Dikatakan, berdasarkan maklumat pada manuskrip kuno yang disusun dan dipadankan menjadi Book of Mormon itu,
bumi Melayu (Tanah Melayu) dan orang Melayu Semenanjung (termasuk
Melayu Selatan Thai) itulah yang paling menepati keterangan perihal bumi
Malai (Malaya) dan orang Malai (Malay) keturunan dari Lehi, anak kepada
Menasseh itu.
Menasseh
adalah salah satu dari “10 Puak Bani Israel yang Hilang” setelah
bahagian utara wilayah Kerajaan Israel kuno diserang dan ditawan secara
berperingkat-peringkat oleh Empayar Bangsa Assyria antara tahun 740 dan
722 sebelum Masehi yang mengusir 10 puak Bani Israel berikut:
- Reuben
- Issachar
- Zebulun
- Dan
- Naphtali
- Gad
- Asher
- Simeon
- Ephraim
- Manasseh
Menurut
naskah-naskah Yahudi lama, Menasseh dan Ephraim adalah anak kepada Nabi
Yusuf a.s. Manakala Nabi Yusuf (Joseph), selain Bunyamin (Benjamin)
adalah anak kepada Nabi Ya’akub (Jacob) dengan isterinya Rahil (Rachel).
Nabi
Ya’akob, yang digelarkan Allah, Israel, mempunyai lagi 10 anak lelaki
lain dari isteri pertamanya bernama Laiya (Leah), kakak kepada Rahil
(Rachel), selain dari dua hamba sahayanya yang bernama Bilhah dan
Zilpah. Berikut adalah 12 suku puak Bani Israel mengikut urutan
kelahiran:
- Reuben (dilahirkan Leah)
- Simeon (dilahirkan Leah)
- Levi (dilahirkan Leah)
- Judah (dilahirkan Leah)
- Dan (dilahirkan Bilhah)
- Naphtali (dilahirkan Bilhah)
- Gad (dilahirkan Zilpah)
- Asher (dilahirkan Zilpah)
- Issachar (dilahirkan Leah)
- Zebulun (dilahirkan Leah)
- Joseph (dilahirkan Rachel)
- Benjamin (dilahirkan Rachel)
Manakala berikut pula 13 suku puak Bani Israel mengikut hak tanah pusaka:
- Reuben
- Judah
- Issachar
- Zebulun
- Dan
- Naphtali
- Gad
- Asher
- Benjamin
- Ephraim
- Manasseh
- Simeon
- Levi
Menjadi 13
suku puak kesemuanya kerana Israel (Nabi Ya’akob) mengurniakan hak dua
bahagian kepada Nabi Yusuf untuk langsung kepada kedua-dua cucunya,
Ephraim dan Menasseh, anak kepada Nabi Yusuf.
Berikutan
kemangkatan Nabi Sulaiman (King Solomon), Bumi Canaan terbahagi dua
wilayah pemerintahan, Kerajaan Israel dan Kerajaan Judah. Puak Judah dan
Puak Bunyamin (Benjamin) menduduki dan memerintah wilayah selatan,
manakala lain-lain puak menduduki dan memerintah wilayah utara. Manakala
puak Levi tidak diberi tanah tetapi penguasaan ke atas kota-kota bumi
Canaan kerana peranan mereka dalam hal ehwal keagamaan, termasuk
mengetuai upacara keagamaan bagi Bani Israel.
Ketika
Ptolemy, seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah
Melayu, beliau telah menamakan semenanjung ini ‘Golden Chersonese’ yang
bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba
menamakan tanah ini sebagai ‘Suvarnabhumi’ iaitu Tanah Emas.
Sebuah
manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina
negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di
Timur Jauh yang dinamakan Ophir.
Kajian dari
manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah
mendapati bahan pengawet, kapur barus dan rempah-ratus untuk upacara
ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara
ini.
Apa yang
terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam? Benarkah ketika
Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid, bangsa yang tinggal di
Nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua?
Nampaknya
perdagangan rempah-ratus telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa
‘misteri’ di Nusantara ini telah mampu mengeksport emas di kala
kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi, gendang dan
seramik purba.
Salah satu puak dari ‘the Lost Tribe of Israel’ adalah
dipercayai Bangsa Gunung (Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet ;
bergerak ke arah Timur ke satu destinasi yang tidak diketahui. Kumpulan
‘Illuminati’ Zionis ingin benar mengenali bangsa ini. Kerana di dalam
kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan
tentang bangsa Malai dan Bumi Mala ini.
Namun Mala
(atau Malai) bukanlah bangsa tulin berketurunan Bani israel. Mala
mempunyai ‘benang-benang merah’ dengan bangsa Scythia.
Scythia
merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai,
asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di
kepulauan Jepun (sebelum kedatangan kaum Yamato, kaum dominan Jepun pada
hari ini). Termasuk juga bangsa-bangsa yang mendiami Lembah Mekong,
Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi , Filipina, Kepulaun
Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.
Scythia
merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia
Tengah berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan
Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun
1830an lagi.
Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan orang Red Indian Amerika itulah induk bagi segala orang-orang Manasseh ‘the lost tribe of Israel’. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif.
Professor Dr. Ralph A. Olsen kemudiannya mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon ini
dan menerbitkan kajiannya dalam buku berjudul “The Malay Peninsula as
the Setting for the Book of Mormon” yang ditulisnya dalam tahun1997
(kajiannya ini boleh dibaca di sini – http://www.scribd.com/doc/20922656/The-Malay-Peninsula-as-the-Setting-for-the-Book-of-Mormon-by-Ralph-A-Olsen )
Keputusan
beliau adalah, induk bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang
Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, termasuk Melayu Selatan Thai. Beliau
mendapati Semenanjung Tanah Melayu, bermula dari Segenting Kra ke
bawah, menepati deskripsi bumi Mala yang diperihalkan dalam Book of Mormon itu.
Satu kajian
berkaitan projek genome oleh Rabbi Jacobovici telah dilakukan untuk
mengesahkan hipothesis Dr.Ralph Olsen secara mendapatkan sampel DNA
untuk dianalisis bagi mengaitkan bangsa Malai (Melayu) di Tanah Melayu
(Bumi Mala) dengan Y-haplogroup Bani Israel berdasarkan definisi
Y-DNA haplogroup R di mana orang-orang melayu, seperti paparan jadual di
bawah, didapati memilikinya seperti berikut: Melayu Semenanjung 5.6%,
Melayu Jawa 3.8%, Melayu Nusa Tenggara 3.2%, Melayu Filipina 2.6%, dan
Melayu Kalimantan 2.5%.
Barangkali
juga termasuk pada definisi Y-DNA haplogroup F-M89* dari salasilah
keturunan bangsa kuno Asia Selatan dan Asia Barat, di mana orang-orang
Melayu memilikinya seperti berikut: Melayu Semenanjung 5.6%, Melayu
Filipina 2.6% dan Melayu Jawa 1.9%.
Tidak
menolak juga kemungkinan mereka turut mengambil kira Y-DNA haplogroup
C-M130 di mana orang-orang Melayu memiliki 11.1%. Termasuk juga hampir
ke semua bangsa yang menduduki wilayah Asia Tenggara, Asia Timur dan
kepulauan Pasifik turut memilikinya antara 1.9% (Melayu Jawa) dan 83.3%
(Penduduk Kepulauan Cook).
Y-DNA
haplogroup ‘C’ ini dipercayai salasilah kepada bangsa kuno Scythia yang
mengungguli keturunan penduduk kepulauan Polynesia di lautan Pasifik..
Pencarian
melalui projek genome DNA oleh Rabbi Jacobovici mendapati ramai
keturunan Bani Israel dari suku Puak Manasseh di sebelah timur.
Antaranya, Afghanistan , Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India,
sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit
Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan
sedikit Hawaii.
Sementara
itu, seorang Yahudi dari Baghdad, orang Yahudi yang pertama datang dan
menetap di Pulau Pinang pada tahun 1895 itu namanya Ezekiel Aaron
Menasseh. Beliau cuma disertai orang-orang yahudi lain 30 tahun kemudian
selepas Perang Dunia Pertama.
Barangkali
tujuan utama kedatangan Ezekiel Aaron Menasseh ke sini adalah untuk
mencari saudara jauh Melayunya, salah satu dari 10 puak Bani Israel yang
‘hilang’ itu.
Beliau
seperti nampak kesal ketika pertama kalinya tiba ke sini apabila
menyatakan dialah satu-satunya orang yang mengamalkan ajaran agama
Yahudi di sini.
Begitulah,
Ezekiel Aaron Menasseh terpaksa menelan realiti bahawa orang-orang
Melayu sudah meninggalkan agama Yahudi untuk menjadi Muslim, yang turut
beriman dengan kenabiah/kerasulan Nabi Isa a.s. dan Nabi Muhammad s.a.w.
juga. Tidak seperti orang-orang Yahudi yang menolak untuk mengiktiraf
kenabian/kerasulan Nabi Isa a.s. dan Nabi Muhammad s.a.w.
Beliau kena
akur kepada hakikat betapa sudah berduyun-duyun ramainya keturunan Bani
Israel yang sudah keluar meninggalkan agama Yahudi untuk menjadi
penganut Kristian atau Islam.
إِنَّ
الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَادُوا وَالنَّصَارَىٰ وَالصَّابِئِينَ
مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَعَمِلَ صَالِحًا فَلَهُمْ
أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ
يَحْزَنُونَ
(Al-Quran, Al-Baqarah 2:62)
Sesungguhnya
orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora
(Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman
kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh,
maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada
kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka,
dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan