Kebanyakan
rakyat Malaysia tidak mengetahui kos sebenarnya projek KLCC, yang
merangkumi pembinaan Menara Kembar Petronas dan bangunan-bangunan serta
segala infrastruktur lain disekitar tanah bekas lumba kuda di Jalan
Ampang itu.
Surat
khabar “Harakah” dalam satu keluaran lalu ada menyebut bahawa kos
Menara Kembar itu ialah RM 1.8 bilion. Ada akhbar lain pula menyebut RM
4.8 bilion sebagai kos KLCC keseluruhannya. Jangkaan-jangkaan ini adalah
jauh sekali dari angka sebenarnya, iaitu HAMPIR RM 10 BILION.
Perkara
ini perlu didedahkan kepada rakyat Malaysia, kerana ia melibatkan
pembaziran wang Petronas yang amat banyak, dan Petronas adalah,
sebenarnya, kepunyaan rakyat. Fakta-faktanya adalah seperti berikut:-
1. SIAPA SEBENARNYA YANG KONTROL PETRONAS?
Sungguhpun
saham Petronas dipegang oleh Kementerian Kewangan Inc (99%), dan
Menteri Kewangan (1%), apabila orang-orang pergi mengadu kepada
Dato’Seri Anwar Ibrahim, sebagai Menteri Kewangan dan TPM pada masa itu,
yang projek KLCC itu adalah satu pembaziran besar, beliau dilaporkan
telah menjawab lebihkurang seperti berikut, “
Adalah
satu pengetahuan umum bahawa perlantikan Pengerusi, Pengarah-Pengarah,
Presiden, dan Naib-Naib Presiden Petronas perlu kelulusan Perdana
Menteri (secara lisan atau bertulis, saya tidak tahu). Mana-mana dari
mereka yang ingkar dengan kehendak PM sudah tentu tidak boleh bertahan
lama.
2. ADAKAH PETRONAS PERLU PROJEK KLCC ?
Jawabnya
TIDAK, kerana Petronas sudah ada Dayabumi, dan telah pun membeli dua
bidang tanah besar untuk dijadikan tapak pejabat tambahan bila perlu
untuk menempatkan kakitangan-kakitangannya yang kian bertambah, dan yang
sedang menyewa ruang pejabat di beberapa bangunan di sekitar bandaraya
KL.
Satu
bidang tanah itu terletak di persimpangan Jalan Tun Razak-Jalan Bukit
Bintang yang diberi nama “ Prince Court “, dan yang satu lagi ialah
bekas tapak British Council di Jalan Ampang di belakang Yow Chuan Plaza.
Lagi
pun, pihak Pegurusan Petronas telah beberapa kali sebelum itu
mengumumkan dengan tegasnya kepada kakitangan bahawa hartanah tidak
termasuk dalam senarai perniagaan asas (“core business”) syarikat,
apabila kakitangan meminta mengekalkan atau menambah perumahan yang
disediakan untuk keperluan kakitangan di Kerteh, Bintulu, dan lain-lain,
di mana tidak cukup rumah-rumah untuk disewa dengan harga sederhana.
Malah rumah-rumah syarikat yang sedia ada telah dan akan dijual, tanpa mempedulikan rayuan kakitangan, atas alasan hartanah bukan “core business” Petronas.
Malah rumah-rumah syarikat yang sedia ada telah dan akan dijual, tanpa mempedulikan rayuan kakitangan, atas alasan hartanah bukan “core business” Petronas.
Jadi
kita boleh buat kesimpulan bahawa keputusan Lembaga Pengarah Petronas
untuk melabur secara besar-besaran dalam projek hartanah yang digelar
KLCC itu adalah atas desakan orang yang lebih berkuasa dari pihak
Pengurusan Petronas, iaitu PM.
3. BAGAIMANA CARA PETRONAS DIPAKSA MEMAJUKAN KLCC?
Petronas
terpaksa memajukan KLCC melalui sebuah syarikat bernama KLCC Holdings
yang sahamnya dipegang oleh Petronas (51%), sebuah syarikat ANANDA
KRISHNAN (40% lebihkurang), dan sebuah syarikat lagi (saya tidak ingat
namanya, tetapi kepunyaan kroni jua).
Ananda Krishnan adalah seorang kroni Dr Mahathir yang besar.
Hampir
semua wang untuk membiayai projek pembaziran ini datang dari Petronas,
samada sebagai sumbangan ekuiti atau sebagai pinjaman; ANANDA KRISHNAN
sebagai pengambil untung saja.
4. BAGAIMANA KOS KLCC NAIK SAMPAI HAMPIR RM 10 BILION?
4.1 KOS TANAH: RM 900 JUTA
Petronas telah diarahkan membeli tanah bekas gelanggang lumba kuda dari syarikat kepunyaan ANANDA KRISHNAN dengan harga RM 900 JUTA, walaupun ANANDA KRISHNAN telah membeli tanah pertanian itu dengan harga lebihkurang RM 300 juta hanya setahun sebelum itu, dan telah tukar syarat kegunaan kepada komersial.

Jika ditolak kos penukaran syarat, serta faedah keatas pinjaman wang dari bank, kita boleh jangkakan bahawa ANANDA KRISHNAN telah diberi keuntungan tidak kurang dari RM 400 JUTA oleh Dr Mahathir, melalui Petronas.
Untuk
menutup peranannya dalam hal ini, semua arahan PM kepada Petronas
adalah secara lisan, dan Lembaga Pengarah Petronas didesakkan
meluluskannya dengan rasmi, lengkap dengan kertas cadangan yang
menggambarkan keuntungan yang bakal diperolehi Petronas dari projek KLCC
itu.
Harga
RM 900 juta ini dibayar secara tunai oleh Petronas melalui sekeping cek
sahaja, setelah dituntut dengan cara tergesa-gesa oleh ANANDA KRISHNAN
sendiri, yang datang ke Dayabumi dengan seorang pegawainya untuk tujuan
tersebut, pada suatu hari masa Pengerusi dan Presiden Petronas tidak ada
dalam negeri.
Ada sumber yang menyatakan Ananda Krishnan tidak pernah mahu menjual tanah beliau biarpun ditawarkan semahal mana. Beliau hanya memanjak sahaja tanah tapak menara ini. Pasti ada yang boleh memberikan pencerahan. Yang pasti semua tahu Ananda Krishanan sememangnya seorang jutawan.
4.2 KOS MENARA KEMBAR SAHAJA: HAMPIR RM 4 BILION
Kos bangunan tertinggi di dunia ini dalam keadaan kosongnya sahaja ialah RM 2.3 BILION, sebelum termasuk kos persiapan dan pemasangan alat-alat di sebelah dalam, yang menelan belanja lebihkurang RM 1 BILION lagi.

Konsortium untuk Menara Satu termasuk sebuah syarikat yang dipegangi oleh SEORANG IPAR PEREMPUAN KEPADA DR MAHATHIR.
Konsortium untuk Menara Dua mempunyai syarikat yang dipegangi oleh SEORANG IPAR LELAKI KEPADA DR MAHATHIR.
Selain
daripada itu, semua anak-anak syarikat Petronas yang berpindah ke
Menara Satu tidak dibenarkan membawa atau membeli perabot sendiri, malah
dipaksa membeli “workstation” dari SYARIKAT ARTWRIGHT, yang dipunyai
majoritinya oleh MIRZAN BIN MAHATHIR, anak kesayangan Siti Hasmah, saya
dengar.
Dengan harga RM 10,000 tiap-tiap sebuah “workstation”, dan memandangkan ada lebihkurang 5,000 kakitangan Petronas di Menara Satu, maka kontrak ini bernilai lebihkurang RM 50 JUTA.
Dari segi mutu,harga ini dianggap ramai sebagai luarbiasa tingginya. Selain daripada “workstation”, bilik pengurus -pengurus dilengkapi dengan perabut dari luar negeri dan harga yang dikenakan kepada Petronas ialah RM 70,000 sebilik.

pengurus besar-pengurus besar pula RM 138,000 sebilik; dan untuk
Naib-Naib Presiden, Presiden dan Pengerusi pula tentulah lebih tinggi
lagi (ma’af, saya tidak ada maklumat tepat).
Selain daripada itu ada beratus bilik mesyuarat, yang pelbagai nilai perabutnya. Jika dicampur dan didarabkan semua bilik-bilik ini, maka kita mendapati kontrak yang bernilai LEBIH DARI RM 200 JUTA, terutama sekali kalau diambil kira perabut untuk ARAS 86, DI MANA DIBINA KHAS UNTUK DR MAHATHIR SEBUAH PEJABAT, BILIK TETAMU, BILIK MESYUARAT, dll.
Siapa punya syarikat pembekal perabut-perabut ini, saya tidak tahu, tetapi dari segi harga yang amat luarbiasa tingginya yang Petronas telah terpaksa membayar, kemungkinan besar mereka terdiri dari suku sakat atau kroni Dr Mahathir.

Dari
satu sudut, mengadakan PEJABAT UNTUK DR MAHATHIR di aras 86 Menara Satu
JELAS SATU LAGI PEMBAZIRAN, kerana dilaporkan menelan perbelanjaan
berjuta Ringgit.
Tak cukupkah yang mewah di Putrajaya tuh? Dari sudut lain, ianya perlu untuk memberi keuntungan besar lagi kepada sukusakat dan/atau kroni.
Tak cukupkah yang mewah di Putrajaya tuh? Dari sudut lain, ianya perlu untuk memberi keuntungan besar lagi kepada sukusakat dan/atau kroni.
Tiap-tiap satu menara Petronas ini mempunyai luas lantai yang berjumlah 1.85 juta kakipersegi.
(kpsg)
Di Menara Satu, hampir tiap-tiap aras dipasangkan dengan permaidani
(yang dikatakan susah terbakar) yang berharga RM 70-90 tiap satu kpsg (
sungguh terkejut manusia apabila mendengarnya!!).
Kalaulah hanya 1.5 juta kpsg dihiaskan dengan permaidani ini, maka kontrak pembekalan dan pemasangannya bernilai lebih RM 100 JUTA.
Ramai kakitangan Petronas menyebut-nyebut bahawa syarikat-syarikat pembekal itu dipunyai oleh ANAK-ANAK MAHATHIR.
Tidak
ada maklumat tentang permaidani di Menara Dua; Petronas ada satu anak
syarikat sahaja yang menduduki disitu. Ruang lain samada disewa kepada
syarikat lain atau masih kosong ----
KEBANYAKANNYA MASIH KOSONG KERANA TIDAK LAKU DISEWA!!
Di Aras
41, 42, dan 43 terdapat MALAYSIAN PETROLEUM CLUB, yang amat mewah
sekali perhiasannya, menelan belanja berpuluh juta ringgit
(dengar-dengarnya, lingkungan RM 30 JUTA).
4.3 KOS TAMAN KLCC: RM200 JUTA
Yang peliknya konsultan dari Brazil yang diberi kontrak untuk merekabentuk dan membina taman seluas 50 ekar ini. Pada mulanya semua pokok yang ditanam diimport dari Brazil, dan semuanya MATI. Jadi akhirnya diganti dengan pokok tempatan.

Tentulah
lebih murah jika pakar dan pokok tempatan digunakan. Lagipun, kos
penyenggaraan taman ini dilaporkan sebanyak RM7 JUTA SEBULAN !!
Kalau
kroni tidak terlibat, masakan sebuah pokok pinang, mithalnya, yang
biasanya berharga RM200-300, dikenakan harga RM1,200 kepada KLCC.
4.4 KOS DEWAN SIMFONI FILARMONIK: RM500 JUTA
Dewan ini amat canggih dan tinggi mutunya. Lebih seratus ahli muzik asing digajikan oleh Petronas, sehingga kos bersih operasi sebulan mencapai RM5 JUTA !!.
Dewan ini amat canggih dan tinggi mutunya. Lebih seratus ahli muzik asing digajikan oleh Petronas, sehingga kos bersih operasi sebulan mencapai RM5 JUTA !!.
4.5 KOS LOJI “GAS DISTRICT COOLING (GDC)”: RM300 JUTA
Loji ini dibina untuk menjana elektrik untuk KLCC, dan air sejuk untuk alat-alat hawa dingin bagi seluruh KLCC. Sekarang sedang diperbesarkan lagi dengan belanja lebihkurang RM80 juta.
Loji ini dibina untuk menjana elektrik untuk KLCC, dan air sejuk untuk alat-alat hawa dingin bagi seluruh KLCC. Sekarang sedang diperbesarkan lagi dengan belanja lebihkurang RM80 juta.
4.6 BAGAIMANA BAKI LEBIH DARI RM4 BILION DIBELANJAKAN?
Ini merangkumi membiayai kos bangunan-bangunan dan infrastruktur berikut:-
Ini merangkumi membiayai kos bangunan-bangunan dan infrastruktur berikut:-
? bangunan pejabat Esso (40 tingkat);
?
bangunan hotel Mandarin Oriental (yang amat mewah bertaraf
antarabangsa; berpuluh tingkat); kos dianggap beberapa ratus juta
Ringgit;
? bangunan pencakar langit MAXIS, untuk kegunaan syarikat Ananda Krishnan;
? bangunan kompleks membeli-belah KLCC SURIA;
? kemudahan letak kereta bawah tanah 5-tingkat, untuk 5,000 kereta;
?
rangkaian jalan di atas dan di bawah tanah serta terowong untuk
menghubungkan KLCC dengan Jalan Tun Razak, Jalan P Ramlee, Jalan Pinang,
Jalan Ampang, serta dengan lebuhraya baru yang sedang dibina di atas
Sungai Kelang (melalui terowong terus ke tempat letak kereta bawah tanah
KLCC), termasuklah peningkatan taraf sebahagian Jalan P. Ramlee, dan
beberapa jalan baru di sekeliling KLCC;.
?
Sebuah masjid saiz sederhana yang berhawa dingin (pada mulanya Ananda
Krishnan tidak bersetuju dengan pembinaan mesjid ini, kononnya tidak
membawa keuntungan kepada KLCC Holdings !!).
Adalah
dilaporkan banyak juga perbelanjaan tambahan dari kos asal yang perlu
dikeluarkan oleh KLCC Holdings kerana banyak pertukaran dibuat kepada
bangunan-bangunan dan infrastuktur.
5. MENGAPAKAH KAKITANGAN PETRONAS DIPAKSA MENDUDUKI MENARA KEMBAR DALAM KEADAAN BELUM SIAP DAN MERBAHAYA?
Ini
menjadi tandatanya, kerana ramai kakitangan Petronas telah diarahkan
berpindah dari Dayabumi pada masa Menara Kembar masih lagi belum siap,
dan tiada siapa yang sedang menunggu untuk mengambilalih ruang pejabat
mereka di Dayabumi itu.
Hasilnya ramai dari mereka mengalami banyak peristiwa cemas dan ngeri apabila kerap terperangkap dalam lif dalam keadaan gelap dan lemas, daripada beberapa minit sehingga satu jam setengah!!
Hasilnya ramai dari mereka mengalami banyak peristiwa cemas dan ngeri apabila kerap terperangkap dalam lif dalam keadaan gelap dan lemas, daripada beberapa minit sehingga satu jam setengah!!
Mereka
terpaksa bekerja dalam keadaan bising dan berhabuk kerana kerja-kerja
menyiapkan bangunan itu masih berjalan dengan rancaknya, dan menanggung
kesulitan-kesulitan lain seperti kegagalan alat komunikasi, sistem
komputer, dan juga kesulitan makan dan minum.
Memang
diketahui ramai, pembinaan Menara Kembar itu telah jauh terlewat dari
jadual yang telah dikontrakkan. Maka biasanya kontraktor kena bayar
denda. Tetapi sukusakat Dr Mahathir mempunyai kepentingan dalam
kontrak-kontrak ini.
Jadi apa nak buat?
Satu teori mengatakan bahawa satu jalan keluar ialah untuk Petronas menduduki menara-menara itu lebih awal maka, dari segi kontrak, dapat diibaratkan tiada kelewatan.
Jadi apa nak buat?
Satu teori mengatakan bahawa satu jalan keluar ialah untuk Petronas menduduki menara-menara itu lebih awal maka, dari segi kontrak, dapat diibaratkan tiada kelewatan.
Pihak
Pengurusan Petronas biasanya amat prihatin dengan keselamatan
kakitangannya, sehingga rela mengeluarkan perbelanjaan yang amat banyak
demi keselamatan kakitangan, orang awam, dan juga alam sekitar.
Inilah satu-satunya nilai terpuji yang telah menjadi adat resam Petronas dari dahulu lagi. Jadi mengapakah pihak Pengurusan Petronas bersetuju mengambil risiko yang sebegitu rupa pada kali ini? Tentulah ada sesuatu luar biasa yang menekan pihak Pengurusan Petronas.

6. BERAPAKAH KOS PENYENGGARAAN/OPERASI KLCC SETAHUN?
Dengar-dengarnya,
lebihkurang RM 250 JUTA SETAHUN melibati Menara Kembar dll (RM9 juta
sebulan), Taman KLCC (RM7 juta sebulan), dan gaji ahli muzik asing (RM5
juta sebulan). (Orang Petronas/KLCC diminta perbetulkan jika silap.)
Kalau tak silap, perbelanjaan tahunan beberapa negeri diSemenanjung ini tidak sampai ketahap ini !!
APAKAH MANFAAT KEPADA NEGARA JIKA PROJEK KLCC TIDAK WUJUD?
1.
Petronas mungkin tidak perlu meminjam wang sebanyak RM 10 bilion.
Mengikut Laporan Tahunan Petronas terkini, hutang Petronas sekarang
berjumlah RM30 bilion.
2.
Wang RM10 bilion boleh membiayai 1,000 km lebuhraya, atau 30-40 buah
universiti, atau 40-50 hospital besar, atau 1,000 sekolah rendah, atau
350,000-400,000 rumah kos rendah, maka dengan sekali gus mengatasi semua
masalah perumahan 2 juta rakyat.
APAKAH TUJUAN SEBENAR PROJEK KLCC?
Dari
fakta-fakta diatas telah jelas kelihatan bahawa tujuan utama projek
mewah dan mega ini ialah untuk menfa’atkan sukusakat dan kroni Dr
Mahathir.
Untuk
mengkaburi mata rakyat, mereka disuruh bermegah dengan kejayaan
kerajaan BN membina bangunan tertinggi didunia. Kononnya untuk
memashhorkan negara dan menarik pelancung.
Takkan
kita tak tahu ada banyak cara yang jauh lebih murah untuk menarik
pelancung (mithalnya membina infrastruktur dan kemudahan yang cukup
untuk “ecotourism”, kerana amat banyak potensinya di Malaysia ini –
kebanyakan pelancung Eropah dan Amerika mencari pengelaman yang
berlainan dari kehidupan mereka harian dicelah bangunan tinggi-tinggi.
Lagi satu keperluan ialah meningkatkan keselamatan, kemudahan dan keselesaan pelancung dengan membina merata-rata tandas awam percuma yang bersih, hotel-hotel murah yang bersih, sistem pengangkutan awam yang senang digunakan oleh pelancung, rangkaian pondok informasi yang cukup –lihat keadaan di Amsterdam mithalnya……).
Dan satu cara paling berkesan memashyorkan negara ialah dengan wujudnya kerajaan yang bersih dari kezaliman, rasuah, nepotisme dan kronisme , dan memprojek imej sebuah negara yang menghormati hak asasi rakyat dan pelawat, yang mempunyai sistem kerajaan, sosial dan keselamatan yang cekap dan bersih!!

Kalaulah
tidak kerana pembaziran, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang bercorak
mega-mega, Malaysia mungkin dua kali ganda lebih maju dari sekarang.
Wallahu a’lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan