Kes rumahtangga pelakon yang turut dikenali sebagai usahawan belacan ini
menjadi panas apabila dia mengaku membuat laporan polis bahawa
isterinya, Lizda Nuryanti Abidin lari mengikut lelaki lain dan hanya
disedari ketika dia bangun untuk bersahur beberapa hari lalu.
Nampaknya mungkin kerana terlalu tertekan, Ezany dilihat berkongsi
perasaan dan perkembangan terbaru kes isterinya dan lelaki tersebut
menerusi laman sosial Facebook.
Hari ini sahaja, Ezany telah memuatnaik beberapa pos termasuk gambar
isterinya bersama seorang lelaki dipercayai pihak yang didakwa telah
melarikan isterinya selain menceritakan apa telah berlaku pada dirinya.
Selain itu, Ezany dipercayai telah pergi mencari lelaki tersebut di tempat kerjanya berdasarkan satu lokasi yang dikongsikan.
Tak dinafikan, memang terlalu hebat dugaan yang terpaksa dilalui oleh
Ezany pada bulan ramadhan ini namun diharapkan beliau tidak mengikut
perasaan marah kerana Islam telah menyediakan garis jelas apa perlu
dilakukan suami isteri apabila berlaku masalah rumah tangga.
Justeru diharapkan segala-galanya dapat diselesaikan dengan baik apatah
lagi Ezany dan isteri mempunyai dua cahaya mata bersama yang perlu
difikirkan agar mereka tidak menjadi mangsa keadaan - Mynewshub.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan