulu kini tersimpan menjadi kenangan. Kini saya rasa segala pengorbanan kami mempertahankan semua ini berbaloi dan terbalas.
"Dulu ada yang berkata mesti kami perkahwinan tidak akan tahan lama, paling-paling pun 5 tahun. Terima kasih pada mereka yang berkata dan berfikiran sedemikian, buktinya perkahwinan kami ini sudah bertahan lebih daripada sedekad. Syukur Alhamdulillah, mudahan-mudahan jodoh saya dengan Ac Mizal akan berkekalan ke akhir hayat,"jawab Emylia mengenai ulangtahun perkahwinan mereka itu.
Selain daripada itu Emylia turut berkongsi bahawa suaminya itu bukanlah seorang yang romantik manakala dirinya pula lebih mahukan perhatian. Kekurangan yang ada pada masing-masing ini membuatkan chemistry mereka bertambah kuat.
Dia yang ditanya mengenai hadiah yang diterima sempena ulangtahun perkahwinan yang ke-11 ini, Emylia memilih untuk tidak mendedahkan apa yang diterima dan diberikan kepada AC Mizal. Buat Emylia, antara hadiah yang paling berharga dihadiahkan kepada AC Mizal adalah puteri tunggal mereka.
"Hadiah paling istimewa yang pernah saya berikan kepada AC adalah anak perempuan yang memang diidamkan olehnya sekian lama. Selain daripada itu dia juga tidak pernah missed memberi hadiah pada acara seperti Hari Jadi dan Hari Ibu.
"Bagi saya keikhlasan, kejujuran yang dibina dalam hubungan ini membuatkan ia dapat berkekalan dan diharapkan akan berterusan sampai bila-bila,"ucap isteri kepada pengacara popular tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan