KUALA LUMPUR:
Syarikat Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) memaklumkan satu
kemalangan telah berlaku di sebuah tapak pembinaan rel MRT berhampiran
bekas Institut Penyelidikan Getah Malaysia berhampiran Kota Damansara di
Petaling Jaya pada Isnin.
Dalam kenyataannya, MRT Corp berkata sebuah jambatan konkrit sepanjang 38 meter dan seberat 300 tan yang dalam pembinaan telah tertanggal dari tiang dan terjatuh.
MRT Corp turut mengesahkan bahawa tiga pekerjanya dipercayai terperangkap di bawah runtuhan konkrit.
Tiga pekerja terbabit adalah warga negara Bangladesh yang dikenali sebagai Mohamad Faruk Khan, Mohammad Elahi Hossain dan Mohammad Alauddin Mollik.
Kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 8.30 malam tadi.
MRT turut memaklumkan tiada orang awam yang terbabit dalam kemalangan berikutan tapak kemalangan tidak boleh dilalui sebarang kenderaan awam.
Lokasi kejadian adalah berhampiran Stesen MRT Kwasa Damansara yang dalam pembinaan.
Siasatan kini sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Susulan itu juga semua kerja-kerja pembinaan di laluan Pakej V1 yang dikendalikan Syarikat Muhibbah Perniagaan dan Pembinaan Sdn Bhd. telah digantung sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan MRT Corp kelak.
Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Azhar Abdul Hamid yang berada di lokasi melahirkan rasa kecewa dengan insiden.
“Meskipun siasatan masih dijalankan, pihak MRT Corp mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kemalangan itu. Sejurus siasatan selesai, tindakan sewajarnya akan diambil,” kata Azhar.
Awal malam tadi menerusi tweet-nya, MRT Corp memaklumkan pasukan bertindak iaitu polis serta pasukan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat telah digerakkan dan diletakkan keadaan bersedia di lokasi kemalangan.

Mayat pertama runtuhan konkrit MRT berjaya dikeluarkan
KUALA LUMPUR: Mayat pertama daripada tiga mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan konkrit pembinaan projek landasan MRT berjaya dikeluarkan.
Mayat mangsa dikenali sebagai Mohammad Elahi Hossain, 27 tahun pada pukul 2.30 pagi tadi.
Kejadian berlaku kira kira pukul 8.30 malam semalam ketika mangsa berada di atas span konkrit yang sedang dipindahkan.
Span seberat 300 tan itu tiba-tiba jatuh dan kesemua mangsa jatuh dari ketinggian 20 meter sebelum blok berkenaan menghempap mereka.
Tiga jentera bersama 30 anggota bomba dari Sungai Buloh, Taman Tun Dr. Ismail dan Damansara dikejarkan ke tempat kejadian.
Pasukan penyelamat kini masih menumpukan usaha bagi mengeluarkan dua lagi mangsa yang tertimbus.
Struktur span bagi membina landasan MRT terdiri daripada 14 blok konkrit.

iDAN: Sedih mereka ini mencari rezeki merantau jauh. Tanpa mereka bumi kita pasti tak semaju mana. Anak bangsa kita lebih memilih kerja yang tidak melibatkan kontrak mega sebegini. Keselamatan pekerja perlu diutamakan. Saya sering juga lalu di sekitar projek ini... melihat konkrit yang tergantung di mana kenderaan awam lalu lalang di bawahnya amat ngeri.
Apakata jika konkrit ini satu hari nanti menimpa VVIP alahai simpangkanlah oleh Malaikat pun Allah nan Esa. Sekecil-kecil pekerja MRT ini jasa mereka tetap dikenang oleh generasi akan datang. Takziah buat keluarga mangsa. Agar mereka mendapat pampasan yang setimpal dengan nyawa mereka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan