kuredah hutan ranting rindu bagai dulu... jangan awak calar kaki kasihku

Ketik sini Bantu Blog ini

Rabu, 21 November 2012

Benarkah Melayu dari Keturunan Bani Israel?


 Benarkah Melayu dari Keturunan Bani Israel?
Dikatakan, berdasarkan maklumat pada manuskrip kuno yang disusun dan dipadankan menjadi Book of Mormon itu, bumi Melayu (Tanah Melayu) dan orang Melayu Semenanjung (termasuk Melayu Selatan Thai) itulah yang paling menepati keterangan perihal bumi Malai (Malaya) dan orang Malai (Malay) keturunan dari Lehi, anak kepada Menasseh itu.

Menasseh adalah salah satu dari “10 Puak Bani Israel yang Hilang” setelah bahagian utara wilayah Kerajaan Israel kuno diserang dan ditawan secara berperingkat-peringkat oleh Empayar Bangsa Assyria antara tahun 740 dan  722 sebelum Masehi yang mengusir 10 puak Bani Israel berikut:
  1. Reuben
  2. Issachar
  3. Zebulun
  4. Dan
  5. Naphtali
  6. Gad
  7. Asher
  8. Simeon
  9. Ephraim
  10. Manasseh
Menurut naskah-naskah Yahudi lama, Menasseh dan Ephraim adalah anak kepada Nabi Yusuf a.s. Manakala Nabi Yusuf (Joseph), selain Bunyamin (Benjamin) adalah anak kepada Nabi Ya’akub (Jacob) dengan isterinya Rahil (Rachel).

Nabi Ya’akob, yang digelarkan Allah, Israel, mempunyai lagi 10 anak lelaki lain dari isteri pertamanya bernama Laiya (Leah), kakak kepada Rahil (Rachel), selain dari dua hamba sahayanya yang bernama Bilhah dan Zilpah. Berikut adalah 12 suku puak Bani Israel mengikut urutan kelahiran:
  1. Reuben (dilahirkan Leah)
  2. Simeon (dilahirkan Leah)
  3. Levi (dilahirkan Leah)
  4. Judah (dilahirkan Leah)
  5. Dan (dilahirkan Bilhah)
  6. Naphtali (dilahirkan Bilhah)
  7. Gad (dilahirkan Zilpah)
  8. Asher (dilahirkan Zilpah)
  9. Issachar (dilahirkan Leah)
  10. Zebulun (dilahirkan Leah)
  11. Joseph (dilahirkan Rachel)
  12. Benjamin (dilahirkan Rachel)
Manakala berikut pula 13 suku puak Bani Israel mengikut hak tanah pusaka:
  1. Reuben
  2. Judah
  3. Issachar
  4. Zebulun
  5. Dan
  6. Naphtali
  7. Gad
  8. Asher
  9. Benjamin
  10. Ephraim
  11. Manasseh
  12. Simeon
  13. Levi

Menjadi 13 suku puak kesemuanya kerana Israel (Nabi Ya’akob) mengurniakan hak dua bahagian kepada Nabi Yusuf untuk langsung kepada kedua-dua cucunya, Ephraim dan Menasseh, anak kepada Nabi Yusuf.
Berikutan kemangkatan Nabi Sulaiman (King Solomon), Bumi Canaan terbahagi dua wilayah pemerintahan, Kerajaan Israel dan Kerajaan Judah. Puak Judah dan Puak Bunyamin (Benjamin) menduduki dan memerintah wilayah selatan, manakala lain-lain puak menduduki dan memerintah wilayah utara. Manakala puak Levi tidak diberi tanah tetapi penguasaan ke atas kota-kota bumi Canaan kerana peranan mereka dalam hal ehwal keagamaan, termasuk mengetuai upacara keagamaan bagi Bani Israel.

Ketika Ptolemy, seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu, beliau telah menamakan semenanjung ini ‘Golden Chersonese’ yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai ‘Suvarnabhumi’ iaitu Tanah Emas.

Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir.

Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet, kapur barus dan rempah-ratus untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini.

Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam? Benarkah ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid, bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua?
Nampaknya perdagangan rempah-ratus telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa ‘misteri’ di Nusantara ini telah mampu mengeksport emas di kala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi, gendang dan seramik purba.

Salah satu puak dari ‘the Lost Tribe of Israel’ adalah dipercayai Bangsa Gunung (Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet ; bergerak ke arah Timur ke satu destinasi yang tidak diketahui. Kumpulan ‘Illuminati’ Zionis ingin benar mengenali bangsa ini. Kerana di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan tentang bangsa Malai dan Bumi Mala ini.

Namun Mala (atau Malai) bukanlah bangsa tulin berketurunan Bani israel. Mala mempunyai ‘benang-benang merah’ dengan bangsa Scythia.

Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di kepulauan Jepun (sebelum kedatangan kaum Yamato, kaum dominan Jepun pada hari ini).  Termasuk juga bangsa-bangsa yang mendiami Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi , Filipina, Kepulaun Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.

Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah  berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi.

Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan orang Red Indian Amerika itulah induk bagi segala orang-orang Manasseh ‘the lost tribe of Israel’. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif.

Professor Dr. Ralph A. Olsen kemudiannya mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon ini dan menerbitkan kajiannya dalam buku berjudul “The Malay Peninsula as the Setting for the Book of Mormon” yang ditulisnya dalam tahun1997 (kajiannya ini boleh dibaca di sini – http://www.scribd.com/doc/20922656/The-Malay-Peninsula-as-the-Setting-for-the-Book-of-Mormon-by-Ralph-A-Olsen )

Keputusan beliau adalah, induk bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, termasuk Melayu Selatan Thai. Beliau mendapati Semenanjung Tanah Melayu, bermula dari Segenting Kra ke bawah, menepati deskripsi bumi Mala yang diperihalkan dalam Book of Mormon itu.

Satu kajian berkaitan projek genome oleh Rabbi Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipothesis Dr.Ralph Olsen secara mendapatkan sampel DNA untuk dianalisis bagi mengaitkan bangsa Malai (Melayu) di Tanah Melayu (Bumi Mala) dengan Y-haplogroup Bani Israel berdasarkan definisi Y-DNA haplogroup R di mana orang-orang melayu, seperti paparan jadual di bawah, didapati memilikinya seperti berikut: Melayu Semenanjung  5.6%, Melayu Jawa 3.8%, Melayu Nusa Tenggara 3.2%, Melayu Filipina 2.6%, dan Melayu Kalimantan 2.5%.

Barangkali juga termasuk pada definisi Y-DNA haplogroup F-M89* dari salasilah keturunan bangsa kuno Asia Selatan dan Asia Barat, di mana orang-orang Melayu memilikinya seperti berikut: Melayu Semenanjung 5.6%, Melayu Filipina 2.6% dan Melayu Jawa 1.9%.

Tidak menolak juga kemungkinan mereka turut mengambil kira Y-DNA haplogroup C-M130 di mana orang-orang Melayu memiliki 11.1%. Termasuk juga hampir ke semua bangsa yang menduduki wilayah Asia Tenggara, Asia Timur dan kepulauan Pasifik turut memilikinya antara  1.9% (Melayu Jawa) dan 83.3% (Penduduk Kepulauan Cook).

Y-DNA haplogroup ‘C’ ini dipercayai salasilah kepada bangsa kuno Scythia yang mengungguli keturunan penduduk kepulauan Polynesia di lautan Pasifik..

Pencarian melalui projek genome DNA oleh Rabbi Jacobovici mendapati ramai keturunan Bani Israel dari suku Puak Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan , Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.

Sementara itu, seorang Yahudi dari Baghdad, orang Yahudi yang pertama datang dan menetap di Pulau Pinang pada tahun 1895 itu namanya Ezekiel Aaron Menasseh. Beliau cuma disertai orang-orang yahudi lain 30 tahun kemudian selepas Perang Dunia Pertama.

Barangkali tujuan utama kedatangan Ezekiel Aaron Menasseh ke sini adalah untuk mencari saudara jauh Melayunya, salah satu dari 10 puak Bani Israel yang ‘hilang’ itu.

Beliau seperti nampak kesal ketika pertama kalinya tiba ke sini apabila menyatakan dialah satu-satunya orang yang mengamalkan ajaran agama Yahudi di sini.

Begitulah, Ezekiel Aaron Menasseh terpaksa menelan realiti bahawa orang-orang Melayu sudah meninggalkan agama Yahudi untuk menjadi Muslim, yang turut beriman dengan kenabiah/kerasulan Nabi Isa a.s. dan Nabi Muhammad s.a.w. juga. Tidak seperti orang-orang Yahudi yang menolak untuk mengiktiraf kenabian/kerasulan Nabi Isa a.s. dan Nabi Muhammad s.a.w.

Beliau kena akur kepada hakikat betapa sudah berduyun-duyun ramainya keturunan Bani Israel yang sudah keluar meninggalkan agama Yahudi untuk menjadi penganut Kristian atau Islam.

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَادُوا وَالنَّصَارَىٰ وَالصَّابِئِينَ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَعَمِلَ صَالِحًا فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
(Al-Quran, Al-Baqarah 2:62)
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Rabu, 24 Oktober 2012

AC Mizal Hak Milik Kekal Emylia Rosneida



Khamis, 18 Oktober 2012

kenduri di bangi...


cucur sosej, mushroom dan cheese

salam,
tengahari tadi saya hadiri kenduri kahwin di bangi, jadi tak masak lunch...malam pula my dh kata dia tak mau makan nasi kerana lunch tadi dah makan heavy...dinner nak makan simple je...

apa yang simple selain cucur goreng!...jemu juga rasanya, asyik makan cucur yang sama...terfikir pula why not cuba buat cucur dalam versi yang berbeza...

saya pun cari apa yang ada dalam fridge...terjumpa beberapa bahan yang boleh di ubahsuai untuk di campur dalam cucuq special tu...i.e...jumbo chicken sosej, cheese, fresh mushroom, frozen corn, kucai...dan akhirnya inilah dia cucuq dinner kami malam ni... sebenarnya, selain daripada nak cerita mengenai cucur ni, saya agak teruja juga dengan foto cucuq saya ni...perasan tak kualiti gambar cucur ni yang lebih cantik berbanding foto-foto sebelum ni!

actually, sebelum pergi holiday ke India tempoh hari, my hubby beli satu kamera lagi, so masa gi cuti tu, masing-masing bawa sorang satu camera, tulah sebabnya banyak bebeno gambar kat sana (India) hingga tak terlarat nak di edit....walau bagaimanapun, dapatlah saya share sikit-sikit kat facebook 1001 untuk tatapan mereka yang berminat....:) nilah latest camera yang dh beli, Canon PowerShot G12...sebenarnya, hani yang nakkan camera ni, nak ganti camera lama dia yang rosak...tapi last-last maknya yang sapu...hehe...lagi pun hani kurang guna kamera ketika belajar....baik mama yang pakai...tak le rosak kerana tak guna...:)

dan boleh le kita share gambar food yang lebih berkualiti lagi..:)....betterlah jika di bandingkan dengan gambar dari camera cap penyu kkida sebelum ni...hehe...

btw, pada pendapat saya memang gambar dari camera ni jauh lebih baik dari camera digital Canon IXUS 960 IS....nak guna camera canggih kakak DSLR, tak mampulah pula...berat dan banyak sangat punat yang perlu di adjust....:)....kkdia ni memang jenis malas sikitlah bab-bab yang rumit camtu....mungkin sebab mata pun dah tak berapa terang...:)

dapat kamera powershot tu pun dah happy sangat kkida ni...pucuk dicita ulam mendatang, asalkan nampak jelas makanan dan photo yang kkida kongsikan....oklah tu...alhamdulillah....:)
fuh! panjang lebarlah pula cerita pasal camera nih!...

oklah berbalik pada cerita asal kita tadi iaitu cucur sosej...nilah cara saya proses bahan-bahannya... dengan menggunakan food processor, hancurkan semua bahan, iaitu sosej, celeri, bawang, cili, jagung dan fresh mushroom...tak payahlah lumat sangat....saya tak beri kuantiti bahan kerana semua ni saya main agak-agak je...ia terpulang kepada apa yang anda suka nak tambah dan bahan mana yang nak dikurangkan... letakkan semua bahan dalam mangkuk dan campurkan dengan keju yang diparut dan daun kucai... masukkan tepung, garam, gula dan soda (soda jangan banyak sangat, hanya 1/4 sudu teh sahaja)...tuangkan air suam sedikit-sedikit dan kacau hingga mendapat texture seperti diatas... panaskan minyak dan goreng cucur hingga kekuningan, angkat dan hidang ketika masih panas dengan mayonis dan sos cili... hmm....sedapnya cucur ni dan cantiknya gambar ni...hehe...:)
ni nak sambung kembali cerita semalam....yelah semalam kan saya cerita tentang cucur sosej bercheese untuk dinner kerana tengahari tu saya makan kenduri rumah kawan lama hubby ketika zaman persekolahannya di sm st. michael, ipoh. kenduri ni diadakan di dewan komplek PKNS bangi, berdepan dengan McD...

memang sangat sederhana majlis ini, tapi saudara idan, bapa pengantin lelaki seronok tak terkata kerana kawan-kawan lama ramai yang hadir dan ada yang datang all the way dari ipoh...itulah semangat setiakawan namanya...yelah bila dah tua-tua ni itulah yang menggembirakan hati kita, nak cari apa lagi, anak-anak dah besar dan setengahnya ada yang dah bercucu...bila jumpa dengan kawan lama keluarlah semua cerita dulu-dulu.... pengantin lelaki tu anak kepada kawan suami...rumah pengantin pompuan dah buat kenduri awal bulan december hari tu... lauk pauk yang sangat sederhana tapi sedap.... inilah buah tangan untuk tamu yang datang...cantikkan kek ni...saiznya besar ni.... geng oren....itulah rakan-rakan lama sekolah my dh dan saudara idan...semua janji nak pakai baju oren, tapi ada juga yang tak berbaju oren...
lepas kenduri saudara idan kami ke rumah prof nidzam di bangi juga...semua rakan yang hadir di kenduri saudara idan ikut sama ke rumah prof nidzam....seronok tak terkatalah murid-murid tua ni setiap kali dapat berkumpul macam ni... nombor dua dari kiri tu, mesti ramai student UiTM yang kenal, terutama UiTM shah alam (datuk abdullah mohamad said, still single)....dan sebelahnya tu (bersongkok) seorang chef yang hebat juga tu, tapi bukanlah celebrity chef seperti chef wan...namanya chef rashidi manap... kueh-mueh hidangan rumah prof nidzam dan dr suzana... yang ni mestilah satay kajang samuri...mana ada satay lain lagi kat area situ... pssttt....ada cakap-cakap belakang (orang pompuanlah) yang kata cucur ni chef rashidi yang buat, betul ke...tak kut...masa bilalah pulak dia nak buat cucuq ni...tapi memang dia yang bawa sebagai buah tangan kepada prof nidzam...nampak cantikkan! tak seperti cucuq yang biasa kita beli kat tepi jalan tu...

dalam suasan gembira bertemu kawan-kawan...kami terima berita yang mak mertua saudara idan meninggal dunia sekitar jam empat petang...berkejarlah pula ibubapa pengantin lelaki ke kelang untuk menziarah mak/mertua yang baru menghembuskan nafas yang terakhir...itulah janji Allah swt kepada kita...dalam satu masa ada dua suasana yang berbeza...ada suka dan ada duka...

Selasa, 16 Oktober 2012

Nelayan tangkap ketam ganjil



SOUTHSEA – Seorang nelayan menangkap seekor ketam ganjil yang wajahnya dikatakan mirip makhluk asing dalam filem Predator yang dibintangi pelakon Arnold Schwazenegger pada tahun 1980-an, lapor sebuah akhbar semalam.


Ketam itu kini ditempatkan di Akuarium Blue Reef di Southsea, Hampshire, Britain selepas haiwan tersebut diserahkan untuk dipamerkan baru-baru ini.

Haiwan tersebut turut dikenali sebagai ketam span dan ia boleh menyamar dan mengelak daripada dilihat menerusi pemandangan mata semasa haiwan tersebut berada di dasar laut.
Ketam itu akan dipamerkan kepada orang ramai selepas ia selesai dikuarantin. – Agensi

Sumber : Kosmo

Ustaz Razis penipu

Sebarkan! Ustaz Razis penipu sudah perdaya 11 wanita Muslimah! 


Malam tadi melalui laman laman sosial seperti Facebook dan Twitter, cerita mengenai seorang Ustaz penipu mula tersebar. Lelaki yang dikenali sebagai Ustaz Razis itu dikatakan telah memperdaya 11 orang wanita Muslimah. Modus operandinya, menjadikan gadis gadis bertudung labuh itu isteri, kemudian meninggalkan mereka terkontang kanting tanpa berita. Malah ada yang ditinggalkan bersama anak anak kecil! Kini dikatakan ‘Ustaz Razis’ mempunyai 11 isteri yang dikahwininya secara penipuan.

 Sebarkan! Ustaz Razis penipu sudah perdaya 11 wanita Muslimah! - Terbakor
Tolong kami sebarkan berita ini supaya anak anak dara kita tidak terpengaruh dengan lakonan licik ‘Ustaz Razis’ ini. Memang kalau tengok dalam gambar, Masyaallah sucinya muka! Tapi dia sanggup menggunakan nama agama untuk melakukan kegiatan jahat. Bukan setakat menipu gadis gadis Muslimah, dia juga pernah dibongkarkan sebelum ini melakukan penipuan berbentuk wang tunai.

Tetapi malangnya, ada diantara mangsa (isteri) tidak mahu memberikan kerjasama untuk mendedahkan kejahatan ‘Ustaz Razis’ atas alasan tidak mahu mendedahkan aib suami. Hmm pada kami ni bukan kira nak sebar aib dah. Ini satu jenayah! Dalam Islam memang suruh kita taat suami tapi bukan bermakna perlu bersetongkol dengan kejahatan suami macam ni. Apatah lagi dalam kes ini, ‘Ustaz Razis’ telah banyak memperdaya gadis yang naif dan baik baik.
Kalau korang nak tengok bukti, kami beri link asal tentang penipuan Ustaz Razis ni. Huh, layak ke dipanggil Ustaz??

 —->>> Ameno World Page

—–>>> Gambar yang terlibat

——>> Blog post Sozcyili

——->> Blog post Nordin Jaafar

Korang baca komen komen yang berjela tu dan sebarkannya kepada umum. Orang macam ni merosakkan nama Islam je.

Khamis, 2 Ogos 2012

Sastera umpama surat cinta

SESUNGGUHNYA syair yang paling indah, inilah: "ketahuilah, setiap sesuatu selain Allah adalah bathil," iaitu ungkapan Lubaid. Apakah kesusasteraan (persuratan) yang dikategorikan sebagai sajak, puisi, cerpen, novel atau sebagainya kepada saya?

Hakikatnya penulisan, termasuk sastera, adalah suatu bentuk komunikasi - daripada penulis kepada pembaca, mediumnya adalah kata-kata yang bisu pada lembaran kertas atau pada skrin komputer pada zaman moden ini. Ia bermaksud menyampaikan.

Setiap penulis, bagi pandangan saya, tujuan mereka menulis sesebuah karya adalah untuk menyampaikan sesuatu, sama ada buah fikiran atau pengalaman hidup atau sebagainya untuk dimanfaatkan semua. Cuma kita semua dalam bidang berlainan. Politikus memilih pentas ceramah, ulama memilih mimbar masjid, guru di kelas, jurujual di kaki-kaki lima, dan penulis memilih medium tulisan.

Saya sendiri kadang-kadang agak musykil apabila membaca karya-karya sastera seperti sajak, cerpen dan novel. Berkali-kali membacanya masih juga tidak menemui maksud yang ingin disampaikan penulisnya. Adakah saya ini jahil dan buta sastera? Adakah saya perlu belajar teori-teori sastera untuk memahami sesebuah karya itu? Saya rasa itu membuang masa. Lebih baik saya membaca karya-karya ilmiah yang sifatnya membosankan, tetapi tentu ada isinya. Sepatutnya sastera itu versi mudah kepada karya ilmiah. Sastera sepatutnya sebuah tulisan ilmiah yang menghibur dan menyeronokkan apabila dibaca, dan khalayak boleh terpengaruh dengan idea yang kita sampaikan.

Bagi saya mudah sahaja. Saya kiaskan saja menulis sesebuah karya itu seperti menulis sepucuk surat cinta untuk bidadari hati kita, seorang perempuan yang kita cintai, tetapi telah menolak cinta kita. Untuk lebih kompleks dan mencabar, perempuan itu malah sesungguhnya membenci kita.

Bagaimanakah surat cinta itu seharusnya ditulis tidaklah penting. Itu atas daya kreativiti kita. Apa yang penting, surat itu seharusnya ditulis dengan maksud utama menggugat hati perempuan tersebut, kemudian mempengaruhinya agar menerima cinta kita. Begitulah kaitan penulis dan pembaca. Penulis harus berusaha memikat dan mempengaruhi pemikiran pembaca, sebagaimana seorang lelaki berusaha memikat perempuan melalui surat. Surat itu harus boleh difahami oleh perempuan. Keindahan dan seni surat itu hanya untuk menarik hati perempuan. Jika surat itu penuh dengan simbol atau bunga-bunga bahasa yang kononnya bernilai seni sehingga tidak mampu difahami perempuan, surat itu sudah tidak mencapai maksudnya. Begitu juga dalam hubungan penulis dan pembaca.

Apabila dalam surat tersebut si lelaki memuji dengan ikhlas perempuan itu berhidung mancung, tetapi menimbulkan kemarahan perempuan kerana disalahfahami sebagai menyindir, itu adalah kegagalan si lelaki.
Janganlah pula dimaksudkan saya menyarankan agar menulis karya lucah untuk mudah diterima pembaca. Sebaliknya, karya lucah juga tidak ada kelucahannya jika ia tidak dapat difahami.

Kata-kata memang abstrak, tetapi ia tetap tertakluk kepada logik sama seperti matematik. Penulis boleh menyerahkan kepada pembaca apa maksud karyanya seperti disarankan oleh Roland Barthes itu; tetapi bagi saya, saya malu jika pembaca tidak faham cerpen atau puisi saya. Sayalah yang jahil dan tidak berhikmah kerana tidak berjaya menyampaikan maksud saya.

Ia sama juga dengan mencampurkan pelbagai warna, kemudian melakarkannya tanpa sebarang erti di atas kertas, lalu membingkaikannya sebagai sebuah lukisan. Dan apabila tetamu datang bertanyakan apa di sebalik lukisan yang terpaku di dinding ini, kita katakan terpulanglah kepada kamu untuk mentafsirkannya sebagai apa. Jika ini dimaksudkan sebagai seni, orang buta pun boleh melukis.

Bubuhlah bedak yang wangi sebanyak manapun dalam surat yang berkajang-kajang itu, jika ia tidak difahami oleh si perempuan, tidak ada ertinya. Malah si perempuan mungkin menganggap kita ini majnun, merepek-repek dengan kata-kata purba dari tamadun yang sudah pupus.

Dalam situasi penulis dan pembaca, kita akan mendengar luahan-luahan kecewa penulis apabila karya mereka tidak dibaca, tidak laku jualan bukunya dan tidak dipedulikan, lalu mendakwa khalayak pembaca sebagai bodoh, sukakan bacaan ringan, dan tidak mahu berfikir. Itu sebenarnya sama seperti menyatakan bahawa si perempuan itu bodoh, jahil atau tidak tahu menilai kerana tidak mahu menerima cinta daripada kita yang budiman, kacak bergaya dan kaya berkereta sport ini, walhal sebenarnya kitalah yang tidak pandai memikat perempuan. Lalu sepatutnya kita berasa malu pada mat-mat rempit yang boleh membawa perempuan-perempuan cantik membonceng motosikal mereka.

Jika penulis menulis sekadar untuk menceritakan sesuatu, lebih elok dia menulis buku sejarah yang objektif. Atau jadi seorang jurugambar yang tepat rakamannya, dan terpulanglah kepada orang yang melihatnya untuk mentafsirkannya.

Tetapi dunia tetap menyatakan seseorang penulis yang hebat itu adalah penulis yang boleh merobah pemikiran masyarakat, dan untuk merobah pemikiran masyarakat, syarat pertama adalah sesebuah karya itu haruslah boleh difahami minda orang awam terbanyak, termasuk yang jahil. Dan keindahan dan kesenian sesebuah karya itu pula bukan hanya pada bahasa dan kata-kata, tetapi juga pada maksudnya, sebagaimana maksud ungkapan penyair Lubaid yang diakui oleh Nabi Muhammad SAW sebagai syair yang paling indah.