kuredah hutan ranting rindu bagai dulu... jangan awak calar kaki kasihku

Ketik sini Bantu Blog ini

Khamis, 20 Jun 2013

Gambar Anak Ac Mizal, Emylia

Pada: Khamis, 20 Jun 2013 
 
Sejak AC Mizal berkahwin dengan Emylia Rosnaida, mereka telahpun dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan yang sangat comel dan kini sudah pun membesar. Nama mereka MUHAMMAD REEVE DAMIEN, 10 tahun dan juga FEA ERYSSA yang berusia 5 tahun lebih.

Sebagai info, Ac Mizal dan Emylia berkahwin pada 10 Oktober 2002 yang lalu. Gambar Fea memakai topi pink tu rasanya. :)

Jumaat, 7 Jun 2013

Gua

GUA

Nampaknya MukaBuku ini semakin jumud. Yang suka baca catatanku hanya orang yang sama. Makin berkurangan. Rakan kerja memang dah lama hilang. Dulu ada pengikut setia dari kalangan Michaelian Ipoh. (SMI) kini nampak tinggal seorang dua.

2. Masa kat Jahang berharap juga ada rakan akan telefon aku, Dzuan atau Zainal. SENYAP. Nampaknya kehidupan ini terpaksa dipinggirkan. Masing-masing ada urusan sendiri; rutin harian atau masalah sendiri. Hatta hiduplah aku dengan duniaku yang makin kecil ini. Mila & isteri Dzuan dah memang mesra tapi anak-anak remaja masih malu berbual.

3. Berbeda dengan kehidupan mereka yang masih ada kerjaya. Pasti ada urusan rasmi pun kesibukan harian yang perlu diuruskan. Sampai usia 60 tahun (kalau sempat) Sedangkan rakan setaman perumahan pun tak pernah mahu bertanya khabar ini kan pula rakan jauh. Apatah lagi 30 tahun berpisah. Mana nak mesra lagi.

4. Aku tetap di sini dengan dunia penulisan & puisiku. Minggu ini aku hanya sempat menulis dua buah puisi. Tahun ini hanya baru 15 buah puisiku terbit. Semalam aku terima surat jawaban dari DBP tentang puisi tahun lalu yang tersiar. Aku harapkan ada barang satu dinilai sebagai puisi yang baik; atau sekadar menyelit sebagai hadiah sagu hati. (wah besarnya angan-angan) Doakanlah agar impianku nak menang barang satu hadiah di peringkat kebangsaan sebelum aku tiada akan tercapai.

Biasanya DOA rakan-rakan akan lebih dekat di sisi-Nya. Doa aku yang banyak dosa ini amat sukar termakbul tapi aku tetap terus berharap.
— bersama Razali Rah dan 12 yang lain.