kuredah hutan ranting rindu bagai dulu... jangan awak calar kaki kasihku

Ketik sini Bantu Blog ini

Khamis, 18 Disember 2014

ABDULLAH SANI HANTAR SAMSENG BELASAH AHLI JPP DI WARUNG MAKAN

Saturday, 21 June 2014


Sepatutnya hari ini adalah pemilihan semula PKR Kuala Langat. Pemilihan PKR di Kuala Langat sebelum ini kecoh dengan insiden ganas para penyokong Abdullah Sani yang tidak berpuas hati dengan keputusan JPP dan kekalahan awal Abdullah Sani. Oleh kerana itu, mereka telah melakukan rusuhan dan bertindak ganas.

Hasilnya, Cabang Kuala Langat digantung dan pemilihan diadakan semula.


Nampaknya pemilihan semula ini juga tidak selancar dan seaman yang diharapkan.

Di sebuah warung makan bernama NANA RETRO, salah seorang anggota JPP yang dikenali dengan nama Zainol telah diserang dan dibelasah oleh sekumpulan penyokong-penyokong Abdullah Sani. Serangan tersebut menyebabkan dia mengalami kecederaan teruk di kepala dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

Punca keadaan masih tidak dapat disahkan dan masih disiasat.



Nurul Izzah dan suami capai persetujuan hak penjagaan anak


ANGGOTA Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan suaminya Raja Ahmad Shahir Iskandar Raja Salim ketika hadir di Mahkamah Syariah, Kuala Lumpur. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
 
KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan suaminya Raja Ahmad Shahir Iskandar Raja Salim mencapai persetujuan mengenai hak penjagaan bersama dua anak mereka.
Persetujuan secara prinsip itu direkodkan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Muhammad Fateh Saleh di dalam kamarnya di sini hari ini.

Nurul Izzah yang diwakili peguam Nor Mawaddah Ramli dan suaminya, diwakili peguam Azmi Mohd Rais, menghadiri prosiding itu.

Ketika ditemui pemberita, Azmi berkata bagaimanapun persetujuan itu masih belum dijadikan perintah secara rasmi berikutan Hakim Amran Mat Zain sedang bercuti.

Azmi berkata terma-terma lain seperti tempat tinggal dan hak lawatan ke atas dua anak mereka itu akan diputuskan semula apabila kes itu disebut pada 15 Jan depan.

Pada 29 Okt lepas, pasangan itu masih cuba mencari penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan isu hak penjagaan anak (hadanah) yang difailkan Anggota Parlimen Lembah Pantai itu.

Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR, memfailkan permohonan hadanah itu pada 30 April lepas mengikut Seksyen 81 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang anak lelaki berusia empat tahun.

Sementara itu, Hakim Mahkamah Rendah Syariah juga menetapkan tarikh sama (15 Jan depan) untuk sebutan semula kes cerai pasangan itu berikutan Raja Ahmad Shahir Iskandar memohon untuk memfailkan semakan terhadap Laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang diperolehi sebelum ini.

Azmi berkata anak guamnya itu tidak mengemukakan cadangan nama 'Hakam' seperti diperintahkan sebelum ini kerana ingin memfailkan semakan laporan itu mengikut Seksyen 51 Akta Pentadbiran Undang-Undag Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.

'Hakam' adalah jawatankuasa yang dilantik oleh mahkamah untuk menasihati suami melafazkan talak tetapi sekiranya suami masih enggan, maka 'Hakam' akan melafazkan talak bagi pihak suami.

- BERNAMA

Bekas teman lelaki Hanez Suraya bercerai talak satu dengan isterinya

SHAH ALAM: Bekas teman lelaki pelakon Hanez Suraya, Romie Razin Adilha Abd Jais,34, dengan isterinya, Nur Liyana Manan,29, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, sebentar tadi.

Lafaz cerai dilakukan oleh Romie dihadapan Hakim Syarie Azmi Aziz selepas mahkamah membenarkan permohonan Nur Liyana mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Hanez Suraya

46 warga Myanmar, Bangladesh dikurung di Sungai Petani

SUNGAI PETANI: Seramai 46 warga Myanmar dan Bangladesh berusia antara 20 hingga 40 tahun ditemui polis pagi tadi dalam keadaan dikurung dalam sebuah rumah di Taman Sejati Indah, di sini.

Difahamkan, sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda berjaya menemui semua warga asing itu pada jam kira-kira 5 pagi tadi berikutan penahanan tiga lelaki termasuk seorang daripadanya warga tempatan yang disyaki mengurung mereka.

Sumber berkata, ketiga-tiga lelaki itu pada mulanya dilihat mencurigakan dalam sebuah kereta sebelum cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan polis berhampiran sebuah hotel, di sini.

"Daripada penahanan lelaki tempatan berusia 40-an dan dua warga Bangladesh berusia 30-an itu, anggota polis dibawa ke sebuah rumah teres dua tingkat di sebuah kawasan perumahan.

"Pemeriksaan lanjut kemudian menemui senarai 46 warga Myanmar dan Bangladesh dikurung antara dua hari hingga sebulan di dalam rumah terbabit," katanya.

Sumber berkata, semua suspek dan warga asing berkenaan dibawa ke IPD Kuala Muda untuk siasatan lanjut.

Sebahagian daripada 46 warga Myanmar dan Bangladesh yang ditemui dalam keadaan dikurung di sebuah rumah di Taman Sejati Indah, Sungai Petani. - Foto Omar Osman
 
- Tak faham kenapa mereka ni dikurung; ejen cari kerja ke atau bagaimana?

Mayat pasangan suami isteri ditemui dalam kereta di tepi jalan

KUCHING: Mayat sepasang suami isteri ditemui dalam keadaan separuh reput dalam sebuah kenderaan di Santubong dekat sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad ketika mengesahkan penemuan mayat berkenaan berkata, pihak polis menerima panggilan telefon yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu daripada anggota awam pada kira-kira jam 8 pagi.

Katanya, sepasukan polis dari Balai Polis Santubong membuat siasatan dan menemui sebuah kereta Proton Saga di tepi jalan menuju ke Kampung Sungai Tiram, Pasir Pandak, Santubong.

"Siasatan mendapati kenderaan terbabit dalam keadaan berkunci dan polis kemudiannya mendapati terdapat dua mayat, seorang lelaki dan wanita dalam keadaan 20 peratus reput," kata Roslan.

Roslan berkata, polis mengenal pasti identiti mayat sebagai Aziz Mohamad Basiron, 30, dari Kampung Semilang, Kuching; dan Sharipah Aini Wan Mohamad, 27, dari Kampung Hilir, Beladin, Pusa.

Pasangan terbabit disahkan suami -isteri oleh kakak kepada mangsa wanita itu.

"Mayat lelaki ditemui di tempat duduk pemandu sementara mayat wanita ditemui dalam keadaan berbaring di tempat duduk penumpang di sebelah hadapan," kata Roslan.

Menurut beliau, siasatan awal polis mendapati tiada kesan kecederaan pada kedua mayat, tiada kehilangan harta benda dan tiada tanda kerosakan pada kenderaan berkenaan.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga laporan bedah siasat itu diperolehi," kata Roslan.
Menurut Roslan, bedah siasatan dijangka dilakukan jam 3.30 petang ini.

- BERNAMA

KERETA Proton Saga yang tersadai tepi jalan di Kampung Tirai, Pasir Pandak, Jalan Santubong dimana sepasang suami isteri mati dan telah reput di dalamnya. - Foto Azahan Rosli
KERETA Proton Saga yang tersadai tepi jalan di Kampung Tirai, Pasir Pandak, Jalan Santubong dimana sepasang suami isteri mati dan telah reput di dalamnya. - Foto Azahan Rosli

Polis kenal pasti seorang lagi warga Myanmar terbabit kes bunuh rakan senegara


KETUA Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi menunjukkan foto suspek, Mohd Yahyar Khan Mohd Rafie, 42, pada sidang media di IPK Pulau Pinang di sini baru-baru ini. - Foto Danial Saad
 
GEORGETOWN: Polis mengenal pasti seorang lagi lelaki warga Myanmar yang dipercayai terbabit dalam beberapa kes bunuh dan kerat rakyat negara itu di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata identiti dan gambar individu berkenaan akan diedarkan kepada pihak media dalam masa terdekat bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Seorang lagi suspek kes berkenaan dikenal pasti dan polis percaya lelaki itu anggota kumpulan yang kami sedang tahan sekarang ini, dia dipercayai masih berada di negeri ini.

"Gambar dan identiti lelaki itu akan diedarkan dalam masa terdekat ini, mungkin esok atau Selasa dan polis harap orang ramai dapat bantu kami cari dia," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas mengadakan Operasi Pencegahan Jenayah peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini.

Abdul Rahim berkata, usaha mengesan tiga lelaki warga Myanmar berusia antara 20 dan 42 tahun yang gambar dan identiti mereka didedahkan, Khamis lalu masih giat dijalankan.

"Mereka yang dicari bagi membantu siasatan kes bunuh membabitkan rakan senegara sebelum ini menetap di sekitar Bukit Mertajam dan dipercayai telah melarikan diri. Usaha mengesan mereka giat dijalankan," 
katanya. Katanya, lelaki pertama dikenali sebagai Mohd Yahyar Khan Mohd Rafie, 42, dan adalah pemegang kad UNCHR bernombor 354-13C05627 serta pernah menetap di Taman Tun Sardon, Gelugor di sini sebelum berpindah ke Bukit Mertajam.

"Sementara dua lagi lelaki dikenali sebagai Lokman dan Gemuk, masing-masing berusia lingkungan 20-an. Ketiga-tiga lelaki yang bekerja sebagai buruh kontrak itu dipercayai masih berada di negeri ini," katanya.

Kes pembunuhan membabitkan rakyat negara itu mendapat perhatian apabila kumpulan rakyat Myanmar terbabit mula memotong anggota badan mangsa mereka dan membuangnya di beberapa tempat di Nibong Tebal dan Bukit Mertajam dekat sini termasuk berhampiran balai polis Machang Bubok, dekat sini.

Sejak awal tahun ini, 18 kes pembunuhan rakyat Myanmar dilapor di Pulau Pinang dan pada peringkat awal mayat dibungkus dengan kain putih seperti dikafan dan ditinggalkan di tepi-tepi jalan.

Bagaimanapun, sejak bulan lalu, kumpulan terbabit mula memotong anggota badan mangsa.

- BERNAMA

Tiga lelaki warga asing ditembak mati di Pulau Carey


TIMBALAN Ketua Polis Selangor DCP Datuk Abd Rahim Jaafar (lima dari kiri) melihat peralatan penjenayah pecah rumah yang ditemui di lokasi kejadian. - Foto ihsan PDRM
 
BANTING: Tiga lelaki warga asing, dipercayai terbabit dalam jenayah pecah rumah di beberapa daerah di negeri ini, ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan sepasukan polis, di Jalan Segenting, Pulau Carey, Kuala Langat, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata polis kini sedang memburu dua lagi rakan jenayah suspek yang mati ditembak dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu selepas mereka berjaya meloloskan diri di kawasan semak berhampiran tempat kejadian.

Ketiga-tiga penjenayah yang berusia antara 25 hingga 35 tahun itu mati di tempat kejadian.

beliau berkata, berdasarkan siasatan awal kumpulan berkenaan baru menyamun sebuah di rumah di daerah ini beberapa jam sebelum itu.

"Suspek dipercayai terbabit dalam jenayah samun dan pecah rumah sekitar Pandan Indah, Taman Melawati dan Bukit Jelutong sejak tahun lalu.

"Polis turut merampas sepucuk pistol, parang dan peralatan pecah rumah daripada suspek," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, sebentar tadi.

Ieda Moin sah bercerai talak satu

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Ieda Moin, 35, sah bercerai talak satu dengan suaminya, Mohamad Naquib Idris, 35, di Mahkamah Rendah Syariah di sini, sebentar tadi.

Lafaz cerai dilakukan Mohamad Naquib di hadapan Hakim Syarie, Mohamed Hizwan Mohamed Nor.

Khamis, 4 Disember 2014

Wireless Sotong

Penyair Idanradzi

Rupa2nya wireless network card pun boleh bikin windows kita kejap2 terpadam ini penemuai terbaru tips terbaru konfigur internet; alahai pening betui buat troubleshooting komputer dugong ni

Selasa, 14 Oktober 2014

Berhati-Hati Ketika Memotong ‘Kenderaan’ Berat

Kita mesti selalu berhati-hati ketika memandu terutamanya ketika memotong. Memang ramai manusia yang suka memotong apatah lagi kalau kenderaan berat yang perlahan berada di hadapan kita. Memang sakit hati kan? Tapi, jangan sampai jadi macam gambar kat bawah ni sudahlah. Hehehehe.








Wanita Main Kayu Tiga Kritikal Disimbah Cuka Getah

Perasaan cemburu yang meluap-luap seorang pesara tentera terhadap isterinya yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan Awang Hitam sejak 2007 sampai ke kemuncaknya apabila lelaki itu bertindak nekad menyimbah cuka getah pada wanita tersebut.
Kejadian di Kampung Pejiru pada pukul 12.30 tengah malam itu mengakibatkan Christina Nyoeh, 43, cedera parah akibat melecur teruk di muka, tangan dan badan. Mangsa kini dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang bekerja sebagai promoter jualan di sebuah pasar raya baru pulang makan angin di Sabah bersama lelaki Afrika tersebut.
Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Mohd. Sabri Zainol berkata, kejadian itu disyaki berlaku selepas suspek nekad hendak membunuh isterinya setelah tidak dapat menahan sabar.
“Sebelum kejadian, suspek menonton televisyen bersama lima anaknya manakala isterinya pula sedang nyenyak tidur di dalam bilik.
“Sebaik anak-anak pasangan itu masuk tidur, suspek terus ke dapur untuk mengambil sebotol cuka getah lalu menyimbahnya ke seluruh badan mangsa,” katanya.

Ladang Siput Babi Di Latvia

Siput babi adalah sejenis binatang yang bergerak perlahan dan dianggap menggelikan oleh sesetengah orang. Di Latvia, siput babi diternak di ladang kerana siput babi merupakan sejenis makanan bagi orang-orang di sana.












Isnin, 13 Oktober 2014

Taufan Haiyan



  
 
ILAH HAFIZ AZIZ

TACLOBAN CITY, FILIPINA 14 Nov. - Beberapa buah pulau di bahagian tengah negara ini masih lumpuh termasuk penduduknya terputus bekalan keperluan asas seperti makanan dan minuman biarpun telah hampir seminggu dilanda taufan Haiyan.

Keadaan itu memaksa kebanyakan mereka berjalan kaki puluhan kilometer ke Lapangan Terbang Tacloban untuk merayu bantuan tentera dan sukarelawan tetapi hampa kerana gagal memasuki kawasan tersebut yang dikawal ketat.

Meskipun demikian, penduduk terus menunggu bersama keluarga termasuk mengharapkan peluang untuk dipindahkan ke bandar Cebu dan Manila melalui penerbangan walaupun menyedari peluang adalah tipis kerana kekurangan pesawat.

Sementara itu, bantuan kemanusiaan Kelab Putra 1Malaysia telah selamat tiba di bandar ini kira-kira pukul 6.30 petang semalam (waktu tempatan) dengan bantuan 30 jenis bekalan asas dan perubatan.

Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, bekalan asas itu akan diedarkan mulai hari ini selepas kesukaran untuk berbuat demikian sejurus tiba di lapangan terbang.

"Kami akan ke kawasan pusat bantuan kemanusiaan yang memakan masa kira-kira empat jam perjalanan menaiki kenderaan bersama 11 orang pegawai perubatan untuk memberi bantuan yang diperlukan," katanya.
 
- petikan akhbar

iDAN: Aku pernah dilanggar ribut beberapa kali ketika memancing di tengah lautan. Melihat ombak melonjak ke langit memang rasa kecut perut. Aku sentiasa memeluk tiang bot sebab tak mampu lagi berdiri. Pakaian semua basah kuyup.

Bila terbayang bot pecah aku pasti hanyut atau dimakan ombak; baju keselamatan pun tak nampak dalam bot; jika bertanya tekong bot macam tak kisah pun nanti macam kita tak percaya dia kemudi bot.

Tak dapat dibayangkan jika dengan pintasan elektrik pokok tumbang & rumah roboh. Ini memang amat menyeramkan.

Tasuki Kasbi

Tasuki Kasbi... menulis:
Lelaki memang sering menyakiti hati Wanita tapi Wanita tak mau membalas, bukan kerana tak mampu, tetapi kerana ia terlalu sayang...
Qaseh Eira: nak kate sayang tu tak jugak tp mgkin sebab tak nak menimbulkan masalah sebab lelaki ni terlalu ego (sory kalau ayat sy buat lelaki terasa tapi hakikatnya, mcm tu la)
... Lihat seterusnya..