Friday, May 16, 2014
Beberapa minggu lalu Kak Pilla terlepas peluang untuk sama-sama mencuba nasib
untuk menang Grand Prize ke World Cup 2014 di Brazil.. Kalau tak.. dah
tentu sekarang akak tengah sibuk kemas kain baju nak ke Brazil..
Kia Malaysia adalah official sponsor FIFA World Cup 2014.. Usaha Kia
Malaysia patut diberi pujian kerana telah memberikan peluang yang sangat
berharga kepada Usha Rani dan anaknya Deshshiv Darshaan (10 tahun)..
Tahniah diucapkan kepada mereka kerana telah berjaya memenangi "Fuleco Friend Search" yang berlangsung di e-Curve tempohari.. seramai kira-kira 180 penyertaan pada hari tersebut..
Competition tu dibuka kepada seorang parent (ibu/bapa) bersama seorang
anak berumur 8-12 tahun.. Mereka cuma perlu buat "Fuleco" pose
terlama...
Semangat betul abang kita ngan akak sebelah tu ;)
Penyertaan sangat menggalakkan dari ibu-bapa berserta anak-anak.. Hoi menyesal tak pegi..
Ni aku dok sebut FULECO ni korang paham ke tak apa FULECO tu? hahaha..
tu dia yang warna kuning mascot tu.. Adik Deshshiv Darshaan berpeluang
untuk berjalan berpimpin tangan di padang dengan Cik Fuleco the
Armadillo during Semi Final game di Brazil sebelum perlawanan bermula..
Memang bertuah betul adik Deshshiv Darshaan dan ibunya kerana peluang
ini pasti akan memberi 1001 kenangan manis buat mereka.. Kak Pilla
tumpang gembira ye ;) nak tumpang pegi sekali tak cukup duit lagi..
hahahahahah
Contest seumpama ini adalah yang pertama kali diadakan oleh Kia Malaysia
dan mampu memberikan kegembiraan tak ternilai kepada ibu dan anak ini..
Thank you Kia Malaysia for the effort ;) Hanya dua negara Southeast
Asia yang akan menghantar anak kecil diiringi parent masing-masing ke
World Cup 2014, Brazil.. Negara itu ialah Malaysia dan Philippines.
Adik Deshshiv Darshaan dan ibunya, Puan Usha Rani memenangi tiket
penerbangan ke Brazil untuk dua orang, penginapan, city tour dan tickets
ke World Cup Semi Finals match dan wang tunai RM5,000. Adik Deshshiv
Darshaan akan turun ke padang semasa Semi Final dan mengiringi Mascot
Fuleco onto the pitch! Confirm click click clik camera amik gambar adik
ni.. hehehe.. Oh tak lupa jugak, ada 9 pasangan parent dan anak yang
memenangi consolation prizes of RM200 dan exclusive Kia merchandise
semasa event di e-Curve hari tu..
Ada banyak lagi acara yang dianjurkan oleh Kia Malaysia selaku official sponsor of FIFA World Cup 2014.. Layari www.kia.com atau www.facebook.com/kiamalaysia untuk melihat sendiri peluang lain yang ditawarkan ;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan