Ogos 03, 2014
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu
menghadiahkan satu lot tanah serta wang tunai berjumlah RM10,000 kepada
atlet angkat berat negara, Mohd Hafifi Mansor yang menyumbang emas
pertama negara pada temasya Sukan Komanwel ke-20 di Glasgow, Scotland.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pihaknya telah mengenal pasti tanah lot banglo di kawasan Tok Jembal untuk diserahkan kepada anak Terengganu kelahiran Seberang Takir yang berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Menurutnya, pemberian tanah itu juga selari dengan hasrat wira negara itu yang ingin pulang ke Terengganu untuk mencurahkan bakti di tanah air.
"Proses pemberian tanah akan selesai dalam tempoh dua hingga tiga minggu dan selepas itu kita akan serahkan tanah tersebut kepada badang Terengganu ini.
"Sebelum ini saya ada terbaca kenyataan Hafifi yang ingin pulang ke kampung halaman untuk menjadi jurulatih sukan angkat berat dan saya rasa hadiah ini paling sesuai bagi Hafifi untuk terus menetap di negeri kelahirannya,” katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan Mohd Hafifi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini hari ini.
Wira negara berusia 24 tahun itu juga diarak menggunakan kenderaan pacuan empat roda mengelilingi Bandar Kuala Terengganu dari LTSM.
Bagi merealisasikan impian Mohd Hafifi, Ahmad Razif berkata kerajaan akan membantu pemenang pingat emas bagi kategori 69 kilogram itu menjadi jurulatih dengan membuka pusat latihan angkat berat melatih anak tempatan menceburi sukan itu.
Katanya kejayaan yang dikecapi Mohd Hafifi juga membuktikan Terengganu mampu melahirkan atlet sukan angkat berat di negeri itu pada masa hadapan dan sehubungan kejayaan atlet itu, sukan angkat berat akan diberi penekanan dalam melahirkan lebih banyak atlet dalam acara berkenaan.
Jelasnya kejayaan yang membanggakan itu juga sekali gus menjadikan anak muda ini sebagai ikon kepada para belia.
Menurutnya kerajaan negeri juga bersedia memberikan kemudahan dan keperluan yang lain kepada Mohd Hafifi untuk mengulangi kejayaan seperti Sukan Olimpik pada masa akan datang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan