Saranan daftar pemilik akaun FB mustahil dilaksana
11 Ogos 2014
KUALA LUMPUR - Saranan agar kerajaan mendaftarkan semua pemilik akaun laman sosial Facebook dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi memudahkan pengenalpastian identiti pemilik akaun adalah mustahil untuk dilaksanakan.
Presiden Gerakan Belia Teknologi Informasi Khaireel Azlee Abdul Aziz berkata sekiranya ia dilaksanakan, golongan tidak bertanggungjawab yang mahir mengenai teknologi akan menggunakan kaedah lain seperti mewujudkan identiti palsu melalui pemalsuan alamat IP.
"Hal ini akhirnya membuatkan kerajaan dipermainkan semula oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab seperti ini," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
Baru-baru ini terdapat saranan agar kerajaan mempertimbangkan semua pemilik akaun laman Facebook berdaftar dengan SKMM bagi memudahkan pengenalpastian identiti pemilik akaun.
Khaireel berkata saranan ini juga sekiranya dilaksanakan secara automatik menuntut kerajaan untuk menubuhkan satu jabatan pendaftaran FB khusus untuk mendaftarkan bilangan pengguna Malaysia yang dianggarkan kira-kira 15 juta.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, kata Khaireel Azlee, perlu juga difahami untuk mengesan identiti individu yang telah memuatkan naik sebarang bahan yang tidak bertanggungjawab seperti bahan lucah dan hasutan melalui Facebook, hanya dapat dikesan sekiranya pelaku menggunakan identiti sebenar.
"Kalau kita ingin menahan individu ini, identiti pemilik akaun tersebut perlu benar-benar wujud dan adalah mustahil untuk mengesan individu yang menggunakan akaun palsu," katanya.
Khaireel Azlee berkata sekiranya saranan itu dilaksanakan kerajaan hanya mengulangi kegagalan yang dilakukan di negara Korea apabila tindakan mendaftarkan pengguna Facebook menemui kegagalan.
Beliau berkata MCMC hanya boleh menyekat secara langsung laman web yang benar-benar mengandungi unsur atau bahan lucah dan agak sukar bagi agensi itu untuk menyekat mana-mana laman web yang kandungan bercampur aduk.
"Sebagai contoh laman web lucah boleh disekat tetapi sukar untuk menyekat laman media sosial berasaskan video yang mempunyai kandungan pelbagai perkongsian video sebagai contoh Youtube dan Vimeo.
"Dalam hal ini, sekatan kandungan terutamanya terhadap kanak-kanak di bawah umur harus bermula dari rumah melalui pemantuan ibu bapa termasuk menetapkan tapisan kandungan dalam setiap gadjet yang diberikan kepada anak-anak mereka," katanya.
Khaireel Azlee berkata, pengguna seharusnya lebih bertanggungjawab dan sentiasa beretika terhadap sebarang bahan yang dimuat naik dan dikongsi dalam alam maya.
"Peranan untuk menyekat sebarang bahan yang diragui terletak pada pengguna laman sosial itu sendiri...kalau tahu bahan itu tidak sepatutnya dikongsi sebaiknya padam atau laporkan kepada Facebook.
"Pengguna harus sedar dengan hanya bertanyakan ‘ya’ atau ‘tidak’ berserta pautan bahan terhadap sesuatu isu di laman sosial ia sudah boleh dianggap sebagai ‘viral’ dan anda dianggap sebahagian daripada penyebar maklumat berkenaan," katanya.
Jumaat lepas, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan bersedia mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook ekoran pelbagai penyalahgunaan di laman itu.
Beliau berkata kementerian akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung perkara itu.
Sebagai reaksi terhadap kenyataan itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menyatakan kesediaaan kerajaan meminda Akta Hasutan dan undang-undang lain sedia ada bagi membolehkan tindakan tegas diambil terhadap individu yang menggunakan media sosial untuk menghina agama atau menyebar kenyataan berunsur hasutan tanpa mengira kaum dan agama.
- Bernama
Ingat pesanan Ayahanda Mantan PM kita... internet ini ibarat pisau yang tajam, pandai-pandailah kita menggunakannya. Jika pisau itu digunakan untuk membedah orang sudah pasti ianya satu urusan yang bermanfaat malahan amat besar jasanya jika pisau tajam ini digunakan untuk sebaliknya membunuh orang umpamanya... ianya sememangnya satu jenayah yang kejam.

- Anda, Fikri Hanif, Salasiah Abd Rahman dan 2 yang lain menyukai ini.
Posted by RDZ Z on Saturday, August 9, 2014 at 3:00 AM
Kecoh jugak ya pasal nak tutup FB. Ramai yang tak setuju. Sebenarnya ini hanyalah cadangan yang mungkin akan dipertimbangan oleh kerajaan ekoran dari pelbagai penyalahgunaan di laman FB seperti yang berlaku sekarang.
Berdasarkan rekod, jumlah akaun pengguna FB di Malaysia adalah 15 juta. Satu jumlah yang agak besar dimana hampir 50% daripada rakyat Malaysia mempunyai FB. Social media yang paling popular di Malaysia.
Wajar Ke Tutup FB?
Jika di tanya kita samada wajar atau tidak FB ditutup ... mungkin pendapat kita agak bias. Apapun setiap tindakan yang bakal diambil perlu dikaji. Tengok pro & kontra dia. Bukan berdasarkan emosikan.
Kalau dilihat antara alasan yang agak popular sekarang ni adalah FB ada kaitan dengan yahudi. Jadi kalau kita boleh boikot produk yang lain kenapa tidak FB. Hmm...
Dari sudut positifnya pula, FB ni sebenarnya tak dinafikan banyak memberi manfaat kepada penggunanya. Antaranya merapatkan silatulrahim antara keluarga serta rakan rakan-rakan. Laman perkongsian ini juga terbukti antara medium perkongsian ilmu yang popular. Banyak ilmu mahupun isu-isu berguna yang dikongsi dan dibincangkan di sini, yang memberi manfaat kepada ramai pengguna. Dari yang kecil hinggalah kepada yang paling dewasa.
Dari sudut negatifnya, FB juga selalu disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah dan juga perkara-perkara yang kurang elok. Namun dari segi jumlah mereka-mereka yang menyalahgunakan FB belum mencapai tahap serius. Berdasarkan laporan, hanya 2000 lapuran penyalahgunaan FB yang diterima setakat ini.
Jadi sebelum apa-apa keputusan dibuat, wajar kerajaan membuat kajian secara terperinci. Fikirkan tentang Pro & Kontra saranan ini serta medium alternatif sebagai pengganti. Dan yang paling penting adalah sikap pengguna FB atau mana-mana media sosial. Kita perlu menjadi pengguna yang bertanggungjawab.
P/s: Kalau nak tau, selain dari FB, Ummaland adalah laman baru yang boleh dicuba. Fungsinya hampir sama dengan FB: Ummaland: http://www.ummaland.com/. Jadi bolehlah daftar pada yang belum.
Posted by RDZ Z on Saturday, August 9, 2014 at 3:00 AM..Ummaland enables you to connect and share with your Muslim brothers and sisters to live Islam as a way of life.ummaland.com- Tepung Gomak Yop IdanRadzi...kalau teman copy sesetengah apa yang yop muatnaik kat sini ke Group teman boleh tak.....
- Nota Idanradzi amat digalakkan... copy & paste... atau kongsi maklumat di Group ini bagi yeop ianya satu penghormatan akan kerjaya penyair sepenuh masa yeop... jika terpengap semua maklumat di sini tanpa tak siapa uar-uarkan memang amat penat rasanya... Tepung Gomak.
- Nota Idanradzi memang ada ketika yeop pun buat cam tu... jika kongsi tak elok sangat... ada ketika dalam satu artikel tak semua setuju di hati kita maka lebih baik kita copy & paste boleh edit mana yang tak kena.
- Tepung Gomak terima kasih yop IdanRadzi...teman udah dua kali singgah kat Mee Kari Ami tu...laksa dia lain dari yang lain...ada fish cake lagi...mee karinya...buat teman tak tidor malam biler terkenang....terasa rasa kat lidah....mee sup pun sedap....sampai habih kuah dihirup....mee kicap ajer kureng sikit....kalau ader kesempatan nak singgah lagi...insyaallah...
- Nota Idanradzi sy suka dua-dua... mee kari & laksanya... maka jangan hairan jika yep balik ke Perak tak ada tempat merondok akan pasti tidur di Jahang sebab suka sungai sana... pun dah pasti singgah di Mee Kari Amy ini. Akan singgah bila ada kesempatan.
- Nota Idanradzi mee mungkin ada orang lain suka... minuman tu payah nak ingat... mirip teh bunga pun amat klasil & sentimental rasanya... cubalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan