Saturday, 21 June 2014
Sepatutnya hari ini adalah pemilihan semula PKR Kuala Langat. Pemilihan PKR di Kuala Langat sebelum ini kecoh dengan insiden ganas para penyokong Abdullah Sani yang tidak berpuas hati dengan keputusan JPP dan kekalahan awal Abdullah Sani. Oleh kerana itu, mereka telah melakukan rusuhan dan bertindak ganas.
Hasilnya, Cabang Kuala Langat digantung dan pemilihan diadakan semula.
Nampaknya pemilihan semula ini juga tidak selancar dan seaman yang diharapkan.
Di sebuah warung makan bernama NANA RETRO, salah seorang anggota JPP yang dikenali dengan nama Zainol telah diserang dan dibelasah oleh sekumpulan penyokong-penyokong Abdullah Sani. Serangan tersebut menyebabkan dia mengalami kecederaan teruk di kepala dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan selanjutnya.
Punca keadaan masih tidak dapat disahkan dan masih disiasat.