kuredah hutan ranting rindu bagai dulu... jangan awak calar kaki kasihku

Ketik sini Bantu Blog ini

Rabu, 23 Julai 2014

Keselamatan atlet terjamin

KHAIRY Jamaluddin bergambar bersama pramugari-pramugari Malaysia Airlines sebelum berlepas ke Glasgow, Scotland untuk menghadiri Sukan Komanwel di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, semalam. - Gambar dipetik daripada Facebook milik Khairy
 
SEPANG - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin meminta atlet kebangsaan yang akan berangkat ke Glasgow, Scotland untuk menyertai Sukan Komanwel bermula 23 Julai ini agar tidak berasa bimbang terhadap jaminan keselamatan sepanjang perjalanan mereka ke benua Eropah itu.

Beliau berkata, segala tindakan yang perlu, telah pun diambil oleh badan antarabangsa bagi mengawal selia penerbangan awam ekoran tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH17 yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal.

"Setakat ini, 109 daripada 269 kontinjen kita yang terdiri daripada atlet dan juga pegawai telah tiba di Glasgow dan selebihnya seperti skaud renang, tinju dan beberapa lagi pasukan lain akan tiba pada hari esok dan juga lusa. Saya percaya tidak akan ada apa-apa masalah dari segi keinginan mereka untuk menaiki pesawat.

"Bagi saya, walaupun insiden yang sedih ini telah berlaku, tetapi tidak akan menjejaskan dan mengganggu perjalanan atlet kita ke Glasgow dan sebahagian besarnya telah sampai di sana," katanya ketika ditemui pemberita sebelum berlepas ke Scotland di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Khairy berada di Glasgow selama tujuh hari bagi memantau perkembangan atlet kebangsaan yang menyertai Sukan Komanwel dan pada 30 Julai, timbalannya, Datuk M. Saravanan pula yang akan berangkat ke sana.
Malaysia yang membawa 135 atlet elit, lima atlet pelapis serta 30 atlet luar program (104 lelaki dan 75 wanita) ke Glasgow, akan mengambil bahagian dalam 130 acara dan bersaing dengan 70 negara lain.

Dalam masa yang sama, beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada ahli-ahli keluarga mangsa dan juga seluruh rakyat Malaysia yang bersedih setelah terpaksa berdepan dengan tragedi yang cukup memilukan apabila pesawat MAS, MH17 ditembak jatuh di Ukraine, Khamis lalu.

"Saya harap mereka tabah, sabar dan redha menerima apa yang telah berlaku dengan tragedi yang begitu sedih sekali. Mereka yang terlibat sama ada kumpulan pengganas Ukraine atau Rusia mesti beri kerjasama dan siapa yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan.

"Bagi saya tiada maaf kepada mereka yang bertanggungwajab sebab ini adalah tindakan membunuh daripada kumpulan pengganas," katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan