Belum
pun selesai isu isteri meminta cerai, pelakon dan juga usahawan Ezany
Nizariff sekali lagi diuji apabila isterinya itu dilaporkan telah
dilarikan lelaki dikenali pada pada 17 Julai lalu.
Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zani Mohd Nizariff membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Serdang semalam bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
BACA: Ezany Nizariff Akur Isteri Minta Cerai, Jawab Spekulasi DI Internet
Kejadian itu berlaku sekitar jam 4.30 pagi apabila Ezany ingin bangun bersahur dan mendapati isterinya sudah tiada dan percaya isterinya itu keluar dari rumah kerana pintu hadapan rumahnya di tingkat bawah juga tidak berkunci.
“Selepas kejadian itu, saya cuba menghubunginya beberapa kali namun tidak berjaya. Saya turut menghubungi kampung keluarganya di Labuan, Sabah, namun mereka memaklumkan isterinya tidak berada di sana,” ujarnya kepada Harian Metro.
Ezany turut berkata beliau tidak ada pilihan lain selain membuat laporan polis apabila isterinya itu tidak pulang ke rumah sehingga semalam (20 Julai 2014). Bertabahlah Ezany. (rtky/m)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan