Menamakan diri mereka sebagai Seniman Paksi Rakyat (PAKSI), mereka menyifatkan tindakan polis menyiasat A Samad atas akta hasutan dan akta polis sebagai tidak wajar dan menimbulkan curiga terhadap "manusia sebaik A Samad".
"Maka PAKSI berharap kepada pihak yang berkuasa agar tidak menggunakan kuasa yang ada secara sewenang-wenangnya dalam apa pun keadaan," kata presidennya Che Shamsuddin Othman.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Dinsman malah meminta masyarakat umum membaca sendiri puisi A Samad yang dikatakan boleh menghasut dan mengganggu keselamatan itu.
Bercakap dalam sidang media di Shah Alam hari ini, Che Shamsuddin juga menggesa A Samad terus menikmati kebebasan berkarya agar dapat menyumbang sesuatu yang berharga.
Ditanya tentang tindakan kebanyakan seniman yang masih berdiam diri, Che Shamsuddin berkata beliau kesal dengan tindakan itu.
"Saya kesal, mereka membiarkan Pak Samad begitu sahaja," katanya yang juga dramatis terkenal.
Bagi A Samad sendiri, beliau menyifatkan golongan itu sebagai "menjaga periuk nasi sendiri."
Manakala setiausaha PAKSI, Hasni Abas pula membidas tindakan polis yang didakwanya bertanyakan jumlah bayaran yang diterima A Samad ketika membacakan puisi di majlis pelancaran BERSIH baru-baru ini.
"Mereka tanya berapa Pak Samad dibayar kerana membaca sajak. Ini satu penghinaan," katanya.
iDAN:
Seniman itu adalah manusia yang sering melangkah setapak ke hadapan. Minda & daya fikir mereka tak sama dengan manusia lain. Seniman yang sejati lagi agong akan berkata benar biar pahit sekali pun. Pak Samad seorang Sasterawan yang berjiwa rakyat. Jiwanya memerontak jika satu isu itu bertinta hitam lagi silap dalam wawasannya.
Beliau tidak memihak mana-mana parti tapi beliau akan menyokong satu niat baik yang mahukan paksi keadilan ditegakkan. Jangan ganggu Pak Samad Idola hamba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan