Cuba Mengubah Syariat :
- Golongan ini sesuka hati cuba mengubah syariat mengikut selera mereka.Selalunya mereka mempunyai autoriti dalam melakukan kerja kotor ini disebabkan kebanyakan mereka terdiri dari cerdik pandai Islam dan pengamal undang-undang.Cerdik pandai Islam ini nampaknya telah tersesat dari apa yang mereka pelajari ataupun disesatkan oleh pihak-pihak tertentu.Mereka terasa hebat dan ego mereka semakin menjadi-jadi sehingga hukum-hukum agama pun mereka cuba mencabarnya.Para pengamal undang-undang pula (Islam Liberal) sebenarnya golongan yang teramat jumud dan sempit pemikiran mereka apabila menganggap syariat Islam boleh diubah dan dipinda sebagaimana undang-undang manusia.Mereka memandang agama mengikut tempurung akta,peraturan dan pindaan.Mereka tidak dapat membezakan yang mana satu hukum Tuhan, yang mana satu hukum manusia. Mereka tidak cuba memahami hikmah di setiap suruhan Tuhan tetapi cuba mencabarnya seolah-olah Tuhan itu manusia biasa yang terhad pengetahuannya.
Menolak dan Mengambil Ajaran Islam Sesuka Hati
- Ini adalah ciri-ciri yang terdapat dalam golongan Sekular.Golongan Islam Liberal juga gemar menolak dan menerima ajran-ajaran Islam mengikut selera mereka. Pada mereka agama seperti pilihan makanan di bufet-bufet. Jika mereka setuju mereka akan mengekalkan ajaran Islam tersebut. Jika tidak menepati selera mereka, mereka akan menolak.Namun begitu keceluparan mereka naik satu tahap lagi berbanding golongan Sekular. Mereka tidak menolak begitu sahaja kerana seterusnya mereka cuba meminda dan mengubah ajaran itu sehingga menjadi ajaran baru yang di’rebranded’kan konsepnya dari ajaran asal.Sama ada mereka ini menolak Al-Quran tetapi mengambil Hadis,ataupun menolak Hadis tetapi mengambil AlQuran. Ada juga yang menolak separuh isi AlQuran dan Hadis dan mengambil separuh yang selebihnya. Dalam hal ini pangkat mereka sama taraf dengan golongan Islam Sekular.
Menganggap Ritual Dalam Islam Adalah Tahyul
-
Mereka bersikap angkuh mengatakan ritual dalam Islam adalah karut dan tahyul,padahal perkara ritual merupakan fitrah manusia.Manusia memerlukan unsur-unsur ritual dan spiritual dalam kehidupan mereka.Ini adalah kerana manusia bukanlah makhluk jasmani sahaja seperti haiwan tetapi manusia diciptakan sebaik-baik makhluk;gabungan jasmani dan rohani. Ini menjelaskan mengapa manusia mengada-ngadakan ritual yang beraneka ragam dalam usaha menyembah Tuhan mereka.Manusia bukanlah robot ataupun mesin-mesin. Mereka yang mengaku Ateis sekalipun akan spontan mengucap ‘Ya Tuhan’ apabila berada dalam keadaan yang teramat genting atau menghampiri maut sama ada di dalam hati mahupun kata-kata. Apa perkataan terakhir Lenin manusia Atheis teragung dalam sejarah? Wasiat terakhirnya ketika nazak adalah “Tuhan, aku sakit”…
- Golongan Islam Liberal ini bersikap talam dua muka (berpura-pura) dalam berhadapan soal ini.Apabila diajukan amalan ritual yang beraneka ragam dan pelik-pelik dari agama penyembah berhala seperti Hindu dan Buddha contohnya,mereka cepat-cepat bersikap optimis dan terbuka dengan berpendapat itu adalah normal dan kepercayaan masing-masing.Apatah lagi jika berhadapan dengan golongan New Age yang mengamalkan penyembahan Iblis dan Syaitan dalam definisi moden dan komersil,golongan Islam Liberal yang ***** sombong ini tiba-tiba bersikap ‘humble’ merendah diri tak bertempat. Padahal agama merekalah yang benar dan diiktiraf Tuhan Pencipta Alam. Diri mereka penuh dengan perasaan ‘inferior’ yang tak berkesudahan terhadap agama mereka sendiri.
- Ada pula berpendapat ritual Islam tidak ubah seperti agama-agama lain mahupun pada amalan kaum-kaum pribumi seperti Red Indian ataupun orang asli yang duduk di hutan-hutan tebal dan gua-gua. Perbuatan mereka seperti mahu menghina amalan ritual dalam Islam dan menyamakannya dengan amalan agama lain. Sama ada mereka ini malas untuk melakukan suruhan agama ataupun membesar dalam keadaan tidak diajar amalan ritual dalam Islam. Kita boleh lihat pola pemikiran jumud mereka ini sama seperti pola pemikiran golongan ajaran sesat. Apabila Islam tiada atau menghapuskan ritual karut-marut, manusia yang lemah dan ***** ini mencari-cari atau mereka-reka ritual yang pelik-pelik untuk memenuhi nafsu mereka. Apabila Islam sendiri lengkap dengan ritual sebagai tanda penyembahan kepada Allah Maha Pencipta,manusia yang ***** sombong ini pula mengejek-ngejek amalan ritual tadi sambil berfikir merekalah lebih maju dan moden dari Tuhan yang menciptakan mereka sendiri. Manusia sebenarnya MENJADI MUSUH KEPADA APA YANG MEREKA TIDAK KETAHUI.
- Mereka sebenarnya tiada perasaan kasihkan agama mereka sendiri. Jika ada sudah semestinya mereka mengkaji dan mengkaji agama mereka sendiri dan cuba mempertahankan agama Islam yang mulia ini. Mereka juga tidak bangga beragamakan Islam.Mungkin mereka menyesal dilahirkan Islam. Alangkah baiknya mereka dilahirkan di Amerika beragamakan Kristian Sekular yang bebas dan melakukan segala-galanya bebas seperti seks bebas dan parti bogel beramai-ramai di tepi-tepi jalan. Mereka juga berangan-rangan mahu maju dan canggih seperti Barat. Islam bagi mereka adalah takdir yang paling malang bagi mereka.Islam bagaikan kutu-kutu yang menghisap darah mereka ataupun tahi ayam yang melekat di kedua lubang hidung mereka.JIKA BOLEH MEREKA MAHU MURTAD DENGAN SEGERA bagi sama-sama menghirup udara kemajuan dan pemodenan tajaan Barat dan sistem Dajal Laknatullah.
Berfikir Berdasarkan Logik Semata
- Mereka adalah warisan kepada golongan Darwinisme dan Materialisme. Mereka suka memandang agama berdasarkan logik akal mereka yang terhad. Bagi mereka agama haruslah dilihat seperti satu ilmu sains yang terdiri dari rumus-rumus atau formula-formula tertentu.Mereka mencari-cari hukum sebab dan akibat dalam Islam. Apa-apa yang mereka tidak faham dalam Islam seperti persoalan ghaib (seksa kubur,kiamat,Isra’ Mi’raj) bagi mereka hanyalah simbolik ataupun sengaja diada-adakan oleh ulama-ulama. Segala-galanya simbolik sahaja sehingga hukum-hakam pun simbolik sahaja. Hukum Hudud paling dibenci mereka dan sudah pasti, adalah paling simbolik dalam Islam dan tidak perlu dilaksanakan.Sehingga solat lima waktu pun simbolik apatah lagi soal bertudung yang wajib bagi wanita Islam.Maka keluarlah pelbagai hujah dan dalil dari ulama-ulama senget Islam Liberal mereka mahupun dari sumber-sumber Islam yang mereka selewengkan maknanya. ‘The Hidden Hand’, pihak Orientalis Kristian dan para Missionari serta Yahudi pasti gembira bertepuk tangan menari-nari melihat kedunguan golongan Islam Liberal ini menghina agama sendiri.Padahal pada masa yang sama para elit mereka SECARA SENYAP-SENYAP MEMBUAT KAJIAN TENTANG AGAMA ISLAM DAN SISTEM-SISTEMNYA SERTA MENGAMALKAN KESEMUA KEBAIKAN DAN HIKMAH DI DALAMNYA. Contohnya yang paling mudah adalah sistem ekonomi.Riba digalakkan kepada orang luar,tetapi bagi sesama mereka,riba adalah DIHARAMKAN. INGAT!MANUSIA MENJADI MUSUH KEPADA APA YANG MEREKA TIDAK KETAHUI.Lama-kelamaan mereka akan termalu sendiri apabila banyak persoalan yang disangka mereka ketinggalan zaman dan kolot contohnya Al-Quran pada hari ini dibuktikan secara saintifik hari demi hari. Semakin ramai cendekiawan Barat memeluk Islam yang mulia tetapi pada masa yang sama golongan Islam Liberal ini makin jauh dari hidayah Tuhan.
Bencikan Ulama dan Penegak Agama
- Golongan Islam Liberal teramat bencikan ulama-ulama, para mufti, ustaz-ustaz,para hafiz dan para pendukung Islam suci ini. Bagi mereka mereka adalah golongan jumud yang ketinggalan zaman. Kenapa mereka bencikan para pendukung agama ini?Ini kerana mereka sajalah yang dapat mengesan pembohongan para Islam Liberal ini kepada orang-orang kampung yang tidak nampak permainan kotor golongan Islam Liberal ini. Golongan Ulama lah yang berani bangkit mematahkan hujah-hujah bo doh mereka. Apabila ulama menegur keterlanjuran mereka,mereka menuduh golongan ulama sebagai pengacau dan penghalang kemajuan padahal tiada kaitan pun teguran ulama tadi kepada kemunduran umat manusia. Mereka setiap hari penuh dengan kebencian kepada para ulama dan mufti sehingga menyamakan mereka sebagai paderi-paderi zaman pertengahan di Era Kegelapan Eropah,padahal paderi-paderi tersebut telah menyeleweng dari ajaran nabi Isa dan menuruti fikiran sempit mereka yang seterusnya menghalang kemajuan. Tetapi adakah dengan mengharamkan poligami, menolak kewajipan bertudung,menolak Hudud,menafsirkan semula AlQuran dan Hadis membuatkan mereka lebih maju dan brpendidikan?TIDAK SAMA SEKALI.Malah golongan elit ‘The Hidden Hand’ berserta Kristian dan Yahudi ketawa terkekeh-kekeh melihatkan sikap ‘inferiority complex’ yang di tahap pelik dalam dos yang berlebihan dipamerkan oleh Islam Liberal ini. Ini samalah seperti golongan kafir tadi terjun ke dalam lubang najis,maka golongan Islam Liberal tadi ikut serta terjun ke dalam lubang najis yang hitam berkeladak lagi busuk.Tetapi apabila si kafir naik semula dari lubang najis tadi dan membersihkan diri, si Islam Liberal ini pula masih bermain-main dengan tahi yang busuk sambil tersengih-sengih sendiri.Ini membuatkan si kafir tadi merasa pelik pula dengan perlakuan si Islam Liberal tadi. Lama-kelamaan si kafir tadi ketawa terbahak-bahak melihat kelakuan si Islam Liberal yang terpinga-pinga berlumuran najis busuk.
Membesar Dalam Suasana Tidak Islamik
- Golongan ini dilahirkan atau membesar dalam suasana yang kurang atau tidak Islamik. Kemungkinan ibu-bapa mereka teramat sibuk sehingga mengabaikan pendidikan agama ke atas anak-anak mereka. Ada juga di antara mereka berpendidikan agama tetapi malangnya terlampau lurus bendul sehingga mengalami ‘culture shock’ (kejutan budaya) apabila berhadapan dengan dunia luar yang mengelirukan.Kadang-kadang rakan-rakan atau orang di sekeliling mereka berfahaman non-Islamik ataupun kebanyakan rakan mereka adalah dari golongan non-Islam.Apabila mengalami kejutan budaya, mereka secara aneh mengalami proses ‘inferiority complex’ yang teruk bagaikan mendapat jangkitan kuman.Mereka semakin tidak percaya kepada agama sendiri.Tetapi masih ada sedikit keyakinan mereka, selalunya terhadap Allah s.w.t tetapi bagaimana dengan perintah-Nya,larangan-nya atau sistem-Nya? Mereka pun segera bergegas bertungkus-lumus mencari-cari hujah dan dalil berdasarkan ilmu agama yang mereka pelajari di universiti untuk menidakkan perintah, larangan ataupun sistem Allah s.w.t tadi. Alasan mereka, Tuhan tidak pernah berkata begitu, hanya ULAMALAH YANG MENGADA-NGADAKANNYA. Inilah alasan klise yang sering diberikan mereka.Segala-galanya salah ulama.Mereka yang dihantar belajar oleh bangsa dan umat Islam sebagai harapan untuk menjadi ulama pendukung agama Allah sebaliknya menjadi parasit yang melemahkan umat Islam dan menghina Ulama pula.Sebahagian dari mereka berpendidikan Barat ataupun belajar falsafah Islam dari Orientalis Barat yang bagi mereka lebih mulia dan suci dari Ulama yang pada mereka adalah ustaz kampung yang hanya layak mengajar alif ba ta kepada budak-budak hingusan di pondok-pondok buruk di hujung kampung.
- Golongan Islam Liberal tidak mempunyai sensitiviti terhadap agama mereka sendiri. Roh Islam itu tidak ada pada mereka. Mereka sebenarnya hanya bertopengkan Islam atau Islam pada namanya sahaja. Tetapi anehnya apabila digelar tidak Islamik,mereka teramat marah pula dan cuba menunjukkan ‘keIslaman’ mereka. Mereka mahu digelar sebagai orang Islam tetapi menghuru-harakan pemikiran umat Islam.Jika orang-orang kafir menghina Islam,mereka akan senyap tidak berkutik sedikit pun apatah lagi mahu bangkit bersama para ulama mempertahankan maruah Islam.Tetapi apabila terdapat orang kafir yang tidak bersetuju dengan hukum-hakam ataupun ajaran Islam,mereka tanpa segan silu bersama-sama berdemonstrasi, berseminar ataupun menulis artikel-artikel di media-media cetak bagi berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan golongan modenis kafir yang amat dihormati mereka.Tiada perjuangan Islam tulen dalam kamus hidup mereka.Yang ada hanya sekular, materialisme, modenisasi, pembaharuan, liberal, demokrasi, kebebasan dan hak asasi individu yang menjadi ‘hukum agama’ paling tertinggi bagi ajaran sesat mereka itu. Sama ada Islam dihina ,dicerca ataupun diinjak-injak oleh golongan Kafir, mereka dengan sinis hanya memandang sambil mengatakan ini adalah salah orang Islam kerana terlalu mengikut AlQuran dan Hadis. Malah mereka bersama-sama pula berganding bahu bersama-sama para Modenis kafir memaki hamun Islam.
- Ini adalah topeng yang selalu dipakai oleh Islam Liberal. Bagi mereka manusia sepatutnya diberikan hak-hak samarata sebagai manusia. Kemudian persoalan ini meleret-leret sehingga kepada agama.Golongan Islam Liberal mempercayai agama di dunia semuanya sama.Mereka amat menghormati agama lain.Perasaan menghormati dan merendah diri melebih-lebih sehingga sanggup melacurkan agama sendiri demi mengikut selera penganut agama lain.Bersikap tegas dalam beragama menjadi pantang bagi mereka dan terasa dirinya kolot dan jumud jika mempertahankan maruah Islam, agamanya sendiri.Mereka lebih rela membiarkan agama mereka dihina dan dipermainkan penganut agama lain dari digelar ‘fundamentalist’, ‘religious’ dan sebagainya.
Kebebasan
- ‘Kebebasan’ adalah kata kunci bagi golongan Islam Liberal yang menerangkan sikap, ideologi dan halatuju perjuangan mereka. Bagi mereka ajaran Islam adalah terkongkong dan jumud. Terlampau banyak peraturan yang menyusahkan. Tidak boleh itu tidak boleh ini.Kalau boleh mereka mahu menulis semula AlQuran sebagaimana para paderi Kristian ataupun para rabbi Yahudi yang sesuka hati meminda Injil dan Taurat mengikut selera mereka. Sebab itu ada golongan yang mahu hadis nabi dinilai semula.Bagi mereka ajaran AlQuran dan Hadis tidak sesuai diamalkan di dalam dunia hari ini yang bebas berdemokrasi. Mereka mahu lepas bebas sebebasnya dari kongkongan Islam.Padahal mereka tidak menyedari setiap peraturan dalam Islam mempunyai hikmah dan kebaikannya.Adakah Tuhan membuat hukum-hakam sesuka hati-Nya? Adakah Tuhan menyusahkan manusia? TIDAK.Sebenarnya tanpa peraturan,manusia lama kelamaan akan hidup seperti haiwan. HAIWAN ADALAH HIDUPAN TANPA PERATURAN.Pernah dengar istilah HUKUM RIMBA?
- Jadi golongan Islam Liberal akan berusaha membebaskan diri dari ajaran dan peraturan Islam yang ingin membentuk insan kamil, ke arah HUKUM RIMBA yang bebas seperti seks bebas dan berbogel beramai-ramai secara berjemaah mempamerkan kemaluan masing-masing di jalanan. Kebebasan apakah yang ingin dibawa oleh golongan Islam Liberal?Manusia akan dibebaskan dari peraturan dan ajaran Islam yang sebenarnya berfungsi sebagai pendinding atau benteng dari tipu muslihat Iblis yang berkoloborasi dengan Dajal Al-Muntazhor a.k.a ‘The Hidden Hand’. Pada akhir cerita nanti,manusia yang dungu ini akan diperangkap pula ke dalam sistem Dajal Laknatullah tadi.Selepas dibebaskan dari sistem hidup Islam,manusia-manusia dungu ini akan disogokkan dengan gaya hidup Barat yang happy go lucky,menyeronokkan,moden,bebas dan ‘cool’. Akhirnya mereka akan menjadi penyembah tegar nilai-nilai Barat.Mereka tidak lagi dapat menggunakan fikiran mereka dengan sendiri.Jika ada nilai Barat yang menjijikkan ataupun mengelirukan, mereka tetap mendiamkan diri sambil menikmati gaya hidup Barat yang lain walaupun telah nampak kebenaran Islam itu sendiri meskipun dari mulut orang-orang Barat yang insaf dan nampak apa yang terjadi.Jadi di mana kebebasan? Semuanya menjadi satu kaedah mindcontrol yang ganas dan kejam.Manusia tadi akhirnya tidak bebas dan terkongkong daalm ertikata yang sebenarnya.Tiada kebebasan sebenarnya dalam sistem Dajal-Kristian-Yahudi.Manusia akan dihalang dari menemui kebenaran Pencipta mereka sendiri.Mereka akan dikhayalkan secara berterusan sehingga mati dalam keadaan hina-dina walaupun dikuburkan di kawasan perkuburan mewah dalam keranda emas sekalipun.MATI DALAM KEADAAN KELIRU lebih menyedihkan dari mati dilenyek lori 16 tayar di jalanraya seterusnya tercampak ke dalam parit busuk.
Setelah
mengetahui sebahagian ciri-ciri yang terdapat di dalam golongan Islam
Liberal, kita boleh mengagak siapakah dia Islam Liberal di sekeliling
kita. Modus operandi tetap sama. Sebaik sahaja mereka beraksi,kita dapat
mengetahui mereka adalah golongan Islam Liberal berdasarkan
tindak-tanduk mereka dan kata-kata mereka. Jadi siapakah golongan Islam
Liberal ini?
Di Antara Golongan Islam Liberal Adalah :
Golongan Anti Hadis :
- Ini adalah golongan yang berpura-pura menyokong Al-Quran tetapi pada masa yang sama menolak Hadis malah beria-ria mahu hadis nabi dinilai semula (“Hadis:Satu Penilaian Semula”). Golongan ini amat bencikan hadis nabi kalau tak pun berpandangan skeptikal dengan hadis nabi. Golongan antihadis ini akhirnya akan meleret-leret menyerang peribadi Rasullullah s.a.w bagaikan mendapat sakit demam yang melarat.Sama ada mereka menyimpan hasad dengki dengan nabi ataupun terikut-ikut rentak dan gendang para orientalis sebagaimana mentor mereka Salman Rusydi Laknatullah.Akhirnya keluarlah golongan seterusnya, golongan bencikan nabi. Mereka tidak tahu setiap hikmah di dalam setiap hadis nabi. Bagaimana mereka mahu menunaikan solat,kerana rukun solat dan cara mengerjakannya tidak disebut dalam AlQuran.Malah rukun Islam,Iman dan Ihsan tidak disebutkan secara terperinci daalm AlQuran tetapi dijelaskan dalam hadis nabi. Terdapat di antara mereka yang sesat kerana beramal dengan Islam dari penafsiran yang diambil dari AlQuran semata seperti jumlah solat dikatakan tiga seperti diambil bulat-bulat dalam Al-Quran “Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang, dan awal malam.” (11:114)
- Maka sesuka hati mereka mengatakan solat ada tiga iaitu Subuh,Asar dan Maghrib.Padahal Rasullullah s.a.w bersabda mengarahkan umatnya melakukan solat lima waktu sehari. Sama ada mereka adalah pemalas mengerjakan solat ataupun malas membaca hadis nabi.Golongan ini gemar mengelirukan diri sendiri dengan merendah-rendahkan hadis dan mendakwa Al-Quran adalah hadis yang sebenar dan terbaik. Golongan ini mempertahankan diri dengan mengatakan jangan bertengkar pasal kaedah solat dan mereka bebas memberikan pandangan.Walhal kaedah solat sudah ditetapkan oleh Rasullullah s.a.w dan sememangnya tidak perlu dipersoalkan lagi. Tambahan pula hukum agama tidak boleh berdasarkan pandangan sendiri kerana ia hukum Tuhan!Mereka juga mempertahankan diri dengan menidakkan Rasullullah dengan mengatakan Allah adalah Guru sebenar dan jangan bertaklid buta dengan tok guru (Rasullullah). Sampai ke tahap ini mereka setaraf dengan Salman Rushdi Laknatullah yang amat bencikan Nabi Muhammad s.a.w.Golongan ini sudah bersaudara dengan golongan ajaran sesat dan layak duduk semeja dengan Ayah Pin dari ‘Kerajaan Langit’. Apa perlunya Allah s.w.t menurunkan Rasul-Nya jika sudah cukup Al-Quran dapat difahami oleh segenap manusia? Bagaimana pula Allah s.w.t menjadi guru mereka? Melalui kata-kata di dalam hati? Jika manusia sudah cukup pandai memahami AlQuran,tak perlulah Allah s.w.t menurunkan Nabi Muhammad.Sebenarnya golongan Antihadis ini teringin untuk menafsirkan AlQuran menurut akal nafsu sendiri dengan bertopengkan tagline “kembalilah kepada AlQuran”. Adakah kata-kata nabi itu menyimpang dari AlQuran? Sungguh pelik pemikiran mereka.Mula-mula mereka menimbulkan keraguan dalam persoalan hadis dengan mengatakan ulama mereka-reka Hadis (malah mereka menuduh para Sahabat yang mencipta hadis).Selepas itu jika orang ramai percaya,mereka akan mencucukkan jarum kedua dengan mengatakan banyak terdapat hadis yang palsu (Tugas sebenar kita adalah untuk menyekat hadis-hadis palsu bukan mengatakan semua hadis palsu,takkanlah disebabkan seekor nyamuk kelambu pun dibakar). Selepas itu mereka akan mengatakan “Hadis tak boleh pakai”.Selepas itu hadis-hadis pun diharamkan, dari segi fizikal, mungkin ada acara pembakaran buku-buku hadis di tengah-tengah padang.Kemudian tibalah masa yang dinanti-nantikan…mereka akan mula menafsirkan agama mengikut hawa nafsu sendiri.Mereka bukan kembali kepada AlQuran,itu cuma pembohongan semata,tetapi mereka akan menafsirkan AlQuran mengikut akal logik dan selera mereka sendiri (disebabkan panduan dari sabda nabi sudah tiada untuk menjelaskan firman Allah s.w.t). ALLAH MENURUNKAN NABI MUHAMMAD ADALAH UNTUK MENJELASKAN AJARAN ALQURAN. Mana yang lebih baik,berguru dengan kitab-kitab atau berguru dengan guru bertauliah yang mengajarkan pelajaran dari kitab itu? Sampai tahap ini akhirnya mereka akan berhukum dengan akal dan nafsu sendiri dan tidak mustahil selepas itu Al-Quran pun akan dicampak ke dalam timbunan bara dan arang dari kitab-kitab hadis tadi.Jadi modus operandi mereka sama seperti ajaran sesat dalam agama iaitu TIMBULKAN KERAGUAN DALAM AGAMA, KEMUDIAN BILA MASYARAKAT RAGU, RUANG KERAGUAN ITU AKAN DIISI DENGAN PANDANGAN MEREKA.Akhirnya golongan ini menjadi hamba nafsu sendiri dan mencorakkan agama mengikut akal sendiri.
Golongan Bencikan Nabi
-
Ini adalah golongan yang berasal dari golongan antihadis.Golongan yang bencikan nabi adalah automatik bencikan hadis iaitu sabdanya. Golongan ini pada awalnya menyatakan provokasi terhadap peribadi nabi seperti mempersoalkan jumlah isteri nabi,amalan seharian dan sebagainya.Mereka akan bertungkus-lumus memunggah buku-buku di perpustakaan mencari fakta sejarah yang mahu diselewengkan. Maka keluarlah kenyataan-kenyataan pelik yang bertujuan merendah-rendahkan Nabi seperti Nabi Muhammad gila seks,Nabi hanyalah ketua kabilah, janggut Nabi umpama janggut kambing, Nabi sukakan peperangan dan 1001 penghinaan ke atas Nabi Muhammad yang diakui Manusia Teragung yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah oleh seorang profesor Amerika.Golongan ini akan berfikir siang dan malam,ketika makan,ketika bermain,ketika bekerja atau sebelum tidur apakah lagi hujah untuk merendah-rendahkan Kekasih Tuhan ini.Sama ada mereka menyimpan perasaan dengki kepada Nabi Muhammad ataupun terikut-ikut rentak Yahudi yang membenci nabi-nabi mereka malah membunuhnya.Mungkin,sekiranya Rasullullah s.a.w masih hidup di kalangan kita hari ini, merekalah yang gigih siang dan malam berfikir bagaimana mahu membunuh Rasullullah s.a.w.Kebencian mereka kepada Nabi Muhammad membuak-buak dan amat tidak tertahan lagi.Tidak tahu apa sebabnya walaupun nama-nama mereka melambangkan keIslaman mereka.Manusia yang disanjung mereka sudah tentulah Salman Rushdi Laknatullah dan yang sewaktu dengannya.Kalau boleh Salman Rushdilah yang sesuai dilantik menjadi Rasullullah mereka menggantikan Nabi Muhammad yang gila seks dan berjanggut seperti kambing. Begitu hina Nabi Muhammad di mata mereka padahal bagindalah Kekasih Tuhan yang dipuji-puji segenap penduduk langit dan bumi.Tanpa baginda,tidaklah Allah Azza Wa Jalla menjadikan segenap makhluk dan semesta. Apabila sudah tua nanti di mana maut melambai-lambai dan segala kekuatan telah lenyap barulah tersedar bahawa aksi-aksi mereka semasa muda memburuk-burukkan Rasullullah Kekasih Tuhan adalah perlakuan yang teramat ***** dan dungu sekali melebihi tahap binatang di hutan-hutan.
Golongan Modenisasi dan Demokrasi
- Golongan ini biasanya berpendidikan dan bijak pandai.Pergerakan mereka sistematik dan tersusun.Percakapan mereka bernas dan banyak memukau pendengar.Perwatakan mereka menarik dan kemas. Mereka pandai mengkomersilkan diri mereka.Ada di antara mereka bergerak di bawah pergerakan Islam dan ini adalah seseuatu yang normal dan menjadi kemestian bagi golongan Islam Liberal mencucukkan jarum mereka. Mereka akhirnya akan terlibat dalam politik yang menjadi tujuan mereka.
- Mereka berfikiran terbuka.Mereka amat menghormati agama-agama lain dan bersetuju dengan dialog antara agama (interfaith dialogue) yang sebenarnya menghentam Islam semata.Mereka gemar berkawan dengan rakan-rakan dari luar negara yang menaburkan pujian dan harta benda ke tubuh mereka.Yahudi Zionis pun dianggap saudara sendiri bukan seperti para mufti yang asyik menghentam (menegur sebenarnya) keterlanjuran mereka menghuru-harakan umat Islam.Golongan ini terdiri daripada ahli politik,pemimpin-pemimpin dan ahli korporat. Mereka amat menghormati hak-hak individu dan kebebasan bersuara.Bagi mereka sesetengah hukum Islam terutamanya Hukum Hudud melanggar hak asasi manusia.Tidak ada cita-cita untuk melaksanaka sepicing pun hukum Jinayah Islam dalam pemerintahan dan undang-undang negara.Sebut sahaja “Hudud” mata mereka seakan terbelalak dan tiba-tiba tubuh terasa panas seperti mahu demam.Begitu bencinya mereka terhadap hukum Allah Maha Pencipta yang menciptakan mereka dari air mani yang hina,tetapi bila sudah terasa gagah mahu mencabar pula hukum Allah. Sebut “hudud” tergambar tangan yang terpotong,padahal tidak semudah itu hukum Islam menjatuhkan hukuman ke tahap potong tangan. Ada saksinya,ada perbicaraannya, ada budi bicaranya. Jika tidak cukup saksi, pesalah akan dihukum cara lain seperti dipenjarakan atau denda. Belajarlah bab Jinayah (kenegaraan) iaitu bab pentadbiran negara dan undang-undang dalam Islam.Ini tidak belum apa-apa lagi sudah sudah menghentam hukum Islam dan semua bab berkaitan peraturan dalam Islam diperlekehkan. Mungkin bab mandi wajib sahaja yang digemari oleh golongan Islam Liberal ini.
- Mereka tidak berasa yakin dengan Islam walaupun mereka ada yang dilabel sebagai pemimpin Islam,modenis Islam, pejuang pembaharuan Islam dan sebagainya .Perasaan ‘inferiority complex’ terlampau menebal dalam diri mereka sehingga sanggup mencium tangan Yahudi, Illuminati-Dajal dan Kristian demi sesuap nasi, sekelumit sanjungan dan sedikit rasuah berbentuk pangkat dan jawatan.
Begitulah
di antara jenis-jenis golongan Islam Liberal yang menjadi parasit dalam
umat Islam.Golongan ini amnya memiliki ketidakyakinan diri (lacking in
self-confidence) terhadap agama sendiri dan cenderung menafsirkan agama
berdasarkan akal.Mereka juga sering membandingkan agama sendiri dengan
agama-agama lain berdasarkan PENGANUT ISLAM BUKAN KEBENARAN DAN
KEINDAHAN ISLAM ITU SENDIRI. Sebab itu Yusof Islam (Cat Steven) pernah
berkata : “Aku bersyukur kerana mengenali Islam terlebih dahulu sebelum mengenali orang-orang Islam”
Mereka
selagi mengaku Allah s.w.t adalah Tuhan dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai
Rasul-Nya perlulah bertaubat dan insaf.Mereka perlu disedarkan.Mereka
sebenarnya telah menempuh jalan yang sesat lagi menyesatkan.Sama
ada mereka sedar atau tidak,mereka telah menjadi sebahagian dari
barisan hamba-hamba Dajal Laknatullah untuk mengelirukan umat manusia
khasnya umat Islam yang paling dibenci mereka dari satu-satunya agama
yang diredhai Allah s..w.t, Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan