kuredah hutan ranting rindu bagai dulu... jangan awak calar kaki kasihku

Ketik sini Bantu Blog ini

Rabu, 20 April 2016

Perang Sungai Manik (4)

Posted on 29/02/2012by admin.upbb

Sudah seminggu berlalu, mujurlah tidak ada apa-apa kejadian yang tak diingini berlaku di Bendang DO. Pun begitu, keluarga Banjar yang berada di situ masih curiga kerana maklum sajalah janji komunis tak boleh dipercaya. Dalam diam, kerabat PKM sudah membina sebuah markas kecil kira-kira satu kilometer dari Bendang DO dengan tujuan mengawasi dan berkempen kononya tak siapa pun yang boleh memerdekakan Tanah Melayu selain dari PKM.

Ramai jugalah orang Melayu dan Banjar yang mula terpengaruh diresapi dakyah komunis hingga ada yang sanggup menyertai kumpulan bersenjata, manakala yang penakut atau berani-berani lalat pula memadailah sekadar menjadi mata dan telinga mereka.

Markas PKM di Bendang DO tak mendapat sambutan langsung. Perjuangan apa gerangan kalau caranya lebih teruk dari pemerintahan Jepun. Begitulah agaknya tanggapan warga Banjar seluruh Bendang DO – geram benar gamaknya.

Ketua komunis di markas besar Sungai Tungko mula gelisah kerana kempen merekadipahawai (dipandang sepi) oleh warga Banjar di Bendang DO yang masih keras hati. Akhirnya gerombolan PKM terpaksa membuat percaturan lain…menimbulkan masalah saban hari; tak cukup dengan makanan, harta benda orang kampung dirampas, tanamantakundangsai (musnah) diinjak dilenyek. Namun tidak juga membawa hasil yang diharapkan malah semakin menambah barau (marak) api kemarahan warga Banjar.

Ah Pau, Ah Boon dan Ah Jang orang kuat komunis mengeluarkan perintah dan amaran terakhir; kalau tak sanggup melihat Bendang DO menjadi padang halilintar, dalam masa seminggu warga Banjar diarah mengumpulkan kaum perempuan yang masih muda, tak kiralah anak dara atau isteri orang. Sudah lama benar gerangan si kulup ini menagih kaum perempuan, dan kalau itulah caranya, bagaimana gerangan dapat menentang British kelak!

Begitulah, satu perintah, satu tagihan, yang menyusahkan warga Banjar Bendang DO. Ke mana hendak mengadu kerana dalam keadaan darurat begini, Penghulu tak ada, Ketua Kampung pun tak ada. Bagaimana ye!

Haji Bakri, Banjar dari suku kaum Rantau baandah (berhijrah) dari Kalimantan ke Sapat, Sumatera. Dari Sapat berhijrah pula ke Batu Pahat, Johor, dan bertemu jodoh di sana.

Isteri tua bangaran (bernama) Patmah binti Hj Hassan dan dikurniakan dua orang anak – Zainab dan Abdul Majid. Isteri muda bernama Samiah binti Hj Abdul Jalil dan dikurniakan tiga orang anak – Abdul Kadir, Abdul Hamid dan Siti Sarah.



Hj Abdul Kadir anak lelaki Hj Bakri dengan isteri muda memakai menggayakan jubah peninggalan arwah bapanya

Haji Bakri lemah lembut orangnya, sentiasa merendah diri matan (hinggakan) tak ramai yang tahu tentang ketinggian ilmunya – dunia dan akhirat. Setelah mendengar khabar tentang warga Banjar ramai menetap di Sungai Manik, beliau berhijrah ke sini sebelum Jepun memerintah Malaya. Dialah yang banyak mengajar agama dan membetulkan akidah warga Banjar di Sungai Manik. Lantaran itu dia diberi gelaran Patuan Guru (Tuan Guru)

“Amun sawat batagihan ka bibinian pulang matan talalo-lalo banar am bubuhan si haram jadah nia,” ujar hidin hudah bamula pina garigitan.

“Kalau sampai menagih perempuan, itu sudah benar-benar melampau” ujar Tuan Guru yang sudah mula rasa garigitan (geram).

“Cakada lain parang bungkol pang satronya si haram jadah ai”. Garunum hidin pina habang miar hudah muha tanda barau.

“Tak ada lain melainkan parang bungkol lawannya si haram jadah ni,” bebel Tuan Guru yang sudah habang miar (merah padam) muka kerana marah.

Tuan Guru Haji Bakri membuat pakatan sulit dengan warga Banjar Bendang DO yang bersetuju untuk menentang komunis.

Sebagai permulaan, lapan orang bibinian (perempuan) berjaya dikumpulkan, tapi kemudiannya hanya lima orang yang setuju, itu pun setelah jenuh memujuk. Memang benar pun, siapa yang rigi (sudi) dijadikan hulun (hamba) seks kepada pengganas komunis yang tak tau bahasa tu.

“Cakada nang kami bungol manjulung budas kanu bubuhan ninto kakanakan barataan ai, agar umpan satumat banarai,” ujar Patuan Guru Hj Bakri manahapi.

“Bukan kami bodoh manjulung (menghulur) budas (bulat-bulat) warga yang masih sunti melainkan ada helah, untuk dibuat umpan sementara” Tuan Guru manahapi (memberi kepastian).

Tempoh yang diberikan PKM hanya tinggal tiga hari saja lagi. Warga Banjar papasingnya(masing-masing) sibuk mangilir (mengasah) parang bungkol yang beranika gelaran. Tajamnya si Kandal Larap boleh dijadikan pisau cukur untuk membotakkan kepala. Ketika itulah dapat dilihat pelbagai ilmu dan amalan orang Banjar. Ada yang berendam semalaman dalam perigi buruk, ada yang berwirid siang malam tanpa henti, mandi buluh dan bermacam lagi petua. Betapa tidak, perjuangan antara hidup dan mati bukan boleh diambil mudah.

Rumah Tuan Guru Hj Bakri bersebelahan surau Parit 8, malaran (boleh tahan) jugaganalnya (besarnya). Diperbuat dari kayu harat (baik) zaman British – kukuh dan padu. Dalam rumah itulah warga Banjar mengatur strategi untuk berdepan dengan pengganas komunis. Carirapan (berkilau-kilauan) mata parang bungkol pesaka padatuan (moyang) yang dibawa dari kampung halaman di negeri Banjar, dan kebanyakannya sudah pernah dibasahi darah tentera Belanda. Memang sudah terbukti kehebatan parang-parang tersebut ketika digunakan memerangi penjajah di Kalimantan dulu. Pada masa itulahtaungkai (terkeluar) nama atau gelaran yang tak pernah didengar sebelumnya.

Ketika itu, Tuan Guru Haji Bakri tak ada anak lelaki dewasa di Sungai Manik, yang ada hanya seorang cucu lelaki yang masih remaja berusia awal 20an. Acil, nama cucu kesayangannya. Macalnya (nakalnya) boleh tahan juga, tak jauh bezanya dengan anak-anak hari ini. Marga (disebabkan) kenakalan itulah, Tuan Guru Haji Bakri segera menurunkan ilmu kepada cucunya. Maka semakin bertambahlah kejaguhan si teruna ini.

“Nah, buat genggaman mu,” Tuan Guru Haji Bakri menghulur parang bungkol si “Mandam Layu” kepada cucunya. Fuh, cantik sungguh; hulunya diukir dari akar haur (buluh) betung, rumbai perca kain merah di hujung menambah keampuhann bila dipandang. Apa lagi, lihum bapair (senyum meleret) si Utoh Acil menerimanya.

Ranai guraknyap (sunyi sepi) seluruh Bendang DO kerana setiap buah rumah telah dikosongkan, penghuninya berpindah ke ruamah Tuan Guru – markas warga Banjar di Parit 8.

“Mudahanai kita barataan dilindungi Allah ……..Allahuakbar,” ujar Patuan Guru Hj.Bakriwayah malapasakan bubuhan Banjar nang mamulae bagarak tangah malam cagar mamaraki markas PKM di muhara Bandang DO.

“Mudah-mudahan kita semua dilindungi Allah…Allahuakbar” ujar Tuan Guru Haji Bakri ketika melepaskan warga Banjar memulakan gerak menghampiri markas PKM di muara Bendang DO tengah malam itu.

Mereka bergerak persis Ninja. Yang masih tinggal bersama Tuan Guru ialah Emoh, Acil, Sukri, Sabran, Ali dan Amat Tuban. Tak ikut serta bukan bererti penakut tapi ada rencana dan perkiraan tersendiri.

Perang Sungai Manik (3)

Posted on 27/02/2012by admin.upbb

Selepas solat Zohor tengahari itu, kelopak mata Utoh Putih terasa berat kerana tak tidur semalaman. Anak bungsunya sudah marinuk (merengkok) terlena di tepi lulungkang(jendela) anjung rumah. Hembusan bayu Bendang DO terasa dingin. Tak lama setelah Utoh Putih merebahkan badan di sebelah anaknya, dia pun turut terlena.

Hari semakin menghampiri petang. Entah kenapa gerangan hari ini Bendang DO sunyi sepi. Tak seorang pun yang kelihatan gagaliwalak (mundar mandir) di luar rumah seperti hari-hari biasa. Agaknya mereka sengaja mendiamkan diri dalam rumah, masih terkejut dengan kematian Mail Rudo dan kata-dua komunis, atau sedang menghitung hari kerana tempoh seminggu yang diberikan PKM semakin hampir.

Tanpa disedari enam ikung (orang) komunis sedang karayapan (merayap) mamaraki(menghampiri) rumah Utoh Putih. Kabujuran (kebetulan) pula, isteri dan anak sulungnya tidak ada di rumah kerana pergi maunjun (mengail) ikan puyu bersama kawan-kawan. Dengan menatang raifel MK5, gerombolan komunis terjingkit-jingkit menjenguk setiap jendela rumah. Sebaik terpandang Utoh Putih yang sedang lena, tanpa membuang masapalumpongan (muncung) MK5 diacukan ke kepala dari luar jendela.

“Dahui…dahui…dahui…” tiga kali muncung raifel memuntahkan pilur (peluru). Kerana sudah sampai waktunya – sampai ajal – kekebalan Utoh Putih berakhir. Tak sedikit pun yang tinggal. Mangarabuak (menggelegak) darah dalam jantung keluar menerusi ruang-ruang terbuka di kepala. Mujur juga anak kecilnya tidak diapa-apakan. Kuciak papar(menjerit sakan) si anak yangt terkejut, bakayukut (merangkak) mendakap bapanya yang sudah tidak bernyawa lagi.

Galahakan (berdekah-dekah) ketawa gerombolan komunis kerana puas dapat membalas kematian Mail Rudo. Selepas itu mereka terus balik meninggalkan Pekan Rabu, Bendang DO menghala ke Sungai Tungko.

Si Emoh yang sedang dalam perjalanan menghala ke Bendang DO manggisit (hampir)terserempak dengan kumpulan PKM yang masih terbahak-bahak kegembiraan. Mujur juga dia ternampak mereka lebih dahulu, lantas melompat manyungkupakan(menyembunyikan) diri ke padang tagah (dalam semak). Parang bungkol yang bergelar “si Buruk” sedia tergenggam di tangan. Andai ketemuan, tak taulah apa yang akan terjadi. Mujur juga dia masih lagi dilindungi Allah, dan tak seorang pun ahli komunis tersebut dapat melihatnya.

Barubuian (bercucuran) air mata Emoh terkenang sahabatnya si Utoh Putih. “Mungkin dah tak ada lagi saudaraku ini” bisik hati kecilnya. Belum pun jauh kumpulan komunis itu berlalu, Emoh bingkas dan bukah mancicing (pantas berlari) maranduk (meredah) pinggir bendang menghala ke rumah Utoh Putih yang sudah mula barumbung (ramai) orang.

“Ayuha, pergilah dulu wahai saudaraku kerana bila sudah sampai masanya, tidak siapa dapat menghalang” bisik Emoh ketika terpandang jenazah si Utoh Putih. Barataan(semuanya) warga Banjar di Bendang DO batarukuian (sepakat) untuk menyempurnakan jenazah petang itu juga. Dalam keadaan serba kekurangan kerana darurat, pengkebumian berlarutan sampai ke malam.

Han napa tia bujur, “amun muntung guri wadi hingkat disumpali dipisiti. Muntung manusia siapang nang hingkat manduga”, tantu banar ah hudah ada nang anju ataran, tida di manang bubuhan PKM tutih tahu pada si Utoh Putih nang ampunya angkara!

Betapa benarnya kata-kata “kalau mulut tempayan pekasam boleh disumpali (disumbat)dipisiti (ketat), mulut manusia siapa yang dapat menduga”. Tentu ada yang anju ataran(celupar) kalau tidak masakan PKM tahu Utoh Putih yang empunya angkara.

Mangkining (mengerlit) kilauan parang bungkol si Kandal Larap yang sudah tidakbapagustian (bertuan) tersangkut di tawing (dinding). Sambil mengusap mata parang bungkol peninggalan sahabat karibnya, hati Emoh berkata “Satu ketika nanti akan ku mandikan si Kandal Larap dengan darah seteru haram jadah…”



Parang Bungkul si “Burok” pusaka peninggalan Emoh yang tersimpan rapi dalam jagaan empunya cerita

Perang Sungai Manik (2)


Posted on 26/02/2012by admin.upbb

Markas PKM di Sungai Tungko gempar mendapat berita tentang pembunuhan Mail Rudo. Dengan bersenjatakan raifel MK5, berduyun-duyun gerombolan komunis yang diketuai orang kanan mereka si Ah Pau bergegas menghala ke Bendang DO, Parit 6, Sungai Manik.

“Ai yaa…kaki tangan semua kasi potong habit ka…manyak cilaka itu olang.” bebel si Ah Pau apabila terpandang mayat Mail Rudo yang masih tabirangkang (terkangkang) di atas titi. Tak seorang pun keluarga Banjar di Bendang DO yang berani tampil menunjukkan muka. Mereka hanya menyaksikan dari jendela rumah masing-masing.

Hari semakin larut petang, gerombolan komunis masih riuh berbincang sesama sendiri. Entah apa yang mereka bincangkan tak seorang pun penduduk kampung yang mengerti. Sejurus kemudian, kumpulan komunis itu pergi dari rumah ke rumah manggandah(mengetuk kuat) dinding mengarahkan orang kampung, tua dan muda, berkumpul di hadapan Pekan Rabu.

Seorang demi seorang di soal siasat termasuklah Utoh Putih. Namun, keluarga Banjar sepakat berpura-pura tak kenal siapa yang membunuh Mail Rudo. Akhirnya kepala komunis, si Ah Pau memberi kata dua: Kalau pembunuh Mail Rudo tidak ditangkap, Bendang DO akan jadi padang jarak padang tekukur.

Mayat Mail Rudo ditayut (diikat) dengan tali dan dikandar (galas) dengan kayu panjang untuk dibawa pergi. Rasa maras (kesian) pun ada melihat cara mayat diperlakukan – tak ubah seperti mengandar hasil buruan babi hutan. Tak siapa yang tau ke mana mayat itu dibawa, ditanam atau dibuang ke Sungai Perak. Kalau dibuang ke sungai pastinya ternganga luas mulut sang kuradal (buaya) mendapat habuan petang.

Warga Banjar sepakat meminta Utoh Putih membawa isteri dan anak-anak meninggalkan Bendang DO dengan segera. Maklum sajalah, muntung guri (mulut tempayan) bolehdipisiti (ditutup rapat), mulut manusia siapalah tau. Tapi apa pula kata empunya diri…!

“Cakada (tidak) saudaraku. Untuk apa kalau aku seorang saja yang maharagu (menjaga) anak dan isteri sedangkan kalian sabarataan (semua) terpaksa menanggung derita…aku tak akan meninggalkan kampung ini. Tidak, tidak sekali-kali, apa nak jadi, jadilah.” jenuh penduduk kampung memujuk namun Utoh Putih tetap dengan pendiriannya.

Sudah tiga hari berlalu, Emoh sahabat karib Utoh Putih yang baru dapat berita segeramangunyur (menonong) meninggalkan Balun Bidai menyeberang Sungai Kinta menuju ke Bendang DO untuk menemui sahabat karibnya, kawan sehati, seperguruan dan samajuhara (jaguh). Persahabatan mereka lebih akrab dari hubungan adik-beradik, dan tentunya Emoh tak akan mahijaakan (membiarkan) sahabatnya keseorangan dalam keadaan sedemikian.

“Pariannya diako madam maninggalakan Bandang DO nih …….. Tia mati jua magun Moh ai……….ajal wan maut bacara hudah di tantuakan, siapang nang kawa mahalang.” surung pandiran Utoh Putih nang hanyar haja imbah bamakanan di rumah hidin malam tutih.

“Pariannya (andainya) aku madam (berhijrah) meninggalkan Bendang DO, mati juga akhirnya, ajal maut sudah ditentukan, tak siapa kawa (boleh) menghalang.” Utoh Putih memulakan perbualan setelah selesai makan malam itu.

“Ai, jangan begitu, apa pangrasa (resa) kau ‘Toh?” tanya Emoh yang mula rasa tak sedap hati.

“Kada ah….. kaluko ai,” jawab hidin handap.

“Tak lah, manalah tau,” jawabnya ringkas.

Walau dimapa gin si Emoh magun ham asa balisah napang pinda lain banar parangai sahabat hidin nang sasain ambak bilang banyak mainggihakan pada malilit pandiran. Sarajin amun lawas kada badapatan kadamia cakada bakakaringan gusi palapauan tantan.

Walau bagaimana pun, Emoh masih rasa gelisah kerana lain benar kelakuan sahabatnya yang semakin ambak (pendiam) , lebih bersikap mengiakan dari merancakkan perbualan. Selalunya kalau lama tak berjumpa, tak kering gusi mereka berbual.

Malam semakin larut namun dua orang sahabat karib itu masih lagi belum tidur, masih ‘garunuman’ berbual.

“Moh, andainya ajalku sampai, jangan bersusah payah membawa mayatku ke Balun Bidai, kebumikan saja di sini. Tapi, jangan kau lupa membawa anak isteriku dan serahkan kepada keluarganya di sana. Sepanjang kita bersahabat, kalau ada terlebih terkurang, aku minta halal dunia akhirat. Engkau pula Moh, biarlah disederhanakan manjuhara (kejaguhan). Berhati-hatilah memilih kawan. Satu lagi…tapi jangan pula kau anggap aku menghalau…esok sebelum Zohor, aku minta kau segera beredar dari rumahku, ke mana yang kau nak tuju, aku tak batangatan (melarang). Tak ada apa-apalah, cuma aku rasa lebih selesa kalau bersendirian!”

Marigap (berderau darah) si Emoh mendengar kata-kata sahabatnya, lantas bangun mendakap Utoh Putih. Muntung bungkam (mulut terkunci) – tak sepatah kata pun yang terucap antara mereka kecuali barubuian (deraian) air mata mengenangkan nasib yang bakal menimpa. “Mungkin sudah sampai janji (ajal) saudaraku ini,” bisik hati kecil Emoh.

Mereka terus berbual sampai ke subuh.

Ari magun haja tatarauan, nang badua badangsanak hudaham tacugut di pinggir sumur pamandian.

Dalam remang (tatarauan) subuh, kedua sahabat sudah tacugut (tercegat) di tepi telaga mandi.

“Ayuha, duduklah ‘Toh…..Bismillahirahmanirahim…..” Emoh membaca ayat mandi suci sambil manguboiakan (menyiram) air memandikan sahabatnya si Utoh Putih hingga selesai.

Api di dapur barau (marak) dengan isteri Utoh Putih sibuk menyediakan sarapan pagi. Kesian si isteri kerana tak tau kisah dan hujung pangkal cerita. Pada pengamatannya, bermandi-mandian di subuh hari sudah jadi kelaziman dua orang pendekar tersebut.

Bandang DO hangat babandering mambari tanda pagi baugah tangahari sampai am hudah kutika badua badangsanak kana bapisah. Salah saikung tapaksa mamingkuti janji.

Panas semakin terik di Bendang DO sebagai tanda pagi sudah baugah (beralih) ke tengahari. Maka tibalah saatnya untuk kedua sahabat itu berpisah. Salah seorang terpaksamamingkuti (memegang) janji.

“Jangan lupa pesan guru kita wahai saudaraku, walau nyawa sudah berada di hujung, jangan sekali-kali kau lupa….” pesan Emoh kepada Utoh Putih. Kedua sahabat berpelukan untuk kali terakhir.

“(Barilaan) kita dunia akhirat.” dengan kata-kata itu, Emoh terus menonong meninggalkan sahabatnya si Utoh Putih tanpa menoleh lagi ke belakang. Ke mana gerangan tujuannya, tak siapa pun tahu.

NOTA KAKI:

Perkataan dan paragraph dalam warna biru adalah perkataan Banjar.
Maksud “Barilaan” ialah “Maaf zahir batin dan halalkan termakan terminum”

Perang Sungai Manik (1)

Posted on 25/02/2012by admin.upbb

NOTA KEPALA:

Cerita di bawah ini adalah terjemahan dari cerita asal bertajuk “Sungai Manik Bamandi Darah”.

Darah Banjar yang mengalir pekat dalam tubuhku membuat aku rasa terpanggil untuk menterjemah (tanpa kebenaran) cerita tersebut dengan harapan supaya anak-anak Banjar hari ini – dan juga orang Melayu – dapat mengerti betapa suatu masa dahulu suku kaum Banjar pernah bangkit menentang komunis dengan hanya bersenjatakan parang (parang bungkol) tanpa perlu terpekik terlolong di khalayak ramai menghunus dan mencium keris macam poli-tikus Melayu hari ini.

Walaupun terdapat banyak blog yang memetik cerita hasil nukilan saudara Nilasakunta, tapi masih belum ada (atau aku tak terjumpa) blog yang menterjemah keseluruhan cerita tersebut. Oleh itu, berbekalkan pengetahuan Bahasa Banjar yang masih dikira OK, aku cuba terjemahkan secara berperenggan (paragraph by paragraph).

Badan Ismail Rudo yang sudah tidak berkaki dan bertangan menggelupur di atas titi dan sedang menunggu masa untuk nyawa berpisah dengan badan – kedua belah kaki dan tangan Mail Rudo putus ditetak parang ‘bungkol’ Utoh Putih. Air jernih yang mengalir deras di bawah titi bertukar merah disirami darah. Maka tertawa besarlah ‘sangkala’ mendapat habuan petang – darah dalam jantung adalah makanannya.

Begitulah adat orang berkelahi, salah seorang pasti kecundang.

Selepas Asar, Mail Rudo pergi seorang diri – menghembuskan nafas terakhir tanpa seorang pun yang sudi mendekatinya. Sepucuk pistol .38 tanpa peluru masih berada di sisi jasad yang sudah tidak bernyawa lagi.

Ramai penduduk Bendang DO, parit 6, Sungai Manik terdiri dari keluarga Banjar. Kehidupan mereka begitu daif, terhimpit dan dihimpit oleh gerombolan komunis yang bermarkas di Sungai Tungko, dan diketuai oleh Ah Pau, Ah Boon dan Ah Jang.

Pembunuh Mail Rudo, orang kuat Parti Komunis Malaya (PKM) mesti ditangkap segera.

Utoh Putih, Banjar ‘Alai’ jati beranak dua – anak bungsunya seorang bayi perempuan dan baru pandai berdiri-jatuh. Dia menetap di Pekan Rabu, Parit 6, Sungai Manik. Oleh kerana warna kulitnya yang tersangat cerah maka lekatlah gelaran Utuh Putih.

Arwah datuk (pencerita) dan Utuh Putih adalah rakan karib yang sama hebat ilmu zahir dan batin.

Mail Rudo, Banjar Sungai Tungko, Sungai Manik sudah lama menyertai PKM dalam bahagian risik. Selepas tentera Jepun menyerah kalah, Mail Rudo ditugaskan mencari ahli baru dalam daerah Sungai Manik. Disebabkan tidak ramai keluarga Banjar yang sudi menyertai perjuangan komunis, maka akhirnya Mail Rudo terpaksa menggunakan kekerasan. Mereka yang enggan akan menerima padah.

Saban hari ada saja penduduk kampung yang ditangakap, tak kira muda ataupun tua. Disiksa, disembelih, disumbat dalam guni hidup-hidup dan dibuang ke Sungai Perak, ditembak, disula, dan bermacam lagi hukuman. Begitulah gerangan bila manusia (Mail Rudo) sudah ada kedudukan – mudah lupa diri hingga hilang rasa kemanusiaan.

Pada masa itu bukan sedikit orang Banjar dan orang Melayu yang menyokong perjuangan komunis. Malah ada juga orang Banjar yang hebat ilmunya turut menjadi talibarut. Orang seperti itulah yang menjadi duri dalam daging penduduk setempat. Oleh kerana terlau mengejar pangkat mereka sanggup membunuh, membakar rumah dan memusnahkan harta benda bangsa sendiri. Penduduk kampung yang takut menyertai perjuangan komunis secara aktif dipaksa pula membayar yuran sebagai ahli PKM.

Kehidupan keluarga Banjar di Sungai Manik semakin terhimpit. Ramai yang terpaksa berpindah ke penempatan Banjar di seberang Sungai Kinta – ke Kampung Balun Bidai dan Kampung Gajah.

Waktu Zohor baru saja masuk. Alun air bendang dihembus bayu membuat hati terasa rawan. Sambil memikul guni berisi ubi, Utoh Putih melangkah cermat menuju titi untuk kembali ke rumah di Pekan Rabu. Sebaik sampai di pangkal titi…

“Dari mana gerangan ni ‘Toh, akhirnya bertemu juga kita di sini ye?” entah dari mana munculnya si Mail Rudo, tiba-tiba saja tercegat di tengah titi berpakaian seragam komunis, pistol dan bayonet terselit di pinggang. Di wajahnya terpancar rasa kepuasan kerana dapat bertemu dengan Utoh Putih yang sudah sekian lama dipujuknya supaya menyertai PKM.

“Baru balik dari Cikus mencari ubi, maafkan saya tuan, tumpang lalu” Utoh Putih menyahut penuh hormat.

“Kalau ia pun letaklah dulu guni ubi tu, tak usah bergegas, apa yang nak dikejar, tak ke mana perginya rumah tu” garau bunyi suara Mail Rudo. Antara rela dan terpaksa, Utoh Putih mematuhi perintah ‘tuan besar’ dan meletakkan guni ubi di atas titi. Begitu gah susuk tubuh dua orang anak Banjar yang berdiri di atas titi menghadap satu sama lain, cumanya seorang berkulit cerah manakala seorang lagi kelihatan gelap.

“Mungkin petang ini pertemuan kita yang terakhir, agaknya” si Mail Rudo menyambung bicara.

“Apa hajat, kenapa lain benar kata-kata tuan besar?” si Utoh Putih yang menyambut bicara merasakan ada sesuatu yang tak kena.

“Tak usah pura-pura tak tau, bagaimana dengan janji kau dulu? Sampai hari ini aku masih menunggu kata putus” rungut orang kuat PKM menempelak.

“Taklah Mail, aku tak nak ikut perjuangan yang membinasakan bangsa, sedangkan perjuangan untuk mengisi perut sendiri dan anak bini rasa dah tak tertanggung. Tidak…tidak sekali-kali” si Utoh Putih menjawab tegas.

“Mak oi, keras benar hati kau ni ‘Toh…apa nak buat…kalau itulah pendirian kau, bersiap sedialah” merah padam muka Mail Rudo kerana marah. Spontan tangan kanannya mencapai pistol di pinggang dan mengacukan ke dada si Utoh Putih.

“Jangan, senjata jangan dibuat main Mail ai…kita kan serumpun, tak kanlah kau tak ada belas kasihan. Ditakdirkan aku tak ada, siapa yang nak menyara anak isteriku nanti…ampun tuan besar” si Utoh Putih merayu minta simpati.

“Dam…” bunyi pistol memuntahkan peluru sulung. Berasap baju buruk si Utoh Putih dihinggapi peluru, namun dia masih tak berganjak, masih tegak berdiri. Keluarga Banjar berhampiran yang terkejut melihat kejadian tak berani mendekati, masing-masing masuk ke rumah.

“Dam…dammmm…” sudah tiga das tembakan dilepaskan oleh Mail Rudo namun peluru masih tak mampu menembusi kulit si Utoh Putih.

“Bangsat betul, kebal rupanya kau ye…tahani lagi nah” tengking orang kuat PKM. Tanpa disedari sudah enam das tembakan dilepaskan dan pistolnya sudah kehabisan peluru. Sedang dia terkial-kial…

“Labukkk…” ayunan parang bungkol yang bergelar si Kandal Larap hinggap dipergelangan tangan kanan Mail Rudo yang membuatkan tangan itu putus serta merta.

“Labukkk…” giliran tangan kiri si Mail Rudo untuk jatuh ke tanah. Utoh Putih meneruskan ayunan. Kali ini lutut kanan Mail Rudo pula jadi mangsa parang bungkol Kandal Larap. Setelah putus kaki kanan, maka terdamparlah Mail Rudo di atas titi. Si Utoh Putih semakin geram. Tetakan terakhirnya membuat kaki kiri Mail Rudo bercerai dengan badan.

Guni yang berisi ubi diletakkan semual ke bahu, dan Utoh Putih terus balik ke rumah meninggalkan Mail Rudo mengerang kesakitan.

Rabu, 24 Februari 2016

Idanradzi

Gambar ini diambil sekitar tahun '89 masa di Harajuku Jepun... Jaman Muda Machoo tak? 


Haji Haridan bin Haji Mohd RodziNamaPena 
iDANRADZi 
Alamat Rumah 
65. Jalan Jenaris 3 
Sungai Kantan 
43000 Kajang SelangorDarul Ehsan 

Sekarangamat mudah menuju ke rumah sy 
ikutlaluan Lebuhraya Lingkaran Kajang (Silk) 
MenujuKe arah Saujana Impian 
Setelahmelewati Saujana Impian 
akanada Simpang ke Taman Jenaris sebelum anda tiba 
keGiant & Penjara Sungai Jelok 
Rumahsy sebaris dengan Surau Desa Sri Jenaris 
No. Telefon Rumah 
03 8737 1884 
hp
013 303 4343

Hari kelahiranku adalah waktu dinginnya subuh Isnin. Di sebuah desa nan sepi , 
jauh dari sesak kota, Kg. Changkat Tualang, aku selalu sebut Desa Tuallang , Kota Bharu , Perak.
Singkatan nama KCT
Tanggalnya26 Januari. Berbintang Aquarius. 
Dari wajah terbaru cuba teka berapa agaknya usia penyair ini 
Kami punyai darah campuran Arab Melayu dan Minang, atuk sebelah apak membuang nama Syed, 
maka kebanyakan saudara mara adalah Syed sekitar Kota Bharu Perak.
Aku anak bongsu dari empat adik beradik. 
Yang sulung Baharudin Hj. Mohd Radzi @Yot 
Yot telah meninggal dunia dulu tinggal bersama isteri keduanya di Klang Selangor. 
Bekas kakak ipar kini menetap di Bukit Jalil, mempunyai 7 cahaya mata, 
anak Yot nan sulung Ju bernikah dengan anak pelakon Zami Ismail. 
Aku kurang rapat dengan bekas kakak ipar ini lantaran perpecahan rumah tangga Yot.

Kedua saudara kandungku seorang kakak; Norazmi binti Hj. Mohd Rodzi@Kak Nomi 
(aku &kak Nomi saje yang bin/binti Mohd Rodzi) 
Kak Nomibernikah dengan orang Sabah kinimenetap di Semenyih
Cahayamata Kak Nomi juga seramai 7 orang.

Ketiga arwah abg Khairudin bin Hj. Mohd Radzi@ Arwah Abg Din 
nan banyak mengikut jejak arwah apak, 
Abg Din meninggal dunia kemalangan jalanraya; 
meninggalkan duapuluh satu orang cahaya mata dari lima isterinya.

Sekarang ni kedua ibu bapaku dah tiada. Kerinduan pada kasih seorang ibu 
rasanyaamat mencengkam kalbu. 
Sementelah pemergian ibu waktu aku jauh di rantau orang. Juo Machi di pinggir Hitachi,Jepun. 
Tak sempat melihat wajah ibu. 
Sekembalinya ke tanah air sekadar melihat pusara ibu nan masih kuning tanahnya, 
di sambut tangis apak pun suram wajah seorang kekasihku bergelar isteri.

Allahyarham Apak mempunyai tiga isteri, Allahyarham ibu adalah isterinya pertama. 
Isteri kedua Cik Feah tinggal lama di Tapah Road punya 4 cahayamata dengan arwah apak. 
Sebelum bernikah dengan arwah apak Mak Feah telahpun bernikah 
dan mempunyai ramai cahayamata. 
Aku tidak rapat sangat dengan Mak Feah, sesekali kalau hari raya sahaja 
aku akanberkunjung ke rumah Mak Feah. 
Seorang cahayamatanya arwah Adinda Zulkifli bin Hj. Mohd Radzi 
meninggal dunia dalam kes pembunuhan; 
pergaduhan antara Melayu & India di Ampang. 
Semasa meninggal isterinya sedangmengandungkan anak kedua. 
Isterinya orang Kelantan hingga kini kami terputus hubungan. 
Arwah Zul adalah anak sulung, kedua Norasyikinbinti Hj. Mohd Radzi 
bernikah dengan anggota Polisorang Melor Kota Bharu Kelantan. 
Noraini binti Hj. Mohd Radzi bernikah dengan ASP di Ampang kini tinggal di Rawang
dan Rosli bin Hj. Mohd Radzi 
nan bongsu hingga kini masih samar-samar di mana dia berada. 
Terbaru khabarnya Rosli tinggal di Bagan Datoh.
Khabarnya berada di Bagan Datoh Perak setelah Cik Feah bernikah 
selepas pemergian arwah apak.

Arwah Mak Bi adalah isteri arwah apak yang muda.
Telah meninggal tinggal di kampung halamanku KCT. 
Kalau aku rindukan kampung halamanku;aku selalunya akan bermalam di rumah 
Arwah Mak Bi nan aku rasakan sebagai ganti arwah ibuku untuk aku menumpang kasih. 
Arwah Mak Bi tak punya anakdengan arwah apak. 
Dia cuma mempunyai anak tunggal Arwah Datuk Zaini bin Hashim (Yop Zaini) kini menetap di Muar; 
anak bersama bekas suaminyanan hilang semasa perang dunia ke dua. 
Anak tunggalnya ini dibesarkanoleh arwah apak sejak berumur 3 bulan. Masih ingat perbalahan meruncing 
semasa arwah apak nikah kalike tiga. Masa itu aku berumur lima tahun. 
Mak Feah dan arwah Ibu memangrapat, berpakat lari meninggalkan rumah 
tak ubah cam cerita Madu Tiga...sampai arwah ayah membuat repot polis dua isterinya hilang. 
Yop Zaini mempunya tiga cahaya mata, 
AC Mizal pelakon atau artis anaknya sulong, Zareen dan Boboi. 
memang sejak kecil aku sering mendukung mereka. 
Bila pulang ke kampung selalunya aku menjadi tempat mengadu Arwah Mak Bi 
masalah anakda & cucudanya....memang hidup Arwah Mak Bi amat kesepian 
dia terlalu sayang arwah apak 
dan tidak mahu tinggal bersamaYop Zaini. 

Mak 
Aku adalah anak kampung. 
Terdidik cara kampung sejak kecil mandi di telaga 
berteman dengan gemersiknya suara reriang pun nyaringnya laguan cengkerit... 
kekinian terpinggir di DesaSri Jenaris Kajang mengisi sisa hidup dengan sisipan puisi, 
tenggelam dengan bisik hatinan masih tercari-cari nilai murninya kesepian. 
Bidang penyairan telah sebati dalam hidupku, karya pertama disiarkan di radio sekitar ahun 1979. 
Seterusnya aku banyak menghantar cerpen di Radio sekitar awal 80an. Rancangan Kenangan.
90an puisiku kerap diterbitkandi majalah & akhbar. 
Kekinian lebih banyak di layar internet.

Didikan awal adalah di SekolahRendah Kebangsaan Desa Tualang, Kota Bharu, Perak. 
Ramai kalangan warga Malaysia tidak menyedari di negara kita ada dua tempat bernama Kota Bharu, 
selain Kota Bharu Kelantan adalah Kota Bharu kampung halamanku 
Ibu Kandung 
Mila Isteri@Kekasih 
Kota Bharu Perak adalah sebuah pekan kecil nan terletak di Lambah Kinta 
terkenal dengan bijih timahnya. 

AllahyarhamDr Burhanuddin al-Helmi lahir sekampung dengan saya. 
Atuk kami adalah adik beradik. Orang Perak kata saudara beratur datuk 
Selain Allahyarham, kartunis LATjuga lahir di Kota Bharu Perak. 
Banyak sejarah kecil beliau telah pun tercatat dalam karya LAT. 
Kubur Teja juga terletak di sini.

Sekolah Menengah selama enamtahun di St. Michael Institution Ipoh tinggal di Asrama Putra, Jalan Watson. 
Selepas MCE aku merantau keKL. Banyak menimba ilmu dari pengalaman kerja di MARDI, UPM 
hingga ke Jepun selama enam bulan dan UK. 
Hingga kini aku masih berkhidmatdi UPM sekadar staf teknikal dalam ICT.

Juga pengalaman banyak ditimba semasa melawat Medan, Bandung,
Phuket, Beijing, Kashmir, New Delhi, India, Singapura 
dan menunaikan rukun Islam kelima di Makkah. 
Minat dalam penulisan sejakdi bangku sekolah, pernah juga jadi pelakun teater semasa bujang 
mewakilan Wilayah Persekutuanke peringkat kebangsaan. Zain Yahya, Arwah Sabtu Husin & gengnya. 
Pernah bergiat denganGroup Teater Kreatif bersama Meor Hashim Manaf , Sani Sudin &geng... 
sekejap saja sebelum berkawin.

Kekinian hidupku banyak diisidengan menimba ilmu ICT di Dunia Maya yang tiada sempadan. 
di samping masa lapang aku penuhi dengan penulisan di internet.

Ilahi... sesungguhnya kesementaraan singgah di buana-Mu ini amat mengimpikan hambamu dengan 
KeaBaDiaN cinta nan luhur didunia-Mu pun akhirat-Mu. 

dikemaskini 4:52 Ptg 19 Okt 2016 Di Desa Sri Jenaris 

Sila Klik Ke Situs Puisi iDAN 

London ooo London


mencari kesungguhan dalam kepayahan ini...terkadang bagaikan satu igauan....nan amat melugukan



sapalah aku ..



KLiK

Situs lama saya

Untuk mendapat paparan menarik sila layari laman web ini dengan menggunakan 
Mozilla Firefox dengan paparan skrin monitor 1024X768pixels 
(Boleh mendapatkan perisian Mozilla Firefox di situs ini) 
"Berkatalah dengan benar biar pahit sekalipun" 

titis ilham terusan membasahi hati.. Kekasih Dikau terusan rapat di diri 
seorang aku sentiasa menanti kehadiran-Mu dalam alam buana sepi ini. Dikaulah segalanya Kekasih

kalaumana meruntunnya hati, kalaumana terpisahnya rasa, di mana lagi dapat seorang aku meluah kata, 
membisik lekabicara..kekasihku & cahayamataku....kalianlah penawar duka laraku. 
anak-anak amat menyayangi binatang, pernah satu ketika afiz & aziq membawa pulang kucing nan kesejukkan terbiarbegitu juga anif & azim terkadang akan berhenti menangis bila melihat kucing melintas di depannya

AfizAziqAnifAzim

keempat-empat cahayamata adalah putra, nan sulung berusia empat belas tahun & bongsu enam setahun 
ke hompej iDANRADZi 
antara lingkaran laman web nan dipenuhi oleh desah & bicara iDANRADZi 
tripod ||| geocities ||| kelopak ||| KSS


Kebelakangan ini saya banyak mencatat kenangan & desahan hati dalam journal@blog saya di Easyjournal 
Jika ada kelapangan boleh KLiK ke situs ini

idanradzi@yahoo.com ||||| idanradzi@hotmail.com ||||| idanradzi@gmail.come-mel nan seharian saya buka ialah di yahoo jika ada masalah untuk menghubungi saya sila guna alamat e-mel lain.
Apa Salahnya Jika Berikan Respon Tentang Situs iDAN 
sebahagian dari Respon Buku Tetamutelah pun dipindahkan ke 


Rekacipta ©iDANRADZi dikemaskini April 2016
Jika ada Masalah IT atau komputer ...khidmat percuma sedia hamba hulurkan 
Bimbit 013 303 4343 Rumah 03 8737 1884 

Alamat Rumah : 65. Jalan Jenaris 3, Desa Sri Jenaris, Sungai Kantan, 43400 Kajang SELANGOR