kuredah hutan ranting rindu bagai dulu... jangan awak calar kaki kasihku

Ketik sini Bantu Blog ini

Khamis, 18 Disember 2014

46 warga Myanmar, Bangladesh dikurung di Sungai Petani

SUNGAI PETANI: Seramai 46 warga Myanmar dan Bangladesh berusia antara 20 hingga 40 tahun ditemui polis pagi tadi dalam keadaan dikurung dalam sebuah rumah di Taman Sejati Indah, di sini.

Difahamkan, sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda berjaya menemui semua warga asing itu pada jam kira-kira 5 pagi tadi berikutan penahanan tiga lelaki termasuk seorang daripadanya warga tempatan yang disyaki mengurung mereka.

Sumber berkata, ketiga-tiga lelaki itu pada mulanya dilihat mencurigakan dalam sebuah kereta sebelum cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan polis berhampiran sebuah hotel, di sini.

"Daripada penahanan lelaki tempatan berusia 40-an dan dua warga Bangladesh berusia 30-an itu, anggota polis dibawa ke sebuah rumah teres dua tingkat di sebuah kawasan perumahan.

"Pemeriksaan lanjut kemudian menemui senarai 46 warga Myanmar dan Bangladesh dikurung antara dua hari hingga sebulan di dalam rumah terbabit," katanya.

Sumber berkata, semua suspek dan warga asing berkenaan dibawa ke IPD Kuala Muda untuk siasatan lanjut.

Sebahagian daripada 46 warga Myanmar dan Bangladesh yang ditemui dalam keadaan dikurung di sebuah rumah di Taman Sejati Indah, Sungai Petani. - Foto Omar Osman
 
- Tak faham kenapa mereka ni dikurung; ejen cari kerja ke atau bagaimana?

Mayat pasangan suami isteri ditemui dalam kereta di tepi jalan

KUCHING: Mayat sepasang suami isteri ditemui dalam keadaan separuh reput dalam sebuah kenderaan di Santubong dekat sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad ketika mengesahkan penemuan mayat berkenaan berkata, pihak polis menerima panggilan telefon yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu daripada anggota awam pada kira-kira jam 8 pagi.

Katanya, sepasukan polis dari Balai Polis Santubong membuat siasatan dan menemui sebuah kereta Proton Saga di tepi jalan menuju ke Kampung Sungai Tiram, Pasir Pandak, Santubong.

"Siasatan mendapati kenderaan terbabit dalam keadaan berkunci dan polis kemudiannya mendapati terdapat dua mayat, seorang lelaki dan wanita dalam keadaan 20 peratus reput," kata Roslan.

Roslan berkata, polis mengenal pasti identiti mayat sebagai Aziz Mohamad Basiron, 30, dari Kampung Semilang, Kuching; dan Sharipah Aini Wan Mohamad, 27, dari Kampung Hilir, Beladin, Pusa.

Pasangan terbabit disahkan suami -isteri oleh kakak kepada mangsa wanita itu.

"Mayat lelaki ditemui di tempat duduk pemandu sementara mayat wanita ditemui dalam keadaan berbaring di tempat duduk penumpang di sebelah hadapan," kata Roslan.

Menurut beliau, siasatan awal polis mendapati tiada kesan kecederaan pada kedua mayat, tiada kehilangan harta benda dan tiada tanda kerosakan pada kenderaan berkenaan.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga laporan bedah siasat itu diperolehi," kata Roslan.
Menurut Roslan, bedah siasatan dijangka dilakukan jam 3.30 petang ini.

- BERNAMA

KERETA Proton Saga yang tersadai tepi jalan di Kampung Tirai, Pasir Pandak, Jalan Santubong dimana sepasang suami isteri mati dan telah reput di dalamnya. - Foto Azahan Rosli
KERETA Proton Saga yang tersadai tepi jalan di Kampung Tirai, Pasir Pandak, Jalan Santubong dimana sepasang suami isteri mati dan telah reput di dalamnya. - Foto Azahan Rosli

Polis kenal pasti seorang lagi warga Myanmar terbabit kes bunuh rakan senegara


KETUA Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi menunjukkan foto suspek, Mohd Yahyar Khan Mohd Rafie, 42, pada sidang media di IPK Pulau Pinang di sini baru-baru ini. - Foto Danial Saad
 
GEORGETOWN: Polis mengenal pasti seorang lagi lelaki warga Myanmar yang dipercayai terbabit dalam beberapa kes bunuh dan kerat rakyat negara itu di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata identiti dan gambar individu berkenaan akan diedarkan kepada pihak media dalam masa terdekat bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Seorang lagi suspek kes berkenaan dikenal pasti dan polis percaya lelaki itu anggota kumpulan yang kami sedang tahan sekarang ini, dia dipercayai masih berada di negeri ini.

"Gambar dan identiti lelaki itu akan diedarkan dalam masa terdekat ini, mungkin esok atau Selasa dan polis harap orang ramai dapat bantu kami cari dia," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas mengadakan Operasi Pencegahan Jenayah peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini.

Abdul Rahim berkata, usaha mengesan tiga lelaki warga Myanmar berusia antara 20 dan 42 tahun yang gambar dan identiti mereka didedahkan, Khamis lalu masih giat dijalankan.

"Mereka yang dicari bagi membantu siasatan kes bunuh membabitkan rakan senegara sebelum ini menetap di sekitar Bukit Mertajam dan dipercayai telah melarikan diri. Usaha mengesan mereka giat dijalankan," 
katanya. Katanya, lelaki pertama dikenali sebagai Mohd Yahyar Khan Mohd Rafie, 42, dan adalah pemegang kad UNCHR bernombor 354-13C05627 serta pernah menetap di Taman Tun Sardon, Gelugor di sini sebelum berpindah ke Bukit Mertajam.

"Sementara dua lagi lelaki dikenali sebagai Lokman dan Gemuk, masing-masing berusia lingkungan 20-an. Ketiga-tiga lelaki yang bekerja sebagai buruh kontrak itu dipercayai masih berada di negeri ini," katanya.

Kes pembunuhan membabitkan rakyat negara itu mendapat perhatian apabila kumpulan rakyat Myanmar terbabit mula memotong anggota badan mangsa mereka dan membuangnya di beberapa tempat di Nibong Tebal dan Bukit Mertajam dekat sini termasuk berhampiran balai polis Machang Bubok, dekat sini.

Sejak awal tahun ini, 18 kes pembunuhan rakyat Myanmar dilapor di Pulau Pinang dan pada peringkat awal mayat dibungkus dengan kain putih seperti dikafan dan ditinggalkan di tepi-tepi jalan.

Bagaimanapun, sejak bulan lalu, kumpulan terbabit mula memotong anggota badan mangsa.

- BERNAMA

Tiga lelaki warga asing ditembak mati di Pulau Carey


TIMBALAN Ketua Polis Selangor DCP Datuk Abd Rahim Jaafar (lima dari kiri) melihat peralatan penjenayah pecah rumah yang ditemui di lokasi kejadian. - Foto ihsan PDRM
 
BANTING: Tiga lelaki warga asing, dipercayai terbabit dalam jenayah pecah rumah di beberapa daerah di negeri ini, ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan sepasukan polis, di Jalan Segenting, Pulau Carey, Kuala Langat, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata polis kini sedang memburu dua lagi rakan jenayah suspek yang mati ditembak dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu selepas mereka berjaya meloloskan diri di kawasan semak berhampiran tempat kejadian.

Ketiga-tiga penjenayah yang berusia antara 25 hingga 35 tahun itu mati di tempat kejadian.

beliau berkata, berdasarkan siasatan awal kumpulan berkenaan baru menyamun sebuah di rumah di daerah ini beberapa jam sebelum itu.

"Suspek dipercayai terbabit dalam jenayah samun dan pecah rumah sekitar Pandan Indah, Taman Melawati dan Bukit Jelutong sejak tahun lalu.

"Polis turut merampas sepucuk pistol, parang dan peralatan pecah rumah daripada suspek," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, sebentar tadi.

Ieda Moin sah bercerai talak satu

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Ieda Moin, 35, sah bercerai talak satu dengan suaminya, Mohamad Naquib Idris, 35, di Mahkamah Rendah Syariah di sini, sebentar tadi.

Lafaz cerai dilakukan Mohamad Naquib di hadapan Hakim Syarie, Mohamed Hizwan Mohamed Nor.

Khamis, 4 Disember 2014

Wireless Sotong

Penyair Idanradzi

Rupa2nya wireless network card pun boleh bikin windows kita kejap2 terpadam ini penemuai terbaru tips terbaru konfigur internet; alahai pening betui buat troubleshooting komputer dugong ni

Selasa, 14 Oktober 2014

Berhati-Hati Ketika Memotong ‘Kenderaan’ Berat

Kita mesti selalu berhati-hati ketika memandu terutamanya ketika memotong. Memang ramai manusia yang suka memotong apatah lagi kalau kenderaan berat yang perlahan berada di hadapan kita. Memang sakit hati kan? Tapi, jangan sampai jadi macam gambar kat bawah ni sudahlah. Hehehehe.