Melaka:
“Ummi tolong adik ummi…adik dah tak tahan duduk sini. Nak makan pun
susah sampai kena kerja di sawah setiap hari,” rayu Suliza Kassim, 18,
ketika menghubungi ibunya, Azizah Ahmad, 49, petang, kelmarin selepas
dua bulan terkandas di Jambi, Sumatera, Indonesia, kerana mengikut
kekasihnya pulang ke negara asalnya.
Anak bongsu daripada lima beradik itu
kini terkandas di kampung kekasihnya selepas dibawa pulang lelaki
terbabit dikenali sebagai Laili Iskandar 30-an yang membawa Suliza masuk
secara haram ke negara itu pada Jun lalu.
Azizah kini tidak mengetahui bagaimana
nasib anak gadisnya selepas mendakwa Suliza sudah bernikah dengan lelaki
terbabit dan kini hamil serta bekerja keras untuk menyara kehidupan
hariannya.
Tertekan dengan nasib menimpanya, ibu
tunggal yang menghidap tiroid dan penyakit jantung kini dirawat di
Hospital Melaka selepas menerima panggilan anaknya merayu membantunya
pulang.
Menurut Azizah, dia amat risau
mengenangkan nasib anaknya yang memberitahu terpaksa bekerja di bendang
terlebih dulu sebelum boleh makan, sedangkan anaknya itu tidak pernah
melakukan kerja berat walaupun dibesarkan di Felda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan