kuredah hutan ranting rindu bagai dulu... jangan awak calar kaki kasihku

Ketik sini Bantu Blog ini

Khamis, 24 Julai 2014

Kongsi Gambar Kekasih Di Instagram, Eina Azman Didakwa Rampas Tunang Orang

April 3rd, 2014 | by Yusmirnadia
 
Isu & Kontroversi
Kongsi Gambar Kekasih Di Instagram, Eina Azman Didakwa Rampas Tunang Orang
Masih ingat lagi tak gosip percintaan antara Eina Azman dan Afiq Muiz suatu ketika dulu? Walaupun banyak gambar mesra mereka tersebar namun kedua-duanya tidak pernah mengaku menjalin hubungan cinta.
Malah pada bulan Mei 2013, dua pelakon baru ini menggemparkan industri hiburan apabila ibu Afiq mendakwa mereka bersekedudukan. Tidak cukup dengan itu, Eina juga digelar kaki kikis sekaligus menyebabkan Afiq dan ibunya bermusuhan.

Dek kerana kontroversi itu juga, ibu Eina pernah mengeluarkan kenyataan tidak mahu merestui jika anak perempuan kesayangannya itu mahu berkahwin dengan Afiq.


Bagaimanapun setelah krisis berkenaan berlanjutan hingga Afiq dilabel sebagai anak derhaka oleh orang ramai, gosip cinta mereka semakin susut dan kedua-duanya dilihat jarang berkongsi foto berdua di laman sosial.
Kongsi Gambar Kekasih Di Instagram, Eina Azman Didakwa Rampas Tunang Orang
Terbaru, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakira Azman kini dikatakan menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki berdasarkan kepada gambar-gambar yang dikongsikan di laman Instagram baru-baru ini.
Baguslah jika Eina sudah bertemu lelaki yang mencintainya, namun apa yang mengejutkan ialah jejaka berkenaan dipercayai masih bergelar tunangan orang.

Kongsi Gambar Kekasih Di Instagram, Eina Azman Didakwa Rampas Tunang Orang
Kredit foto, Forum Cari

Menerusi gambar yang dikongsikan di sebuah forum, terdapat dua wanita meninggalkan komen pada foto tersebut dan membongkar status serta mendakwa lelaki berkenaan adalah tunangan orang.

Kongsi Gambar Kekasih Di Instagram, Eina Azman Didakwa Rampas Tunang Orang
Difahamkan, lelaki yang menggunakan nama akaun @dvjgmix di Instagram itu dipercayai seorang DJ dan telah mengikat tali pertunangan dengan gadis bernama Yan Oyien pada 10 November 2012.

Barangkali Eina sendiri tidak tahu mengenai status sebenar lelaki berkenaan sebelum atau semasa mereka menjadi pasangan kekasih.

Apapun, kami akan cuba mendapatkan penjelasan daripada Eina agar persoalan ini dapat dirungkai secepat mungkin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan