Sembilan tahun bergelumang sebagai anak seni, juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Asmawi Ani atau Mawi, 33, puas melewati pelbagai onak dan ranjau yang membuatnya akur supaya sentiasa berpijak di bumi nyata.
Semua pengalaman itu mematangkan anak kelahiran Felda Taib,
Andak, Kulai, Johor itu untuk menilai antara kaca dan permata, serta
melihat sesuatu dalam perspektif yang lebih besar.
Baginya, setiap apa dimiliki hanya pinjaman yang bersifat sementara justeru, Mawi tidak berkecil hati apabila era kegemilangannya dilihat ramai sudah berlalu.
Selesa dengan kesederhanaan yang dijalaninya hari ini, Mawi berkata, dia tidak lagi memikirkan soal populariti kerana keutamaannya kini adalah meneruskan minat
terhadap nyanyian.
Pernah memperlahankan aktiviti seni hampir tiga tahun untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan, Mawi bersyukur apabila gandingannya bersama Datuk AC Mizal menerusi Al-Haq (Yang Satu) melonjakkan semula namanya.
“Sebelum ini saya pernah keluar bersama beberapa single, termasuk Menanti Hikmah dan Termolek yang dicipta Datuk M Nasir tetapi kurang mendapat sambutan.
“Komposer Sheikh Qalam mencadangkan saya supaya bergabung dengan AC Mizal untuk lagu ciptaan Jeff (A2Z) itu. Saya melihat gandingan itu sebagai usaha yang baik.
“Alhamdulillah ia mendapat sambutan kerana tidak mudah untuk mencari lagu yang diterima ramai. Saya bernasib baik Al-Haq (Yang Satu) muncul ketika peminat dahagakan lagu seperti ini,” katanya.
Di luar jangkaannya, Al-Haq (Yang Satu) turut membawa tuah apabila gandingan mereka turut membolosi Top 5 kategori Grup/Duo MeleTOP, Anugerah MeleTOP Era yang akan berlangsung pada 8 Februari ini.
Kejayaan itu kata Mawi, mendorongnya untuk melipatgandakan usaha mencari material yang baik supaya kekal bertahan dalam industri.
“Bukan menjauhi publisiti cuma beberapa tahun lalu, saya memberikan lebih fokus kepada perniagaan. Disebabkan bisnes itu masih baru, banyak perkara perlu diselesaikan.
“Pada masa sama, saya tetap menerima tawaran menyanyi. Saya juga berusaha mencari material yang sesuai. Sebenarnya ketika muncul dengan Termolek, saya menaruh harapan single itu diterima ramai tetapi sebaliknya terjadi. Lagu itu kurang diberi perhatian.
“Kebetulan kontrak bersama Astro Entertainment berakhir Ogos lalu, jadi saya memerlukan sedikit masa untuk menyusun semula rencana kerjaya termasuk aktiviti nyanyian.
“Alhamdulillah semuanya sudah kembali seperti biasa. Kehidupan saya kini lebih teratur, malah saya sudah dapat membahagikan masa untuk bisnes, keluarga dan nyanyian,” katanya.
Lebih tahu apa dimahukan
Tidak perlu melatah dengan persepsi umum, Mawi mengakui selesa apabila tidak terlalu diberi perhatian meskipun sesekali, hatinya terusik terutama apabila mengimbas memori selepas muncul juara AF3.
“Sudah sembilan tahun dalam industri, tiada apa lagi yang perlu dikejar. Dulu saya terlalu mentah, menurut membuta-tuli kerana tiada pengalaman tetapi kini saya semakin matang.
“Saya lebih tahu apa yang dimahukan. Tuhan sentiasa membantu ketika saya terumbang-ambing menerima perubahan dalam diri. Mujur ketika berada di puncak populariti dulu, saya sentiasa beringat.
“Allah juga mempertemukan saya dengan mereka yang ikhlas. Mereka sentiasa memberi nasihat, malah selalu mengingatkan saya supaya menyimpan wang dan melabur untuk masa depan,” katanya.
Mawi berkata, kehidupannya masih stabil terutama apabila perniagaan yang ditubuhkan bersama isterinya, Ekin iaitu Unequein yang memfokus kepada pemakanan kesihatan dan kecantikan mendapat sambutan.
Dilancarkan pada November 2012, Mawi berkata, dia dan isterinya melakukan pelbagai penyelidikan selama beberapa tahun supaya produk yang dihasilkan mampu berdaya saing di pasaran terbuka.
Rezeki yang dianugerahkan Allah itu tidak hanya dinikmati sendiri sebaliknya Mawi turut berkongsi bersama beberapa rakan artis untuk memajukan diri.
“Saya pernah bekerjasama dengan Shuib (Sepahtu) dalam penghasilan kopi dan selepas ini menyertai Along (Cham) untuk satu lagi produk minuman.
“Bersama Ekin, kami memperluaskan perniagaan dengan memperkenalkan rekaan baju Melayu Al-Haq, kemeja dan abaya yang direka khas isteri.
“Berkat kesungguhan, kami berjaya membuka ruang pameran di pameran di Bangi, Selangor dan mempunyai kilang di Kedah,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan