Januari 30, 2013
KUALA LUMPUR: Sebanyak 44 pakej kerja
bernilai RM19.5 juta diberikan kepada kontraktor Bumiputera kelas G1, G2
dan G3 bagi projek MRT Lembah Klang.
Semasa mengumumkannya Rabu, Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Sdn Bhd Datuk Azhar Abdul Hamid berkata kontrak tersebut merupakan sebahagian sasaran kerajaan mencapai 43 peratus penyertaan kontraktor Bumiputera dalam projek infrastruktur mega negara itu.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis pengundian, beliau berkata undian hari ini merupakan kali kedua diadakan melibatkan 541 pemohon.
Undian pertama diadakan pada akhir tahun lepas dengan sembilan kontraktor diberikan RM7.5 juta nilai kontrak.
MRT Corp memperuntukkan 250 pakej kerja, bernilai RM200 juta terutamanya bagi kontraktor Bumiputera.
"Kami menjangka kebanyakan kontrak akan diberikan tahun ini dan bakinya pada permulaan tahun depan," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan