kuredah hutan ranting rindu bagai dulu... jangan awak calar kaki kasihku

Ketik sini Bantu Blog ini

Jumaat, 27 Julai 2012

Gambar Terbaru Jue Aziz




Fida Nafi Jadi Isteri Kedua VIP Dan Hati Kembali Terbuka Untuk Mamat Sepah

Ewah... Pastinya hati Mamat Sepah berbunga-bunga keriangan apabila mendengar bekas kekasihnya, Fida kini telah kembali terbuka hati untuk menerimanya kembali. Memang hebat betul Mamat Sepah ini memujuk Fida. Dicadangkan kepada anda yang masih single untuk berguru ayat-ayat manis dengan Mamat. Pasti boleh dapat awek selepas itu.

fida mamat sepah

Umum mengetahui yang kisah cinta antara Mamat dan Fidah terputus di tengah jalan selepas kontroversi gambar tidak bertudung Fida yang telah diupload oleh Mamat. Namun kini Fida sudah pun memaafkan Mamat sepenuhnya dan telah berkawan semula. Kata Fida:-
Selepas empat bulan tidak bersua, kami dipertemukan dalam program itu.Selepas program itu juga, kami terus berhubung dan menjalinkan hubungan sebagai rakan semula. Saya menerimanya kembali kerana apa yang berlaku saya sudah maafkannya , malah sudah pun melupakannya. Jadi kami kini berkawan semula dan kami juga ada keluar bersama. Saya sendiri tidak pasti sejauh mana hubungan kami dan saya hanya berserah kepada Tuhan.
Sementara itu Fida menafikan desas-desus yang menyatakan dirinya telah menjadi isteri kedua kepada seorang VIP baru-baru ini. Kata Fida:-
Tuduhan saya bernikah secara senyap-senyap adalah tidak betul sama sekali. Ini adalah fitnah kerana pada waktu yang dikatakan saya melangsungkan pernikahan itu, saya berada di lokasi penggambaran. Jujurnya, saya pun tidak tahu mengenai perkara sehingga ia kecoh diperkatakan di laman Twitter pada baru-baru ini tetapi ia (pernikahan) memang tidak berlaku. Perkara ini timbul atas dasar salah faham. Mungkin ada orang yang seiras wajah saya melangsungkan pernikahan pada waktu dan lokasi yang dikatakan itu. Secara tidak langsung saya pula dikaitkan dengan perkara ini. Jika benar saya bernikah, tiada apa yang perlu disembunyikan
Pasti Mamat Sepah lega mendengar penafian Fida.

Kenyataan Abby Abadi Akan Dapat Tempat Jika BN Tumbang Diselar Peminat


Abby Abadi. 
PETALING JAYA: Tindakan pelakon Abby Abadi yang mendakwa artis bertudung sepertinya hanya akan mendapat tempat dalam industri hiburan apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang dalam pilihan raya umum akan datang mengundang reaksi negatif daripada kalangan peminat.

Mereka berpendapat, kenyataan Abby yang baru “berhijrah” itu sebagai cetek pengetahuan selain tiada kewajaran untuk dia mencampuradukkan urusan agama dengan politik sekiranya mahu bergelar Muslim sejati.
Komen pembaca yang disiarkan oleh portal rotikaya.com antara lain meminta pelakon Gerak Khas itu supaya berhati-hati ketika memberi kenyataan terutama yang berkaitan agama walaupun penghijrahan yang dilakukannya itu adalah langkah yang baik.

Peminat pelakon itu, Suzana Salleh turut meminta Abby supaya tidak taksub dengan politik kerana agama Islam itu bukanlah parti PAS yang disertainya sekarang.

Artikel mengenai Abby yang disiarkan The Malaysia Insider pada Rabu lalu.
“Jangan terlalu taksub dengan politik. Jika ikutkan, orang perempuan langsung tidak boleh terlibat dalam lakonan apatah lagi nyanyian,” katanya.

Raihan Rizal pula menasihati pelakon itu supaya memberi tumpuan kepada anak-anak dan keluarga kerana apa dibimbangkan langkahnya melibatkan diri dalam politik akan menyebabkan dia hanyut dalam fantasi sendiri.
Malah pelakon itu juga diminta untuk mencontohi pengacara Wardina yang berjaya mendidik anak dengan ilmu agama yang cukup sehingga mampu menghafal surah tertentu dalam al-Quran.

“Saya rasa lebih baik akak fokuskan kepada anak-anak dan keluarga sebelum akak lebih jauh hanyut dalam fantasi akak sendiri. Jangan akak sibuk dengan politik, anak-anak terabai. Ingat, matlamat tidak boleh menghalalkan cara,” katanya.

Antara komen yang dibuat oleh peminat Abby mengenai kelantangan pelakon itu. 
Leylazulaikha pula berpendapat, ramai artis yang bertudung tetapi mereka masih mendapat tempat ketika kerajaan ketika ini memerintah tanpa dinafikan hak masing-masing.

Malah tindakan Abby untuk menyertai mana-aman parti politik adalah hak peribadinya tetapi pelakon itu haruslah tidak memberi kenyataan yang menunjukkan kelemahan dirinya sendiri.

“Berapa ramai artis bertudung yang masih ada dalam industri? masih boleh bebas berkarya? Ada kerajaan sekarang sekat?

“Sebelum salahkan kerajaan sekarang, salahkan orang dalam industri sendiri. sebab mereka itu yang meletakkan halangan ke atas artis yg mula berhijrah,” katanya.

Dalam pada itu Feewit Fuyoo pula menjelaskan, terdapat kebenaran apabila seseorang artis itu melakukan penghijrahan, ruang kreatifnya menjadi sempit tetapi sikap tuduh menuduh dan mengata keburukan orang adalah sesuatu yang dilarang oleh agama Islam.

“Pastinya sebelum ini segala hasil yang diperoleh melalui orang atau pemerintah yang dicerca malah rasanya penghijrahan (Abby) sekarang ini pun rasanya sedikit sebanyak menggunakan hasil kerajaan yang di cerca,” katanya.

Menerusi portal The Malaysia Insider pada Rabu lalu, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan mendakwa artis yang berhijrah seperti beliau hanya akan mempunyai pekerjaan sekiranya kerajaan yang sedia ada tidak lagi memerintah.

Dalam artikel yang bertajuk "Abby Abadi: Muslim artistes will work only after Pakatan takes power" (Abby Abadi: Artis Muslim Akan Bekerja Selepas Pakatan Ambil Alih Kuasa), pelakon tersebut antara lain mendakwa ruang individu sepertinya untuk berkarya menjadi sempit dan beliau mengharapkan golongan artis yang berhijrah dapat setia bersama PAS jika mahu melihat perubahan.

Sheila Rusly, Aida Khalida Dan Wardina Beri Pendapat Mengenai Kenyataan Abby Abadi

Dikejutkan dengan kenyataan Abby Abadi yang agak lantang mengenai sukarnya selebriti seperti dirinya yang telah berhijrah untuk mencari makan di dalam dunia hiburan Malaysia, Mstar Online telah mendapatkan pendapat daripada 3 selebriti wanita iaitu Sheila Rusly, Aida Khalida dan Wardina.
asb
Ketiga-tiga selebriti ini satu ketika dahulu tidak memakai tudung dan telah mengambil keputusan untuk berhijrah selepas mencipta nama di dalam dunia hiburan tanah air. Abang Nara tertarik dengan kata-kata Sheila Rusly:-
Jangan pertikai isu tawaran lakonan atau kerja merosot hanya kerana kita bertudung. Artis terbabit kena sedar niat kita berhijrah ini kerana Allah. Maka, percayalah takkan Allah mahu tutup rezeki jika kita berubah ke arah kebaikan? Kalau seseorang artis mengeluh mengenai nasib dan kesan daripada keputusan bertudung itu, ia seolah-olah mereka tidak ikhlas berhijrah. Bertudung dan menutup aurat itu tidak membebankan atau membatasi urusan seharian kita.

Sementara itu Aida Khalida yang telah 5 tahun memakai tudung memberitahu yang rezekinya tidak pernah putus selepas mengambil keputusan untuk berhijrah. Kata Aida:-
Sudah lima tahun saya bertudung dan rezeki tidak putus sehingga kini. Sebagai pelakon dan penerbit, saya tidak nampak sebarang masalah timbul kepada artis bertudung. Di Malaysia, kita ada banyak saluran televisyen, malah ada saluran Islamik yang membolehkan penghasilan banyak drama berunsurkan Islam. Ini sekali gus memberikan jaminan platform kepada aktres wanita yang sudah bertudung. Jadi, tidak wajar isu bertudung dianggap penyekat periuk nasi dan rezeki dalam bidang seni pula. Ada banyak jalan cuma kita perlu bersabar dan terus berikhtiar.
asb
Wardina pula mengakui yang dia menerima impak negatif apabila mengambil keputusan untuk berhijrah 12 tahun dahulu. Namun perlahan-perlahan imejnya itu dapat diterima dan impak tersebut hanya bersifat sementara.
Mungkin juga kerana saya sudah tidak mahu berlakon ketika bertudung dulu, saya jadi tidak begitu kisah mengenai reaksi orang kerana saya tahu apa yang saya lakukan. Berhijab bukan kerana kita sudah sempurna iman atau terlalu baik tetapi kerana mahu menjadi manusia yang lebih baik. Jika di kalangan artis bertudung mampu bertahan, teruslah berusaha mencari rezeki yang berkat tetapi jika sebaliknya, maka beralihlah kepada bidang yang lebih baik.