kuredah hutan ranting rindu bagai dulu... jangan awak calar kaki kasihku

Ketik sini Bantu Blog ini

Sabtu, 12 Julai 2014

REAKSI OBAMA MAKAN BUDU

OBAMA MAKAN BUDU
5 REAKSI BARACK OBAMA MAKAN BUDU | Dalam menanti kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama membuat lawatan pertama ke Malaysia selama tiga hari ini, kita tanyakan kepada para pembaca, apa yang anda ingin melihat Presiden Obama mencuba semasa berada di Kuala Lumpur. 
Semestinya bukan perkara yang boleh didapati di negara Asia lain dan menariknya jawapan yang diberikan adalah ramai ingin melihat Presiden Obama makan budu!
Mereka yang berasal dari negeri Kelantan mesti bangga dengan hasil survey ini.
Kami tidak pasti seandainya makan malam yang bakal dihadiri Obama malam ini akan menghidangkan budu (yalah, takut sakit perut pula warga Amerika Syarikat), tetapi kita fikirkan sendiri bagaimana rupanya reaksi yang pasti diberikan Presiden Obama jika dihidangkan budu.

Andaikan Presiden Obama ditanyakan dahulu samada beliau sanggup mencuba budu. Untuk menjaga hati tuan rumah, Obama pasti akan setuju.
OBAMA MAKAN BUDU
"I love Malaysian food. Of course I'll try!"
Mula-mula cium bau sebelum makan. Nampaknya Presiden sudah berfikir dua kali samada ingin menelan budu atau tidak.
BARACK OBAMA MAKAN BUDU
"It smells weird"
Sebagai seorang suami mithali, semestinya Obama akan rujuk kepada isteri tersayang, haruskah beliau mencuba hidangan budu? Boleh bayangkan perbualan antara Barack dan Michelle, "Darling, I macam tak sure nak makan ke tak. Bau dia pelik sangat lah babe."
BARACK OBAMA MAKAN BUDU
"Saya kena tanya Michelle dahulu"
Michelle mungkin marahkan Barack kerana telefon waktu beliau sedang tidur. Jadi Barack pun dengan relanya mencuba sesudu budu bercampur nasi.
BARACK OBAMA MAKAN BUDU
"OK here we go."
President approves. Ternyata budu Kelantan produk terbaik milik Malaysia.
BARACK OBAMA MAKAN BUDU
"It ain't that bad after all."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan