kuredah hutan ranting rindu bagai dulu... jangan awak calar kaki kasihku

Ketik sini Bantu Blog ini

Isnin, 13 Oktober 2014

Taufan Haiyan



  
 
ILAH HAFIZ AZIZ

TACLOBAN CITY, FILIPINA 14 Nov. - Beberapa buah pulau di bahagian tengah negara ini masih lumpuh termasuk penduduknya terputus bekalan keperluan asas seperti makanan dan minuman biarpun telah hampir seminggu dilanda taufan Haiyan.

Keadaan itu memaksa kebanyakan mereka berjalan kaki puluhan kilometer ke Lapangan Terbang Tacloban untuk merayu bantuan tentera dan sukarelawan tetapi hampa kerana gagal memasuki kawasan tersebut yang dikawal ketat.

Meskipun demikian, penduduk terus menunggu bersama keluarga termasuk mengharapkan peluang untuk dipindahkan ke bandar Cebu dan Manila melalui penerbangan walaupun menyedari peluang adalah tipis kerana kekurangan pesawat.

Sementara itu, bantuan kemanusiaan Kelab Putra 1Malaysia telah selamat tiba di bandar ini kira-kira pukul 6.30 petang semalam (waktu tempatan) dengan bantuan 30 jenis bekalan asas dan perubatan.

Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, bekalan asas itu akan diedarkan mulai hari ini selepas kesukaran untuk berbuat demikian sejurus tiba di lapangan terbang.

"Kami akan ke kawasan pusat bantuan kemanusiaan yang memakan masa kira-kira empat jam perjalanan menaiki kenderaan bersama 11 orang pegawai perubatan untuk memberi bantuan yang diperlukan," katanya.
 
- petikan akhbar

iDAN: Aku pernah dilanggar ribut beberapa kali ketika memancing di tengah lautan. Melihat ombak melonjak ke langit memang rasa kecut perut. Aku sentiasa memeluk tiang bot sebab tak mampu lagi berdiri. Pakaian semua basah kuyup.

Bila terbayang bot pecah aku pasti hanyut atau dimakan ombak; baju keselamatan pun tak nampak dalam bot; jika bertanya tekong bot macam tak kisah pun nanti macam kita tak percaya dia kemudi bot.

Tak dapat dibayangkan jika dengan pintasan elektrik pokok tumbang & rumah roboh. Ini memang amat menyeramkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan