kuredah hutan ranting rindu bagai dulu... jangan awak calar kaki kasihku

Ketik sini Bantu Blog ini

Sabtu, 12 Julai 2014

CHRISTIANO RONALDO MENANG BALLON D'OR KALI KEDUA


RONALDO MENANG BALLON D'OR KALI KE-2 | PENYERANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo dari Portugal berjaya memenangi anugerah pemain terbaik dunia, Ballon d’Or menerusi aksi cemerlangnya tahun lalu dengan meledak 69 gol dalam 59 perlawanan.
Ia sekali gus menamatkan penguasaan penyerang Barcelona, Lionel Messi dari Argentina yang memenangi anugerah berkenaan selama empat tahun berturut-turut sebelum ini.
Pencapaian hebat Ronaldo itu menyaksikan dia melepasi rekod jaringan terbanyak Real yang dipegang Hugo Sanchez serta menyamai rekod jaringan Portugal yang dipegang Pauleta dengan 47 gol dalam 109 perlawanan antarabangsa.
“Terima kasih semua, rakan sepasukan di Real, skuad kebangsaan Portugal dan keluarga saya. Tak lupa juga buat semua yang berada di sini. Eusebio dan Mandela cukup penting buat saya, saya tak dapat nak cakap apa-apa lagi,” kata Ronaldo sejurus memenangi anugerah tersebut.
Pemilihan dibuat menerusi undian di kalangan jurulatih dan kapten skuad kebangsaan serta wartawan terpilih di kalangan 209 negara anggota FIFA dengan masing-masing perlu memilih tiga pemain pilihan utama mereka.
Dalam persaingan yang cukup sengit itu, Ronaldo berjaya meraih 1,365 undian diikuti Messi 1,205 undian manakala calon terakhir senarai tiga terbaik iaitu Franck Ribery dari Perancis meraih 1,127 undian.
Ini kemenangan kali kedua Ronaldo untuk anugerah tertinggi dunia itu selepas kali pertama berjaya memenanginya, lima tahun lalu sebelum dominasi Messi bermula.
Berikut ialah senarai pemenang lain-lain anugerah yang turut diumumkan pada majlis, awal pagi tadi itu.
Pemain terbaik wanita: Nadine Angerer
Jurulatih terbaik: Jupp Heynckes
Jurulatih wanita terbaik: Silvia Neid
Anugerah khas presiden: Jacque Rogge
Anugerah fair play: Persatuan Bola Sepak Afghanistan
Anugerah gol tercantik Puskas: Zlatan Ibrahimovic – Sweden lwn England
Anugerah Ballon d’Or Prix: Pele
Kesebelasan terbaik dunia FIFA/FIFPro:
Penjaga gol: Manuel Neuer – Bayern Munich
Pertahanan: Philipp Lahm – Bayern Munich
Pertahanan: Sergio Ramos – Real Madrid
Pertahanan: Thiago Silva – PSG
Pertahanan: Dani Alves – FC Barcelona
Tengah: Andres Iniesta – FC Barcelona
Tengah: Xavi Hernandez – FC Barcelona
Tengah: Franck Ribery – Bayern Munich
Penyerang: Cristiano Ronaldo – Real Madrd
Penyerang Zlatan Ibrahimovic – PSG
Penyerang: Lionel Messi – FC Barcelona

Tiada ulasan:

Catat Ulasan