kuredah hutan ranting rindu bagai dulu... jangan awak calar kaki kasihku

Ketik sini Bantu Blog ini

Jumaat, 22 Februari 2013

Dilema Calon Parlimen Pandan Antara Ong Tee Keat Dan Pilihan MCA

 
KUALA LUMPUR (malaysiaaktif) - Kerusi Parlimen Pandan menjadi panas apabila Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek menggugurkan nama Datuk Seri Ong Tee Kiat sebagai penyandang dimana kerusi tersebut akan diberikan kepada Gary Lim, seorang peguam yang merupakan  muka baru.

Pengumuman Presiden MCA tersebut sememangnya sudah dijangka Ong Tee Keat. Beliau yang mengadakan sidang akhbar tergempar yang turut disertai beberapa tokoh Barisan Nasional (BN) Bahagian Pandan. Bagaimanapun tetap menegaskan bahawa kuasa mutlak bagi pemilihan calon terletak pada tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN.

Persoalan sekarang siapakah calon yang boleh memberi kemenangan kepada BN atau winnable candidate? Jika diteliti dengan mendalam kerusi parlimen Pandan merupakan kerusi yang mesti dimenangi oleh BN.

Apakah tindakan MCA mengetepikan Ong Tee Kiat berpunca daripada pergeseran beliau dengan Chua Soi Lek atau sememangnya MCA mahu kerusi tersebut ditandingi oleh muka baru berikutan wujudnya dakwaan yang mengatakan Ong Tee Kiat tidak menyumbang apa-apa kepada pembangunan penduduk Parlimen Pandan selama lima penggal beliau berada di situ?

Ong Tee Keat dikatakan tidak pernah turun padang dan telah mengabaikan keprihatinan para pengundi Parlimen Pandan selama berkuasa dalam kerajaan.

Malah dikatakan juga Tee Keat hanya muncul  di Parlimen Pandan setelah disingkirkan dari kabinet. Beliau terpaksa mengerakkan  kedudukan beliau kehadapan selama dua tahun kebelakangan ini bagi memulihkan kembali imej beliau.

Jika dilihat dari keputusan pilihan raya 2004 dan 2008 ,Tee Keat telah kehilangan hampir 11 ribu undi yang boleh dikatakan membimbangkan.
Meskipun beliau merupakan calon tunggal  BN dari komponen MCA menang di Selangor ianya tidak perlu dijadikan sandaran yang kukuh untuk mengekalkan Tee Keat sebagai calon.

Jika dilihat melalui kain rentang yang banyak dipasang oleh parti pembangkang  di sekitar Pandan, mereka turut mempertikaikan sumbangan BN yang telah dibuat di Pandan. Malah usaha Tee Keat mengecat kembali flat-flat di sekitar Pandan turut  dipersendakan.

Parlimen Pandan cukup penting untuk dipertahanlkan oleh BN memandangkan BN kalah di kedua-dua Dewan Undangan negeri (DUN) iaitu Teratai di tangan Dap dan Chempaka di tangan Pas.

Persoalannya sekarang ialah apakah Ong Tee Keat benar-benar berpengaruh di kawasan Parlimen Pandan dan mampu memberikan kemenangan mutlak kepada BN?

Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menilai secara holistik apakah dalam situasi sekarang, Tee Keat masih dianggap relevan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pandan?

Perlu dinyatakan bahawa keutuhan Barisan Nasional (BN) adalah kesepakatan antara parti-parti komponennya. Maka jika keputusan dibuat atas dasar yang sedia ada atau emosi ia tidak akan menguntungkan BN.

Sebarang keputusan perlu berpandukan kepada situasi semasa yang boleh menjamin kemenangan BN dan faktor calon merupakan kriteria yang sangat penting untuk diberikan pertimbangan.

Pembangkang telah nekad untuk meletakkan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dilihat mampu memberi cabaran kepada BN terutama jika mengambil kira kekalahan BN di kedua-dua kerusi DUN Parlimen Pandan sebelum ini.

Soalnya, mampukan Tee Keat atau calon pilihan MCA menewaskan Rafizi yang dilihat sebagai jaguh walaupun umum tahu bahawa Rafizi hanya johan perang saraf dan mainan persepsi negatif terhadap kerajaan dan BN.

BN perlu melihat dan meneliti isu tersebut dengan serius kerana kesilapan dalam meletakkan calon boleh menjejaskan usaha BN untuk mempertahankan keusi tersebut.

Apa yang harus diperjuangkan sekarang adalah untuk memastikan BN mengekalkan Parlimen Pandan dengan majoriti yang besar bagi meneruskan kesinambungan pemerintahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan