- Latifah Ipor, Tina Syawal, Umi Kalsom Ibrahim dan 3 yang lain menyukainya.
- Idan Radzi bolehkah seorang menantu melarang untuk atoknya mendukung cucu...
paling kita takut balasan Allah yang bakal turun buat manusia terlalai lagi ego ini akan sesal tak sudah
sebagai orang tua kita akan sentiasa memaafkan kesalahan anak tetapi keegoan sebegini jangan dibuat mainan natijahnya amat mengekang rahmat...
sabarkan saja hati... - Rozaihan Razali abg idan bnyk2 sabar..istighfar.. lupakan je perbuatan manusia2 pd kita tp tukar fokus cari cinta Allah, pasti lebih tenang dan selamat dunia dan akhirat. org yg zalim/aniaya kita akan dpt balasan dr Allah. dunia ni x adil, Allah Maha adil, serahkan pd Allah. kalau x didunia, pasti di akhirat. abg idan buat, brmakna abg idan mnjaga diri, kesihatan dan perasaan sndiri. org lain x peduli apa jd pd kita, tp kita je la yg boleh syg pd diri sndiri selain Allah.
- Rozaihan Razali sy doakan abg idan sihat dan bahagia hingga akhir hayat terus ke syurga nnt aamiin.. mmg selalu manusia yg kita syg, menyakiti kita, kita kecewa. ubahlah cinta tu pd Allah, kita xkn kecewa sebaliknya akan beroleh bahagia selamanya
- Idan Radzi Mmg banyak masalah jika menantu tinggal di rumah; sy tahu orang perempuan ni selalu anginnya tak betul tapi bab begini rasanya tak adil... jika berbalah dalam keluarga jangan simpan lama... Islam pun mengajar kita agar bersapa berkirim salam dengan s...Lihat Lebih Banyak
- Idan Radzi (tak apa nak kasi pandangan di sini sebab mesej ini hanya beberapa orang yang intim dengan abg sahaja dapat baca) empunya diri pun terpaksa disekat.
- Idan Radzi Satu kes tak selesai timbul lagi satu kes... keluarga kami kehilangan Harta Pusaka kenangan lebih 100 tahun... berupa barangan kemas... nilaiannya dah tentu melebihi puluhan ribu RM. Sebaiknya waris kami ini cepat sedar & akur diri perbuatan ini amat TERLARANG; mana boleh dicuri/digadai tanpa pengetahuan pemegang amanah barangan kemas ini. Ini adalah kenangan milik waris Md Sesh yang perlu dijaga agar anak cucu waris kami dapat melihat kenangan dari nenek moyang mereka. Jangan jadikan jodoh itu menghalal segala tindakan.
kuredah hutan ranting rindu bagai dulu... jangan awak calar kaki kasihku
Ketik sini Bantu Blog ini
Sabtu, 23 Februari 2013
Damaikan
Jumaat, 22 Februari 2013
Dilema Calon Parlimen Pandan Antara Ong Tee Keat Dan Pilihan MCA
KUALA LUMPUR (malaysiaaktif) - Kerusi Parlimen Pandan menjadi panas apabila Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek menggugurkan nama Datuk Seri Ong Tee Kiat sebagai penyandang dimana kerusi tersebut akan diberikan kepada Gary Lim, seorang peguam yang merupakan muka baru.
Pengumuman Presiden MCA tersebut sememangnya sudah dijangka Ong Tee Keat. Beliau yang mengadakan sidang akhbar tergempar yang turut disertai beberapa tokoh Barisan Nasional (BN) Bahagian Pandan. Bagaimanapun tetap menegaskan bahawa kuasa mutlak bagi pemilihan calon terletak pada tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN.
Persoalan sekarang siapakah calon yang boleh memberi kemenangan kepada BN atau winnable candidate? Jika diteliti dengan mendalam kerusi parlimen Pandan merupakan kerusi yang mesti dimenangi oleh BN.
Apakah tindakan MCA mengetepikan Ong Tee Kiat berpunca daripada pergeseran beliau dengan Chua Soi Lek atau sememangnya MCA mahu kerusi tersebut ditandingi oleh muka baru berikutan wujudnya dakwaan yang mengatakan Ong Tee Kiat tidak menyumbang apa-apa kepada pembangunan penduduk Parlimen Pandan selama lima penggal beliau berada di situ?
Ong Tee Keat dikatakan tidak pernah turun padang dan telah mengabaikan keprihatinan para pengundi Parlimen Pandan selama berkuasa dalam kerajaan.
Malah dikatakan juga Tee Keat hanya muncul di Parlimen Pandan setelah disingkirkan dari kabinet. Beliau terpaksa mengerakkan kedudukan beliau kehadapan selama dua tahun kebelakangan ini bagi memulihkan kembali imej beliau.
Jika dilihat dari keputusan pilihan raya 2004 dan 2008 ,Tee Keat telah kehilangan hampir 11 ribu undi yang boleh dikatakan membimbangkan.
Meskipun beliau merupakan calon tunggal BN dari komponen MCA menang di Selangor ianya tidak perlu dijadikan sandaran yang kukuh untuk mengekalkan Tee Keat sebagai calon.
Jika dilihat melalui kain rentang yang banyak dipasang oleh parti pembangkang di sekitar Pandan, mereka turut mempertikaikan sumbangan BN yang telah dibuat di Pandan. Malah usaha Tee Keat mengecat kembali flat-flat di sekitar Pandan turut dipersendakan.
Parlimen Pandan cukup penting untuk dipertahanlkan oleh BN memandangkan BN kalah di kedua-dua Dewan Undangan negeri (DUN) iaitu Teratai di tangan Dap dan Chempaka di tangan Pas.
Persoalannya sekarang ialah apakah Ong Tee Keat benar-benar berpengaruh di kawasan Parlimen Pandan dan mampu memberikan kemenangan mutlak kepada BN?
Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menilai secara holistik apakah dalam situasi sekarang, Tee Keat masih dianggap relevan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pandan?
Perlu dinyatakan bahawa keutuhan Barisan Nasional (BN) adalah kesepakatan antara parti-parti komponennya. Maka jika keputusan dibuat atas dasar yang sedia ada atau emosi ia tidak akan menguntungkan BN.
Sebarang keputusan perlu berpandukan kepada situasi semasa yang boleh menjamin kemenangan BN dan faktor calon merupakan kriteria yang sangat penting untuk diberikan pertimbangan.
Pembangkang telah nekad untuk meletakkan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dilihat mampu memberi cabaran kepada BN terutama jika mengambil kira kekalahan BN di kedua-dua kerusi DUN Parlimen Pandan sebelum ini.
Soalnya, mampukan Tee Keat atau calon pilihan MCA menewaskan Rafizi yang dilihat sebagai jaguh walaupun umum tahu bahawa Rafizi hanya johan perang saraf dan mainan persepsi negatif terhadap kerajaan dan BN.
BN perlu melihat dan meneliti isu tersebut dengan serius kerana kesilapan dalam meletakkan calon boleh menjejaskan usaha BN untuk mempertahankan keusi tersebut.
Apa yang harus diperjuangkan sekarang adalah untuk memastikan BN mengekalkan Parlimen Pandan dengan majoriti yang besar bagi meneruskan kesinambungan pemerintahan.
Malaysia-Singapura setuju bina sistem kereta api laju
Malaysia dan Singapura bersetuju untuk membina sistem kereta api laju
yang menghubungkan bandar raya Kuala Lumpur dan negara jiran itu.
Projek yang akan mengubah corak perhubungan antara rakyat kedua-dua negara itu dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong hari ini.
Projek yang akan mengubah corak perhubungan antara rakyat kedua-dua negara itu dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong hari ini.
Tiada Pembubaran Parlimen Hari Ini
KUALA LUMPUR – Penantian hampir ke semua media utama negara yang berhimpun di perkarangan Pejabat Perdana Menteri untuk menanti pengumuman pembubaran Parlimen hampa apabila tidak ada pengumuman seperti mana yang heboh diperkatakan sejak seminggu lalu.
Gembar-gembur tentang pembubaran Parlimen pada 22 Februari (Jumaat) tersebar dan ramai yang berkayakinan dengan tarikh tersebut malah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut percaya bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membubarkan Parlimen hari ini sehinggakan ramai yang terperdaya.
Tarikh pembubaran menjadi isu hangat dan banyak pihak membuat spekulasi sendiri malah tanda-tanda pengumuman pembubaran Parlimen belum kelihatan memandangkan perdana menteri masih meneruskan jadual padat beliau melakukan lawatan di beberapa negeri.
Ketika ini Najib berada di Sarawak dan adalah tidak lojik bagi beliau untuk membuat pengumuman pembubaran Parlimen di luar Putrajaya sedangkan untuk tujuan itu memerlukan beliau untuk mengadap Yang Dipertuan Agong untuk mendapatkan perkenan baginda.
Bertaubat
Sangatlah
besar dosa orang yang menunda-nunda taubat, atau yang sengaja berniat
melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudian di atas dosanya
itu. Kita memang amat ditegah melakukan perkara ini. Namun, kelemahan jiwa
kita sebagai manusia, kadangkala menjebak kita dalam perbuatan dosa
yang sama hingga berkali-kali, walaupun sudah bertaubat pada mulanya..
Apakah dalam keadaan sedemikian kita layak untuk bertaubat?
Jangan amalkan sikap yang sedemikian. Ini namanya EGO dan tak mengikuti ajaran Islam. Perlu diingat dosa kecil pun jika dikumpul tanpa bertaubat akan jadi dosa besar atau banyak bilangannya sebab di sana akan digunakan neraca. Pasti akan berat timbangannya doasa kita itu. Apatah lagi jika melakukan dosa besar yang berulang-ulang jika telah buat dosa tak sempat bertaubat pasti akan kekal di dalam api neraka. Tak takut kepada dosa bermakna imannya amat tipis; sebab itu Islam menasihati kita agar berpuasa jika tak dapat mengekang dosa. Jika berpuasa pun masih tetap tak berubah. Maka pastinya dalam diri itu syaitan bersarang di setiap salur serta injap darah.
Cubalah fahami neraca yang memang tidak mungkin ada kesilapannya. Tak mungkin dapat dimaafkan dosa-dosa kita jika tidak sentiasa bertaubat pun tidak takut melakukan dosa kecil atau besar; konon pintu taubat masih terbuka. Tak rugi jadi umat yang sentiasa mencari pahala. Apa untungnya hidup EGO pun mencari dosa.
Cubalah fahami neraca yang memang tidak mungkin ada kesilapannya. Tak mungkin dapat dimaafkan dosa-dosa kita jika tidak sentiasa bertaubat pun tidak takut melakukan dosa kecil atau besar; konon pintu taubat masih terbuka. Tak rugi jadi umat yang sentiasa mencari pahala. Apa untungnya hidup EGO pun mencari dosa.
Lalat, Penyakit Dan Rasulullah
(Air tersebut masih bersih & boleh diminum)Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat. (Riwayat al-Bukhari)
Kemusykilan
Hadis ini benar-benar pelik. Bolehkah
lalat yang dikenali sebagai binatang pengotor mempunyai penawar kepada
penyakit yang dibawanya?
Secara Logik
Lalat memang dikenali sebagai binatang
pengotor dan pembawa penyakit. Hal ini sepertimana yang telah
diterangkan dalam hadis di atas ‘sesungguhnya pada sebelah sayapnya
terdapat penyakit’. Namun perlu difikirkan kenapakah kekotoran, iaitu
merujuk kepada pelbagai jenis bakteria yang terdapat pada tubuh badan
lalat ini tidak mengakibatkan penyakit kepada lalat itu sendiri?
Jawapannya adalah kerana lalat memiliki
daya tahanan badan semulajadi yang menghasilkan sejenis toksin yang
bertindak sebagai penawar (antidote) yang memelihara dirinya daripada
bahaya bakteria-bakteria tersebut.
Secara Saintifik
Islam menghendaki kita supaya menjaga
kebersihan bukan sahaja pada pakaian dan tempat tinggal malah pada
makanan dan juga minuman. Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal ini
sehinggakan apabila seekor lalat pun yang memasuki makanan atau minuman, baginda menyuruh kita berwaspada terhadap penyakit yang bakal menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya.
Apa yang
disebutkan di dalam hadis di atas telah pun dibuat kajian oleh para
saintis pada zaman kemudiannya. Contohnya pada tahun 1871, Prof.
Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma
jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan
Antomofterali.
Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut
lalat. Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk
kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma
yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di
sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan
ke bawah.
Kemudian
pada tahun 1947, Ernestein seorang Inggeris juga menyelidiki Fitriat
pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahawa fitriat
tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria.
Tahun
1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan
memberi nama Javasin. Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer
(Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan
penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma
pada lalat sekali gus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria
pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada
seluruh badannya.
Justeru
mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari
tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat
menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak
kuman sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini.
Maka adalah ternyata bahawa apa yang dikatakan oleh Rasulullah adalah benar iaitu saranan baginda kepada kita agar menenggelamkan lalat terlebih dahulu ke dalam air bagi mengeluarkan mikroorganisma penolak kuman dari badan lalat tersebut, dalam erti kata bahawa badannya harus dibasahkan sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum dengan selamat.Subhanallah betapa hebatnya junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.
sumber : http://zharifalimin.blogspot.com/2011/09/lalat-dan-penyakit-rasulullah-dan.html
4,000 polis Perak, Bukit Aman sertai latihan PRU13
|
Seramai
500 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Bukit Aman serta 3,500
anggota Polis Kontingen Perak akan mengadakan latihan amali Ex-Ballot
111 di kawasan awam di negeri itu pada hari Ahad dan Isnin ini.
Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak cemas dengan kehadiran ramai anggota polis di kawasan awam pada hari-hari berkenaan.
"Latihan ini meliputi 15 daerah di Perak dan saya harap ia tidak akan menimbulkan ketakutan kepada orang ramai," katanya kepada pemberita di Ipoh hari ini.
Beliau berkata terdapat jalan tertentu yang akan ditutup dan sekatan jalan raya juga akan dilakukan ketika latihan itu berlangsung.
Katanya latihan itu antara lain bertujuan memberi pendedahan kepada petugas di Pusat Kawalan Polis Kontingen dan Pusat Kawalan Daerah dalam aspek pengurusan.
"Kita juga akan memberikan pendedahan mengenai aplikasi Sistem Maklumat Pusat Kawalan dan Sistem Maklumat Pilihan Raya kepada semua petugas di pusat kawalan," katanya.
Mohd Shukri berkata selain itu ia juga bagi mengenal pasti dan memperbaiki kelemahan yang berlaku semasa latihan amali itu dalam aspek pengurusan, logistik dan sumber manusia seperti kecekapan dan kemahiran petugas.
"Latihan ini juga bagi menguji masa tindak balas dari segi pergerakan serta tindakan yang diambil secara bersepadu oleh unit-unit PDRM peringkat kontingen dan daerah bagi menghadapi dan menangani isu-isu ketenteraman awam," katanya.
- Bernama
Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak cemas dengan kehadiran ramai anggota polis di kawasan awam pada hari-hari berkenaan.
"Latihan ini meliputi 15 daerah di Perak dan saya harap ia tidak akan menimbulkan ketakutan kepada orang ramai," katanya kepada pemberita di Ipoh hari ini.
Beliau berkata terdapat jalan tertentu yang akan ditutup dan sekatan jalan raya juga akan dilakukan ketika latihan itu berlangsung.
Katanya latihan itu antara lain bertujuan memberi pendedahan kepada petugas di Pusat Kawalan Polis Kontingen dan Pusat Kawalan Daerah dalam aspek pengurusan.
"Kita juga akan memberikan pendedahan mengenai aplikasi Sistem Maklumat Pusat Kawalan dan Sistem Maklumat Pilihan Raya kepada semua petugas di pusat kawalan," katanya.
Mohd Shukri berkata selain itu ia juga bagi mengenal pasti dan memperbaiki kelemahan yang berlaku semasa latihan amali itu dalam aspek pengurusan, logistik dan sumber manusia seperti kecekapan dan kemahiran petugas.
"Latihan ini juga bagi menguji masa tindak balas dari segi pergerakan serta tindakan yang diambil secara bersepadu oleh unit-unit PDRM peringkat kontingen dan daerah bagi menghadapi dan menangani isu-isu ketenteraman awam," katanya.
- Bernama
Langgan:
Catatan (Atom)