kuredah hutan ranting rindu bagai dulu... jangan awak calar kaki kasihku

Ketik sini Bantu Blog ini

Selasa, 19 Ogos 2014

Najib arah siasatan penuh kejadian runtuhan konkrit landasan projek MRT

Ogos 19, 2014
Najib arah siasatan penuh kejadian runtuhan konkrit landasan projek MRT
 
Najib mahu siasatan penuh kejadian runtuhan konkrit landasan projek MRT - Gambar fail 
 
 
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu siasatan penuh dijalankan berhubung kejadian runtuhan konkrit landasan di tapak projek Mass Rapid Transit (MRT) di Kota Damansara di sini malam Isnin.

Dalam entri terbarunya di laman sosial Twitter, Najib melahirkan rasa sedih dan terkejut mengenai kejadian berkenaan selain meminta siasatan penuh bagi memastikan ia tidak berulang lagi.

Pada 8.30 malam Isnin, tiga pekerja binaan rakyat Bangladesh dikhuatiri maut selepas dihempap landasan konkrit seberat 490 tan di tapak projek MRT berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI).

Mayat pertama mangsa dikenali sebagai Mohammad Elahi Hossain, 27 tahun dikeluarkan pada pukul 2.30 pagi tadi.

Dua lagi mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Faruk Khan dan Mohammad Alauddin Mollik.

Kejadian berlaku ketika mangsa berada di atas span konkrit yang sedang dipindahkan.

Span seberat 300 tan itu tiba-tiba jatuh dan kesemua mangsa jatuh dari ketinggian 20 meter sebelum blok berkenaan menghempap mereka.

Tiga jentera bersama 30 anggota bomba dari Sungai Buloh, Taman Tun Dr. Ismail dan Damansara dikejarkan ke tempat kejadian.

Pasukan penyelamat kini masih menumpukan usaha bagi mengeluarkan dua lagi mangsa yang tertimbus.

Struktur span bagi membina landasan MRT terdiri daripada 14 blok konkrit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan